Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Thursday, September 21, 2017

Entry Tertunggak - Final Bola Sepak Sukan Sea Mas vs Thailand

Assalamualaikum..

Basi dah pon cerita pasal Final Bola Sepak Malaysia Vs Thailand untuk Sukan Sea KL 2017 ni ha. Saja je I update lambat-lambat sebab kang kalau awal-awal ada je yang nak membahan cakap I punca Malaysia kalah malam tu. Kentot betul. Hahahahaha. Lagipon kalah, memang la lambat update, cuba menang? Zzzaaaappppp malam tu sampai je rumah terus masuk blog. Hahahaha. Sampai hati kan Malaysia? Sampai hati kalah. Dah la I bersusah payah beli tiket dekat Ulat RM100 sekeping, boleh pulak kalah???? I rasa I memang takde luck la tengok bola sekarang. Tengok WakDan main, WakDan kalah. Tengok Malaysia main pon, Malaysia kalah????? Hahaha. Malang betul nasib. Tapi nasib malang memang berganda-ganda lah malam tu. Kalah satu hal, dapat pulak duduk dekat open area yang belakang gol tu pulak. So kena hujan… Kah kah kah. Cair mekap I tau? Intan pulak masa hujan turun tu I cakap pada dia ‘Intan, hujan la…’ Lepas tu laju je Intan jawab ‘Dah tu kita boleh balik ke sekarang?’  T____T Dia tu memang tau takde perasaan tengok bola. I cakap dah pada Intan, kalau Gol Intan buat taktau muka Mr Bean memang I tunjal dia. Sekali takde gol bebetul. Adeeeeeh… I kan, masa Thailand gol je, memang I nanges. Terkejut Intan. Dia tanya I nanges betul ke? Lepas tu gelak-gelak. I terus moody sampai la second half tu, kurang 10 minutes nak abes I dah keluar dah Stadium sebab rasa macam tak worth it dah nak besesak-sesak sebab dah kalah. Hahahaha. Takper lah… Takde rezeki I nak begembira and poyo-poyo dekat Sazli malam tu. Niat dari awal dah tak betul (sebab nak bagi Sazli bengang) sekali kalah! Kah kah kah. Pahadan muhuker!


Amboi lawa sangat tu dia pergi Stadium siap rambut kapok-kepok Mak Datin. Nanges Kak Temah tengok rambut Intan tu.

Tuesday, August 29, 2017

Kisah Final Bola KL 2017 dan Ulat Tiket

Assalamualaikum.
(Ni entry tertunda. Ditulis dengan semangat berkobar oh Siti Nohaliza petang semalam)

SAPA TENGOK FINAL BOLA KL 2017 MALAYSIA VS THAILAND ESOK DEKAT SHAH ALAM! Jumpa sana ok? Woo hooo!!! I pon baru je dapat tiket ni. Beli dari Ulat Tiket. Pundek betul mark-up sampai RM100 sekeping. Harga asal RM21.20 jer padahal. Katanya upah letih tido dekat Stadium malam tadi. Ni pon Aizat yang tolong I dapatkan tiket ni. I order dari contact dia. I suruh dia usaha tolong I dapatkan tiket sampai berjaya. Kalau dia dapat tiket, nanti I sayang dia lebih la – tu je upah dia. Hahaha. Selang 5 minutes I follow up dengan dia. Masa I sampai tempat dia I tanya dia ‘Ni je ke usaha ko Aizat? Macam ni nko nak tolong Kaksu?’ Lepas tu member dengan lemah longlai pon pegang phone balik check dekat Mudah/FB hahahaha. Akhirnya dapat jugak. Patut I pergi dengan Intan and sebok-sebok dengan Aizat and kawan-kawan dia, belakang Sazli dah goyang and dia cakap dia pon nak pergi jugak sekali. I bola memang lain macam dia punya spirit. Ni kalau kalah ni, mau I nanges 2 3 hari. Kalau menang nanges seminggu. Hahahahah. Sazli tu selalu pesan, ‘Mama kalau Malaysia kalah jangan la nanges pulak nanti’. Ehhhh biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaah I kan semangat kesukanan. Hahahaha.


Ini la rupa tiket RM100.00 T___T

Tuesday, August 15, 2017

3 Things Malaysian Failed To Do

Assalamualaikum..

Sapa yang pernah pergi Europe and Japan mesti tau macam mana keadaan negara dorang yang bersih dan society mereka yang berdisiplin. Kan? Sampah punya lah susah nak jumpa. Tong sampah pon elok je, takde pon nampak sampah melimpah ruah, tepi tong sampah pun ada sampah, atas tong sampah pun ada botol air kosong. Lagi satu, toilet dia pon bersih. Bersih walaupon jenis takde pili air macam kita. Aim kencing betul masuk dalam lubang. Takde nampak fenomena taik terapung (sebab tak flush) or taik/air kencing bersepah atas lantai. Lepas tu toilet dia tidak la pulak hancing and takde pulak vandalism macam merosakkan harta benda awam ke, kan? KALAU lah ada, Cuma kes-kes terpencil je. Itu kalau nak compare how society dekat luar negara jaga kebersihan dan disiplin berbanding negara kita. Dalam kes ni, tak aci eh kalau nak compare dengan negara lain yang bawah sikit dari Malaysia. Yang tu macam takde tamadun pon ye. Berak pon terbuka je. Pantai, tepi jalan semua dia taram berak dah macam spesis kucing dah. Lepas berak ada jugak yang pandai kambus. Yang lagi ngek dari kucing pon ada sebab beliau berak tak kambus. Kata Orang Bangla Berak tu Vara. Vara pon boleh kah kah kah. Kita kena compare Malaysia dengan negara yang lebih maju sebab kalau tak, kita akan berada dekat level kita sekarang sampai bila-bila lepas tu taknak improve. Ok? Harini I nak share based on I punya observation. 3 things yang WE MALAYSIAN FAILED TO DO. 1) Nak masuk simpang tak pandai nak bagi signal 2) Lepas berak tak reti nak flush 3) Buang sampah merata-rata walaupon tong sampah dah ada. Paling tidak pon sampah dia letak dekat luar tong tu. Betul tak I cakap ni?

Yang Pertama
Nak masuk simpang tak pandai nak bagi signal

Monday, November 28, 2016

Trip Ke langkawi Untuk Girlfriend.

Assalamualaikum..

This is short entry sebab ain dapat arahan untuk update few things, since kaksu now ada kat Villaku. Nanti dia akan update blog jugak, so korang jangan risau. PA dia take over sekejap je. Ini pon dia ingatkan suruh update blog macamkan nak pergi berperang. Sayang sangat kat readers dia sebab nanti takut korang komplen blog tak update. Harap semua peminat dan readers dia bersabar ok? Korang pon kena la sayang dia lebih. Sebagai contoh tanda sayang, beli la korset dia sorang lapan (ada promo beli 1-RM130, beli 2-RM240, beli 3-RM300). Lepas tu beli pulak AnneSuraya Skincare sorang enam belas (ada promo price jugak RM90 free postage). Hahaha ni berguru dengan kaksu la ni sesambil promote. Kah kah kah.


First sekali kita letak gambar bos dengan girlfriend. Cantiknya bos.. Dahla cantik, baik, pemurah. Terus tenggelam yang lain macam kuat membebel, cakap laju macam keretapi express dan sedikit garang. hahaha. I love you bos!

Tuesday, December 9, 2014

Bangun, bangun. Bangun Harimau Bangun!

Assalamualaikum..

Semi Final Piala Suzuki AFF 2014 -  Malaysia vs Vietnam dekat Stadium Shah Alam minggu lepas I tengok less than 5 minutes je dekat tv. Itu pon time penalty yang Malaysia dapat masukkan tu. The rest, I duduk dalam bilik je. Tak sanggup nak tengok. At this age (Macamkan dah tua sangat) I rasa I dah tak boleh nak take this sakit jantung anymore. Like seriously I can’t. I memang TERLALU beremosi time tengok bola. Sazli pon cakap macam tu. Asal gol je I nanges. Nanges macam baru lepas kena lempang eh? Besungguh-sungguh. Hahahaha.

Sazli pulak kerjanya nak menyakat jer. Vietnam tak gol dia kata gol. Saje je nak suruh I sedih. Dah duduk dalam bilik tu, diam-diam je sudah la. Ni pergi meroyan tengok FB sebab nak tengok orang update status pasal bola. Haha. I cakap pada Ira, ‘Kalau Malaysia kalah pon takper Ira. Kaksu memang tak boleh nak berdebar macam ni lagi dah. Kata la Malaysia masuk final, nanti kalah macam mana?’ Ira gelak je. Kata dia, kalau Malaysia masuk final dia ajak pergi stadium lagi macam tahun 2010 dulu. I kata, ‘JANGAN HARAP!’ Haha.

Teringat lagi, pertama kali dalam seumur hidup tengok bola dekat Stadium Putra Bukit Jalil time Final Malaysia vs Indonesia tahun 2010. Memang pulak tu. Tak tau nak cakap macam mana punya seronok I. Gol je nanges. Pastu siap sep-sep dengan orang belakang yang tak kenal pon. The experience? Priceless! Kata Azrul, dia tunggu 20 tahun untuk tunggu moment yang macam ni and I first time datang dah dapat rasa seronok macam ni. Ya Allah. Memang seronok sangat. Untuk entry yang I sebutkan tadi, korang click dekat sini.

Jom tengok semula gambar throwback masa I pergi Stadium Bukit Jalil time Malaysia vs Indonesia untuk Piala Suzuki AFF 2010 dengan bebudak WakDan.


First experience datang stadium bola sepak ever and balik dengan kenangan manis. Kelihatan Mira disitu masih lagi berwajah ramping.



Edi and Saz semangat giler! Topi tu sampai sekarang I still simpan.

A BIG Family of mine. Heeeeeeeee. Hi Rish! Ingat tak peristiwa Apis tercucuk puntung rokok dekat bontot you time ni?


Azrul...!! Rindu!


Untuk MALAYSIA, dapat masuk final atau tak untuk Piala Suzuki AFF 2014, sokongan I takkan pernah padam. Hope kiter dapat menang Khamis ni untuk perlawanan timbal balik di Vietnam. Football unites us. Malaysian. Different agama, party politics and different too many things tapi sebab bola, kiter semua macam bersatu padu kan? That the spirit people!

Good Luck MALAYSIA! Bangunnnnnn bangunnnnn bangunnnn harimau bangun! Seteru sudah datang.....!!


-eNd-


GAMBAR BONUS
Gaya dah ada dah tu Shein.



Thursday, October 2, 2014

I am RM28.00 Poorer Monthly (Sebab minyak naik doposen) Nyampah.



Assalamualaikum..

Harini I nak cakap pasal harga minyak naik. Sebab I pengguna RON95 so I rasa la tempias dia. Kepada pengguna RON97 jangan nak belagak sangat eh bila I komplen-komplen macam ni? Haha. Tau la ongkaye semua pakai minyak mahal. Kiter golongan marhaen guna RON95 mestilah terasa bila minyak naik doposen. Nyampah tau? Tadi I dah buat calculation. Usually I isi minyak RM50 seminggu cukup untuk ulang-alik pergi kerja dari Ampang ke Jalan Semarak. Kalau Sazli pinjam kereta I, dia kena topap balik sebanyak mana meter minyak tu berenti time dia  mula guna. Haha.

Ok. Sambung balik. So RM50x4 jadik RM200.00 monthly untuk minyak. Tak termasuk kalau I nak meladi dihujung minggu so dia akan jadik double penggunaan minyak. Tapi semenjak naik doposen ni, I kena isi minyak RM57.00 seminggu. Times four, so sebulan I lebih RM28.00  belanja untuk minyak maknanyaaaaaaaaaaaaaaa I am M28.00 poorer! Tapi gaji tadek naik. Acaneh? Jangan pandang rendah RM28 sebulan eh? Kalau setahun dah berapa? Jap nak kira. RM336.00, banyak tuuuuuuuuuuuu. So kata la kalau I meladi tetiap minggu maknanya sebulan I am RM56.00 poorer times 12 jadik RM672.00. Banyak kan? RM672.00 tu ialah gaji some pembantu kedai or cleaner-cleaner. Imagine if orang yang selalu travel yang rumah dia dekat Seremban and kerja KL. Dah berapa? Kira la sendiri.

So I’m pretty sure golongan pertengahan ialah golongan yang akan paling terasa dengan kenaikan minyak. Sebab apa? Sebabbbbb kalau dia golongan kaya, usually dia tak heran pon. Maklumlah dia kan duit berkepok-kepok dalam bank, tak sempat nak kira pon. Lagipon orang pangkat besar ni biasanya dapat allowance minyak. Dapat kad Petronas. Zaaaap je terus isi full tank. Apa ada kesah?

And golongan kurang senang dia pon takkan la terasa sebab usually, dorang duduk luar bandar. Naik motor je pergi kedai, isi full tank baru RM6.00 pakai seminggu. Takyah ulang alik rumah ke office and jugak keperluan dia tak sama macam kiter yang duduk bandar. Sebab bandar ni kebanyakan perkhidmatan kena bayar hatta nak kencing dekat public toilet pon kena charge. Pastu banyak sangat hiburan yang menjadik kehendak yang tidak boleh ditepis contohnya macam tengok movie, main bowling, makan sedap-sedap. Kan? Tabah ke ko nak nganga je each time? Kalau tadek riadah and aktiviti berbayar dah tu hari-hari bekerja untuk survive je ke atau acane? Memang takkan ada la self-reward. Larat ko nak bawak anak tetiap minggu main kat taman sebab free?

Golongan pertengahan paling terasa kalau ada kenaikan minyak sebab mereka tak dapat BR1M, Rumah PR1MA tak layak, Tax dari golongan pertengahan ni la di kaut kaw-kaw. So apa yang tinggal (Yang ni Kak Tini mengadu kat FB I). Namun kami golongan pertengahan akan redha sebab Allah takkan uji kalau kiter tak mampu (cakap sambil hantuk kepala kat dinding eh Kak Tinie?) Haha.

Sedia maklumlah kalau naik je minyak, harga barangan dan perkhidmatan akan naik jugak. Gaji tak pulak naik. Dah tu acane? Kira tambah tolak semua I rasa, monthly kiter akan jadik paling kurang pon RM50.00 poorer. Malas la I nak bebel-bebel tapi if pendapatan isi rumah RM6,000.00 sebulan memang tak merasa la nak hidup selesa rumah terrace, kereta import semua. Tak merasa. Setakat cukup makan je la. Nak-nak pulak duduk area segitiga KL ni. Semuaaaa mahal. Apartment pon RM1,500 sewa sebulan. Acane?

Pagi tadi bila I call GF I. I cakap, ‘Mak, ni minyak naik ni apa kes? Mak pergi tanya Najib. Not (I) ni terasa la bila minyak naik. Kang semua mahal. Gaji tak naik. Dorang ni tak fikir ke anak cucu generasi muda nanti nak hidup macam mana. Cost of living naik, tapi gaji sikit. Susah la macam ni’. Pastu dia ketawa-ketawa je. I tanya kenapa? Dia cakap, ‘Mak tengah tengok Amsyar ni. Dia tengok Ibu dia mandi’. T____T sesia I bebel. Dia sengaja taknak dengar. Nyampah.




Ni status I dekat FB. Naseb Mak tadek FB so I berani la tulis macam ni. Ko giler kalau dia baca? Ada yang kena tido luar balik kampung Raya Haji ni nanti. Haha.


Tengok Along tu nak mengadu kat Atok dia. Hahahah. Bongok.


Kitorang dalam family dah tau dah, kalau dengan Mak, jangan nak komplen pasal Najib, pasal BN, pasal UMNO sebab nanti terus kena bebel. Naik hantu dia. Naseb tak kena halau tido kat luar je. Hahhaha. Mak tu memang. Dia orang kuat Najib tu. Sayang betul dia kat Najib. Kata Bapak, ‘Mak Nekmah tu kalau Najib jumpa dia, Bapak agak terus dia lantik jadik Senator’. Hahahahhaha.

Pagi tadi I update status pasal minyak naik dekat FB, skali Along (Anak sulong Kaklong) komen, Atoookkkk!!! Makcik Kannn!!!! Hahhahaha. Bangang. Kitorang memang macam tu. Kalau nak mengadu mesti macam tu, ‘Makkkkk, Kaklong kannnnn, dia kannnnnnn’. Or, ‘Atokkkkkk, Mama kannnnnn, dia kannnnnn’. Hahahah. Bongok.

So acane sekarang ni? Nak pung pang bercerita pon tak guna. I pon tadek pulak interview Ahli Ekonomi ke, Penganalisa Politik ke, so pengetahuan pasal kesan kenaikan harga minyak di Malaysia serta impaknya kepada penduduk dan ekonomi negara, I tak berapa nak tau. Yang I tau, I AM RM28.00 POORER MONTHLY! RM28.00 tu dah dapat bento set dekat Sushi King ok??? Duit jugak tu…

Izaaaaaaaaaaaaaa Nak Uweeeeet!

-eNd-

Wednesday, November 28, 2012

Harimau Malaya Vs Molten Choc Cake

Assalamualaikum....

Sebenarnya sekarang I tengah tengok bola Malaysia VS Laos. Sakit jantung, sakit tetep dada semua pon ada. Chances dah banyak kali tapi itu la tu.... Tak masuk masuk! Semput hoi! Jangan terbesalin malam ni dah la...

Malaysia have to win. Ok dah. Malas nak cerita pasal Harimau Malaya dah. 

Sekecewanya I setiap kali Malaysia kalah, begitu jugak la GF kat kampung. Pagi tadi dia dah cool down sikit pasal Gaza. Tapi tetiba naik hantu bila cakap pasal Apek bolos 3 gol. Kata dia, Apek asyik ingat nak kawen jer... Sebab tu tak performed main. Kata Mak lagi, Harimau Malaya kena tukar coach. Asyik buat experiment jer, sampai pemain utama pon tak boleh nak decide sehingga la last game. Eh Mak ni kan? Mana dia tau la semua menda-menda ni semua. Nak gelak ada, nak respek pon ada. Haha. Pulak tu marah lepas 3 hari dah lepas game T____T Omel sangat tu Mak!

Ini esok pagi ni kalau I call dia, entah apa lagi la komen dia.Tabah jer la telinga ni dengar dia bebel nanti. Hahah.

Ok. Sedikit update pasal diri sendiri. I off sikit badan rasa malam ni. Temperature naik, tekak sakit, selsema and batuk menjadik-jadik. Dah nak dekat hujung-hujung ni baru la badan tak sihat. Risau sangat rasa. Risau baby satu hal, tambah risau bila Saz dah cembeng-cembeng muka bila I pegang dia, tangan I panas. Depan Saz memang I kena double tough. Sebab rasa macam tak sampai hati nak tengok dia risau bila I tak sihat macam ni.... Kang mata bergenang, buat muka macam poos-in-boots. Nak lempang pon ada. Kang kalau lempang betul dah jatuh derhaka pulak. Acaneh?

I rasa sebab dah 3 hari berturut asyik kena hujan kot? Antibodi dah low, itu yang mudah nak dapat selsema. Tatau la nak buat macam mana. Nak biar jer atau nak kena makan ubat ni? Biar elok sendiri jer la kot? **Sebab sebenarnya tak suka makan ubat (^_^)

Eh. MALAYSIA DAH 4-1. Yayyyyy!!!! Malaysia hampir pasti menang dah ni. Ok. Malam ni boleh tidur nyenyak pastu boleh mimpi makan menda ni.

-EnD-

Molten Choc Cake. Ya ampun. Apa seksi sangat kelihatan malam ni??? 

Thursday, July 28, 2011

Khairul Fahmi Che Mat Curang? Kemon la.. Jangan Menganggu game esok sudah.

Tadi masa dalam kesesakan lalulintas, I tengok ada link panas dekat FB kata Khairul Fahmi Che Mat, ataupun KFCM ataupun Apek telah berselingkuh/curang (wah) dengan aweks lain yang lebih sepsi dan cantik dari tunang dia sendiri.

Cerita lanjut klik sini.

Eh. Tetiba blog makan-makan I dah jadik ruangan gossip ke apa ni? Ah. Tak kira. Lantak ko la Apek... Ko nak curang ker, nak putus tunang hatta ko player sekalipun (tsssk tsssk) I tak amek port. I maafkan U. Eh tak. Bukan I maafkan U, tapi seriously I memang tak kisah. Tapi, kalau esok time Malaysia vs Singapore ko tak perform, dipersembahkan sekandang bahbee sebagai hadiah.

Sebok sangat kan nak buat jahat? Ni ha. Seluruh rakyah Malaysia mengharapkan ko untuk tidak memboloskan gawang gol esok. Kepala tu sila fokus. Jangan ingat pempuan jerk! *Cekak tangan dekat dada.

Pasal I'm expecting this sejak dari mula-mula dia fofular lagi. Memang I dah jangka, there will always be a second Mawi dekat sini ni. Not to say I'm judging orang-orang kampung yang tetiba je popular dengan sekelip mata, jadik fenomena lantas meninggalkan tunang selepas jatuh cinta dengan aweks2 sepsi yang tetiba nak mengendeng orang popular. No no. But, dah ada contoh depan mata kan? *Eh, ni tidak dikira judge jugak eh?

Eh? Yang aku emos lebih ni kenapa? Haha. Bodoh.

Tapi, ini la eh orang-orang spesis macam ni. Mudah sangat lupa asal usul. Hisk. Ingatkan masa dia dah bertunang dulu, dia dah berjaya menepis godaan dunia glamor, tapi tak. Dah la KFCM, mulai saat ini, kiter clash. I takmo minat U lagi. U dah malukan I! Semua kawan rapat I tau, I adore U, see now? U dah memalitkan lumpur di muka I. T_T


Khairul Fahmi Che Mat and Dahlia Teck yang digossipkan. Humang aih. Jauh benar personaliti dengan tunang dia, si Elia yang sejuk mata memandang tu. **Petir sabung menyabung sekarang.

Kasik up satu lagi gambar Dahlia Teck. Kredit to tuan tanah

Tadi, masa dekat Sushi King dengan Wana and Mira, I ada la bagitau dorang pasal ni, kata Mira, 'Dah la Maksu, kiter tak payah masuk campur hal kecurangan dia dengan tunang dia'. Wah Mira, berkata-kata macam kenalan rapat KFCM dengan Elia je. Har Har Har. Maksu suka la Mira cakap kompiden macam ni. Haha.

BUT ! Kalau esok dia buat stupid mistake, dia memang carik pasal. Soal persenel tolak tepi, kosentret pada game. Tolong la Apek, jangan la buat kesilapan yang berganda-ganda dalam hidup.


Kesian dekat Wana (Nayang I) yang 2 hari beratur dalam panas untuk dapatkan tiket Malaysia Vs Singapore ni. Dah la demam... Kena jugak dera beli tiket. Naseb baik ada tau? Tu pun rome-mate I terpaksa gerak ke Bukit Jalil selepas je Subuh untuk makesure dapat tiket ni. See? Sokongan peminat tidak berbelah bahagi ni.

Contohi semangat Mira yang tiap kali datang stadium tengok Malaysia lawan, tiap kali tu jugak la beli jersey lain. See? Sokongan tidak berbelah bahagi tu kan?

Tengok kiri kanan I ni ha, 2 2 pon tak mandi pasal takot lewat nak datang stadium semata-mata untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi (lagi) pada Malaysia. Sanggup ke nak tengok 2 manusia ni nanges lari-lari keluar stadium mekalau Malaysia kalah?

Dan yang terpaling teruja sekali, semestinya room-mate I. Dari kepala ke kaki semua Harimau Malaya. Naseb baik spenda tadek jual jenis yang sama, kalau tak, pengsan. Bukan seluar keluar harimau. Eh?

Dipendekkan cerita, seriously I dont give a damn about those gossip but yang penting macam mana team Malaysia main esok and I dah geli-geli bontot, ketiak semua woh nak tunggu petang esok! Tak sabar nak bersorak dalam stadium...

Soal persenel please la tolak tepi eh? Jaga mak.. Jaga mak... Jaga mak.. Eh? Tu macam ucapan Ina pada Mawi jer? Haha.

MALAYSIA! Come on! Bangkit please.. Esok, kiter gegarkan Stadium Bukit Jalil dan pastikan kemenangan dalam genggaman kiter. Amin...

-EnD-

Thursday, December 30, 2010

HARIMAU MALAYA... RRRAAAUUU !!!!!

MALAYSIA!!! MALAYSIA!!! MALAYSIA !!!

Harini semua orang pergi kerja senyum jerk... Semua teruja pasal penantian selama 14 tahun Malaysia untuk menang Piala Suzuki AFF Cup akhirnya tidak lagi angan-angan kosong. Ewah. Tetiba I dah berbunyik macam Hasbullah Awang pulak.

Dah! Tanak jadik pembaca berita lagi. Sekarang cita-cita I nak jadik pengurus pasukan bola sepak Malaysia la. Pasal boleh tengok Fahmi hari-hari. Hehe.

Gatal kan?

Anyway, tahniah untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia dibawah pimpinan Rajagopal. Ni kalau dapat pangkat Dato' ni baru la tak sia-sia. Tadek la sekadar bermuka jambu, menghabeskan duit negara berjuta ringgit, naik kapal angkasa as a pelancong jerk, terus dinobatkan sebagai angkasawan negara and dapat Dato'. Apa sumbangan pada negara entah.

Malam tadi, dekat Rasta I tengok dah macam mini stadium dah. Sama je kemeriahan macam dekat Stadium Bukit Jalil pada Ahad lepas. Penyokong Malaysia memang hebat la ! Terutama sekali mana-mana perempuan yang selama ni tak pernah tengok bola, offside, free kick, corner semua pon taktau, tiba-tiba eksaited mengalahkan lelaki pulak nak tengok bola. *Kerut dahi sambil jeling kiri kanan.


Kena terima kasih banyak-banyak dekat Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang macam magnet menarik hampir berjuta-juta gadis dekat Malaysia yang selama ni memang tak layan bola dah tetiba suka bola pulak dah. Haih. Siap air mata bagai bila Malaysia gol. Haha. Drama Drama. Dah nama pon pempuan.

Safee Sali dapat penjaring terbanyak sekaligus menghampakan tuan rumah - Indonesia untuk memenangi Suzuki Cup AFF semalam. Kesian. Cameraman pon bukan main gatal, semua nak tunjuk pempuan cantik-cantik jerk. Pastu ramai la berangan nak main Indon yang putih gebu. Dasar !

We proud of U Malaysia !

Tiba-tiba kan? I rasa sunyi sangat harini. Rasa macam something missing jerk. Bila la lagi yer nak tengok rakyat Malaysia bersatu hati macam ni. Semalam aura lain macam. I rasa semuaaaaaaa rakyat Malaysia memang bersatu hati dalam erti kata sebenarnya.

Konsep 1 Malaysia betul-betul menjadik. Tak payah iklan dekat tv, tak payah promosi hebat atau buat konsert 1 Malaysia atau buat tarian 1 Malaysia pun masing-masing malam tadi semua rasa bangga jadik rakyat Malaysia, semua rasa dah tak malu nak pakai jersi Malaysia, semua rasa macam sedara tak kira Cina, India, Kelantan. Eh. Kelantan?

Kan?

Dekat BBM, FB rata-rata tukar profile bendera Malaysia, gambar pemain Malaysia, FAM

Pasal apa? Pasal Bola. YES! Bola jerk dah cukup untuk menyatukan semua rakyat Malaysia. Itu pasal I kata, Football = Unite.

Macam Brazil. Kalau tak kerana Brazil tu ada team bola sepak yang bagus, sapa yang kenal mereka. Politik hancur, corrupted. Negara miskin. Nothing to offer but when it comes to football, ada sesapa berani lawan tak? Semua orang kenal kan? Pasal menda simple jerk = BOLA

Ok. Baiklah. I nak tukar profession jadik wartawan sukan pulak la. Dah taknak makan-makan lagi. Haha. Tapi, apa yangI nak sampaikan dekat atas, korang paham ke tak ni? Konsep 1 Malaysia dan semangat patriotik tu akan lebih senang kiter nak jayakan kalau MALAYSIA mampu mengekalkan prestasi permainan macam sekarang.

I pon dah berjanji pada diri sendirik, lepas ni mana-mana kejuaraan yang ada involve Malaysia, I nak tengok. Lagi-lagi kalau penjaga gol dia Khairul Fahmi. Nanti I tengok dia sorang jerk. Baiklah. Sekarang kena bersaing dengan Nora Danish, Hanis Zalikha dan juga girlfriend Fahmi ni, Elia untuk merebut hati Fahmi. Ewah. Tak sedar diri ko dah tua lagi berkahwin. *Perli diri sendirik

SMS I dengan Farah pagi tadi. (Dia ni sebok aku suka si Fahmi, dia pon nak jugak!)

Farah : Ko sebak ker? Ko patut happy pasal dapat makanan. (Farah kasik I cupcake pagi tadi)
Su : Aku kecewa Fahmi dah ada gf
Farah : Hahahahah. Padan muka.. Tapi takpe, baru gf babe.. Ada chance lagi..
Su : Sazli macam mana?
Farah : Saz yang 1st la, pandai-pandai la ko bahagi-bahagi
Su : Aaaduhhh..... Ok ok.

Haha. Yer yer jerk kan? Farah pon layan jerk. Tadi I baru call Saz. Dia tanya harini I buat apa kat office. I kata I bizi baca blog gf Fahmi. Pastu dia kata dia simpati dengan I. Boleh eh laki aku? Layan jerk kepala senteng bini dia ni. Harap balik nanti tak kena sumbat mulut dengan selipar. Haha.

Tapi I senang hati sikit la sekarang ni. GF Fahmi ni, nama Aimie Harmelia. Nmpak macam easy to handle and down to earth. Keep it up girl! Nanti si Fahmi tak payah pening-pening kepala pasal isu jeles-jeles ni. GF dia nampak cool. Jadiknya I restu hubungan mereka. Haha. Motip aku pulak yang restu. Klik sini untuk tengok blog dia. Kalau muntah darah pasal jeles, itu risiko tanggung sendirik. I tak masuk campur.

Anyway, sambung sikit pasal game malam tadi. I sedikit bengang. Eh jap. Sedikit ker? Tak. I bengang giler dengan ref dari Aussie tu. Nampak bias giler. Ada sekali tu, so obvious kot ada hand ball by Indonesian player, tapi ref boleh kata tak, and Indonesia ada dapat penalti pasal terkena tangan pemain Malaysia.

Naseb baik Fahmi cool hensem kacak bergaya tu dah safe the ball. Ko giler tak jatuh cinta?? Ok. Love love love beterbangan di udara sekarang ni. Kaler pink.

Gonzales. Dia ingat tetep dia besar, dia hebat la?

Ok. I suka yang jambu-jambu jerk. Yang ni nama dia Irfan. Comel dan jambu's. Tapi nama Irfan, tapi ada tattoo. Taknak ah!

Last but not least, harap Malaysia dapat mengekalkan prestasi supaya kiter semua dapat rasa lagi suasana yang macam ni. Bersemangat, sayangkan negara sendiri dan bangga menjadik rakyat Malaysia.

Lepas ni boleh pakai jersey Malaysia sambil jalan guna hidung. Kata eksen kan? Dah menang Suzuki AFF Cup. Indon dah kalah. Untuk peminat Indon yang saiko menyentan meroyan tu, jangan dilayan. Biarkan mereka berperang dengan perasaan mereka sendiri lepas tu gila sorang-sorang. Hahaha

Kiter semua ada otak. Bijak. Tak perlu kot nak layan orang gila. Betul tak? Ok. Bye.

MALAYSIA!

-EnD-

Monday, December 27, 2010

Saya Sayang MALAYSIA

MALAYSIA menang over Indonesia dalam final pusingan pertama semalam yang berlangsung di Bukit Jalil la bro, eh... brother (mood Double Trouble tak habes lagik). Eh. gigih I nak mencarik ayat supaya tak macam suratkabar kan? Haha. Kesian aku.

To be frank, ni first time I pergi tengok Bola Sepak Malaysia dekat stadium. Eksaited tak hengat. Jakun, gelabah, takot, menggelupur semua lah ada. Saz kata, kena pergi awal, nanti tak dapat parking.

Parking melambak, tapi yang masalah problemnya polis trafik yang jaga tu, bermati-matian taknak kasik parking kat area stadium pasal.... PASAL NAK RESERVE PARKING UNTUK PENYOKONG-PENYOKONG INDONESIA. Oh. Sangat bagus. Thumbs up sangat-sangat. Polis semalam memang sangat bijak la mklmnbgfdreeskklngyo.

Dah. Takmao nak ingat pasal kes polis manja/baik *read : bangang kat sana semalam. Buat hati gua panassss jerk. Pasal sekarang ni motip nak apdet entry ni ialah becoz nak share rasa teruja penulis haha. penulis konon, macam vavi di stadium bila menyaksikan kemenangan Malaysia secara live di depan mata. Teruja oh !

Ko nak mampus tak teruja??? I siap pakai sticker I love Malaysia dekat pipi ok? Sweet sangat la konon. Petuhui. Pastu beli T-shirt RM35 sehelai. Mira beli yang sama tapi harga RM20.00. Apa perasaan sekarang sila bagitau secara terang-terangan, jangan malu-malu nanti I lempang. Ni diskriminasi terhadap wanita gemok ke apa ni? Ah..!!! Persetankan itu semua. Janji bila pakai T-shirt tu I lagi mencanak semangat nak tengok bola.

Pastu kan kan kan? Lepas I salin baju, I kasik tau Rish I malu. Malu tadek sebab. Macam aku sorang yang pakai baju kuning Malaysia. Padahal beribu lagi yang pakai kot? Haha. Bodoh. Sekarang lagi la rasa bodoh pasal malu tadek sebab. semalam Macam terasa orang semua pandang, padahal tidak. Sekarang paham tak apa I nak kata ni yang malu tanpa sebab ni? Paham tak paham tak????


Kitorang sampai awal, dalam pukul 5.30pm dah sampai kat stadium. Memang havoc giler. Masa ni I jalan pegang tangan Saz erat-erat macam pengantin baru. Pasal terasa macam nak kena raba dengan orang jahat yang suka raba pempuan gemok. Pastu masa I pasang stiker kat muka, Saz pesan, 'Sayang, U duduk sini, tunggu sampai stiker kering, jangan pergi mana-mana. OK? Tunggu I datang balik'.

Nampak tak apa yang tak kena dekat situasi tu? Kenapa Saz suruh I tunggu dekat kedai stiker tu. Dah aku free jerk jadik model stiker kat situ. Pastu orang tanya t-shirt size 34 ada ker tak. Eh. Bodoh ni! Naseb baik tak lama lepas tu Wana dengan Rish sampai. Terus I ada kawan. Kalau kawan dengan Saz, nanti dia buat I macam budak sekolah. Macam, 'eh, pegang tangan kuat-kuat kat sana ada momok jahat nak makan.' Haha. Omel.

Serombong kapal yang si Afzal pegang tu, kalau di bunyikkan dekat sebelah telinga I, memang terasa macam nak bagi dia makan selipar. Ni separuh dari kitorang jerk. Another half tak sampai lagi. Si Fruz memang always over. Siap cat badan. Paling best, dia yang letak harga. RM8 jerk. Owh, nampak tak Si Rish menonggeng? Masa ni la puntung rokok Apis tercocok kat punggung dia. Pastu Apis rasa serba salah, nak sapu ke tak habuk kat bontot Rish. Haha. Bangang.

Saz beli topi hitam kuning tu. RM10 jerk. Malam tadi muncung jerk muka dia, pasal topi dia dah terlipat/patah sikit. Nanti boleh pakai bila panas-panas kalau jalan-jalan kat KL. Tapi kalau pakai topi tu, pastikan jarak kiter barang 8km yer?

Kitorang masuk stadium awal. Sebelah dengan penyokong Indonesia jerk. Best. Selalu dapat air mineral free. Diorang baling.

Azrul omel pakai bendera Malaysia buat tudung. Meh lempang sikit. Ok baiklah. Apis dan Acap pon omel jugak. (Adil, semua pon omel)

Game about to start. Tetiba bulu roma, bulu kaki, segala mala bulu semua mencanak bila tengok 3 suku stadium penuh dengan penyokong Malaysia. Tetiba *lagi, I duduk kat bahagian Malaysia Tanah Tumpah Darahku Terengganu FC. Pon boleh. Keropok lekor terengganu best apa??
Waktu yang paling I tak dapat nak lupakan ialah bila Malaysia jaringkan first goal. Masa tu gegendang telinga I rasa macam nak pecah. Seronok giler! Live depan mata I tengok gol ok? Tears I. Pastu Mira kata I drama. 'Eh, maksu, lamanya nanges, mungkin sikit-sikit jerk dah cukup kot?' Eh budak ! Ko tau apa? Aku datang awal tau? Panas megren semua ni nak tunggu gol. Naseb baik ada gol. 3 pulak tu.. ! Waktu ni penyokong Indon semua dah keluar stadium. Pasal nak makan bakso. Ok. Ini I reka-reka cerita jerk.

Naseb ketiak I bau epal. Merasa sedikit kompidem untuk angkat ketiak tinggi-tinggi macam ni. Eh. Korang tau tak, bola ni united tau? Semua rasa macam sedara. Orang depan I yang I tak kenal pon, I boleh sep sep dia bila Malaysia gol.

Wajah-wajah gembira

MALAYSIA - Kami sangat bangga keranamu! Untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia dibawah pimpinan R Rajagopal, tahniah diucapkan. U my bro la ! *Sambil tangan kanan tumbuk-tumbuk dada kiri tiru gaya Saz kalau impressed dengan something.
Terima kasih untuk semua penyokong-penyokong Malaysia yang datang. Sumpah I rasa semangat giler...!!!! Harap-harap Malaysia akan menang piala Suzuki tahun ni. Persoalannya. Kalau menang piala Suzuki, nanti dapat kereta Suzuki ker? Kata Mira dapat kereta. Nanti kereta tu boleh buat macam koperasi. Seminggu seorang yang pakai.

Ok. Bye.

-EnD-