Thursday, March 26, 2009

Pavilion & Polo Mercer Club


Balik dari game netball dalam keadaan penat dan 'sun burn' aku boleh jerk selamba badak keluar dating dengan Sazli. Destinasi - Pavilion KL *sekarang sudah lama tidak pergi ke area Damansara untuk pergi ke OU or The Curve semenjak adanya Pavilion. KLCC juga jarang2 sekali. Padahal dulu, sebelum adanya Pavilion, disitulah tempat favorite aku.

Sazli datang amek dalam pukul 5.30 petang. Destinasi pertama semestinya Sakae Sushi! Dah lama jugak tak makan kat sini. Aku notice yang harga makanan dekat sini dah naik sikit. Bengang jerk! Baru jerk nak puji harga/makanan kat sini sedap dan berpatutan, tetiba plak dah naik harga. Tapi takper, makan tetap makan.. Naik atau tidak *selagi tidak membebankan, aku ok jer.. Yum2!


Mengikut putaran jam, Green Tea atau dalam bahasa Jepun disebut Ocha, Salmon Sashimi - My all time Favorite dengan Kakiage - Kentang, capsicum, terung purple, cendawan di potong halus2, goreng dengan tepung tempura dan dimakan dengan soy sos manis edisi jepun mata sepet - saz favorite


Salmon belly and hana maki - Nasi pulut, salut ngan salmon n atas dia ada japanese mayo.. Ummph!!!



Me & My darling Saz. Dia cakap, muka dia dah sama kaler ngan aku.. Perasan jerk.. Hahaha.. P/s : Sila perhatikan warna baju dia dan logo dan number yang membuatkan baju putih ini dikira lain dari baju putih yang lain

Terpaksa bubuh gambar ni walaupun muka aku nampak sekerat, pasal Saz ckp, bukan senang nak dapat gambar muka dia yg ok.. Hahaha. Posing ini bertajuk, mari berposing seperti Sasha (anak buah aku)

Take Note : Dia sedang mengunyah

Lepas makan, Sazli nak tgk2 T-Shirt Polo Ralph (Mercer Club) yang baru yang kacak giler serta menawan kalbu tu - bakar Saz, tapi malangnya sudah habis stock - Seminggu jerk dah sold out! Mmg style - Sila rujuk gambar. Aku pun tak faham pada kegilaan Sazli terhadap baju2 Polo Ralph Lauren yang aku perasan, warna putih sahaja dia ada more than 3. Kenapa perlu ada 3 yang sama patern? Bezanya cuma logo dia, sama ada kecik, besar, kuda seekor, kuda 3 ekor serta number dia. *bagi aku, asal putih, semuanya sama sahaja.





Baju idaman Saz limited edition (cuma ada 100 helai sahaja di setiap outlet) yang dia tak dapat nak beli pasal tadek size. Kasihan dia serta padan muka. Sila simpan duit untuk wedding

Bagi aku juga, baju t-shirt dia yang jenis ini mmg agak melampau harganya. Dia ada hampir semua kaler, dari hitam, putih, kuning, hijau, biru, pink, purple etc etc. Yangg paling banyak semestilah Polo Ralph Lauren, lepas tu Lacoste dan Hugo Boss - Dia ckp, dia beli time sale 70% dan sangat menipu ok? Kalau sale kenapa tak belikan aku satu?

Baju2 dia ni (bagi aku) adalah mahal dan sedikit membazir kerana harga untuk sehelai aku tgk RM650 keatas... Hurm : Tak boleh nak ckp apa, pasal dia minat. Aku ok so far selagi dia tak menghalang aku untuk menambahkan koleksi baju2 dari Forever 21 dan kasut2, ok jerk. Tapi kalau dia start bising, makanya aku akan mengungkit pasal baju2 t-Shirt dia tu - Sekian... Me wud never ever buy baju or kasut yang harga seperti T-shirt dia okey?

Pastu kalau tgk driver bas, abg jual burger mahupun tukang jaga parking pun pakai T-Shirt Polo tu, maka mula lah dia bising n menyumpah2 and rasa tak puas hati giler sehingga hilang mood nak makan selama 2 minit sahaja selepas itu... Haha... Sazli sgt tak suka pada barang imitation. Tak kisah la imitation Gred A ker, dia mmg tak suka - aku pun.

Adalah obvious kalau Ahso yang pakai selipar jepun itu memakai handbag LV untuk pergi kepasar yer puan2? Juga kemelambakkan handbag dari jenama super expensive & exclusive seperi Coach, LV & Gucci serta Juicy Couture (sekadar meneybut beberapa jenama) di Bazar2, pekan sehari mahupun di booth2 Ampang Point & Ampang Park. Tu tak kira lagik handbag Guess, juga terdapat di merata2 tempat juga.

Tapi terpulang la pada semua orang. Suka hati dia la kan nak beli beg imitation ker apa. But my advice, kalau dah handbag LV Imitation Gred A sahaja sudah mencecah ke RM3k (seperti di satu butik di Bangsar) adalah lebih baik membeli yang original sahaja. Kumpul duit lagi sikit...

Ok, stop cerita pasal semua tu..

So, dengan masa yang tinggal suam2 kuku sebelum kedai2 dah tutup, aku sempat beli 1 mini skirt kaler kelabu, 1 skinny jeans, 1 baju & 1 lagi kasut (jumlah dalam masa 2 minggu ialah 4 pasang semuanya), di Forever 21 & Kasut - Charles & Keith (Nadia, yang aku ckp Charles & Smith tu ialah aku tipu - harharhar) tapi kasut aku yang 4 itew sama dengan 2 pasang kasut Nadia sahaja.

Sazli tanya, kenapa shopping lain mcm, bonus dah dapat ker? Jawapan aku ialah tak dapat lagik, tapi aku shopping secara advance, nanti2 dapat bonus, aku bayar ler hutang kad kredit - Jgn tiru amalan yang tidak sihat ini. Harap maklum...
Sebelum nih takder pon membeli belah mcm ni, tapi ni semua terapi pasal tension and sedikit pening menguruskan hal kawen dan aku dah lama gilerrrrrrrrrrrrr tak shopping. Sangat2 lama..

Masa nak cucuk duit - Akibat kekurangan cash, tetiba Sazli jumpa dengan kawan baik dia masa dia belajar dekat Australia dulu, Yash dengan gf dia, Nani - Anak Yusof Kelana yang cantik manis dan stok2 muka artis itu. No wonder la muka dia nampak familiar coz dia pun pernah berlakon jugak. So, kami lepak2 minum & main pool dekat Sport Bar Pavilion. Mcm biasa, aku tidak menang.

Hampir midnite baru la sampai rumah. Penat tahap maksima, tak lucut baju aku dah tido... Zzzzz.....


Gambar Bonus : Me & Intan dekat Chicken Rice shop masa Friday pas latihan netball. tapi masa ni dah mandi la

-End-

9 comments:

pHat sUe said...

ape rasier keputehan saz?? saz sile kongsi ar ar ar...

pHat sUe said...

saya suke lelaki dgn pakaian kale puteh... nyum2.

skinny jeans weh? fuh aku dlm mimpi nak pakai, peha besar gaban uhuks

Anna Dayana said...

Kaksu lupa bukan setakat di booth2 atau kedai2 biasa tapi di UPTOWN pun ada jual beg2 dan baju mcm abg SAZ.hehehehehe

Chooyaya! said...

choo : saz mmg suka kaler putih.. kasut putih dia jugak ad abanyak, serta kalau boleh, semua menda dia nak kaler putih... ko sama la ngan dia

choo lg : rahsia keputihan dia ialah kerana aku selalu berjemur main netball

intan : hahahahha.. intan ada beli jugak tak?

Chooyaya! said...

choo : mcm tak caya aku beli skinny jeans... lg semangat nak kurus.. chayok!

pHat sUe said...

hi 5 saz! nak tengok dalam persalinan warna puteh yang sangat indah di majlis perkahwinan korang nanti * fuh skema ayat aku *

idopppppppppp putehhhhhhh!!!

Anna Dayana said...

intan takder ar nak beli beg2 kat situ sebab kalau intan beli nanti mesti intan ingat kat kaksu yg akan perli intan kemudian kelak.hihihihi

nadialyna said...

hahahaah *f*%&d up*! told ya it was charles n keith! hahahahaha *rolling on the floor laughing out loud*

Chooyaya! said...

intan : mana purse anna sui intan? lama ak nampak?

nadia : hahahahahahahahahhaahhahahah... at last ko tau gak.. :p