Monday, December 27, 2010

Saya Sayang MALAYSIA

MALAYSIA menang over Indonesia dalam final pusingan pertama semalam yang berlangsung di Bukit Jalil la bro, eh... brother (mood Double Trouble tak habes lagik). Eh. gigih I nak mencarik ayat supaya tak macam suratkabar kan? Haha. Kesian aku.

To be frank, ni first time I pergi tengok Bola Sepak Malaysia dekat stadium. Eksaited tak hengat. Jakun, gelabah, takot, menggelupur semua lah ada. Saz kata, kena pergi awal, nanti tak dapat parking.

Parking melambak, tapi yang masalah problemnya polis trafik yang jaga tu, bermati-matian taknak kasik parking kat area stadium pasal.... PASAL NAK RESERVE PARKING UNTUK PENYOKONG-PENYOKONG INDONESIA. Oh. Sangat bagus. Thumbs up sangat-sangat. Polis semalam memang sangat bijak la mklmnbgfdreeskklngyo.

Dah. Takmao nak ingat pasal kes polis manja/baik *read : bangang kat sana semalam. Buat hati gua panassss jerk. Pasal sekarang ni motip nak apdet entry ni ialah becoz nak share rasa teruja penulis haha. penulis konon, macam vavi di stadium bila menyaksikan kemenangan Malaysia secara live di depan mata. Teruja oh !

Ko nak mampus tak teruja??? I siap pakai sticker I love Malaysia dekat pipi ok? Sweet sangat la konon. Petuhui. Pastu beli T-shirt RM35 sehelai. Mira beli yang sama tapi harga RM20.00. Apa perasaan sekarang sila bagitau secara terang-terangan, jangan malu-malu nanti I lempang. Ni diskriminasi terhadap wanita gemok ke apa ni? Ah..!!! Persetankan itu semua. Janji bila pakai T-shirt tu I lagi mencanak semangat nak tengok bola.

Pastu kan kan kan? Lepas I salin baju, I kasik tau Rish I malu. Malu tadek sebab. Macam aku sorang yang pakai baju kuning Malaysia. Padahal beribu lagi yang pakai kot? Haha. Bodoh. Sekarang lagi la rasa bodoh pasal malu tadek sebab. semalam Macam terasa orang semua pandang, padahal tidak. Sekarang paham tak apa I nak kata ni yang malu tanpa sebab ni? Paham tak paham tak????


Kitorang sampai awal, dalam pukul 5.30pm dah sampai kat stadium. Memang havoc giler. Masa ni I jalan pegang tangan Saz erat-erat macam pengantin baru. Pasal terasa macam nak kena raba dengan orang jahat yang suka raba pempuan gemok. Pastu masa I pasang stiker kat muka, Saz pesan, 'Sayang, U duduk sini, tunggu sampai stiker kering, jangan pergi mana-mana. OK? Tunggu I datang balik'.

Nampak tak apa yang tak kena dekat situasi tu? Kenapa Saz suruh I tunggu dekat kedai stiker tu. Dah aku free jerk jadik model stiker kat situ. Pastu orang tanya t-shirt size 34 ada ker tak. Eh. Bodoh ni! Naseb baik tak lama lepas tu Wana dengan Rish sampai. Terus I ada kawan. Kalau kawan dengan Saz, nanti dia buat I macam budak sekolah. Macam, 'eh, pegang tangan kuat-kuat kat sana ada momok jahat nak makan.' Haha. Omel.

Serombong kapal yang si Afzal pegang tu, kalau di bunyikkan dekat sebelah telinga I, memang terasa macam nak bagi dia makan selipar. Ni separuh dari kitorang jerk. Another half tak sampai lagi. Si Fruz memang always over. Siap cat badan. Paling best, dia yang letak harga. RM8 jerk. Owh, nampak tak Si Rish menonggeng? Masa ni la puntung rokok Apis tercocok kat punggung dia. Pastu Apis rasa serba salah, nak sapu ke tak habuk kat bontot Rish. Haha. Bangang.

Saz beli topi hitam kuning tu. RM10 jerk. Malam tadi muncung jerk muka dia, pasal topi dia dah terlipat/patah sikit. Nanti boleh pakai bila panas-panas kalau jalan-jalan kat KL. Tapi kalau pakai topi tu, pastikan jarak kiter barang 8km yer?

Kitorang masuk stadium awal. Sebelah dengan penyokong Indonesia jerk. Best. Selalu dapat air mineral free. Diorang baling.

Azrul omel pakai bendera Malaysia buat tudung. Meh lempang sikit. Ok baiklah. Apis dan Acap pon omel jugak. (Adil, semua pon omel)

Game about to start. Tetiba bulu roma, bulu kaki, segala mala bulu semua mencanak bila tengok 3 suku stadium penuh dengan penyokong Malaysia. Tetiba *lagi, I duduk kat bahagian Malaysia Tanah Tumpah Darahku Terengganu FC. Pon boleh. Keropok lekor terengganu best apa??
Waktu yang paling I tak dapat nak lupakan ialah bila Malaysia jaringkan first goal. Masa tu gegendang telinga I rasa macam nak pecah. Seronok giler! Live depan mata I tengok gol ok? Tears I. Pastu Mira kata I drama. 'Eh, maksu, lamanya nanges, mungkin sikit-sikit jerk dah cukup kot?' Eh budak ! Ko tau apa? Aku datang awal tau? Panas megren semua ni nak tunggu gol. Naseb baik ada gol. 3 pulak tu.. ! Waktu ni penyokong Indon semua dah keluar stadium. Pasal nak makan bakso. Ok. Ini I reka-reka cerita jerk.

Naseb ketiak I bau epal. Merasa sedikit kompidem untuk angkat ketiak tinggi-tinggi macam ni. Eh. Korang tau tak, bola ni united tau? Semua rasa macam sedara. Orang depan I yang I tak kenal pon, I boleh sep sep dia bila Malaysia gol.

Wajah-wajah gembira

MALAYSIA - Kami sangat bangga keranamu! Untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia dibawah pimpinan R Rajagopal, tahniah diucapkan. U my bro la ! *Sambil tangan kanan tumbuk-tumbuk dada kiri tiru gaya Saz kalau impressed dengan something.
Terima kasih untuk semua penyokong-penyokong Malaysia yang datang. Sumpah I rasa semangat giler...!!!! Harap-harap Malaysia akan menang piala Suzuki tahun ni. Persoalannya. Kalau menang piala Suzuki, nanti dapat kereta Suzuki ker? Kata Mira dapat kereta. Nanti kereta tu boleh buat macam koperasi. Seminggu seorang yang pakai.

Ok. Bye.

-EnD-

9 comments:

Fuz said...

ni mesti masuk awal ni.

neway, semalam nampak si kakak berbaju hijau ni.

Fuz said...

lagi sekali komen:

apesal topi tinggi tu, aku beli 20. ciss...

ya, memang soccer unite us all.
brader mane tah peluk2 aku semalam.

Marya Hana said...

MERIAH gila . my bf sampai hilang suara, asyik menjerit2!! HEHE.

theblabber said...

kita cerai, ok? i mean it..biadap kot pergi stadium tak ajak? hahaha.

Chooyaya! said...

peminat katie holmes : masuk awal pasal nak cop tempat.. and sesak la nak tunggu kt luar lama2. kakak baju hijau yg pakai hot pants tu eh? dah tu, yg kakak baju kuning sebelah dia tu tak nampak?

peminat katie holmes lagi : ntah eh? kedai lain2 kot? tak pon design lain. tshirt aku pon lg mahal dr tshirt mira. sibet sgt rasa.

mrya : awak ni comel, meh lempang sikit. awak ada sekali ke semalam. kaksu pon tadek suara arini. siap peha lebam pasal terkena kerusi semalam waktu loncat2.

Fuz said...

sape suruh tak ajak dia.haha. Blabber, agak biadap di situ, dia tak ajak.haha.

Entah, perasan yang hijau je n mybe sebab dia pakai baju hijau. Bukan jersey malaysia or maybe sbb dia pakai...

Chooyaya! said...

armouris : mak, seram tgk gmbr2 kecederaan tu.

Azrul said...

gua tunggu 20 tahun nak rasa mende2 gini tauuu..lu first time pegi stadium dah dapat rasa..gila lucky!

Chooyaya! said...

azrul : lucky giler mcm menang loteri lapan juta