Assalamualaikum.
Masa seminggu sebelum Raya Haji tu ada la I saspen sebab takot macam mana kalau tiba-tiba PKP tak boleh keluar daerah lagi? I nak raya dekat kampung sob sobs. Ada jugak I dapat a few updates dalam WhatsaApp cakap roadblock dah start ada semua. Tapi naseb baik finally boleh balik. Kitorang janji untuk Raya Haji ni nak pakai kaler Biru. Tak kisah tone macam mana. Janji Biru. Ngammmmm! I dah ada baju biru yang Raya Puasa punya sampai harini tak pakai, so OK lah tak payah beli lain. Sazli dah ada Baju Melayu Biru yang 2018 punya, Shein punya pulak dah sendat so kena la beli lain. I malas nak beli beria sangat yang mahal-mahal sebab Shein pakai Baju Melayu pon rasanya setahun 2 kali je pon. I pon pergi la Jakel, beli Baju Melayu Johor Yusuf Iskandar. Selamat murah RM70.00 je sepasang. Material jenis cotton lepas tu size 11-12 tahun lol. Besar giler Shein. Pastu tetiba eh, kenapa ni baju kurung macam cantik je? Less banyak pulak tu. Dari RM450.00 jadi RM 230.00 tak silap I so terpaksa ambik sebab dia offer hahahha. Ngam pulak kena sama tema dengan Abah and Shein. Hehe. I tengok baju dekat Jakel ni macam cantik-cantik jugak. Cuma size je yang takde. Ada size terlalu kecik or terlalu besar. Size ngam-ngam takde. Biasa sangat kalau baju yang kita suka, tapi takde size ni. Menyam.
Balik raya ni, Along sekeluarga takde. Now dia bertugas dekat Johor. 3 bulan kot? So Raya pon tak balik. I balik Rabu pagi dalam 8.30am dari KL. Alhamdulillah takde jem. I agak la takde jem sebab sebelum Tol Gombak, I dah sampai Hongkong. Pastu sedar-sedar dah dekat kampung. Maksudnya takde jem la tu. Haha. Sazli cakap, kalau bawak I pergi roadtrip rugi sebab I end up tido je. Tak tengok scenery. I ni memang penyakit suka tido dalam kereta. Jangan kata jadi penumpang, jadi pemandu pon selamba terlelap. Itulah keistimewaan I.
Selamat Hari Raya Aidiladha dari The Sulatin! Tengok la Sazli, suka benar dia nganjing posing perempuan yang bengkok-bengkok kaki tu. Si Rara taknak pakai baju raya. Berasap je Kakyang. Haha. I fasa-fasa Shein taknak ambik gambar dah berlalu. Now dia OK je ambik gambar. Kasik kerjasama. Siap posing lagi. Tapi kalau banyak-banyak pon dia boring jugak, lepas tu cakap 'Enough la Mama'
Si Shein ni, lagi 3 tahun memang dia lagi tinggi dari I ni. Tinggi Si Shein ni ikut Abah dia. Now pon macam nak sama besar dengan Atok Nekmah dia dah. Baju pon semua size 10-11 tahun punya. Sependa pon dah pakai yang adult punya. How time flies. Now kita masih lagi boleh berpelukan semua.. I rasa lagi 2 tahun Shein taknak dah ni kalau I peluk-peluk dia.
Kaklong and Abang Long. Kaklong I kawen masa umur I 7 years. Lama dah. Now Kaklong pon Cucu dah nak masuk 4 orang.
Si Kaseh pon nak sama tinggi dah dengan Mama dia. Kaklong dapat Kaseh masa umur-umur I. Now still occupied with Kaseh and kerja-kerja sekolah dia. Tak la sunyi sangat sebab selalu ada menda untuk buat. Ada la pro and con bila bersalin lambat ni. Ada orang suka settle down cepat tapi ex-boss I cakap kalau cepat sangat settle down, nanti sunyi. Takde menda nak sebok-sebok dah. I pon rasa no such thing as malas nak fikir pasal hal nak membesarkan anak ni sebagai satu yang membebankan. Life happens, face it, embrace and enjoy every second of it.
Berapa bulan dah eh Kakyang? 4-5 months rasanya. Beza I dengan Kakyang 14 tahun tapi dia anak nak masuk dua. K.
Dengan GF. Kalini sama pulak warna baju. Biasa dia rebel, taknak sama kaler sebab Boria kata dia. Degil. Kaklong tu kenapa? Lantak la. Janji I sorang cantik. Focus pada I je. Hahahah.
Ni la adik-beradik I 3 orang. Patut 4 orang kalau Arwah Kak Ngah still ada. I paling rendah, paling gemok. Tapi ______________ (Sila isi tempat kosong) Haha.
De dengan Rizki. Bila nak gemok De?
OK la. Yang ni posing senonoh sikit. Dah dapat 2 kali raya dekat rumah baru Mak ni. Moga umur Mak panjang, so kita dapat raya sama-sama lagi, InsyaAllah.
Raya kalini macam meriah je dekat kampung sebab I rasa semua orang pon semangat nak balik raya since masa Hari Raya Puasa orang tak boleh balik. Bagi I, raya = family. Dapat kumpul dengan adik-beradik and family itulah yang paling best. Lagi meriah kalau dapat balik kampung. Feel dia tu macam lain sikit. Kampung sekarang pon dah OK sangat. Dulu panas sebab takde aircond. Now kalau panas, boleh duduk dalam bilik. Rumah Mak pon luas. Shein pon seronok main dengan cousin-cousin dia. Kat kampung biasa dia eksyen. Jumpa time nak tido je. Makan pon taknak dengan kita. Dia cakap 'Amsyar is my best friend Mama'. I pulak yang rasa sebak. Tak sangka Shein dah ada best friend. Nanti lagi 10 tahun. 'Mama, I nak keluar dengan GF I tengok movie'. Abes Mama macam mana? Hahahahaha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment