Tuesday, December 10, 2013

Apa lagi susu yang bagus selepas Enfalec A+ (Step 1)

Assalamualaikum.

Tajuk entry macam good-good jer. Macam ada info pasal susu. Padahal... Haha.

Lagi 2 hari Shein genap setahun. Macam sekejap jer kan? Macam baru je rasa mabuk merana nak mati and drama bersalin dalam OT tup-tup dah nak setahun. Ok. Macam ni la. Entry emos nanges cembeng tunggu la birthday dia betul-betul la eh? Nanti mummy tulis panjang-panjang. (Padahal Shein panggil Mama jer. Ngada nak Mummy bagai)

Setakat harini memang tadek pon I plan nak buat fancy birthday untuk dia ker apa. Rilex-rilex jer. Except for nanti Khamis malam tu kitorang nak gi family dinner. Bapak belanja la. Macam biasa. Haha. Ingat nak pergi KL Tower tapi humang aih kemain sekarang satu kepala RM180++ giler ke apa makan mahal sampai macam tu? Masak guna garam emas ker apa?

Tapi yang rilex-rilex tu valid setakat harini la. Haha. Sebab ada jugak la rasa tingin nak bagi Shein potong kek sempena setahun ni. WALAUPON dia tak paham apapa tapi ini sentimental value ok? Esok lusa dia dah besar nanti belek album tengok ada dia potong kek Shein Is 1 kan ker syok? Nanti dia kata, ‘Mama, thank you. Nanti Shein besar Shein belikan kilang Prada terus’. Haha.

Setakat ni Shein still tak bejalan lagi. Paling jauh lima tapak. Pastu dah. Tapi sekian dimaklumkan bahawa dia merangkak laju giler. Pantang terlepas bedesup perginyya. Haha.Pasal yang Shein tak jalan lagi tu, I cool jer sebab dulu kata GF I, I pon lambat jalan. Yang cepat jalan Sazli. 11 months dah berjalan. Shein walaupon tak berjalan, tapi dah tolong arr I mengemas umah skek-skek. Apa semuaaaaaaaaa nak capai masuk mulut hatta bra sependa yang mana dan dia masuk mulut. Rambut, getah belacan, habuk segala mala. U name it. Sabar jer la anak. Tau tak sushi lagi sedap dari semua menda tu? 

Bunga-bunga tantrum dah ada. Kalau tak ikut kehendak dia nanti dihangguknya kepala kat lantai. Kalau I sempat, I lapik la dengan tangan. Kalau tak sempat sekian muka Shein mencecah ke simen. Tak pon dia melonjak kebelakang. Tak kiralah kat belakang tu ada orang sambut ker tak, dia hantam. Ikut sapa la perangai hantuk-hantuk dinding tu eh? **Pandang kiri pandang Kanan. Haha.

I dah start tukar susu Enfalec A+ dulu yang step 2 (6-18 months) and apa yang I tengok, Shein macam kurang gemar la susu ni. Mangkali tak sedap macam susu lama dia kot? Dia akan minum bila bebetul dahaga. Kalau tak dia pulas-pulas je botol tu macamkan botol tu stering kereta. Nak kena tukar kea cane nih? Macam tak banyak lagi luak susu tu Shein. Bak balik duit Mama!

Kataaaaaaaaaa la kalau Shein tak gemar susu ni, nampaknya I kena la tukar susu lain. Ada yang I dengar, susu untuk membesar bagi toddler lagi tak berapa mahal laaaaaagi la sedap and lagi la laju baby minum.  Camtu. Yerker? Ke cane? Mohon pencerahan.

-EnD-

Tak payah nak Azrul (Gila-gila Remaja) sangat muka tu Shein.

8 comments:

A.L.I.N.A said...

dulu masa anak sulung pun saya mcm k.su...jenuh tukar susu...masa dia lahir smpai 6bln dia minum frisolac...pastu dia xnak frisolac saya tukar Nan Langkah 2..dia minum smpai umor 1thn++..pastu anak saya kena admit seminggu kt spital kes demam,cirit birit muntah...doc suggest tukar susu lg...haaa time ni yg penin..saya beli susu dutch lady la,anmum la,enfagrow la suma dia xmau...last2 saya try dugro...baru dia nk minum...xpe la..asalkan dia minum susu sudah...sb bila umor dh setahun lbh tuh dia dh pndai mkn mkanan lain so dia buleh dpt khasiat dr makanan pejal..smpai skrg anak saya tu setia ngn dumex...huhuhuh....selamat duit bonda dh besar pndai pilih susu murah...hahahhahah....tp x selamat sgt la..sbb anak org lain dh besar kurang minum susu...anak sulung saya ni 1 hari berbotol2 susu..susu 900gm tuh paling lama 4-5hari ja..huhuhuh....

Mimy Hamid said...


happy birthday in advance shien...fayel pun lambat jalan setahun 3 baru la berlari...dah lari ni nak suh duduk kem salam ar...aku start fayel setahun aku terus tukar s26...so far tekak diterima..ni nak masuk 2 thn aku plan sustagen or dugro vege...

QASEEH HATIKU QASEEH said...

U try pediasure vanilla..bole minum till 10 yrs..sedap..ai tell u..my anak 7 yrs plus sdg minum ni...baru try dr last yr slps dia kna pneumonia...so far dia ok kureng la kna batuk selesema...antibodi x kuat...agak nya la...depends la bukan sama pun budak2 ni...lain2 pesen. ..n taste...

sharika lincoln said...

Su try s26 gold kot2 ok

Azziah Nawawi said...

xpa, anak i umi 1y4m baru jln. lambat jalan, mulut laju dulu. cakap tak benti. hahaha.. my doter minum s26. pas setahun setengah nmpk mcm dia jemu, tukar ke fearnleaf. memula dugro, tak layan. pastu dutch lady. dia suka tp sembelit pulak. now minum fearnleaf. so far, ok. berak busuk nak mamps.. hahahaha

Effanina Mokhtar said...

Sis Sue, bb sy minum Enfalac A+ (step1) jg even dia skrg ni dah 8bln. sy x tukar kpd step 2. sbb step 1 bole sampai 1thun. ni pun setelah minta pendapat kwn2 & promotor ss tu. sbb step 2, rmi bby x bole terus.. pasni bile dah 1thun sy nak ambik terus step 3 utk (1-3thun). BB sy skrg 8bln berat 12kg.. x larat nak dukung dah sbb kuat minum ss & mkn :-)

~faRahaNis~ said...

k.su, pas setahun terus tukar step 3- enfagrow.. x mahal mcm enfalac sgt ha.. kalau anak x suka better tukar, sebab baby under 2 years pelukan susu utk tumbesaran.. mkan x brapa nak x pa, jnj susu nak.. gituww

MUMMY AISY said...

Dear ank i yg first skang 2 thn lbh...dia minum enfalax...enfapro dan step 1 tahun enfagrow...masa 1 tahun 3 bulan dia tetba demand taknak mnum enfagrow...so doktor cadangkan i bli sustagen sbb 1 syarikat enfagrow n sustagen ni lbh pada pemakanan dalam kandungan susu da..alhamdulilah mmg sngat sesuai dgn sustagen..trylah...sbb ank sedara. I yg ade masalh nak makan n berat asyik tak naikje minum sustagen ok..