Wednesday, September 30, 2020

Ayam Ketuk 3 Jempol Yang Sedap!

Assalamualaikum.

Sapa kat sini suka makan Tiga Budak Gemok dengan Ayam Gepuk Pak Gembus angkat tangan! Kalau nkorang suka makan dedua ni, but tak boleh decide nak makan yang mana satu I ada jalan penyelesaian. Jawapannya ialah Ayam Ketuk 3 Jempol! Sapa yang tak pernah try lagi, boleh la try lepas I share experience I makan dekat sini. Teringat-ringat pulak la kesedapan dia. I ni memang pantang sikit kalau makanan yang ala-ala spesis Ayam Penyet. Memang itulah yang I akan makan. Sebab tu dulu kalau keluar dengan Kaklong, if dia tanya I 'Dik, nak makan kat mana?' I akan jawab dengan tayang gigi je. I sama la macam Izzah. P A N T A N G dengar Ayam Penyet! Hahahaha. I rasa I ni kalau hari-hari makan Nasi + Sambal OK je boleh hidup. Dah ni pulak ada Ayam Ketuk 3 Jempol setel masalah I. Sebab apa? Sebab I memang hantu kicap. So sini ada ayam masak kicap. Dah ada Ayam Masak Kicap, macam mana pulak dengan Sambal Penyet? Jangan risau sebab Sambal Penyet pedas berdesing pon ada jugak. Siap ada Telur Dadar, Sup, Tauhu and Tempe. Bagi I, Combination Ayam Ketuk 3 Jempol ni paling brilliant and paling kena dengan tekak I and complete among semua jenis set nasi macam ni.

Set dia pon murah. Macam yang I makan ni ada Ayam Kicap, Sambal, Telur Dadar, Tauhu and Tempe Goreng, Keropok and Kobes + Air free flow + Nasi tambah free flow and Sambal boleh tambah ikut suka hati cuma RM11.90 je. Murah giler kan? But Air and Nasi Tambah free flow ni available untuk dine in aje. Set yang I makan ni, yang paling mahal among set lain tau? Tu pon RM11.90 jeeeeeee. Set lain pon ada, nanti I share dekat bawah. Paling murah set dia RM9.90 je. Sapa kata dekat KL RM10.00 tak boleh makan sedap? Boleh jeeee. Yang penting kena la pandai pilih. Dekat Ayam Ketuk 3 Jempol ni dengan RM9.90 complete semua dengan air sekali. Muraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!! Huwaaaaaargghhh muraaaaaaaaaah (terbalikkan semua meja sebab murah sangat hahahaha)


Pujaan hatiku. Set Ayam Ketuk 3 Jempol. Sedapnyaaaaa! Sambal dia pon memang terbaik la. Kalau nkorang nak tau, masakan dekat sini is made to order tau? So semua yang dia serve ialah yang fresh belaka. Ayam baru goreng serve panas-panas, sambal baru gesek. Semua fresh. Set Ayam Kicap ni RM11.90 termasuk air.


Sazli ambik set B Special -  Ayam Original. Yang ni RM10.90 sebab dia ada Tauhu and tempe. Kalau tak suka Tauhu and Tempe boleh ambik Set B Biasa RM9.90 je.


Shein ambik Set A. Puas hati makan Baby Keli 2 ekor panas-panas macam ni. 2 ekor dia bagi Ikan Keli.  Makan dua baru balance. Hahaha.. Dia cakap baby keli, tapi I tengok ni baby jenis Shein. Debab-debab pon. Hahaha. Yang ni RM9.90 je. Puas makan sebab Ikan 2 ekor. 



Sambal dia buat fresh everyday. Sambal ada 3 jenis. Sambal Kacang, Sambal Ijo and Sambal Ulek. Sedap giler sambal ni! Sapa yang tak hidup adventure boleh la makan sambal kacang, tapi sambal kacang apa barang???


Perrghhhh power power. Sambal pon boleh pilih level kepedasan dia macam mana. I ambik yang sederhana. Tak berani makan yang pedas. Takot nanti buasir bunga kelopak lapan. Hahahah.


Tengok ni dia bagitau siap-siap Free Tambah Nasi, Free Tambal Sambal. So kalau nak makan free flow macam ni, nkorang kena la makan dine-in.


Ni senarai Set dekat Ayam Ketuk 3 Jempol 


Close up sikit. Set A




Set B - Biasa


Set B - Special


Set C - Biasa


Set C - Special


Free Tambah Nasi, Free Tambah Sambal


Operation Hours konsep dia bukak sampai stock habes. Jumaat Cuti.


Kitorang datang sini lepas check out dari Hotel House.  Boleh baca entry dekat sini. Memang I tak breakfast pagi sebab nak makan kt sini puas-puas.

With Nurul. Officemate I yang bukak branch Ayam Ketuk 3 Jempol ni. Congrats Nurul!

Overall, I memang puas hati makan dekat sini. Sebab MURAH, SEDAP AND VALUE FOR MONEY. I boleh je makan Ayam Ketuk 3 Jempol ni hari-hari. Seriously. Pakkal jauh Ampang - Wangsa Maju kalau tak memang balik-balik muka I je la dekat situ hahaha. Si Shein pon sama dengan I, nampak dah ciri-ciri Jawa suka makan Ayam Penyet. Sazli pon suka jugak. InsyaAllah nanti kitorang datang repeat lagi. Anyway, sapa yang duduk berdekatan boleh datang support Nurul proud owner Ayam Ketuk 3 Jempol Branch Wangsa Maju.

Ayam Ketuk 3 Jempol
Cawangan Wangsa Maju
No 7, Jalan Wangsa Delima 10
D'Wangsa, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Open everyday except Friday (11:00am - 10.00pm)
or until ayam and ikan Sold Out.

-eNd-

No comments: