Monday, August 18, 2014

Beraya Rumah Farah & Faiz

Assalamualaikum.

Hari Khamis lepas, Faiz ajak datang beraya dekat rumah dia. Dia kata rindu dekat Sazli. Pui! Gay sangat statement. Kiter dua memang dah lama tak jumpa sebab Faiz now dah pindah Menara Felda so dalam setahun less than 5 times dapat jumpa. Shein pon both Faiz and Farah tak tengok lagi. Bayangkan dah berapa lama tak catch up dengan bebudak senteng dua orang ni? Shein pon dah nak kawen dah. Dari rumah I tadek kerusi makan sampai now kerusi makan dah tukar warna coklat pon still tak jumpa-jumpa jugak. Haha.

Kalau sapa ingat, Faiz ni team-mate I masa kitorang masuk Treasure Hunt yang dapat number 2 tu. Click sini and sini untuk baca full story. I kata pada Faiz, ok la. Kalau nak datang raya dekat rumah dia, I ok. Tapi please. I nak makan makanan raya. Baru la nama raya. Kata Faiz ok, dia beli Domino’s Pizza and untuk bagi mood raya nanti dia beli la yang topping rendang. Ye ye je Faiz. Mana ada perisa rendang padahal. I kena tipu hidup-hidup. Tapi Faiz dia kalau tipu ke apa muka selenga je. Jenis muka tadek perasaan and I pon boleh percaya je. Walaupon dah banyak kali kena. Sian I. Sama macam dia chong I pasal handphone Motoblur. Klik sini untuk baca. Giler la entry raya ni macam reminiscing zaman muda-muda eh Faiz? Yang tua tu nko la. Aku muda remaja lagi kbye.

Farah ada training bola jaring, so tak sempat nak masak. Actually I gurau je. Kalau orang jemput datang beraya and exclusive untuk kiter je, mana boleh nak request makan apa. Apa orang bagi, kiter makan je dan jangan banyak komplen. Yang penting duit raya Shein kena bagi RM60 juta. Haha. So please sesiapa yang nak ajak I datang beraya silakan. Tapi namplohjuta tu jangan lupa.

So malam tu I, Sazli and Shein pon pergi la rumah Uncle Faiz and Auntie Farah. Rumah yang dah 2 3 kali I pergi tapi tak ingat-ingat jugak jalan. Naseb Sazli terror. Kalau I yang carik memang half-way patah balik. Sesat barat. Sebab semua orang tau, I tau only jalan area Ampang, office dekat Jalan Semarak, KLCC, Pavilion dengan The Curve je. Yang lain I taktau. Itu pon kata la kalau ada sepuluh jalan, I akan tau 1 jalan je. And kata la yang 1 jalan tu jem sebab ada pokok tumbang lori terbalik pon, I akan lalu jugak. Biarlah walau jem 3 jam janji tak sesat. Hahaha. Sian I.

Sampai dekat rumah dorang around 9.00pm. Borak, makan, tengok tv, bercerita sampai lupa diri. Nak dekat pukul 12.00am kot baru balik. Sebab bila dah nak balik, dorang hantar sampai kat kereta. Anjerrr aaangat. Lepas tu sambung borak sampai la Shein tetido dalam dukong I baru la balik.

Thanx to Faiz & Farah for having us. Nanti lagi  2 tahun kitorang datang berempat pulak. Haha. Eh tak. Sebab minggu ni turn dorang pulak datang beraya kat rumah I.  I kalau sapa kata nak datang beraya nanti I bising dekat Sazli. Papaaaaaaaaaa. Rumah kiter tadek bekas kuih raya pon? Macam mana orang nak datang beraya? WALAUPON sebenarnya kalau datang beraya tu jarang sangat la yang nak makan kuih raya tapi I tetap rasa bekas kuih raya tu kena ada. Kan?

-EnD-



Kurussss je Farah. Dah la dia still active main netball. Jeles I. Semenjak ada Shein, I dah tadek dah main netball. Dulu walaupon simpanan je, tapi at least ada jugak la outstation time sukan company. Sekarang mana ada. Sian sangat rasa.


Tengok Si Faiz buli Shein. Shein pon sebenarnya nak main sama. Tapi malu-malu. Lempang baru tau.


Farah macam princess sebab tetiba atas kepala dia tumbuk bunga 5 kuntum. Haha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...