Monday, May 5, 2014

Shein, brownies and kuten!

Assalamualaikum.

Enuff cerita bab makan. Korang kemain eh? Yang jenis pemakan tu kalau I cerita pasal makan memasing berkaca-kaca je mata. Seronok sangat kan? Pastu ramai jugak yang terpengaruh and berani makan salmon sashimi dah sekarang. Syabas diucapkan.

Harini nak cerita pasal Shein la. Seronok la ada Shein ni. Rasa macam ada kawan all the time. Bila balik, suka la kawan dengan dia walaupon most of the time nak kena melayan perangai mengada kuat merajuk dia tu. Nak komplen banyak pon tak boleh. Bak kata Bapak, ‘Shein ni sebijik perangai hang Su. Kalau A, A la jawabnya. Tak dapat nanti protes’. Sambil sengih-sengih Bapak cakap. Sesambil jer nak bagi I. Cis!

I kalau merajin I pujuk la Shein yang tengah baring merajuk menggelur kat lantai nak sudip, kuali, minyak wangi, henpon, sependa segala. Kalau malas I tinggalkan ajer. Bebudak kalau merajuk, memula kiter biarkan dia calm dulu. Kalau dia tak ok jugak meroyan guling-guling kena lekas-lekas pujuk sebab saikologinya dia boleh jadik keras hati. Pasal nak handle tantrum bebudak ni boleh Google. For me, I tak bagi reward pada Shein. No means no. I try to alihkan perhatian dia pada something else but reward is a big no-no. Depends la pada apa yang dia nak. Sebab Shein punya perangai kalau dia dah merajuk, bagi la apa. Di campaknya ajer T___T

Bab makan, dengan Shein tadek tolak ansur la. Dia memang kuat makan. I pulak naik seram. Dia paling sakit hati tengok air sedap dalam gelas depan dia or tudung saji. Kalau nampak air je, mula la meroyan. Sebok nak jugak. Lagi satu tudung saji. Jenis suka singkap tudung saji selongkar makanan. Bila nampak makanan nanti dia cakap, ‘Haaaaaaa’. And lepas tu gelak beria.  Macam happy giler. Buruk perangai tu Shein.

Masa kat kampong, dapur GF I ada meja makan yang style Jepun tu. Pastu ada grill dari dry kitchen menuju ke wet kitchen. Ko tengok ongkampung zaman sekarang siap dry kitchen wet kitchen segala. Kah kah kah. Pastu kalau grill tu tak tutup, senang la Shein nak sampai dapur. Boleh dia singkap tudung saji and kidnap brownies yang I beli dekat Adlain tu. Hahaha. Ok la. Kasik chance. Makan la one slice. Takper.

Asalkan kau bahagia anak


Pastu I cakap pada GF. ‘Mak, alih la brownies tu letak atas meja kat sana. Tinggi sikit. Shein tak boleh nak capai’. So, Mak pon pindahkan kat sana, letak bawah tudung saji. Masa I masak kway teow tu, I dengar Saz jerit. ‘Mamaaaaaaaa, U bagi Shein brownies ke?’ I cakap la, ‘Tak Papaaaaaaaaaaaaaa’. Gitu la conversation jerit-jerit je sebab Sazli dekat hall rumah bawah, tengok tv. Rupa-rupanya dia betinjit, ambik brownies tu bawah tudung saji. Dapat plak tu. Shein Shein. Hahahaha.

Dia memang jenis kuat makan. Nak kawan dengan dia? Senang ajer. Ko hukur la apapa. Biskut ke apa, mesti terus nak kawan and mintak dukung. Jenis suka makan. Ikut perangai sapa Shein? Mamaaaaaaaaaaaaaaa jugak. Hahahha. I pon pantau la jugak kan apa yang dia makan. Taknak la berlebihan sugar intake. Tak ok jugak. Ni pon I tengok badan dia cam debab sikit. I agak dah 12kgs over dah kot sebab bila nak dukong boleh tahan semput.

Untuk snacks Shein bila I nak makan depan tv ke, I standby la fiber biscuit. Ada banyak jenis. Boleh pilih. Bites baby sorry la eh? Taknak dah dia. Dah besar kan? Apa barang snack kanak-kanak. Itu pasal kalau berak bau tungkik sebab dah makan macam-macam. Uweeeek!

Now dia dah cakap a few words macam dirty, mama, abah, baba, fish, cat, ball, goal, one two tee!! A bi sheeeee and no. Dah cukup la buat I happy. Order pon dah tau macam take your shoes, kiss Mama, salam, amin, no! and give mama money. Yang last tu tipu. Haha.

Shein paling geli kalau I cium telinga dia, boleh sampai meleleh air liur. Satu lagi dia suka giler kucing. Dia tu kalau I tinggalkan kucing dengan dia berdua. Memang arwah la kucing tu sebab dia akan pijak, jinjing ekor, gomol, sangkut kepala kucing dekat lengan macam bawak handbag. Memang tak boleh dibiarkan.

Yang kucing kat umah Mak ni pon boleh tahan bodoh. Dah tau Shein tu pemusnah, dia boleh lagi guling-guling carik pasal depan Shein. Memang mendapat la kan? Haha. Macam mana dia buat kucing mainan kat rumah Mak Tok, macam tu la dia buat kat anak kucing kat rumah Atok dia tu. Sebok kucing tu makan, sebok jugak la nak makan makanan kucing. Bila kucing sepahkan makanan nanti dia warning kucing guna jari telunjuk dia. Haha. Ngek la Shein ni.



Kucing tu cakap dalam hati, 'Redha itu pasrah. Pasrah itu menyerah'

Rambut dia dah panjang tapi kenteng pulak kat belakang. Dah ropol-ropol teruk sangat dah. Adoi. Baru I nak fe-feeling Korea, ni dah kenteng macam Bapak dia pulak. Takper la Shein. Baru la macam Gu Jun Pyo kan? Korea jugak tu. Walaupon rambut depan dah macam tempurung, takpe la eh Shein?



Kenteng pon hensem apa?


-EnD-

10 comments:

Effanina Mokhtar said...

Slm Sis,

Saya Effa.. sy try nak email sis.
bole bgi email add x?

Chooyaya! said...

salam effa

surayasulatin@gmail.com

Mimy Hamid said...

hahaah bab kucing tu sama la pulak kes aku baru ni balik kg..eh aku tgk ig apsal sama peel budak berdua keje kan kucing ni..tp aku pelik kucing tu follow je..cekau pun tak ..hahaha

cik allord said...

kak su,seronoknya shein kuat mamam,izzul sgt la memilih bab makan..mereka sebaya..kiss utk shein kak su...

Effanina Mokhtar said...

Shein... kesian cat tu syg.. nasib baik la.. cat tu mengigit balik..
shein.. sm dgn bb sy sis.. klu dpt kucing mmg abis dia gusti.. smpi abis bulu tercabut.. yg pelik.. kucing tu yg meyerah diri utk digusti..

Chooyaya! said...

Mimy : Biasa kucing kalau dengan budak2 kecik dia tau and akan mengalah je. sebab dia tau bebudak tu taktau apapa lagi.

Chooyaya! said...

Cik Allord : memang ada baby yang kurang makan kan? Shein ni suka plak makan. tp tgk mood dia jugak la. cuma lauk hari2 kena tukar, kalau tak dia jemu.

Chooyaya! said...

effanina : kucing tu alhamdulillah selamat lagi. hahaha.

chuya - the mother of A's said...

su jahat. aku da terjebak makan shashimi camneejatah...

aku kompius jap gu hun pyo ni tak sama eh orang dengan lee min ho? aku tgk spesen jer muka.. kim tannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

cik allord said...

haah kak su,anak kite krg mkn tp kuat susu,seronok tgk baby yg bg apa pun dia ngap..xpe,yg penting sehat kak su...ehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...