Wednesday, March 4, 2009

Mari Mencari Baju Pengantin

Adoi... mata aku dah nak terjojol keluar, siap berair2 lagik pasal dah tak larat aku nak gugel gown2 n baju2 pengantin nih *iklan jap, boss aku soh buah air untuk guess.. potong btol la, aku tgh semangat nak bercerita nih.


Ok. back.. Since my wedding just around the corner.. So, aku ngan Saz dah ada la survey 1 2 tempat yang aku tgk ada potensi ni. Aritu kan aku ada cerita pasal aku pergi Cosry n tgk baju2 pengantin dia kan? Sumpah mmg semua cantik2.. Aku rela dipakaikan dengan semua baju yang sedia ada kat situ tanpa perlu aku pilih pun.


Mmg la semua baju tu dicipta untuk perempuan2 ramping jerk. Aku yang tak berapa nak ramping nih telan air liur jerk la... Kalau nak buat custom made, cost around 5k paling hina la dia boleh buat. Ni la harga yang kita perlu bayar kalau buat dengan designer2. Berikut ialah gambar2 baju tu.

Ni baju yang Erra Fazira pakai masa dia kawen ngan Engku Emran tu

Baju tengah plak belong to Bunga Cinta Lestari masa wedding dia dekat KL

Yg ni plak mmg collection yang sedia ada kat Cosry

Baju hijau tu sangat2 la cantik, tp pasal camera hp Sazli tu terlalu canggih, sampai nampak jadik gelap mcm ni

Cantik2 sangat baju kat sini. Aku pun memang dah tak boleh nak terima baju2 yang aku tgk kt tmpt lain yg lengan dia ala2 sotong kurita tu. Ni la akibatnya kalau dah tertengok baju yang cantik. French Lace mmg mahal. Nak pulak skali upah. Aku teringin nak pakai french lace. Kalau dapat yg mcm wedding Yatie aritu pun dah ok, except lengan dia jerk la aku tak berapa minat.

Kat Man Kajang dulu ada buat sewa, but now dah takda pulak. Ada jugak baru2 nih aku terjumpa dekat Medan Mara, butik Mas Kassim. Not bad jugak. Average sekarang kalau nak sewa baju lelaki+perempuan french lace mmg around 2.5k. Kat Ampang Park pun aku tgk harga dia mcm tu.

So, aku rasa, aku ngan Sazli mmg kena lagi la ronda2 n carik satu atau dua hari untuk survey sebanyak mana Bridal yang ada French Lace dengan Gown ni. Yang kat Pahang aku amek kat sana jerk. Pasal, if nak amek kat KL, cost dia dah jadik double. Mak aii! Nak spend untuk baju jerk almost 10k. Sepasang plak tu. No no no. Aku bukan artis pun...

Takpa, aku takkan putus asa carik baju semua ni. Aku akan carik slow2 and at the same time, kena lipat gandakan usaha diet aku ni. Baru2 ni aku ada timbang and result so far memberangsankan. Target untuk hilang 2kg dalam masa sebulan nampaknya berhasil.

Target aku satu jerk. Nak dapatkan berat dalam 55++ pasal save budget. Kalau dah kurus, tak perlu la nak tempah baju. Just sewa jerk. Tu jerk. Nak cut cost.. Tgk la, kalau nanti dah payah2 sangat, aku ingat beli jrk la kain sendirik, and later upah la jahit. Maybe dapat kurangkan cost.

Semuanya masih dalam perancangan. Pasni, no more weekend untuk berpoya2.. Kena kerja kuat untuk my big day!

P/s : Makin hari makin bertambah sayang pulak dekat bakal tunang saya tu...:malu:

3 comments:

yatiyahya said...

tempah sahaja...blh simpan buat kenangan...sekarang musim puteh kan..?
wahh..chenta sudah berputik ya..? :p

Anonymous said...

Hi, nak tanya u yg u survey kat cosry tu, yg dh ready made baju dia range harga berapa ek? i teringin nk pegi tapi tak sempat lg. if mahal sgt tak jadi laa pegi..
thanx ye..

Chooyaya! said...

anonymous : yang tu dia memang tak jual, pasal dia cakap, exclusive untuk buat pameran n untuk magazine ajer. takat baju kebaya yang nak pakai untuk wedding ada la.. pastu custom made plak, range harga paling murah 10k