Wednesday, September 2, 2020

Picnic at Sungai Congkak

Assalamualaikum..

Actually plan nak picnic ni sebelum PKP lagi. Only recently baru ada chance nak pergi picnic. Bestnyaaaaa! I suka picnic. Shein pon suka. Lagi best sebab pergi dengan Fifie. Dia semua pon ada. Khemah, tempat BBQ, tikar, dapur gas portable pon ada. Nak coffee? Zaaaaaaaaaaap siap! Pendek kata, kalau dengan Fifie ni boleh la hidup dua minggu dalam hutan. Cecece. Bab makan pon Fifie pandai la nak budget macam mana. I failed. Kalau dah banyak, sampai berlebih. Kalau sikit, rasa macam tak cukup. Haritu bawak kambeng perap 2kg, memula rasa macam sikit, tapi bila dah makan and campur dengan makanan lain, cukup je sebenarnya. Dyba bawak nugget tapi tak sentuh langsung. Patut tu untuk kanak-kanak tapi kanak-kanak sebok nak makan sosej yang bakar time panas-panas. Kata Fifie, Nugget tu semua patut bawak yang mentah je. Kita boleh goreng panas-panas sebab ada portable stove ni. OK next time lah. Masa bakar kambeng and rasa macam tak cukup tu, I panic la rasa macam tak cukup makanan lepas tu suruh la Hamirah datang bawak ayam. Tapi dia pon sampai pukul 2.00pm jadahnya la kan nak bakar ayam? Orang dah kenyang semua.

Foods alhamdulillah cukup semua. I pon ada bawak nasik. Masak 6 pot kecik, ada lebih sikit. Kita layan makan dengan kambeng, udang, sambal ketok and cicah kicap yang I buat untuk kambeng tu. Ulam pon I dah beli tapi boleh tertinggal. Selera je. Sedaaaap! Imagine makan bertemankan bunyi air sungai, bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Macam Udang and Sosej, Fifie cucuk dengan lidi. Udang tu fresh. Marinate dengan garam je pon dah sedap. Sekilo RM60.00 sebab udang gemok. I cakap, Udang tu sorang makan 2 je. Tapi Dyba diam-diam makan sampai 4. Ingat Kaksu tak tau? Memula cakap nak pegang je sebagai prop ambik gambar. Tetiba dah dalam pinggan dia. Hahahahaha.

3 Family. Fifie, Dyba and kitorang. Si Intan I punya plus one. Merangkap kakak sulong Shein. Hahahaha. Kitorang kat sini dari 9.00am macam tu sampai la dekat pukul 5.00pm baru gerak balik. Sungai Congkak ni pon time PKP dia tutup awal. Tak boleh dah camping. Dulu boleh. Eh jap, Hamirah pon ada. Tapi dia biasalah, tak lewat tak Hamirah la namanya. Sipi-sipi kitorang nak pack balik, baru dia sampai.

Si Shein paling dulu turun, paling lambat naik. Kasut pon hanyut dibawak arus. Dia la paling seronok sekali. Drama 3 orang ni dalam air. Si Dyba kena hempap dengan Shein la. Macam-macam hal. I tak mandi pon. Sejuk. Taknak aku.

I am clumsy like that. Tak jatuh, tak la Suraya nama dia. Ni masa memula sampai. Dah la tangan penuh kiri kanan. Lepas tu tergelincir, terlentang kebelakang and masuk terus longkang. Si Intan tengok pastu ketawa. Dia cakap kesian, tapi nak gelak. Sazli pulak, 'Mamaaaaaaaaa!' Tapi takat Mama je la. Panic 3 saat lepas tu continue ketawa. Tak tolong eh? Bangun la sendiri. Pundek. Hahaha.

Last kitorang picnic masa 2015 kot? Now 2020. So nanti 2025 pulak lah plan lain. Buat 5 tahun sekali. Hehe. Kasut I tu beli dekat Decathlon. I suka sebab nanti kaki tak kena pasir. Kaki kena pasir taknak, masuk longkang OK pulak. Nyampah.

Joe bahagian jaga kanak-kanak. Ramai ni dia kena jaga sebab time ni Zaidi, Fifie and Sazli tengah buat api untuk BBQ. Actually Zaidi dengan Fifie je. Saz tukang tengok. Si Shein pulak melekat je kat kaki Joe. Padahal anak dia tu 2 orang, perempuan pulak tu. Joe tengok je dari jauh. Shein yang lelaki, debab tu lah yang Joe sebok jaga. Ngekor je mana Shein pergi. Ko tengok perangai Shein original manja. Ikut sapa?

Naseb la ada Zaidi and Fifie. Kalau harap kitorang, memang tak jadi apa la unggun ni. Berlapar la ko kat situ. Letak daun, letak kayu, kotak, kertas semua menda tapi api takde. Hahaha. Masa yang second trip buat api tu, berusaha la kitorang buat api. Kecoh giler. Sazli cakap dia Pengakap, tapi Pengakap pon api tak hidup. Fifie datang hembus-hembus je lepas tu keluar api. I syak dia pakai Bomoh api. Kitorang punya lama buat, tak jadi apa.

Portable Stove ni bagus. Boleh masak air, goreng nugget. Cuma dia macam tak thrill la sebab senang keluar api. Tengok Intan korang berangan. Lain macam posing. Macam panggil laki masuk bilik. 'Bang marilah, sayang dah sediakan air ni'. Hahahaha

Tengok Fifie punya outfit nak pergi camping. Dengan topi, kasut, baju semua. Baru kena konsep! Kata Sazli macam ni baru kena. Mama tu pergi camping pakai cekak macam nak pergi kenduri kenapa? Hahaha. Kentut. Lepas tu terus la I tuntut, nanti belikan I kasut boot macam ni. Dulu padahal ada je sebab time tu sebok nak main Paintball. Habes one suit Saz belikan I. OK nanti next camping ko tengok eh? I punya seluar upgrade yang ada banyak kocek tu siap.

OK tengok gambar ni eh? Macam mana melekatnya Shein dengan Joe. Hahaha. Sebok mengekor Papa orang. Dyba and Intan tak abes-abes la Selfie. I time ni tengah busy berangan dengan Fifie. Sesambil hirup coffee, tengok sungai. The best feeling ever!

Kambing first round. Sedap kambeng ni. Sazli beli dekat kawan dia. Siap marinate semua dah. Korang kalau nak picnic cari la tapak yang rata. Senang nak buat unggun api. Lepas tu jangan lupa bawak redai ni, also tikar. OK?

Bebudak ni kerjanya mandi - naik makan -  turun mandi - naik makan sampai la pukul 5.00pm (Especially Shein lah). Kasut dia ni dah tinggal kenangan. Hanyut di bawa air. Kalau picnic mandi macam ni cepat letih and lapar tak. Makesure makanan cukup. Kat sini takde jual makanan. Eskrem je yang ada.

Sayang Auntie Fifie! Tau Shein suka makan Octopus, so dia belilah beberapa ekor. Udang tu so fresh and yummy! Dyba makan banyak. Pastu I sakat dia, 'Dyba makan banyak, bak sini duit'. Padahal Fifie yang beli. Si Intan bawak snack and buah-buah tak bermakan pon. Buah tak potong, merajin pulak aku nak makan kan?


Ya Allah terliurnya tengok. Korang kalau picnic, Udang kena beli yang fresh and besar tau? Baru sedap. Ni Fifie cakap. Dia is a master of Picnic. Kita semua kena ikut cakap dia. 


Kanak-kanak yang memeriahkan suasana.  Matching pulak tu baju kuning hitam semua. Termasuklah Kaklong Intan. I dengan Sazli selalu cakap 'Yerla, bawak Kakak jalan-jalan tengah term break'. Konon-konon Intan anak kitorang la. Anak sulong yang dah masuk kolej. Hahaha.  OKlah ni. Anak sorang dua. Fifie dua, Dyba dua, I dua.


Tengok Si Hamirah. Dia duduk je, lepas tu mintak Dyba ambik makanan. Masa duduk sama-sama tetiba eh, nape Dyba pegang Udang? Pastu dia cakap 'Ni Dyba ambikkan Mira'. 'Abes kalau ambikkan Mira, letak la dalam pinggan dia'. Sampai keluar suara jantan Intan marah Dyba. Hahahahahahha.

We had sooooo much fun harini. Picnic paling best sebab complete semua ada. Khemah tu walaupon guna letak bag and salin baju je tapi feel dia lain la. Kata Sazli, kita pon ada Khemah kan? Ha a. Khemah Shein yang beli kat Ikea tu. Ada lah. Tak pernah dibuat orang picnic tepi sungai bawak kids punya tent macam tu. Jatuh la reputasi Fifie kalau kita bawak khemah tu. Hahahahaha. Cuaca harini cantik je. Nampak macam nak hujan, tapi tak hujan pon. Clear dari pagi sampai ke petang. Alhamdulillah. Nak masuk sini kena bayar RM10.00 sekepala rasanya. Kan? Eh lupa dah I. Ke satu kereta eh RM10.00? Hahaha. Cek la sendiri. Jangan malas sangat. 

I suggest, korang datang awal. Nanti dapat tapak cantik and senang nak cop tempat. Air sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkk! I tak mandi lah. Mandi nanti je kat rumah. I kenot. Sejuk sangat nanti I sedih. I memang tak boleh sejuk-sejuk memang boleh moody. Kalau kat kampung, mandi air kolah tu berkira kena 8 gayung je jangan lebih. Mengada kan? Padahal dulu masa kecik, itulah mandi air kolah sejuk sampai ke tulang hitam. OK je pulak. Ni yang berbulu forumers Cari baca. Jengka tak sedar diri katanya. Hahahahhahahahahah. Adoi lawak la. Anyways, kalau korang free boleh bawak family camping and picnic dekat sini. Sungai Congkak. Tak jauh pon dari Ampang. Ya Allah, area Ampang jugak ke? OKlah. Iove Ampang. Ok bye!

-eNd-

3 comments:

Han Hanni said...

dengar cerita memang jem jalan ke tempat air terjun. ada kawan tinggal sana, dia post kat IG sana jem. Saya ni memang minat betul g mandi sungai, cuma takde peluang nak kesana. Takkan nak bawak mentua berkerusi roda sekali kan.. hehehe. hope ada peluang kelak g mandi sungai!

eyla said...

hahahaha.... ok saya tolong gelak kak sue jatuh longkang jugak........

vitamins.travel said...

Bestnya mandi sungai, tak boleh jadi nii..lagi2 kalo dgn yang bakar2 tu, lagilahhh terliur jadinya 😝😝