3 entry dlm masa 3 jam? Wakakakaka! Nampak sangat yang aku terlebih masa senggang di office dan kekurangan kerja *atau tak ada kerja.. Hahahahah.. Jom2! Kiter baca sampai lebam! Sebenarnya aku tetiba dapat semangat nak bercerita nih, layankan sahaja tanpa banyak bicara ok?
Selasa & Rabu malam, aku peruntukkan untuk mencarik cincin tunang aku. Since, majlis aku dah tak lama sangat dah. Kurang dari 2 minggu. Dup dap dup dap... *Mcm mana aku dulu boleh terfikir tanak bertunang eh? Punyer la eksaited dan serunutnya mencari barang dan meyelesaikan pasal hal2 pertunangan ni.
Yang tak besh biler gaduh ngan Saz pasal dia dera aku jalan kaki tengah hari rembang dengan ketiak basah dan melekit2 kerana berpeluh naik ke Pejabat JAWI nun diatas bukit - Harap maklum, saya boleh bertukar mood sekiranya panas, sama cam Cik Yati. Kadangkala bertukar menjadik resaksa hijau atau gorgon dari drama animasi jepun Ultraman Tiga.
Saz yang palik eksaited. Pukul 8pm dia dah ada kat bawah kondo aku *sengaja tanak sebut rumah pasal kasik nampak sikit mood belagak secara tegar disini pasal kejap lagik nak carik cincin tunang. Mood blink2 itu penting
Setia menunggu Sazli di hall sambil2 layan cerita masak2 dari Travel & Living
Aku tuduh Sazli eksaited, padahal pukul 7.45pm aku dah siap! Siapa yang lagik eksaited?
Destinasi utama ialah Pavilion. Lagi? Kenapa Pavilion? Ntah, pasal suka, sini ada tempat makan best yg sangat banyak. Hahahaha.. Makan jugak agenda utama walaupun sepatutnya carik cincin tunang.
Sampai2 jerk, terus menuju ker Tiffany & Co, selepas ini disebut T&Co. Tengok banyak jugak collection cincin dia kat sini. Aku nak white gold, kat sini banyak cincing tunang n cincin kawen yang platinum sahaja. Yang white gold more to fashion2 yg funky2. Platinum nih, harap maklum la, harga dia paling hina jerk dah RM9k. Tu diamon sebijik dan design yg paling buruk serta nampak seperti cincin tikam sahaja, tak 2 3 bijik diamond lg.. *Sazli bernasib baik pasal aku tak suka cincin yang banyak2 diamon. Simple2 sudah..
So, next destination is DeGem. Memula aku sekadar lalu jerk, pasal tengok keadaan kedai tu, dah dapat agak, harga dia mesti kurang lebih cam T& Co jugak. Pasal abang gad dia langsung tak friendly and semacam sengaja buat muka belagak (Kenapa T&Co dowang tanak buat white gold design untuk tunang? Tsssskkk)
Belek punya belek, aku ada la terbekenan kat satu tu yang harga dia dalam RM9k... Sazli cam senyap jerk... Kekekeke... Misi : Goda dia habes2an untuk dapatkan cincin tu.. *Jahat! Borak punya borak dengan Danny (Mamat yg kerja kat situ) Dia pun cerita la yang diamond nih ada banyak kategori. Tapi mesti ada 4 kritiria nih. Cut, Colour, Clarity & Carat Weight - 4C
Serius aku tak reti sangat. Each C tu ada la gred dia dari 1-10 or lebih kot. Bagi aku yang penting, diamond tu kena la kaler putih jernih yg suci murni sesuci embun pagi. Yang lain2 aku tak heran. Ada gak la aku tgk diamond yang harga RM20k++ dengan 3k. Yg aku nampak, cut yg RM20k++ tu lagi banyak and nampak kompleks yet exclusive. Tapi kalau dalam usaha untuk menayang2, ada masa ker nak belek2 cincin tu sungguh2 untuk tau dia dalam gred mana. Sebut jenama sajer orang dah tau mahal atau tak.
Mana boleh tengok dengan mata kasar.. Kena belek sungguh2 sehingga kurang seinci sahaja dari bijik mata baru la bleh nampak - teori aku ler. T&Co bagi aku, sama jerk dengan design dari jenama2 lain seperti Cartier, Burberry, DeGem (sekadar menyebut beberapa jenama) Tapi, people are more to the Brand & Designer. They sell the brand dengan bahasa mudah.
Cuba pakai cincin jenama Poh Kong - Tranzz.. wtf? Yang berharga RM20k dengan cincin Platinum biasa2 sahaja dari T&Co, korang nampak yang mana lagi hebat dan lazat? Semestinya dari T& Co kan? So... Kat sini la kuasa jenama tu boleh menang. Sebenarnya better la go for design dari brand. Unless kalau dah banyak duit sangat la. Cam kita2 yang duit pun agak2 segan nih, my advice, go for design, not brand (ayat penyedap hati pasal tak dapat T&Co.. hhahahahah)
Aku dah memang tanak lepas dah cincin sana tu, tapi bagi aku yg sederhana nih, RM9k is a bit much for cincin tunang. Kalau cut to 50% (20-30% sahaja kalau boleh) dari harga tu, maybe boleh la... Tapi Sazli dah mcm kesian tgk muka aku yang tetiba layu jerk.. Dia dah tau, kalau aku suka yang itu, makanya yang itu jugak la!
Danny cakap, kalau aku nak diamond lain and masukkan kedalam white gold yang aku nak tu, juga boleh.. Harga boleh dirunding yang pastinya harga itu tidak la mencecah RM9k yer puan2. Tetiba mata Sazli bercahaya dan bergenang2... *Sila masukkan effect angin meniup ke pohon salem diatas bukit sambil bunga2 beterbangan dia atas padang ragut lembu new zealand sambil berlari2 dan rambut ditiup angin seperti filem hindustan.. *Visual menipu dari aku. Hahahaha
So, aku rasa, harapan yang tinggi untuk aku mendapatkan cincin itu. Simple jerk, tapi sweet sangat2, bagi aku la...
Aku ckp dekat Sazli, 'takper sayang, kiter try survey kt tempat lain dulu ok? Esok kiter keluar lagi carik cincin'. Tapi dalam hati aku, memang cincin tersebut sudah ada didalam hati... Mesti mak aku taktau jenama DeGem kan? T&Co lagi la pulak.. Bagi dia yang mahal ialah Habib Jewerl sahaja.. Hahahha.. Comel jerk
So, aktiviti memilih cincin terbehenti disitu sahaja. Next ialah aktiviti favorite, makan!!!
Kitorang gerak ke CARLOS. Aku nak makan Incik Oyster sahaja. So, aku amek 4 ketul osyter yang lazat dimakan bersama dengan tabasco sos dan aku mengorderkan Saz Fajitas. Kami minum air kosong sahaja, konon diet la... Haahahha
Menu
Fajitas yang boleh tahan sedap la, tp sedap kat Chilis lagi. Tapi salsa dia lagi sedap kat sini, tapi kat sini takda salad, tapi.... Tak ada tapi2 lagi!
Saz cakap, dia sengaja pakai baju lengan panjang pasal nak sama ngan aku. Dulu dia ckp nak bagi baju tu kat aku. Tapi tak bagi2 smpi skarang. Jgn harap Suraya, pasal baju itu ialah Polo. TQ
Mamat2 kat belakang tu layan sisha n air arak, ada 5 orang tapi tak talk to each other. Ada yang isap sisha, ada yang main henpon dan jugak game
Kasut dia sangat putih, tapi kaki saya banyak bulu... Harharhar
Aktiviti makan berlangsung dengan jayanya. Tengah2 makan aku nampak Hardy, Fid ngan sorang lagi apa ntah nama dia (aku kenal dari buffday party Farina)
Sazli macam nak pergi balik ke DeGem untuk membayar deposit cincin tu (kena tempah pasal design yang aku nak tu, kena tukar diamond dia) Tapi aku ckp, takper... Sabar dulu... Tak lari cincin dikejar.. Nyeh nyeh... Nantikan kisah selanjutnya tentang pemburuan cincin tunang aku di eposide yang berikutnya... Tungguuuu!!!!
C Ya!
XOXO
7 comments:
mesti awak bangga kan menceritakan ini semua di sini. bertuahnya betul awak.
ni kak su yang paksa intan comment..
Itu jer...BAAAA
Anonymous : Tak bangga pun pasal yang baca blog nih kurang dari 10 orang.. Wakakakaka
Intan : Ada gambar Intan, nak la Intan komen, kan?
gulp! lagi berape ari je lagi...
pehtu jadi tunangan orang! congrats.
ps : me nak sihat2 supaye leh gi kenduri korang kekee
lupe lupe, aku nampak sesuatu choo kekek tgk gambarlast tuh hehehe jari tlunjuk tuh /me tutup mulut
larikkkkkkkkkkkkkk
amenda choo? f*** ker? apa yg ko napak?
Nice to see you enjoy the activity happen! LAVIN NY is a United State based company and did access to the latest jewelry trends and technologies. Custom order Lavin Diamond will allow LAVIN's professional gemologists and designers to design and produce jewelry or even source for particular gemstones for customers. See more at:
http://kidbuxblog.com/lavin-diamond/
Post a Comment