Showing posts with label Iklan; Sponsor. Show all posts
Showing posts with label Iklan; Sponsor. Show all posts

Thursday, October 10, 2019

Check Out Wedding Package Best Di Open Day 9 Kedondong

Assalamualaikum..

Ada sesapa tak plan nak buat wedding and masih taktau mana nak buat? Kalau korang jenis malas nak fikir and nak semua siap je tanpa banyak cerita, I suggest korang buat dekat 9 Kedondong sebab dekat sini service yang diberi dari A to Z complete. Tak payah buat apa dah. U just name it, semua boleh setel. Dari gubahan hantaran, majlis nikah, majlis bersanding, makan, pelamin, baju, photographer, videographer, make up, set renjis, kompang, Emcee semua boleh settle. Tak payah dah nak sub sana sikit, sub sini sikit. Pastu dia punya result memang gempak and modern, sesuai dengan citarasa terkini. Pengantin nanti bawak diri je sambil goyang tetek hahahaha. Tak payah pening apapa dah sebab Event Manager akan setelkan all things. Family pon tak payah susah-susah apa dah. Eh, kenapa la masa zaman I nak kawen dulu taktau pasal 9 Kedondong ni. Kalau tak mesti best! 

Dulu, I pernah share pasal Wedding Package 9 Kedondong dekat sini. Situ lebih detail. Untuk this time, I nak share gambar-gambar terkini dekat 9 Kedondong. Seriously makin lama makin cantik la. Pelamin dia pon cantik-cantik semua. I letak sikit je dekat sini, kalau nak lebih banyak boleh tengok dekat Official FB and Instagram 9 Kedondong. Nanti I share dekat at the end of the entry. 

OK. Let say la bakal pengantin masih mencari-cari mana nak buat wedding, korang boleh datang ke Open Day 9 Kedondong pada 13/10/2019 (Ahad ni). Nanti dekat sini 9 Kedondong akan set up semua seperti hari majlis actual (full wedding set up), maknanya akan ada sample pelamin, meja beradab, deco lain-lain dan juga food tasting serta house tour. Lepas tu ada beberapa vendor mereka yang akan turut serta jugak macam vendor busana and pelamin. So nanti senang la boleh berangan terus korang punya majlis macam mana. Nak senang, bawak je Tok Kadi, boleh terus nikah. Hahahahaha.



9 Kedondong. Cantik kan? Tempat makan set up dekat dalam and jugak dekat halaman. Feel like at home kan?

Thursday, March 1, 2018

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas Berempah

Publish : 5.5.2015
Re-publish : 1.3.2018

Assalamualaikum...

Seperti yang dipoyo-poyokan dalam IG I hari semalam, yang kononnya cool la letak gambar bawang segala tu macamkan pandai sangat masak, so harini I nak share resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas Berempah menggunakan kicap manis jenama Tirana. Kalau nak sedap macam I masak ni, sila salin resepi and ikut sebijik-sebijan macam yang I share ni. Paham? Jangan nak melawan sangat. (Kalau share resepi biasanya I akan poyo/garang skek. Kasik chance please?) Haha.

Bahan-bahan
  1. Bawang merah - 9 ulas
  2. Bawang putih - 5 ulas
  3. Cili Padi - 20 bijik (kalau nak lagi pedas tahap buasir bunga kelopak lapan boleh letak 30 bijik)
  4. Kunyit hidup - 1 inchi
  5. Ketumbar - 1 sudu besar
  6. Jintan Manis - 1 sudu besar
  7. Kulit kayu manis
  8. Bunga lawang
  9. Totamo - sebijik sedang
  10. Bawang besar - dihiris bentuk bintang. Eh silap. bentuk bulan sabit
  11. Ikan Cencaru size sederhana dibersihkan dan dikerat 3
  12. Minyak untuk menggoreng
  13. Daun Ketumbar - Untuk hiasan dan rasa jugak



Ni semua bahan-bahan yang digunakan. Semua ni kena tumbuk dengan lesung batu (bawang kecik, bawang putih, kunyit,  lada kecik, jintan manis and ketumbar). Kecuali daun ketumbar tu je takyah tumbuk. Yang tu saja letak kat situ bagi nampak poyo. Ketumbar dengan jintan manis kena rendam dengan air dulu bagi lembut supaya masa menumbuk tadek la keluar segala mala peluh jantan. Nak tumbuk tu kena tumbuk kunyit hidup dulu, dah hancur semua baru letak cili padi. Paham? Kepada yang pemalas boleh blender tapi ni amaran, kalau blender rasa dia tak sedap macam tumbuk ok?

Friday, August 25, 2017

Fancy Strap by iBaggYou

Assalamualaikum..

Sapa yang tengah carik Fancy Strap yang berkualiti and confirm tak kena tipu dengan Personal Shopper IG Shop yang bersepah dekat IG tu boleh check out Fancy Strap SHW tak lain tak bukan dari @iBaggYou. I kan dah sign mati dengan @iBaggYou? (Tauke dia Aliah Ongkaya) sebab tu I kena share dengan nkorang. Mana yang beli designer handbag murah jangan nak suka hati sangat, skali kena tipu bayar konon original item padahal yang Gred AAA  1:1 tak pasal je. Ada satu IG Shop jual new and prelove designer handbag dekat Bangsar tu pon menipu jual fake punya ok? Dah kena report pon tapi I tengok sampai sekarang elok je berbusiness. Tapi semua barang dari iBaggYou ni Alip Lam Lam Ha tulis dekat dada is 100% Authentic. Boleh pakai tanpa was-was dan jalan berkepak takde hal. Hahahaha. Bongok. Eh I cakap betul tau? Tak caya tanya Dyba. Kakak Ipar dia jual Premium Grade Designer Handbag sama giler babi nak mampos dengan original. Kakak Ipar dia cakap almost impossible nak beza kan sebab memang premium grade. Ramai Mak Datin and Doktor beli dekat dia. Bayar RM10k dah dapat 5 handbag. Chanel, Prada, Gucci, LV semua. Masa Dyba cakap I tak sangka pulak yang berkemampuan Mak Datin/Doktor pon beli Premium grade punya. Why????  Masa tengok tu rasa macam adoooooi ada yang aku beli je ni kang tapi kata Dyba ‘Kaksu, kalau mampu beli original, berdosa beli yang fake’. Gitu Dyba punya tazkirah. Hahahaha. Tapi InsyaAllah I kalau boleh nak yang Authentic sahaja. Macam GF I dia takper, bag balik kampung pon LV. Tapi dia bukan tau pon LV tu apa. Dia beli sebab cantik. Belasaaaaaah. Hahahahaha.


Cantik kan Fancy Strap ni? Ada banyak kaler and design.  Nanti scroll bawah.

Tuesday, May 30, 2017

Hershey's Brownies Haizan Yang Sedap

Assalamualaikum..

Mintak maaf la sebab terpaksa share gambar Brownies dan rakan-rakan beliau yang menggugat iman dari Haizan ni. Waktu nak taip ni ada la jugak dalam hati bertanya ‘why why why’ tapi takper la, memasing dah besooooo. Tahan la sikit iman sampai berbuka eh? Nanti berbuka kang boleh makan sampai lepak. Semalam I terbaca article pasal seorang lelaki dekat Terengganu pergi Azan Maghrib sendiri pukul 4.30pm sebab tak tahan lapar. Dia ingat lepas dia Azan boleh la eh berbuka? Yang tak tahan tu dah dia sorang lapar habis dia Azankan semua orang suruh berbuka sekali. Comel nau perangai. Tengok badan macam debab je tak sangka jenis manja tak boleh lapar. Tak pepasal kena bicara dekat Mahkamah dituduh atas Akta Hasutan 1948. Kekadang lelaki ni nampak je kental tapi kena sakat sikit dah koyak mental. Macam Sazli, dia kalau Shein lepas minum air cakap ‘aaaaaahhhh’ pon dia menyirap. Hahaha. Shein pulak sama naik nak menyakat Abah dia. Kekecik dah nampak perangai suka sakat orang. Mana belajar entah. Berbalik pada cerita Hershey’s Brownies Haizan ni, I ada a few time dah cuba and approved S E D A P. Atas crunchy, dalam moist, manis dia ngam-ngam and tak level potong kaki. Ada orang kalau buat Brownies dia punya crunchy dari luar membawak ke dalam. Yang tu tak sedap. Ada orang tak sabar nak suruh Brownies cepat masak dia pergi bake pakai api atas sekali. Dia ingat brownies tu Bahulu? Sesuka suki je guna api atas bawah? Orang tu sebenarnya ialah I. Kah kah kah. Anyway, kawan-kawan I pon ramai dah rasa and terjebak jugak beli Hershey’s Brownies Haizan ni. So maksudnya apa? Haaaaaa.


Hershey’s Brownies Haizan. Atas crunchy, dalam moist and drizzle dengan chocolate on top. Diz iz crazy. SEDAP GILER

Friday, April 28, 2017

Kuih Raya Huda Yang Sedap (Tapi area KLCC kena order dengan Dyba)

Assalamualaikum..

Kuih Raya Huda kembaaaaaaaali. Sapa yang pernah beli kuih raya dengan Huda sure tau kan kuih raya dia memang cantik, sedap dan berkualiti. Ada 16 jenis. Semuaaaaaaaaaaaaaa pon cantik dan sedap. Tester Huda dah bagi dah minggu lepas. Dalam 16 jenis, rasa macam nak order 16 jenis jugak. Hahahaha. Boleh buat mandi la kalau order semua. Huda open for Agent, sapa nak boleh direct contact Huda dekat 019-7165687 ok? Order dah dibuka sekarang and tutup order sebelum puasa. So sapa yang nak order kena cepat kang nanti dah close baru sebok nak order. Baik la beli kuih raya yang dah confirm sedap dari beli dekat mana-mana lepas tu rasa belum tentu sedap. Kekadang nampak sedap tapi bila makan tak sedap and rasa hapak sebab guna bahan timbang and takde kualiti. Kuih raya sekarang pon dah naik harga…. Macam kuih raya Huda ni kalau ada sesapa perasan ada jugak Celebrity jual tapi sebekas RM40.00 la eh? Mahal sebab carry nama celebrity kot? Huda jual cuma RM30.00 sebekas and FREE DELIVERY but minimum order 2 bekas. Untuk Raya 2017 ni Dyba pon jadi Agent Kuih Raya Huda jugak. So untuk yang ada di area Platinum Park, Naza Tower, KLCC, Ampang Park, Kelana Jaya dan kawasan sekitarnya boleh order dengan Dyba ok? COD dekat KLCC, Paradigm Mall, Citta Mall, LRT Kelana Jaya, LRT Lembah Subang and LRT Ampang Park. ETA 2 minggu sebelum raya. Bahaya ni dapat 2 minggu sebelum raya sebab takot tak sempat. Hahahaha. Macam I kalau dapat kuih raya Huda jarang la selamat seal sampai raya. Sure tak tahan. Kalau Mak Azizah if I tingin nak makan kuih raya dia, dia bagi je bukak or makan sampai habes. Kalau I, I tak kasik. Nak makan tunggu raya. I kejam sikit. Yerla dulu masa kecik kan susah? Mak kalau buat kuih raya dia memang solatep jar kuih tu. Tak kasik makan. Nak makan tunggu raya. Kalau dibiar mau habes. Meleleh la ailio I nak tunggu raya. Kata Mak, kalau tak buat macam tu memang tak sempat raya. Tu kena solatep. Hahahaha.


Ikut Putaran Jam : Oreo Crunchy, Red Velvet, Chocolate Crumpy, Classic Pandan, Suji Salju

Thursday, April 27, 2017

Tart Nenas Terpaling Sedap Now Open For Oder (Raya 17)

Assalamualaikum

Last year ramai wakilkan I suruh tanya pada Miezi (Owner Tart Nenas terpaling Sedap TNTS) ada tak open order for raya. Kata Miezi dia tak boleh nak buat sebab bizi dengan projek lain TAPI dalam pada tak boleh nak buat, TERPAKSA ambik order dalam 80 balang macam tu daripada orang yang tak boleh nak ditolak order. I pon tak dapat nak rasa. Pundek betul. Hahaha. Nasib baik tahun ni dorang buat comeback. Pada yang dah pernah rasa Tart Nenas Miezi ni memang confirm akan repeat order punya lah! Tengok rupa dah tau sedap sebab dorang guna premium grade ingredient. Guna Planta, Tepung Gandum Cap Sauh and Jem Nenas pulak homemade yang dimasak dengan penuh kasih sayang tapi kalau jem menggelegak kena tangan (kalau I la) mau bekandang babi keluar. Hahaha. Sazli yang tak suka kuih raya pon mengadap TNTS ni boleh tahan jugak la kepit dekat ketiak sambil tengok TV. Boss I yang claim sebagai ‘Pandai Makan Tart Nenas’ pon tertewas and order 2 balang so maksudnya apa? Maksudnya TNTS ni memang la DIJAMIN SEDAP DAN DIJAMIN KUALITINYA. I remember masa tahun 2015, dari I saja yang I ambik order office, close friend and kawan-kawan apartment dekat 100 balang ada. In total dorang buat almost 500 balang! Time tu kata Miezi and H dorang sendiri memang dah bau tart nenas dah and terpaksa jugak untuk tolak order last minute sebab dah tak mampu nak buat. Dengar cerita sampai tertido depan oven. Hahaha. Dorang bukan kilang and ada equipment canggih-canggih macam baker lain sebab tu tak boleh nak ambik order banyak-banyak. Jaaaadi untuk mengelakkan kekecewaan, sapa yang nak, kena order dengan Miezi sekarang jugak. Dia hanya open untuk 300 balang pertama je sebab taknak dah tetido depan oven. Hahaha. 


Tart Nenas Terpaling Sedap TNTS back in town yo! Korang tengok la sendiri, kemas buatannya kan? Nampak pon dah tau sedap. I boleh mengadap TNTS ni sekali makan dua baris. Unstoppable bila dah rasa seketul. Sebab lepas tu nak lagi nak lagi nak lagi.

Wednesday, October 19, 2016

Anny. Siti Nurhaliza and MyIdesia

Assalamualaikum..

Haritu Yanie kawan I pemilik MyIdesia yang cantik and anak Dato’ tu ajak I datang dia punya Boutique Launching tapi sebab I bizi menyelamatkan dunia, maka tak sempat la nak pergi. Tapi I promise, nanti I dah free I akan datang, lagipon boutique dia dekat Ampang je poooon. Kalau tak datang memang la melampau. So sesambil haritu sebab I teringin nak makan Ayam Penyet Wong Solo and Anny rajin nak melayan, so kitorang pon pergi Taman Dagang tempat butik Yanie ni ha. Sebelum makan, usha la dulu boutique Yanie ni. I suuuuka giler semua inner-inner dia yang macam-macam jenis and rasa macam impressed sebab macam mana Yanie and team boleh hasilkan inner yang sangat comfortable, sejuk, cantik terletak dekat muka and paling penting praktikal sangat-sangat. Sebelum ni semua Inner I, I tetas dekat belakang sebab muka I kan dulang? So kalau pakai ketat sangat automatic muka jadik debab lepas tu jadik la takde confident. Dekat MyIdesia ni, inner dia kain jenis lembut and tak panas, ada ruang sanggul so kalau jenis orang yang pakai serkop, takde la bila nak petang serkop dah tinggat bunjut je sebab tak boleh coop dengan sanggul. Haha. Tu I la tu. Asal petang je, serkop dah jadik macam orang Myanmar dah sebab telinga dah terkeluar. Bagussss sangat la macam ni. I suka. Sebelum balik, 1 paper bag  penuh Yanie bagi I inner. Puas hati aku. Esok datang, bagi lapan paper bag pulak eh yanie? Ok thanx bye.



Datang la perangai meroyan dua orang ni. Ko tengok dia punya inner ada banyak jenis, banyak kaler, lembut, sejuk selesa semua. Geram nak borong semua.

Monday, August 15, 2016

Wedding Package Terhebat di 9 Kedondong

Assalamualaikum..

Masa bulan puasa haritu I ada bukak puasa dekat 9 Kedondong. Ingat tak? Yang buffet murah lagi sedap tu. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Bila tengok rumah tu, rasa macam jatuh hati pulak. Terus la I tanya dengan contact person 9 Kedondong untuk buat Majlis Aqiqah sebab tempat ni sangat convenience. Sejenis bungalow lot dekat elit area near Jalan Ampang. Situ semua bungalow lot, so nampak dia punya exclusive. I pon sempat la tinjau sekeliling rumah. Ada bilik, toilet, a big hall, laman luas and khemah yang dekat belakang tu pon cantik. Walkway cantik, bersih sangat. I jatuh cinta! Yang tanya pasal Majlis Aqiqah tu pon boleh tahan ngek. Shein tu sikit lagi nak berbulu Aqiqah celah mana. Hahaha. I ingat nanti second baby memang nak buat dekat sini la. Senang takyah kemas rumah semua. Sini pon ada je bilik tempat nak tido, selesa and feel just like home. Ni kalau tak kawen lagi, memang I buat dekat sini je ni. 

Disebabkan I dah kawen, so I pon survey la untuk Kakyang punya wedding. I dah tengok package dia, memang semua bessssssst! Memang complete package siap SEMUA. Bukan makan je tapi semua la termasuk rumah, pelamin, hiasan, fotografi, Penyelaras Majlis, RELA, selawat, kompang, DJ, karaoke dan macam-macam lagi. Make up dah la lawa-lawa, pelamin pun alahaaaai meleleh air liur I tengok. Memang senang kerja kalau buat dekat sini. Bayar je ikut package mana nak, lepas tu goyang tetek je sebab yang lain semua orang buat. Best giler! Tapi tarikh yang kitorang nak tu pulak dah ada booking. Frust sangat-sangat! Seriously. I menung je bila En. Haziq cakap date tu dah fully book. So since 9 Kedondong ni sangat best and memang something yang worth to share, I nak share dengan korang semua apa yang 9 Kedondong offer untuk Wedding. Gambar dah la semua cantik-cantik. Jenuh I stalk dalam Facebook dorang. I punya study macamkan I pulak yang nak kawen. Haha. I bet, if korang tengok ni, korang pon akan jatuh hati. Tak kena gaya rasa macam nak besanding lagi sekali. Kepada readers lelaki yang dah kawen, jangan carik pasal ok? Haha.


Khemah ni dekat belakang rumah. Untuk satu rumah boleh letak khemah depan and belakang and muat up to 1,000 pax. Korang tengok la dia punya konsep putih bersih, siap ada kain kat atap tu, lawanya la...  Macam Garden/English wedding kan?

Wednesday, August 10, 2016

Sapa Nak Handbag Burberry?

Assalamualaikum.


Sebelum Rish mengamuk dengan I sebab tak keluarkan iklan dia ni, baik I buat sekarang. Dia tu kalau marah takut jugak I. Sebab dulu I pernah gaduh dengan Rish dekat Suzi Corner tahun 2012 dulu. HAHAHHAHAHA. Bongok Rish. Anyway, Rish nak jual dia punya Burberry Nova Check Hobo handbag in Red. RM1,800.00. Gambar tengok dekat bawah ni I letak. Tapi sekeping je I letak. Rish bagi I 20 keping malas aku nak letak banyak-banyak. Anyway, sapa yang berminat boleh WhatsApp dia dekat 012-2916532 NOW.  Kata Rish, Handbag ni come with dust bag and authentic card. Kira 100% original and bukan Gred AAA ke apa ke, paham??? Original maaaaaaa. Harga asal RM3,500.00 and dia beli dekat Pavilion (Dia ni jenis beli Boutique je, takde der PS PS ni). Tahun berapa dia tak ingat sebab semenjak ada 2 anak ni, kata Rish dia takde masa nak fikir tahun bila handbag ni dia beli. Dia bizi all the time. Reason to sale : Jarang pakai so taknak pakai dah. Yang ni I rasa macam tak berapa nak percaya. Kang nanti tetiba je pakai Chanel. Bukan boleh percaya budak ni. Condition Mint. Tau ke mint condition tu apa dia? Kalau tak tau pergi Google. 8/10 kata Rish. Negotiable. Maksudnya boleh je bagi lagi murah tapi jangan la mintak sampai RM800.00 sebab nanti dia boleh bertukar menjadik Incredible Hulk. Ok tu la nak cakap. Bye.


Burberry Nova Check Hobo handbag in Red. RM1,800.00

P/s : Mintak maaf sebab tajuk nak gempak je. Kah kah kah.

-eNd-


Thursday, June 16, 2016

Lalina Cookies Belaka Pon Sedap

Assalamualaikum..

Hari Isnin Lalina Bakery bagi I rasa dua jenis Cookies. Choc Chips Cookies dengan Almond Square. Macam biasa la kalau cookies sedap ni, sekejapan dah gone dikerjakan dek Shein. Memang sedap! Thank you Lalina. Lain kali jangan la bagi 2, bagi 10 terus. Ok? Hahaha. Selain dari 2 jenis Cookies ni, dorang ada 6 jenis cookies lain. Ada Crunchy Cornflakes, Semperit, Suji Brunei, Tart Nenas, Dahlia dan Cheese Bangkit. Ada kuih modern and ada yang classic so balance dunia akhirat. Balance dunia akhirat Waklu? Ni balance citarasa la. Ada cookies yang orang muda suka, ada yang ongtue suka. Kata la korang nak belikan Mak korang kan, lepas tu dia kata ‘Mak taknak biskut modern, Mak nak kuih bangkit’. Jangan gelabah sebab Lalina ada jugak kuih Malar Segar (Popular sepanjang zaman. Ingat lagu je ada Malar Segar? Kuih pon ada ok?). Zaaaappppp ambik ko Semperit dengan Kuih Bangkit. Setel problem. Kuih Bangkit Lalina pon jenis up skek sebab ada cheese. Haaaaa. Jom tengok gambar-gambar Cookies Beliau.


Hi Crunchy Cornflakes. Sedapnya awak kelihatan!

Ramadhan Buffet Murah dan Sedap Woooooo di 9 Kedondong, Ampang

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, I pergi bukak puasa dengan Intan and kawan-kawan Blogger dekat 9Kedondong. Orang bukak puasa dengan air sedap-sedap, I dengan Intan kongsi drinking water D’Saji yang botol pendek tu. I baru seteguk minum, Intan buat rampasan kuasa. Dalam pada minum air jimat-jimat Intan jumpa pulak sebotol lagi air dekat seat belakang tapi kitorang nampak pulak ada sorang Abang ni, motor dia rosak. Sian dia heret motor dalam hujan entah berapa KM lagi nak sampai ke Stesyen Minyak. Entahkan dah berbuka entahkan tak. Masa I cakap pada Intan, ‘Intan bukak tingkap, air tu hulur pada Abang tu’. Intan seaakan tak redha sebab dia peluk air erat-erat tapi dia bagi jugak pada Abang tu. Hahaha. I cakap pada Intan, mana tau Abang tu prospek bakal BF ke? Terus Intan setuju bagi air, laju je bukak tingkap. Sekali hulur, Abang tu cakap macam ni. ‘Makasih Kak’. Sekali Indooooon daaaa. Failed! Intan pandang I terus buat muka nanges. Ngek Intan. Jem memang hazab dekat Duke nak masuk ke Ampang sebab I fetch Intan dulu dekat LRT Melawati.  Intan pon kesian jugak pada beliau sebab tunggu I almost 2 jam kat sana tapi upah Intan I bagi agak lumayan. So dia jangan banyak bunyik.

Kata Intan masa kat LRT dia terserempak dengan Fog kawan Abang Yut. Intan cakap, mesti Fog menyesal tak mengorat dia dulu sebab dia dah cantik sekarang. Confident je. Tapi Intan memang makin cantik sekarang semenjak makan Zenia Collagen, Transgluta and Transbella. TQ Zenia sebab transform Intan dari Ugly Duckling menjadik Beautiful Swan. Sekarang ada promo tau? Klik sini untuk tengok Promo Raya kitorang **Sesambil Iklan. Masa dalam kereta, Abang naik lori tayang-tayang kuih dia, I rasa macam nak sepak je. Lepas tu bebudak ni dalam group hantar gambar makanan semua menyirap jer, terus sebak. I memang kalau dengan makanan selalu beremosi macam ni. Hahahaha. Dalam kepala, sampai je sana I nak serbu kambeeeeengggggg!! Dekat pukul 8.00pm baru la sampai. Menggelupur tak tau nak makan apa sebab semua nampak sedap.


Hi Kambeng Golekku sayang. Siap ko aku kerjakan.

Monday, June 13, 2016

Chocolate Chips Cookies 50pcs+- ONLY RM16.00

Assalamualaikum..

Si Shein dengan Chocolate Chips Cookies memang bercinta habes. Dia makan Chocolate Chips Cookies tu macam makan nasik je. Pandai pulak tu ambik sendiri dekat dapur. Hahaha. Ni I cerita throwback kejadian Jumaat lepas. Now dah masuk Ramadhan Ke-8, akhirnya tekak I dah rasa kuda sepanjang-panjang dari sahur ke waktu berbuka. Time pukul 5.00pm tu dah lembik dah badan rasa. Nak angkat tangan pon tak larat macam TERpaling puasa dalam dunia kekdah dia. Haha. Naseb la hari-hari bukak puasa dekat umah Mak and Bapak. Kalau ikut tak larat I ni, kitorang bukak puasa makan kaki je la. Yerla, dah tak larat. Acane nak prepare untuk berbuka? Sampai je rumah kitorang dari rumah Bapak, I pon terus landing kat sofa. Shein layan la Super Wings or Upin Ipin rakam kat TV. Sazli dah pergi Terawikh. Time tu la Shein bedal 1 jar Chocolate Cookies Mak Andak sampai gone habuk pon tak tinggal. Sazli pulak bukak je pintu rumah masa dia baru balik Terawikh Jumaat tu terus tanya, ‘Mana Chocolate Chips Cookies kat atas ni?’ I tak sempat jawab dia dah nampak bekas kosong atas sofa. Maka beliau pon kecewa. HAHAHAHA.


TERPALING SEDAP !! Chocolate Chips Mak Andak RM16.00 (+/- 50 pcs) 

Wednesday, June 8, 2016

Chocolate Chips Cookis sedap dari Mak Andak Cookies

Assalamualaikum.

Chocolate Chips Cookies Mak Andak ni memang cari pasal betul la. Rasa dah la sedap. Tak manis sangat lepas tu krup krap rapuh. Serious sedap macam Famous Amous punya. I kalau makan sebalang tu, memang mengadap sampai kesudah. Gone sekejap je. Untuk raya ni pon, I order banyak jenis kuih dari Haizan. Taaaaapi bukan untuk jamu orang, untuk sendiri makan je. Haha. Dia punya sedap rasa macam taknak share dengan orang lain. I sebenarnya dari tahun lepas dah terjerat dengan Chocolate Chips Mak Andak ni. lepas tu terus jatuh cehenta. Banyak yang buat I suka cookies dia. Firstly I yakin sebab I tau yang Mak Andak Cookies dijamin HALAL 100%, disediakan dengan bersih menggunakan bahan-bahan yang berkualit serta keluaran Islam Bumiputera. Maksudnya kalau makan tu takde la rasa, haih ni sedap sangat ni pasai apa? Mula la tingat bukan-bukan. Ye dak? Bila makan sedap, hati yakin so dia punya kepuasan tu lain macam.



Top Seller !! Chocolate Chips Mak Andak RM20.00 (+/- 50 pcs) Berasa dia punya almonds  and chocolate chips. Hish. Menyirap pulak rasa tengok gambar ni. Disini menyesal!

Tuesday, May 31, 2016

LV Boutique, Outlet (Longchamp, Furla, Coach, MK) Pre-Prder ESOK

Assalamualaikum..

Nak update sikit pasal Anny and project Personal Shopper beliau. Sekarang dia dah berada di Milan dan akan update Handbag Prada di Outlet anytime soon. Most probably malam ni la so pleaseeee sesapa yang nak, kena sentiasa update dekat I punya Instagram and kalau nak, kena bagitau I terus, masukkan duhet and zaaaaappp Anny akan belikan. Konsep dia tak boleh tunggu-tunggu. No money no talk. Gittew. Pada yang tanya Longchamp semua, sila bawak bersabar sebab Anny akan balik ke Paris esok so mana-mana yang nak barang-barang dari Outlet, korang boleh check out dekat Lavalleevillage.com. Tengok mana yang korang suka lepas tu terus bagitau I. I takot tak sempat nak catch if semua orang serbu at one time. Kiter ni bukan professional Personal Shopper. Wokey? Untuk LV pulak, mana yang korang nak, just masuk je website LV France dekat sini. Tengok la mana-mana yang berkenan lepas tu convert je Euro to RM. Itu la harga dia. Tak tambah tak kurang.

LV Speedy 30 = RM3,481 jerrrrrrr. Takde la ribu-ribu lemon sangat.

Thursday, May 26, 2016

Sambal Air Mata Ikan Bilis with Petai

Assalamualaikum..

Korang kan, kalau nak tau macam mana rasa I punya Sambal Air Mata, boleh la order dekat Naily’s Kitchen. I dah serahkan resepi pada dia bulat-bulat macam I punya original resepi lepas tu dia masak and I dah rasa and memang 100% sama. Dijamin sedap! Memang gitu ler rasa sambal air mata I. I pesan banyak kali pada dia. Bawang kena banyak, ikan bilis kena berkualiti, minyak kena banyak, masak biar lama supaya cili betul-betul masak so pedas dia tak la membawak ke jamban and mengundang buasir bunga. Lantakkan la tak healthy ke apa sebab minyak berlinang, janji sedap. Gula garam semua pon I bagitau macam mana nak kasik balance. So untuk bulan puasa ni, korang beli je la dekat dia kot malas nak masak time sahur. Makan pon berselera. Macam I, I suka panaskan sambal dalam kuali, lepas tu pecah telur. Makan dengan kicap manis. Bapak la layan. Sepeket tu memang boleh 3 kali makan. Bukan susah ponnnnn. Panaskan kuali, pecah telur sambil goyang tetep lepas tu dah siap. Hahahaha.



Sambal Air Mata Ikan Bilis with Petai

Monday, May 23, 2016

Paris - Milan Trip Pre-order for designer handbags, shoes etc by Anny Ariffin (Harga boutique takde mark up price)

Assalamualaikum..

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENCINTA DESIGNER HANDBAGS/SHOES macam LV, Prada, Salvatore Ferragamo, Tods, Gucci etc  yang nak pakai handbag baru sempena raya tahun ni sesambil kembang-kembang hidung walaupon jiran dekat kampung taktau poooon ko pakai handbag lima ribu (tapi untuk satisfaction so shadapyu)  lepas tu dapat harga murah (sebab beli dekat Outlet), takde markup price dan jugak most important Authentic korang boleh kirim pada  Anny sebab dia nak pergi Paris and Milan dari 25 May – 3 June 2016 ni. Memula I nak kirim Prada, LV, Longchamp (amboi kemain semua dia nak) lepas tu jangkit dengan Ellis, lepas tu jangkit dengan Dyba, lepas tu jangkit dengan Shariffah serta sahabat handai Anny so dah alang-alang banyak permintaan I suggest pada Anny offer la pada Blog Reader Chooyaya untuk jadik Personal Shopper dorang. Ko giler Founder Zenia Beauty work for you? Ni sangat rare ok?  Haha. Ni Personal Shopper yang sekali dalam 2-3 tahun je sebab dah kebetulan Anny pergi sana so apa salahnya tolong kekawan yang tak pergi obersi yang nak beli, ye dak?


Paris - Milan Trip Preorder 25 May - 3 Jun 2016

Wednesday, April 6, 2016

Acar Buah Sedap Dari Naily's Kitchen

Assalamualaikum

Haritu I dapat rasa Acar Buah yang this one reader yang baik hati kirimkan. Sedap sangat! Cukup pedas, cukup manis, jeruk buah yang digunakan semua yang sedap and berkualiti. Takde lah limau kasturi sampai 80%. Untuk tekak I, cukup sedap sangat dah. Bila makan, macam tak boleh nak berenti. Makin makan, makin layan. Sebab pedas + masam + manis purrrfect! Dia ada kirim 2 jenis, satu yang biasa, satu yang pedas. Kalau I mestilah suka makan yang pedas. Tak pedas buasir bunga, tak Suraya namanya. Macam acar buah ni, ada orang buat makan dengan Nasi Minyak kan? Tapi kalau I, I suka makan ratah je. Kalau dapat door gift kenduri acar buah pon best sebab kerepek and chocolate is too mainstream. Kasik acar buah la baru gerek! Nanti semua orang pon happy.

Si Zaida ni punya risau nak bagi I rasa. Kan sekarang ni I tengah sebok berdiet, so dia rasa macam serba salah la nak bg I makanan. I cakap, kalau makanan takpe. I terima. Hahahaha. Lepas makan boleh exercise. Takde masalah. Lagipon sekali makan sikit je, habes-habes pon sebotol kecik tu. Jangan la korang makan sekali hadap sekuali. Tu tebiat namanya. Kot ye pon sedap kan?

Kata Zaida, acar yang dia buat ni istimewa sebab dia menggunakan resepi turun temurun. Cececece. Sendiri mengaku istimewa eh Zaida? Zaida pon jawab opkos la Kaksu! Hahaha. Acar buah ni boleh dimakan tanpa was-was sebab made 100% dekat rumah. Menggunakan tulang empat kerat Zaida. Takde guna machine pon masa menggaul dalam kuali. Yerla kan? Kalau guna machine tu bukan homemade dah namanya. Halalan Toyyiban lagi. Yang pasti dari dia start potong buah-buahan sampai le siap masak, dimulai dengan Bismillah dan disudahi dengan Al-hamdulillah walaupon kena lenting dengan minyak panas tapi Zaida masak dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Oooo patut la masa Kaksu makan rasa macam sejuk hati je. Tu kalau I kena minyak panas or terpercik kuah, memang sekandang dah babi keluar. Hahahaha



Acar buah homemade dari Naily's Kitchen. Tengok gambar dah tau sedap.

Wednesday, March 23, 2016

Set Nasi Kandar RM5.00 dari Dapoq Chombi Penang Bag Hang

Assalamualaikum..

Berita baik kepada semua penggemar Original Nasi Kandar Penang yang duduk dekat KL (terutamanya diri sendiri), harini I nak introduce pada korang dengan Nasi Kandar Penang yang sedap, menggunakan resepi original dari Penang terus ke KL. Nama depa ialah Food Truck - Dapoq Chombi Baq Hang... Owner dia nama Kak Chombi asal dari Penang sana nu.. Memang asalnya depa meniaga dekat Penang sebelum ni. Tapi sekarang ni Kak Chombi ikut husband dia pindah ke KL lepas tu cuba menggemukkan orang KL pulak. Hahahaha. 

Ko sabar Kak Chombi, Pakkal la tengah diet sekarang ni. Cukup bulan ni Su nak datang sana serang Food truck akak! Mana tahan tengok gambar je. Dah la murah-murah semua woi set-set dia. I sambil taip, sambil telan ailio. Blardihel.

Cakap pasal dia punya freshness of dishes korang jangan risau sebab dorang memang masak atas truck hangkut segala periuk kuali sekali atas truck. Ayam Goreng Pandan, depa goreng panas-panas on the spot atas truck, bukan goreng dekat rumah bawak mai dekat lori. Dak. Maksudnya kalau hangpa makan, memang panas-panas. So memang puas hati. Tau la ayam kalau makan panas-panas dia punya nikmat macam mana. I kalau dapat Ayam Goreng Pandan ni, makan dengan nasik and kicap pon dah cukup. Takyah menda lain dah. Jom tengok gambar.



 Ayam Bawang Berempah freshly made everyday, cook with love. Kuah kari pekat pedepow! Original recipe dari Penang. Tengok gambar dah tau sedap. Kuah kari dia tu buat cicah dengan lempeng samadengan pengsannnnn!

Tuesday, March 22, 2016

Make UP Cantik by LinDa (Promo RM100/Make Up)

Assalamualaikum..

Kita bagi teaser gambar Majlis Pertunangan Kakyang and Eddy. Usually teaser gambar bakal pegantin nampak sipi-sipi kan? Kali ni kita buat lain. Gambar Mak Pengantin dengan bakal Menantu terus. Hahahahah.

Lawooo sangat Kaklong masa hari Sabtu lepas. LinDa yang mekapkan. LinDa pon mekapkan I masa photoshot Transgluta dengan Atita Haris last time. Tapi I tak share sampai sekarang dalam blog. I bizi menyelamatkan dunia sebab I kan part time Power Rangers Kuning? LinDa punya make up natural je. Tak nampak macam beria yet nampak lawa especially dalam gambar. Dia mekap pon tak lama. Last Saturday dia make-up Kaklong, De and Ayang dari pukul 7.30am – 10.30am semua dah siap setel pakai baju, tinggal nak kawen je. Hahahahah.

If korang berminat nak ambik Linda mencantikkan korang untuk any majlis macam Dinner, Bridesmaid, or saja-saja berangan pon boleh. Now dia tengah buat promotion. RM100/session. Promo sehingga bulan Mei 2016 sahaja. Lepas tu tadek dah harga ni. Untuk Nikah, Bertunang and Kahwin harga lain tapi still affordable. I really rekemen korang ambik make-up dengan LinDa especially yang sukakan make-up simple and light yet cantik. Macam yang korang tengok dekat gambar-gambar diatas tu. Simple je, tapi cantik kan? 



De and Kaklong. Make up by Linda. Simple tapi sweet kan?

Tuesday, March 1, 2016

1 stop Shopping Center at Juliana & Co Boutique

Assalamualaikum..

Shah Alam ni memang dah jadik shopping heaven sekarang ni kan? Banyak Muslimah Boutique yang terkenal ada dekat sana macam Zawara, Rina salleh, Calaqisya, Bella amara and many more. Nak sebut pon tak larat. Tapi usually specific boutique ni cuma ada specific item jer la kan? Bukan macam Vendor Boutique. Kalau Vendor Boutique ni dia macam one stop shopping center sebab semua ada dekat situ from top to toe. I suka konsep Vendor Boutique ni sebab satu tempat ada macam-macam menda. Kalau nak apapa tak payah pergi banyak tempat sebab semua ada dekat sini kecuali yang takde Mak bapak je. Hahaha.

Kan sekarang ni selalu ada Carnival Vendor macam Mode Republic etc? Tapi bukan ada all the time. Nak pergi pon agak bercinta untuk dapatkan parking, bersesak bagai. Tapi jangan risau sebab I may have a solution untuk korang semua. Harini I nak introduce pada korang especially yang duduk Shah Alam dan kawasan sekitar, satu Vendor Boutique yang baru mula beroperasi since December lepas. Baru 2 bulan je pon bukak. Still new tapi offer yang dorang bagi bapaklah best! Nama tempat tu ialah Juliana & Co Boutique yang bertempat di Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam.

Antara produk yang ada dalam boutique ni ialah:

Jubah 
Blouse
Tunic
Shawl, Instant shawl, double loop, bawal
Make up
Perfume
Kasut wanita
Keperluan bayi baru lahir
Aromatic bath product
Foods
dan byk lagi lah..


Long Outer Cardigan. RM79.00 sehelai