Tuesday, August 19, 2014

Johor Trip - Part I

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas, kitorang pergi balik Johor. GF turun KL dengan De sekeluarga. Pastu pagi Sabtu tu kitorang gerak la dari KL dalam pukul 8.30am dari Ampang. Jumpa dekat R&R Seremban. 3 bijik kereta semuanya. Kaklong sekereta, De sekereta and kitorang sekereta. I bangun pukul 4.30am kalau nak adjust bagi boleh keluar rumah pukul 8.30am macam tu. Itu anak satu, esok ada anak dua kalau nak gerak pukul 8.30am, I bangun pukul 2.30am la jawabnya.

Actually malam tu dah berazam nak settle semua malam so that pagi esok tinggal mandi je, tapi biasalah perancangan mesti la nak yang hebat-hebat je kan? Cadang lepas tidokan Shein, I nak settle perihal kain (basuh, sidai, lipat, susun) tapi sudahnya Shein yang tidokan I. Pastu sama naik berdengkor. Dah la dengan tak kunci jam apa. Naseb baik terjaga. Kalau tak terjaga, maka esoknya pukul 8.30 pagi dah nak kena gerak tapi satu hapah tak siap, memang I nanges je kat bucu katil je la. Haha.

I memang kalau nak keluar pergi mana, rumah mesti bersih wangi. Selalu terfikir, kot kata la umur tak panjang kan? Rumah pulak bersepah. Nanti orang datang rumah nak ambik barang ke apa jadik terngumpat. Eee apa rumah sepah macam ni? Saiko sangat. Tu satu hal, yang satu hal lagi I fikir, dah balik dari mana-mana kalau rumah sepah macam tadek peace of mind, sebab tu WAJIB sebelum keluar rumah sapu sampah buang habuk semua. Penat pon takpe. Janji puas hati. I kalau dah nak kunci rumah lepas tu nampak Sazli sidai towel senget dekat balkoni, sanggup masuk balik, lucut kasut lepas tu sidai betul-betul. Baru rasa lega hati. Sapa yang ni sama dengan I lekas angkat tangan. (Jawapan : Elly Yusnita)

Kiter cadang nak balik Serom 8, Muar. Rumah kakak arwah ayah. Maklong Misah untuk ziarah sebab 2 hari sebelum tu, Paklong meninggal. Tapi kiter semua tak dapat balik untuk ziarah hari dia meninggal so datang la harini. Lepas tu gerak ke Felda Kemelah, Segamat untuk beraya rumah Mak Saudara I. Ngah Yam. Kakak kepada Mak. Pergi dua tempat tu je sebab kiter balik hari je. So tak pergi la ke rumah Mak Teh dekat Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap. Mak and Arwah Ayah memang asal Johor tapi dorang lepas tu pindah Pahang. So asal usul keturunan kitorang ialah Johor sebenarnya.

Masa siap breakfast dekat R&R Seremban kan? Hari hujan. Memang lebat giler hujan. Sazli memula dia dukong Shein, pastu tetiba dia cakap, ‘Bubu dukong Shein. Papa pegang payung. Nanti senang Bubu masuk kereta dengan Shein sekali’. So ok. I ambik Shein, dukong dia. I cakap kat Sazli, I tak nampak tangga sebab tangga R&R Seremban yang dekat KFC tu macam bangang sebab dia macam kebawah sangat. So mata tangga dia kiter tak nampak kalau tak tengok betul-betul. Bodoh. Pastu Sazli kata ok, dia pegang I. Elok nak turun anak tangga terakhir sekian I terpelecok terus jatuh dengan jelita dalam lopak air. Dengan handbag, dengan Shein dengan sakit kaki lagi. Habes basah sependa seluar semua. Dah la pakai 4 inch wedges. Peeerrrrghhhhh.

Ramai orang tengok tapi I terus straight masuk kereta sebab dah malu. Kata Sazli macam mana? I cakap sambil nak tahan nanges sakit hati, ‘Kena salin la seluar ni. Sependa I habes semua basah’. Pastu pergi Shell nak salin seluar. Nasib baik I bawak seluar spare. Naseb buruk sebab seluar spare tu seluar tracksuit tight buruk untuk tido. Dah la aku dah lawa-lawa rambut kepok-kepok, baju peplum skali pakai seluar tido buruk. Bayangkan la macam mana konsep dia tu? Masa salin seluar tu, I nanges. Sakit hati kat Sazli. Macam nak tuduh dia yang bagi I jatuh. Hahah. I tau Sazli sebenarnya nak ketawa masa dalam kereta tapi dia tahan. Kalau dia ketawa memang dia carik pasal la. I nanges kuat-kuat nanti. Biarkan.

So dalam kereta, I diam je. Sakit kaki/sakit hati. Pastu Sazli ajak borak. Dia kata tangga yang last skali tu ada 1 setengah sebenarnya. Sebab tu I salah pijak and jatuh. Pastu I kata, ‘U la naper tak bagitau? Nape tak pegang?’ Pastu Sazli kata ok sorry. Papa salah. Meh la kaki, Papa urut. Terus hulur. Padahal dia tengah drive. Haha. Dah lama-lama bila suasana dah ok sebab I dah peramah and nyanyi-nyanyi semula, Sazli pandang belakang senyum pastu cakap, ‘Haaaaaaaaaaaaaa ha. Jatuh’. Jahat kan? Hahahha. Kelakar bila ingat balik. I memang clumsy. Selalu tak balance and suka jatuh dikhalayak ramai. Benci la. Dah lawa-lawa jatuh pulak. Dalam air pulak tu. Blardyhell.

So sampai je kat Serom 8 dalam tengahari. Tak jauh pon kalau dari Seremban ke Tangkak tu. Dekat giler giler giler! Yang jauhnya ialah dari Muar nak ke Segamat. Masuk pekan keluar pekan, hutan gunung ganang semua baru la sampai Segamat. Kata Sazli, dulu lagi jauh eh Sultan Melaka nak datang Gunung Ledang. Sedang kiter naik kereta pon rasa jauh. Sesambil dengar lagu M.Nasir duet Siti Nurhaliza. Amek feel kan? Kata lalu Gunung Ledang? Pastu Sazli nyanyi sungguh-sungguh lagi JDT. I pon tak paham konsep bila masuk Johor, semua lagu kena berkisah negeri Johor je.

Ok la. Sambung Part 2 la. Macam panjang sangat pulak entry ni. Korang tu bukan boleh caya. Kalau entry panjang-panjang nakti scroll je sampai bawah tengok gambar. Penat I taip. So kiter bagi gambar teaser la dulu ok? Jumpa petang karang. Bye!

-EnD-



Meleleh-leleh buah mata kucing. Boleh capai macam tu je. Takyah panjat pokok pon.



Best kan? Ni banyak sangat ni. Sampai boleh buat mandi. Woo hoooo!!!



3 comments:

Ayu sukatiakula said...

felda kemelah tu da dekat da ngan umah kiter

serom tu pun da dekat ngan kampung kiter

sian u jatuh.. lepas ni boleh masuk list insiden yg x dpt dilupakan masa beraya..hihihiiii

Eita Hass said...

Salam Su... saya pun mcm tu jgk, kalau nk kluar rmh ke walau sekejap dlm 2-3 jam (nk g giant je), sy mesti kemas2 rmh bagi bersih.. sapu lantai, lap meja + rak tv..

pas tu ade jgk dh siap keluar rmh nk masuk kereta, blh plk patah balik utk kemas2 toys masuk dlm bakul n simpan dlm blik.. husband siap tnye knp patah balik, ckp je lupa amik brg, padahal kemas rmh tu..

mmg x blh lah tgk rmh bersepah2 ni, terutama ruang tamu, meja mkn n dapur.. sbb tu mmg tmpt terbuka n org senang nmpk..

kalau nk balik kg pun sama jgk, mlm sblm tido tu siap lah operasi mengmas rmh, pas tu esok bgn pagi2 pun kemas lg bagi bersih... hehe...

mmg ade jgk terpikir, kalau lah ade ape2 terjadi kan, org dtg tgk rmh bersepah.. mmg x blh blahhhh lah semua tu...

Ann said...

padanla terbatuk2 baca entry ni..sbb byk buah mata kucing..erkk...hahah..sedapnyee!!

eh..kte cari gmbo yg lps salin sluar tu xde eh..ehh..hehehe..seram la klu jth dkt public..pernah jadi..mmg fobia trauma setiap kali lalu yg bertangga dan licin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...