Nama ayah, SULATIN BIN HJ. ADNAN. Kenapa bunyik macam pelik? Pasal dia orang JAWA. Ayah berasal dari MUAR, JOHOR. Sekarang dia dah tak ada.. Dia pergi mengadap Pencipta pada tarikh 12.12.2007 (Tarikh yang aku takkan lupakan sampai bila2)
Ayah meninggal dunia pada usia 60 tahun yang aku rasa masih belum sangat tua. 26 tahun dapat bersama-sama dengan ayah rasa sangat tidak puas... Dia meninggal pasal LUNG CANCER yang hanya dapat dikesan selepas 2 kali CT Scan stage 4 (Stage yang tidak boleh buat apa2 lagi - mahupun kimo)
Ayah sangat redha... Dia langsung tak tunjukkan rasa cemas bila doktor bagitau yang dia hanya tunggu masa jerk untuk pergi menghadap pencipta. Kesabaran ayah tu, aku tak dapat nak gambarkan dengan perkataan.
Ayah start sakit masa bulan puasa. Dia cakap, dia sakit belakang sangat2. Ada sekali masa balik kampung, tengah2 malam aku nampak ayah menonggeng dekat dapur. Dia cakap, dia terlalu sakit. Kesiannya ayah... Dia langsung tak merungut. Cuma sesekali dia cakap, dia dah tak tahan lagi. Sakit dia berterusan sampai la hari raya.
Raya kelima, kaki ayah dah tak boleh bergerak lagi. Kami hantar dia ke Hospital Jengka. Dari Hospital Jengka, ayah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Seminggu ayah dekat sana, kemudian dipindahkan ke HKL untuk buang tumor di belakang badan ayah. Kata doktor, tumor tu la punca ayah tak boleh jalan. Masa ni dia ckp, lepas operation dia nak berubat cara kampung. Dia tanya aku, 'Dik... agak2 ayah boleh jalan balik tak?' Pastu aku cakap, mestilah boleh... :)
Selepas hampir sebulan dekat HKL, barulah turn ayah untuk buat operation. The operation success. Tapi yang peliknya, selepas operation tu, ayah semput dengan teruk. Ada sekali masa aku melawat dia dengan Cik Yati. Tekak ayah kena sedut dengan wayar untuk keluarkan kahak. Masa tu ayah cakap, kalau dia mati pun takpe. Dia redha... Aku tak sanggup tengok dia seksa macam tu.. Meleleh ari mata aku.... Kesian ayah.... Tapi ayah langsung tak merungut.... *sebak2
Seminggu ayah dekat HKL, lepas tu dia dipindahkan ke HSHAS - Temerloh semula. Kat sana, dia di scan lagi sekali dan masa tu lah kami semua dapat tau yang ayah sebenarnya ada LUNG Cancer Stage 4. Sel2 Cancer dia dah merebak ke perut, tulang belakang, usus... Kesiannya ayah... Tapi dia langsung tak merungut.
Masa ni aku tengok, ayah ceria macam biasa. Aku? Hurm... Aku taktau nak cakap macam mana perasaan aku masa ni. Mulut aku cakap yang aku redha, tapi hati aku tak. Start dari waktu nih, aku dah macam hilang semangat. Kerja aku dekat office, mengangis mengangis mengangis dan menangis ajer...
KL- Temerloh -KL terasa macam Setiawangsa-Shah Alam jerk. Pukul 3.30 petang bertolak dari office ke Temerloh. Mujur masa ni boss aku tengah cuti, so tak la banyak sangat soal jawab... *Kekadang dia ni macam tak faham keadaan aku yang susah hati pasal ayah sakit
Sampai sana, tengok ayah sampai la waktu melawat habis pukul 7.30pm. Pastu balik KL balik. Ada sekali, masa aku melawat, ramai orang dekat sana tengah bacakan ayah surah yassin. Dia pandai sungguh tengok mesin jantung dia tu. Ada skali mesin tu tanda lurus jerk, pastu dia cakap, 'aik, ayah tak mati lagi'. Ha ha... Ayah2.. Sempat lagi dia menceriakan kami semua.
Hari Khamis, ayah dimasukkan ke wad ICU. Selesa sikit ayah pasal dia dapat bilik sorang2. Mak memang setia melayan ayah. Sabarnya mak dengan ayah yang taknak makan ubat, tanak change diapers. Mesti mak penat masa ni. Dah 2 bulan dia tido tak sempura. Atas lantai, atas kerusi... Kesian mak... Kesian ayah...
Hari Jumaat, aku, De, Kaklong ngan mak tido ramai2 dalam wad ICU tu. Macam2 peristiwa kelakar berlaku. Ayah ceria macam biasa, ada sekali tu dia cakap, 'menurut laporan kaji cuaca ayah, ayah lambat lagi nak mati. Mata ayah ni cerah lagi ni'. Kami gelak jerk tengok ayah. Ceria mcm biasa, mcam kat kampung. Melayan kami 4 beranak gaduh2 manja pasal hilang handphone, pasal mandi, pasal takot dekat hospital, pasal tak salin spender. Semua cukup!
Minggu berikutnya, ayah dipindahkan ke wad biasa. Kata doktor, bawak ayah balik jerk. Aku tak sanggup! Kesian ayah. Selama ni ayah bergantung dengan mesin oksigen tu jer. Kalau dekat rumah, mana ada semua tu. Tiap2 hari aku tengok orang mati di sekeliling katil ayah. Aku insaf sangat. Hidung aku dah lali dengan bau ubat yang sebelum nih aku benci sangat nak bau.
Aku kesian dekat ayah. Mungkin dia tak selesa. Kami bincang adik beradik nak letakkan ayah di Wad Kelas 1. Ayah cakap dia taknak. Dia nak tengok orang, tp kata doktor, udara dekat wad biasa ni kotor, kesihatan ayah mungkin terganggu. So, confirm ayah masuk Wad Kelas 1 hari Isnin nanti. Hari Sabtu ayah nak makan KFC. Seronok tengok dia makan kenyang2 dan berselera. Ayah siap boleh baca newspaper lagi!
Masa Mak, De & Kaklong solat, aku yang jaga ayah. Masa tu aku jaga2 ayam jerk pasal aku akhirnya tertido dekat kerusi, tapi kepala aku dan tangan dekat katil ayah. punyalah selesa tidur sampai aku cakap dekat ayah, 'ayah sana sikit, not nak sikit bantal' (aku membahasakan diri aku Not pada mak dan ayah) Sedar tak aku yang masa tu aku menumpang bantal ayah? Tak senonoh betul! Petang tu Sasha datang dengan ayah dia. Masa ni ayah nangis... Dia cakap, 'atok sayang sasha..' Dia macam tau yang dia dah tak ada banyak masa lagi untuk hidup.Dah tak ada peluang nak bawak Sasha ronda2 naik motor.
Hari Ahad, aku tengok ayah diam jerk. Lain sungguh dia.. Masa kami nak balik ke KL, kami semua kumpul dekat katil dia. Ayah cakap, dia dah ampunkan semua dosa2 kami pada dia.. Syukur Alhamdulillah. Aku sempat cakap dengan dia, 'Ayah, ayah jangan mati lagi yer? Tunggu Not kawen dulu'. Ayah senyum jerk... Kaklong cium dahi ayah, Kaklong cakap ayah masam, ayah senyum. Kenapa ayah diam? Kami tak biasa ayah diam. Aku sedih sangat, dulu ayah selalu banyak cakap, sampai aku malas nak layan. Dia tanya macam2. Dia mmg cukup bangga dengan aku yang bukan la kerja bagus sangat ni. Tapi dia bangga bawak kereta aku pergi kedai, bangga cakap dekat kawan2 dia kat kampung aku kerja kat KL...
Kami meninggalkan ayah untuk pulang ke KL. Aku tak sangka, itulah kali terakhir sebenarnya aku tengok wajah ayah. Kalau la aku tau... Aku takkan tinggalkan ayah dan akan habiskan masa lagi dua hari tu dengan ayah sepenuhnya. Aku tak nak tidur, nak cakap dengan ayah 24 jam, nak tengok ayah, nak peluk ayah....
Aku telefon mak tiap2 hari tanya keadaan ayah. Kata mak, ayah makan banyak. Gurau2 dengan mak... Ayah ceria dan aku senang hati. Tiba2 pukul 3.30pm, mak telefon nanges2 bagitau yang ayah dah nazak. Ya Allah.. Masa ni aku taktau nak gambarkan macam mana perasaan aku.. Ayah... Jangan pergi dulu... Tunggu adik dengan Kaklong sampai... Ayah tunggu.....
Aku bawak kereta dah macam orang giler. Nak masuk highway, kena tutup pasal banjir. Ikut jalan lama, dah separuh jalan, kena tutup jugak. Patah balik ke hiway, Alhamdulillah jalan dah ok. At this one moment, tiba2 aku cakap dekat Kaklong. 'Kak, aku terasa yang ayah dah tak ada'. Kak Long senyap jerk. Telefon mak, mak cakap ayah ok. Hati aku kuat cakap yang ayah dah takda. Tapi suara mak tenang jerk.
Sampai dekat simpang nak masuk Hospital Temerloh. Aku dapat sms dari Kak Hazizah. Dia cakap, 'Su takziah, semoga arwah ayah Su dicucuri rahmat'. Tangan aku menggigil, aku menangis kuat2... Kaklong jugak. Kaklong cakap 'Ayah, ayah pergi jugak tinggalkan Kaklong....' Tersentap hati aku masa ni... Menda yang aku takotkan terjadi, berlaku jugak... Ayah pergi meninggalkan kami semua... Ayah... Semoga ayah tenang disana...
Kami ke bilik mayat. De dengan mak uruskan bil. Aku tak kuat nak tengok ayah. Bila kain tutup mayat diturunkan, aku tengok wajah ayah pucat sangat... Ayah dah tak ada... Ayah pergi jugak... Masa ni aku dah lembik badan dan dipapah ke kerusi. Aku rasa macam mimpi....
Jenazah ayah dibawa balik ke rumah aku di Jengka. Dah 2 bulan aku tak balik ke kampung pasal ayah dan mak ada di hospital. De yang jaga rumah dengan husband dia. Urusan pengkebumian ayah berjalan dengan lancar. Perasaan aku masa ni? Aku rasa sedih ayah dah takda.. Tapi aku redha ayah pergi. Kesian dia sakit dah 2 bulan. Biarlah ayah pergi dengan tenang. Pergilah ayah.. Adik pasti menyusul tiba nanti...
Terima kasih untuk kasih sayangmu Ayah.. Takkan aku dapat membalas pengorbanan ayah pada kami sekeluarga. Tiada lagi gelak tawamu, gurau sendamu.. Tiada lagi lawak2 ayah.. Tak merasa lagi kami ketupat daun kelapa ayah... Tiada lagi gaduh2 manja dengan ayah... Tiada lagi orang yang sebok2 nak pasang pelita masa bulan puasa... Ayah pergi jua....
Kali terakhir aku tatap wajah ayah selepas dia dimandikan. Bersihnya wajah ayah, macam senyum jerk. Kulit ayah putih bersih. Muka ayah macam muka aku masa ni. Aku anak ayah rupanya.... Badan dia lembut jerk... Dia mcm tak mati jerk... Tapi ayah dah tak ada... Ayah siap dikebumikan masa waktu Zohor. Masa talkin dibacakan, berkumandang azan Zohor. Al-hamdulillah semuanya dah selesai..
Balik kerumah, aku rasa kosong sangat... Lagi 4 hari Raya Haji. Aku sambung cuti. Sunyinya rasa tanpamu ayah. Meleleh air mata aku waktu masak didapur terkenngkan ayah. Tak sangka dia dah tak ada. Kami semua adik beradik have to be tough to each other. Semua tak ada bukak cerita pasal ayah, tapi aku tau, semuanya rindukan ayah.
Aku rindu ayah sangat2... Sangat2.... Balik ke KL, aku mcm hilang semangat. Kadang2 aku bawak kereta tanpa arah tujuan. Pasang kaset Yassin dalam kereta all the time. Aku lost dan aku rasa perit sangat. Aku boleh bagitau ni jerk.. 'LOSING AYAH IS TOUGH THING EVER IN MY LIFE'. Sedihnya Allah jua yang tau.. Yang hidup, makin hari makin dekat, yang mati makin lama makin jauh...
Sekarang, dah setahun lebih ayah pergi.. Rindu pada ayah takp ernah padam. Masih sama macam dulu. Lagilah wedding aku dah nak dekat, lagilah sedih. Kalau tak, ayah pastinya orang yang paling sebok sekali. Tapi aku kena hargai mak. Dia masih ada.... Mak la buah hati aku sekarang... Aku janji akan jaga mak sampai bila2.. Sampai aku mati...
Ayah... Not rindu ayah... Rindu sangat2... Kaklong dengan De pun rindu ayah.. Kadang2 De msg bgtau yang dia rindu ayah dan aku pura2 bukak cerita lain, padahal masa tu air mata dah mengalir. Ayah, Not tak cerita pasal ayah dekat mereka semua bukan pasal Not tak rindu ayah... tapi Not taknak mereka sedih. hidup kami di dunia ni perlu diteruskan. Damailah ayah disana, satu masa kami pasti mengikut langkahmu... Amin....
Al-fatihah
Ini sahaja keluarga saya... Tiada satu pun yang tinggal. Raya 2006
Ayah mengayam ketupat. Masa tahun nih, ayah bising pasal ketupat dia keras. Mana takknya, Sasha dengan Aiman pun tolong isikan beras dalam kelongsong kelapa. Sejak ayah tak ada, kami tak dapat dah merasa makan ketupat daun kelapa
Ayah, ampunkan dosa Not. Halalkan makan minum Not.. Selamat Hari Raya Ayah! Maaf Zahir dan Batin. Sekarang dah tak dapat lagi nak cium tangan ayah dipagi raya...
Ayah dengan Abg Long tengah 'mengerjakan' kepala lembu dekat tepi rumah. Seronoknya raya bila semua dapat berkumpul sama. Sekarang ayah dah tak ada lagi.
Ayah dengan Abg Halim. Muka aku ada macam ayah tak?
Ayah tetap ceria walaupun tengah sakit... Tabahnya ayah...
Masa ni ayah diam jerk. 2 hari lepas tu ayah pergi.... Alfatihah....
Ayah tetap ceria walaupun tengah sakit... Tabahnya ayah...
Masa ni ayah diam jerk. 2 hari lepas tu ayah pergi.... Alfatihah....
-END-
12 comments:
harap kaksu tabah menghadapi semua ni..
intan sebak baca citer kaksu...nak nangis ni tapi kena cover...
Thanx Intan. tapi kenapa kaksu macam dengar intan nyanyi2 jerk.. bila masa intan sedih?
takkan intan nak bg tau kaksu intan tgh sedih...senyap2 sudah...
Nyanyi tu nak cover ar..BAAAAAA
i was in Langkawi the day ayah awak meninggal...sangat sedih...dan masih teringat2 masa kita melawat dia di hospital dulu...:(
ha ah.. awak dengan family awak... tak lama lepas tu, aak pulak pindah... terasa kosong sgt dunia kiter waktu tu...
ingat lagi ko cite sal die 2 weeks after he left.
choO paste la lam blog ni pe ko tuleh dulu ada dua mails kan?.
sedey bab ko rindukan die. tatau la pe jadik kat aku nanti? cannot take it *sobs*
suraya,,kita tak kenal sgt awak...ayah awak pun kita tak kenal..tapi kita nanges baca citer awak ni...sedih!!!!
choo : email aku yang kasik ko tu, ntah kat mana... email ler balik kt aku kalo sudi p/s:mee suah jadik tak?
keary : kalau sesaper yang sayang ayah dia sure akan rasa sedih. anyway thanx pasal berkongsi rasa sedih...
=(
tak dapat tahan air mata.
serious.. ishk mengalir jugak. =(
i takut nak bayangkan my turn pulak nanti. huwaaa rindu pada papa ! =( my parents dah divorced. haihhh...
ok nak sambung baca entry lain.
julia : fitrah manusia, yang tua akan pergi dulu.. sumpah dah tak sanggup nak tempoh lagi! lekas2 call ur papa sekarang jugak... tell him taht u miss him ok?
su..aku baca separuh je..aku sebak!sebab aku pun melalui perkara yg sama..tapi lagik sadis..ayah aku sudden death..ko at least dah prepare minds for his death..aku...tak pernah terlintas dlm pikiran aku..
aku tak nak baca..sedey!!!
ntah kenapa..air mate saya mengalir bile saya baca entry ni.... huhuhuh ambik tisu jap lap heheehe
Post a Comment