Friday, February 27, 2015

CNY Holiday To Melaka - Part III

Assalamualaikum..


Pagi tu Sazli ajak breakfast awal. Dia turun dulu sebab nak cop tempat. I pulak take time nak mengejutkan Shein. Tukar pampers, bagi susu, cuci muka semua. Check temp tengok ok. Al-hamdulillah. Tapi biasa la budak baru nak elok demam perangai memang Mama sukaaaaaaa sangat. *Mata keatas, tangan kebahu. Kerjanya kiter ni nak mujuk dia la. Gentel telor dia. Haha. Macam becinta. Shein pulak jenis perangai keras hati sikit. Kata kalau dia merajuk dengan kiter, dia tadek la merempan ke apa, tapi body language dia memang mengundang ok? Nanti dia buat dek je kalau kiter cakap apapa. Kira macam silent protest.

Ko tak tengok lagi dia merajuk dengan Sazli? Hahaha. Memang kelakar. Kekadang ni I dengar terkekek-kekek kat luar main sama-sama. Tup-tup kang diam je. Tengok Shein tengah main kereta mengadap dinding, Sazli dah isap rokok kat luar. Sah gaduh la ni. Lepas tu boleh eh memasing takde communication and kekadang makan berejam Shein buat keras tak gurau dengan Abah dia. Yang kecik tu takper la sebab dia kecik lagi, tu yang dah berbulu tu apa kes? T______T

Haritu masa otw pergi Melaka sepanjang-panjang jalan dari KL-Senawang- Air Keroh yang berejam tu boleh dedua ni silent war. Shein pon biasa tarik-tarik rambut Abah dia or main peek-a-boo tapi ni dia boleh derk jer. Abah pon sama asyik cakap, 'Ok la. Takper la kalau taknak kawan Abah'. Boleh? Bercinta sangat dedua jantan I ni. Hahahaha. Sok lusa Shein dah besar, dah pandai balas cakap I taktau la macam mana. Hahahaha.


Nasib la Sazli turun awal sebab memang kalau dia lambat 10 minute, long queue kot? Shein behave untuk 20 minutes yang pertama. Lepas tu dah cranky. I tengok Shein ni dia tak boleh pergi tempat yang sesak-sesak. Dia cepat stressed. Sementara I makan, Sazli bawak Shein main kejar-kejar dekat hall belah sana.



Habes breakfast kitorang naik atas lepas tu salin baju and pergi swimming pool. Shein turun awal dengan Sazli sementara I kemas-kemas bilik apa yang patut. Sama je rumah ke hotel ker, memang nak mengemas tu tak boleh elak. Haha. Kata Sazli, air sejuk. Shein take time la nak masuk air. Memula cicah-cicah kaki dekat air, lepas tu simbah-simbah air, lepas tu baru la dia tarik tangan kiter main kat tengah-tengah.







Eliss turun dengan Umar, Raif and Kak Ida lepas Shein dah puas mandi and mata pon dah kuyu lepas pekena air susu 8 oz. Tepuk-tepuk sekejap Shein pon dah tido. Kemain tido atas kerusi macam Mat Salih tengah sunbathing.

Sazli naik atas sebab nak bersiap pergi Solat Jumaat. Kata dia teringin nak merasa solat dekat Masjid Negeri. (Caption tadek kena mengena dengan gambar)


View berlakang swimming pool cantik! Ada rumah traditional Melaka. Nampak tak? orang suruh tengok rumah. Korang tengok apa tu? Hahahahah.


Kata Abang Yut, pesal air kolam korang ada buih-buih? Kentut ke? Hahaha. bukan laaaaa. Kat adult punya swimming pool ni memang ada bubble-bubble. Best. Macam kalau baring, kiter kena urut.


Hah. Mamang rare la nak nampak amek gambar dengan Sazli kan? Tu tengok la tu, sapa yang peluk sapa? Haha.

By 12.00pm kitorang naik atas. Matahari pon tak la tinggi sangat dekat Melaka Jumaat tu. Redup jer. So naik atas Shein dah jaga, I mandikan dia terus. Bagi dia makan Bubur Ayam Maggie habes satu bekas tu. Hebat Shein. Kiter memang kalau baru lepas mandi dekat swimming pool akan lapar. Sementara nak tunggu Sazli balik dari Solat Jumaat, sempat la I dengan Shein take  a nap.

Sazli sampai je, terus kitorang menuju ke Restoran Selera Kampung dekat Bandar Hilir. Semalam pergi dah tutup, harini pergi lauk pon dah tadek sangat but still full house. Dah la jem, susah nak carik parking semua. By 3.30pm kot baru dapat makan. Tengah nak suap nasik, selepas long queue nak dapat tempat Shein pulak cranky. Perrrrrghhhhhh.

Memang Shein tak boleh la kalau tempat-tempat yang sesak macam ni. Dengan sesak, panas, Shein buat perangai so I memang tadek selera la nak amek gambar ker apa. Habes makan, Sazli kata jom la balik hotel. Sian dekat Shein sebab moody. So petang tu kitorang bawak dia mandi kolam lagi while Ellis and anak-anak dia shopping dekat Tangs bawah hotel kitorang ni.

Lepas Maghrib Sazli keluar makan. Shein dah tido sebab kepenatan mandi kolam. I pon sama naik tido sampai bunyik 'huh!' tetiba. Penat sangat la kalau dah macam tu. By 9.30pm Sazli sampai bilik, I pulak bersiap nak keluar dengan Ellis. Girl's night out! I teringin nak pergi Jonker Street  and naik beca. Tu tunggu next entry.

Mampos la pergi Melaka 2 hari entry sampai 18. Hahahaha.

-eNd-

1 comment:

Unknown said...

Kak Su, entry macam mana akak kenal dengan abg Sazli memang terus terkubur ke macam mana? lama dah tunggu ni..banyak main akak ni..hehehe..ke tak dpt approval?