Friday, August 15, 2014

Shein, Ikan and Tiger Woods

Assalamualaikum.

Kata Baba, lepas ni kerap la kena basuh kolam ikan kecik ni sebab Mohamad Shein suka masukkan batu dalam dia. Dia kutip batu kat tepi-tepi tu pastu baling ikan. Lepas tu semalam I nampak dia bagi ikan makan anggur. Kata Maktok, Shein bagi ikan makan anggur, biskut, nasik, roti, air milo dan macam-macam lagi. Mabok la ikan Baba hang sat lagi Shein. Hahaha.

Hoi bogel! Shein dalam kolam ikan Baba.

Now Shein minat tengok golf sebab ikut Baba la. Baba kan selalu tengok golf? Baba memang hantu golf. Itu hobi dia. So Shein selalu tengok Tiger Woods main golf kat tv. Dia memang ada golf set mainan tu. Dia memang suka pukul bola tu cuma Maktok sorok semua bola tu sebab tak larat menonggeng carik bola bawak cabinet tv, bawah sofa. Sebab kalau dia dah dapat bola tu, dia takkan berenti main. Nanti bola hilang nanges macam apa je.

Semalam Baba ajar dia swing. Check this video out!



Kemain Shein kan? Shein ni perangai dia, lepas swing terus datang kat kiter, pastu pukul dengan kayu golf. Jangan buat pasal Shein. Kata Maktok. Sian kami caddy kena belasah dengan Shein. Haha. Sebab Maktok dia caddy, Baba coach tukang ajar. Hahahaha. Berangan je 3 beranak tu kalau kat rumah.

Kata Baba, Tiger Woods kacuk Mat Saleh Thailand. Shein kacuk Pakistan + Jawa. Nanti boleh main golf secara professional. Umur 4 tahun boleh start bagi Shein Junior Set Golf tu. Football hobby, golf professional eh Shein? Shein kena pandai main bola macam Abah. Baru la Man. Lelaki dia kena pandai main bola (selain dari dia kena pandai solat la ofcoz). **Petir sabung menyabung.

Senang la hidup Mama and Abah kalau Shein terror main golf. Nanti kami dok umah goyang tetek je la. Shein bagi duit juta-juta. Kata kaya macam Tiger Wood kan? Tiap-tiap bulan naik Cruise keliling dunia. Sebab nak naik kapalterbang dah gayat. Haha. Takyah kata handbag Prada, kilang handbag pon Shein boleh bagi. Perrrghhh.

Lambat plak Shein 4 tahun. Haha. Berangannnnnn je. Ala. Berangan kan free? Bukan boleh bayar. So Shein, nak uweeeeeettttttttt!!!

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...