Monday, May 5, 2014

Resepi Kway Teow Goreng Kerang Kompem Sedap Punyer

Assalamualaikum.

Hari semalam I buat kway teow goreng kerang extra sebab sakit hati kalau makan kat kedai nanti sepinggan dia bubuh 3 ekor kerang je. So baik buat sendiri. Puas hati sebab nak makan kway teow kena selak kerang. Paham? I dah share resepi dekat sini tapi sebab baik hati I copy paste and share lagi sekali. Harap semua pon gembira and anda semua bolehlah mencuba resepi ini dirumah. Cecece.

Keow Teow Goreng Kerang Kompem Sedap Punyer *thumbs up
  
Bahan-Bahannya. Jeng Jeng Jeng!
  
1. Keow teow (I biasa suka guna yang kurus sikit tu) Sebab dalam otak dah set, makin besar size bukaan keow teow, makin menggemukkan. Boleh?

2. Bawang besar, bawang kecik, lada kering rebus yang diblender together forever

3. Kicap manis cap kipas udang merah (ingat!), sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan 5 titis sahaja

4. Cube ayam

5. Taugeh

6. Tulur (ane, roti canai sato!)

7. Daun Kucai

8. Kerang Kerang Kerang (Beli yang dah siap kupas, senang sikit nak buat kerja) Kalau rebus sendiri, kopek sendiri, dikhuatiri yang masuk mulut lagi banyak dari masuk kuali.

9. Kasih sayang (wah, kelasss kau maria!)


Cara Menghasilkannya/Memasak/Membuat
  
1. Buat scramble egg. Ketepikan. Jangan peramah-peramah nak hancur-hancurkan sangat telur tu. Hancur-hancur ayam jer.

2. Panaskan minyak (Eh, tadi dalam bahan-bahan tak tulis minyak pon padahal) Tumiskan la dulu bawang kecik, bawang putih sampai la garing sedikit. Ni petua nak kasik sedap ni. Jangan pandang sebelah mata pulak. Hai susah la macam ni. Garang sangat tukang masak?

3. Bila dah garing dan berbau wangi, baru la masukkan bahan-bahan yang diblender together forever tu. Sampai la pecah minyak.

4. Pastu masukkan sos tiram, kicap, sos tomato, sos cili. Kicap mau lebih tau? Baru hitam lazat pekat berkilat.

5. Masukkan cube ayam and perasakan la mengikut citarasa masing-masing sebab rasa itu sebjektif. I suka bubuh gula. Kasik manis sikit. Tapi jangan la ko bubuh sampai manis macam pengat pisang.

6. Masukkan kerang. Kalau suka daging, boleh jer. Tapi masukkan awal-awal tadi la. Untuk makluman, I tak suka fish cake, fish ball. So, taknak masukkan. Pastu Mak komplen, 'ko ni, menda tu pon tak makan, macam orang kampong'. Amboih. Berani dia. Ni sapa yang orang kampong sebenarnya ni? **petir

7. Kepekatan kuah berdasarkan pada citarasa masing-masing. I suka becak-becak. Awww!

8. Masukkan keow teow. Kacau sampai sebati

9. Last sekali, tutup api and masukkan scramble egg, kucai dan taugeh. I suka matikan api baru masukkan sayur-sayuran pasal nanti lecur sangat. Tak rangup. Tak suka tak suka.

10. Sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili merah potong kalau merajin.

Masa kupas kerang kan? Mak la. Bila nampak kerang paling besar dia cakap oooo ni Bapak kerang. Nanti lepas tu ada pulak Mak kerang, Abang kerang, Kakak kerang. Yang paling kecik cicit kerang. Pon boleh la Mak. Layankan ajer la. Mak tak kasik bubuh garam langsung sebab kata dia, dia tak tahan masin. Pastu dia cakap, Mak Itam kata kalau masak kway teow takyah bubuh bawang putih. Pastu I cakap, 'Ni resepi I la. U ikut je I punya arahan'. Pastu kata Mak. BAAAIKK. Malas nak layan la tu. Haha.

-EnD-



Kway Teow Goreng Kerang. Slurp!

12 comments:

Ann said...

suke kuey teaw ( slalo knpius nak eja)..Kasi byk taugeh,, byk kuchai,kerang..nyum3!

Anna Dayana said...

terliur aglio olio oil of olay semua terkeluar la..

NAKKKK!!!

Chooyaya! said...

ann : ada yang tak suka sampah sarap dalam ni, semua kuis ketepi.

Chooyaya! said...

Intan : JUMAAT NI KAN????

Unknown said...

Rini nk screenshot resepi nie!!asal nk kueyteow je cri resepi awak nie..ahahaha...mmg sdpla weyh..smpai jiran suh masak lg..adoii..sok nk masak tuk sahur..ngidamla..tqvm coz being 1 of person yg mampu penuhi selera tekak i..��

Unknown said...

Nak tanya, kuew teow kena tos ngn air / air panas dulu ke???

Chooyaya! said...

nudra shafini : give me five! kalau rumah dekat ampang, hantar la semangkok dekat sini

unknown : tak payah. nanti lembik sangat. just basuh biasa jer

Anniessa House said...

sekarang jgk pg kedai cari bahan..

Balqisy Baklee said...

trimas... dah terbukak minda mcmanan nak buat kotiau grg... trimas skali lagi....

Eddy said...

Haha....awakni (xmo guna ayt u u sbb i duk kg je) da kaweng ke blom ni.. ;-)

atiaries said...

Kerang tu nk kena rebus dulu x?

Kazey said...

hahaha..good receipe utk berbuka puasa.
Hari ni nak try masak kuey kerang goreng ala Chooyaya.
Terima kasih for sharing.
Salam Ramadhan 2017.