Wednesday, June 12, 2013

Check It Out Tudung Kanak-Kanak Omel Dari Pretty Princess Zara

Assalamualaikum…

I kan, kalau pergi mana-mana kid store WALAUPUN Shein tu anak shantan metayang Mama cowang tetap jugak nak pergi bahagian baby girls. Tengok baju renda-renda, ropol-ropol omel skirt pendek kalo tonggeng nampak sependa tu Ya Allah nak nanges rasa. Sambil usap-usap baju dengan penuh kasih sayang sambil mulut cakap, “bestnya kalau ada anak perempuan”. Boleh pakai omel-omel. Pastu pegi lempang-lempang baju yang tak berdosa tu. Boleh? Haha. Onggile sangat. Bodoh ni!

Nak pulak jaman ni ari eksesori kanak-kanak wanita perempuan mengalahkan kiter yang emak-emak ni. Handbag kiter, handbag jugak lah dia. Rantai kiter, rantai jugak lah dia. Sebagai contoh (amboi, sebagai contoh terus) tengok anak Erra Fazira tu, Aleesya kemain pandai bergaya. Pastu Suri Cruise dah pakai handbeg designer. Mampu ko handbag size kecik harga RM10k. Tis tis tis *tadah ailio.

Shein aritu sebab geram sangat I pakaikan headband I kaler merah ang-ang. Ambek gambo masuk Facebook. Pastu ada yang kata tak elok anak lelaki masa kecik-kecik diajar pakai barang wanita nanti ngenan T____T *touch wood. Choi!

Takpe takpe. Lepas ni google cara-cara nak dapatkan anak pempuan pulak dalam internet macam mana. Kalau diizinkan Allah, dapat green light dari Dr. Ravi terus mengandung. Takder der nak tunggu 3 4 tahun bagi Shein cukup/puas main ker apa. Kiter ni makin hari makin tua. Sok nanti kalo dah pencen anak baru nak masuk sekolah rendah pon tak cool jugak.

So, sementara waktu nak mendapatkan anak perempuan meh kiter tengok koleksi dari Pretty Princess Zara ni. Bak kata ongputih, ‘advance.’ Klik sini untuk tengok more tudung collection untuk kanak-kanak yang semua omel-omel. Seriously samalam bila pakaikan Kaseh tudung-tudung ni semua molek terletak jer dengan muka dia. Kang nak kata Kaseh comel kira bias pulak sebab memuji keturunan sendiri.n Haha.

Design semua cantik-cantik. Fabrik and kualiti pon bagus. Harga pon berpatutan. Jom kiter tengok Kaseh dengan tudung-tudung dari Pretty Princess Zara. Memula nak amek gambar ni excited la dia. Macam-macam gaya keluar. Nak dekat habes amek gambar dia dah ngadu panas la. Nak berak la. Nak kencing la. Haha. Cenggitu la bebudak kecik.

Kata Kak Long dia jadik camerawoman, Ayang jadik penata gaya (gitu) and Babah dia jadik pengkritik. Kritik kaw-kaw sampai si Kaseh down ok? Haha. Mampos. So meh tengok gambar-gambar Kaseh menggayakan tudung dari Pretty princess Zara Collection.



 Meh lempang meh Kaseh





Ko mampu?



Cantik semua kan? Tudung ni ada size tau? Ada untuk kanak-kanak dari 2 tahun ke 15 tahun. Bayangkan omelnya kalau budak pempuan umur 2 tahun pakai tudung. *petir sabung menyabung. Postage cost kalau beli sehelai dua helai RM6 and kalau beli 3 helai atau pembelian RM100 keatas free postage. Best kan?

Setiap minggu Pretty Princess Zara akan keluarkan design-design terkini and soon akan ada long dress dengan shawl untuk kanak-kanak jugak. So boleh klik sini untuk tengok koleksi tudung Pretty Princess Zara sekarang jugak klik like aku kata! S E K A R A N G !!!

Yang ni I copy paste dari page Pretty Princess Zara.

Harini Pretty princess Zara nak bagi FREE GIFT. Suka tak suka tak?

“Bagi 5 pelanggan pertama yang membuat pembelian tudung, anda layak untuk pilih mana-mana design leggings yang kami baru upload sebentar tadi dan bawak balik secara percuma. Betul-betul percuma ni. Tak perlu bayar tambah walau seposen pon”

Best kan?

Syarat-syarat macam mana nak dapatkan leggings tu boleh tengok dekat page dorang dekat FB atau email tokey kedai. PrettyPrincessZara[at]gmail[dot]com atau zassssssss call sendiri dekat number ni. +60162488832. Call jangan tanya pasal nak berkenalan ker apa. Tau?

So, jangan lepaskan peluang! Siyes memang semua cantik-cantik koleksi tudung dia. PAKKAL la tudung untuk kanak-kanak. Kalau untuk ongtua, tu yang kaler ijau ada reben kat bahu tu, kompem I beli lapanblas.

-EnD-

No comments: