Saturday, February 28, 2015

Fatburger - The Good Kinda FAT.

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum.

Taip delete, taip delete. Gelojoh sangat perangai I harini. Haha. I punya la excited nak share dengan nkorang satu dine-in restaurant ni. Selalu jer kalau I tengok dekat Food Network Chanel pasal burger yang bukan dari fast-food restaurant, lepas tu imagine, bestnya kalau dekat Malaysia ada that kind of burger. Bestnya bestnyaaaaaaa kalau dapat makan. Bila la nak ada Malaysia? Bila la nak dapat rasa? Sambil tengok tv, sambil gigit bantal, air mata meleleh-leleh. I kesian sangat pada diri I.

Sebab dekat Malaysia ni, kalau kiter tengok burger je memang kiter dah tau dah mesti it’s either burger patty dia ialah jenis frozen or burger di restoran makanan segera. Kan? Mana nak dapat fresh meat beef patty or made-to-order beef burger di restoran. Tadek kan? Memang susah nak carik. Tapi now, not anymore. Kepada semua penggemar burger yang nak carik burger yang fresh and sedap, harga yang affordable, tempat lepak yang cozy and best, seriously this one is a good news kepada korang and obviously is good news for me!


Bebaru ni I dapat invitation dari FatburgerTM Malaysia untuk attend dorang punya soft launch dekat FatburgerTM  Restaurant di IOI City Mall, Putrajaya. Suka giler I! Yerla. Memang I nak sangat-sangat makan burger yang made-to-order. Sekali bila tau FatburgerTM  memang konsep dia ialah made-to-order sebab nak makesure they only serve quality and fresh food to customer and never frozen dan yang paling penting HALAL. Alhamdulillah. Sampai jugak this kinda burger dekat Malaysia. So apa lagi? Serbuuuuuuuuuuuuuu!!


FatburgerTM offer a variety of burgers yang superbly delicious. Yang ni ialah The Original FatburgerTM. Harga dia RM18.95 jer pooonnn. Roti dia lembut gilers, lepas tu dalam dia ada mayo, lettuce, tomato, pickles, onions, relish dengan mustard. 



Yang ni Mushroom Swiss FatburgerTM. Harga dia RM22.95. Ini untuk mushroom lovers. Dalam dia ada a lots of sauteed mushrooms, dengan dorang punya special seasoning, melted Swiss Cheese with mayo and mustard. 


Yang ni pulak BBQ FatburgerTM. Ada BBQ sauce, Swiss Cheese, 2 homemade Onion Ring along with tomato, lettuce and beef strip. Harga dia RM24.95


Look at this burger. So yummmyyyy!!

Ada lagi tiga jenis FatburgerTM yang korang boleh check it out. California FatburgerTM (RM20.95) Specialnya California FatburgerTM ni sebab dia ada Guacamole. So rasa dia lemak-lemak sedap, Hawaiian FatburgerTM (RM24.95) ni pulak dalam dia ada grilled pineapple rings and sweet teriyaki sauce. Last but not least is Thousand Island FatburgerTM (RM17.95), a classic burger with thousand island dressing. Korang boleh check out semua gambar burger yang sedap-sedap ni dekat FatburgerTM FB di sini.

Semua burger come with choices of fries (Fat or Skinny) and if nak bagi burger korang jadik gemok, boleh add-ons a variety of cheeses macam American Cheese, Cheddar Cheese, Swiss Cheese, Bleu Cheese or Pepper Jack Cheese. Telur, Guacamole, Beef-Strip dengan Chili pon boleh tambah jugak. Yang ni I tadek add-ons apapa. Tu pon dah sedap. Imagine kalau ada tambah yang lain, pengsan ok? and kalau nak tambah patty pon boleh biar jadik double triple. Satu patty for only RM6.95. Nak buat 4 5 tingkat pon tadek hal. Do it your way!

Kalau korang tak suka makan burger daging and nak makan burger ayam pun tadek hal. Sebab FatburgerTM ada chicken burgers as well. If dah bosan dengan burger and nak makan wrap pon boleh. Ada variety of chicken burger and wraps. Harga bermula dari RM15.95 hingga RM19.95. Chicken burgers and wraps include Apache Chicken Wrap, Chicken Caesar Wrap, Grilled Cajun Chicken Burger, Red Hot ranch Spicy Jalapeno Chicken Burger, Honey Garlic Crispy Chicken Burger, Hawaiian Pineapple Sweet Teriyaki Chicken Burger, Crispy Spicy Chicken Burger and Original Chicken Burger.


Yang ni Original Chicken Burger from FatburgerTM. Dia punya ayam memang rangup and fresh giler. Remember yang FatburgerTM is made-to-order burger so dia punya patty dari beef ke chicken semua fresh and bukan frozen. Chicken Burgers and Wraps pon come together with choices of fries (Fat or Skinny) and boleh add-ons sama macam Beef Burger jugak.


FatburgerTM wrap. 


Jangan lupa untuk cuba this Tangled Texas Twists for appetizer. Harga dia RM17.95. Specialnya chips ni sebab dia dalam dia ada homemade queso verde sauce. Top with shredded cheddar jack cheese, beef bits, jalapenos and sour cream. This is definitely the best chips in town! Portion dia besar so boleh share 2 orang. Tadek hal.


Buffalo's Wings pon ada dekat FatburgerTM. Korang boleh pilih tahap kepedasan yang korang nak dari mild ke death valley. Ada 5 level tahap kepedasan. Lepas tu boleh pilih jugak hot wing sauces and flavored wing sauces mana yang korang nak. Semua ada dalam menu. Ada size dari 6 pcs sampai ke 24 pcs. All Buffalo's Wings served with carrots and celery and choices of bleu cheese or ranch dressing. Yang ni portion Taster (6 pcs) tapi dalam ni 1 dah kena kidnapped. Tak sempat nak amek gambar. Hahaha. Taster price is RM12.95



One of the reason why FatburgerTM ni menjadik kegemaran I sebab dekat sini dia punya milkshake memang best. Ada 4 jenis shake. Chocolate, strawberry, vanilla and Oreo Cookies and Cream. Harga dia RM14.95. Milkshake ni setiap satu gelas ada fresh hand-scooped ice cream and topped with whipped cream. Yang dekat depan tu pulak is Onion Ring, fresh and rangup. Harga dia RM9.95 jer.



Dah siap makan burger, jangan lupa reserve sedikit ruang for dessert. Yang ni korang kena cuba. Nama dia Fried Cheesecake. This one is Sweet New York style cheesecake. Cheesecake tu balut dengan tortilla, goreng sampai golden brown. Makan dengan vanilla ice-cream and drizzle with strawberry sauce. Perggghhh pengsan! Harga RM13.95 sahaja.


Bagi penggemar brownies, FatburgerTM also ada Sizzling Brownie. Dia memang serve dalam hot plate so memang layan. Panas campur sejuk dari vanilla ice-cream lepas tu drizzle pulak dengan chocolate sauce. Heaven. Harga dia RM15.95

Just for korang punya information, FatburgerTM ni originated from Los Angeles since 1952 lagi. Dah lama dah bertapak dan mempunyai cawangan di merata tempat di dunia but only sampai Malaysia recently. Usually bila orang cakap Fat mesti fikir unhealthy foods je kan? Tapi FatburgerTM is good kinda FAT. FAT stand for Fresh, Authentic and Fresh.. I can guarantee if korang makan dekat sini nanti keluar restaurant senyum je sebab puas hati kerana burger dorang ialah fresh and HALAL 100% USDA lean meat dari Australia, bukan frozen burger patties and cooked-to-order untuk mengekalkan freshness dan quality all the time.


Branches of FatburgerTM di serata dunia termasuk la Malaysia.


Ni ialah President & COO of FatburgerTM. Mr Donald J. Berctold or Mr. Don. Dia datang all the way from LA to Malaysia for soft launch of FatburgerTM franchise  Restaurant di IOI City Mall, Putrajaya ni.  Peramah and fun giler. Asyik joget-joget jer. Hahaha.



Ellis macam biasa la, mana ada I situ la dia mengekor. Kata Manager? Hahaha. Dah la datang as a guest tapi dia punya bizi amek gambar semua macamkan dia yang wartawan/blogger.



Masa masuk dalam restaurant tetiba nampak Filla. Pastu terus dia cakap, 'Eh, ada tempat makan ada la kau eh?' Kwahaja Filla. Ko tu apa kurangnya. Hahaha.


FatburgerTM Restaurant di IOI City Mall, Putrajaya


Group photo blogger dengan Mr. Don. Kata Filla, 'Berani ko amek gambar duduk depan lepas tu berdiri Su?' Hahahah. Takper. Janji handbag nampak. HAHAHAHAHHA.



Last but not least, thank you FatburgerTM for having us. I balik tu senyum je dalam kereta sebab perut pon dah kenyang. Dapat pulak makan burger yang sedap yang memang I idam-idamkan dari dulu lagi. Takyah sesusah nak terbang sampai ke LA untuk rasa this kind of burger. Kalau korang nak rasa sendiri keenakan FatburgerTM ni korang boleh pergi ke Citta Mall or  IOI City Mall, Putrajaya. Boleh bawak satu keluarga. Tadek hal. Sebab memang konsep restaurant ni ialah Family Dining. 

Bon Appetite!

-eNd-

No comments: