Friday, March 27, 2009

A.Y.A.H - Part II

Ayah adalah idola aku untuk jadik manusia yang penyabar.. Berjayakah aku? Aku nak jadik mcm dia.. Sekarang nih, sikap ayah sebijik mcm Kaklong. Kaklong banyak ikut ayah. Dia kelakar, dia penyabar. Anak sulong memang biasanya akan ikut perangai ayah. KakLong ialah cermin ayah.. Kaklong adalah ayah dan ayah adalah Kaklong (Mcm ayat siti Nurhalija pulak)

Kenapa ayah istimewa? Pasal ayah bagi aku ialah orang yang paling SABAR, bertoleransi, kelakar, pandai ambik hati orang etc.. Ayah memang baik! Aku tak cakap mcm ni pasal ayah dah tak ada, tapi memang dari dulu aku admit ni semua. Tak caya tanya Abg Yut.

Ayah selalu buat lawak spontan. Kadang2 mak marah pasal ayah suka tak serius kalau cakap. Aku cukup bertuah dan rasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga aku ni. Aku bukan anak orang senang. Ayah kerja peneroka FELDA jerk. Mak pulak suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi kami cukup bahagia. Masing-masing ada karaktor tersendiri (dah macam keluar tajuk pulak). Dalam rumah tu kalau dah berkumpul, memang ceria dan bising sgt. Buat Sazli - Welcome to the family -

Peristiwa2 tentang ayah yang tak mungkin aku dapat lupakan

  • Ayah suka bergurau dan kacau mak. Ada sekali tu, mak suruh ayah alih tv (maksud mak, alih siaran) pastu ayah suruh mak bangun tolong dia angkat tv, pastu ayah bising cakap dah elok2 tv tu kat situ kenapa nak dialih2...?
  • Mak suruh ayah tutup paip pasal air kolah dah penuh, tak lama pastu, mak dengar air paip masih berbunyi, mak check dekat bilik air, tengok ayah tutup kepala paip dengan kain. Ayah buat lawak tapi mak marah
  • Time mak solat, kalau ayah duduk tepi tengok mak, mak mesti marah kaw2 punya pasal dia cakap ayah main2, tapi kalau ayah tengah solat, mak duduk tepi tanya ayah kat mana pisau, pastu mak cakap ayah sombong pasal tak jawab. Sudahnya ayah gelak. *takper pulak.
  • Kaklong suruh ayah beli KUNYIT, mmg nak pakai urgent. Ayah balik tanya Kaklong, tadi suruh beli HALIA kan? Kaklong marah la ayah.. Sebenarnya ayah memang beli kunyit pun, sengaja nak sakat Kaklong
  • Bila aku nak undur kereta, suruh ayah tengok kena tak pasu mak. Sensor dah menjerit2, tapi ayah tak cakap apapa. Skali aku tengok, sikit lagi nak kena pasu. Aku tanya ayah, kenapa tak bgtau dah nak kena? Jawapan : Tadi suruh cakap bila dah kena, ni tak kena lagi nih.. Boleh plak dia bergurau mcm ni
  • Ayah pencinta binatang. Kucing + ayam. Ayam2 dia, jangan harap la dapat sembelih time raya. Petang raya kami huru hara kejar ayam masukkan dalam reban, time nak sembelih esoknya mesti ayam tu terlepas, walaupun pintu dah dikunci. Ayah pura2 terkejut mcm mana ayam boleh terlepas (macam la kami taktau yang dia yang lepaskan)
  • Ayam2 dia akan menenggek dekat bahu dia kalau time dia bagi makan, mak marah sungguh! Mak cakap kotor
  • Kucing2 dia memang sayang dia. Kenal bunyi motor dia dari jauh. Kalau makan apapa2, bahagian kucing tak pernah lupa. Kontra dengan mak yang tak suka kucing
  • Ayah rajin pergi kedai. Walaupun pesan dekat dia beli SOS CILI MAGGIE, dia balik dengan SOS CILI AMINAH HASSAN pasal dia ckp murah
  • Ayah masak sedap. Dulu time aku kerja kat Pahang, dia siap masakkan pastu hidangkan bubuh dekat tangga (aku duduk rumah atas tgk tv) mengada kan?
  • Ayah suka basuh kain. pastu dia akan tengok kain tu diputar dalam mesin pastu bising2 kenapa boleh bersih. Kain 2 helai pon dia akan basuh. pantang tgk ada kain kotor
  • Dulu ayah yang basuhkan kasut skolah aku
  • Dia suapkan makan, tapi besar2 sampai aku tercekik
  • Kalau nasik panas, dia tolong gaulkan. Skarang dah tak ada orang nak layan
  • Tetap bangun belikan De keropok walaupon masa tu tgh panas giler dan dia baru balik dari ladang. Baik kan dia?
  • Ayah puji Kaklong masak melambung2... Dia akan makan banyak2 and suruh Kaklong bukak kedai
  • Dulu masa ayah naik motor dengan kaklong. Mereka 2 2 pakai helmet. Pastu ayah suka hantukkan helmet dia dekat helmet kaklong
  • Time kaklong tengah kusyuk kak dapur atau tengok tv, dia suka tolak kepala kaklong kuat2. Pastu dowang berdua ketawa mengikik2
  • Ayah selalu kena tipu dengan mcm2 orang, dari pengutip derma sampailah penjual karpet
  • Maghrib2 bawak motor pergi kedai pasal nak belikan Aiman burger
  • Ayah di senangi dengan semua orang - Pasal dia sangat sangat sangat kelakar dan tak pernah serius
  • Dari aku kecik sampai la dia meninggal, sekali pun aku tak pernah kena pukul mahupun cubit. Tak ada istilah takot ayah. Tapi aku hormat dia
  • Kalau mak bising and membebel, ayah senyap jerk. Paling kesian waktu ayah sakit, mak membebel. Ya Allah.. Kesiannya ayah... Nasib baik dia dah ampunkan dosa mak..

Sebenarnya banyak lagi. Aku pun tak tertulis dekat sini... Aku bahagia dilahirkan dalam keluarga aku. Kami bukan orang yang senang sangat, tapi penuh dengan gelak ketawa dan kasih sayang. Bagi aku, keluarga adalah segalanya2.. Aku sayang mereka semua... Mak, kakak2 dan anak2 buah aku. Kami tak ramai pun. Adik beradik aku cuma 4 orang. Kak Ngah lagi awal mengadap Pencipta. Tinggal bertiga, tapi kami bahagia.

Ada la kadang2 timbul perselisihan faham, tapi tak lama.. Every other week aku akan balik kampung jengok mak. Dapat kumpul ramai2 hujung minggu buat makan2 seronok sangat... Sekarang keadaan dah berbeza bila ayah dah tak ada. Tapi tak bermakna kami perlu selamanya meratapi pemergian ayah. Hidup kena teruskan jugak...

Kita makin lama makin tua. Ntah esok, entah lusa kita akan mati. Sekarang, hampir setiap hari aku fikir pasal mati. Rasanya, dah tak sanggup nak menerima kematian ahli keluarga yang lain. Biarlah aku yang pergi dulu. Kerana pemergian orang yang tersayang amatlah perit rasanya..

Pada yang masih ada ayah lagi, hargailah ayah anda. Jangan bila dah tak ada, baru nak menyesal... Jadilah anak yang baik - Nasihat untuk diri sendiri juga

Lastly, semoga mak dan seleruh ahli keluarga aku dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan... Amin...
-END-

De, Mak & Kaklong. Yang mengada kat depan tu ialah aku sendiri

De yang pakai baju merah. Aku peluk mak masa malam raya... Sayang mak!

Aku dengan De dekat lobi Hospital Temerloh. De kurus kan?



Nyonya Jual Sayur - Kaklong


7 comments:

yatiyahya said...

ayah awak yg baik ati..yg kelakar....kiter ingat dia....:)Semoga rohnya dicucuri rahmatNya...

Chooyaya! said...

terima kasih yatie.. sempat awak tengok ayah kiter mcm mana kan?

chOo choO teringat surat chOoya tuk ayahnya tahun lepas! said...

oits choo...ko dah advance! dah berwajah baru blog ni. :)) ko ske kale itam ker?

hmm...rase macam baru je lagi. smoga rohnya dicucuri rahmat. al fatihah.

tetibe tinggat kat dokte ayah ko choo :p

~ keary ~ said...

ala...sedih la citer citer camni

J u l i a 。.゜✿ said...

ketawa bila baca kenangan kenangan dengan arwah ayah choo.. (awal awal entry)

bila dah nak hujung entry.. hmm rasa panas je mata ni. sangat sayu... entry yang betul2 telus dari hati seorang anak.

semoga arwah ayah choo bahagia di sana. amin.

Chooyaya! said...

julia : Terima kasih banyak2... ayah kiter memang kelakar habes. turun la sifat tu dekat kaklong n sipi2 ayam kat kiter ni ha... dah setahun setengah dia meninggal. tapi terasa macam dia ada jerk lagik... hukhuk

me who own this blog said...

aku pun takder ayah,..aku phm perasaan ko...syg ayah kiter!!!al-fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...