Thursday, March 12, 2009

Sazli Kalah Dengan Abg Long - Badminton

Mak Cik, Kaseh & Uncle Saz. Kaseh kalau bab bergaya mengalahakn makcik n kakak dia ok? Ada lagi satu gambar tak dpt nak download kat sini, kenapa ntah

Abg Long posing ala2 ayu jerk. Dia nih champion yang low profile. Cool jerk... Menang pun tak kecoh. Tak mcm Sazli. Hehe


Ayang main mcm taik jerk.. Wek wek! Ayang kalah ngan makcik. Kaklong mcm biasa la, kalau main tak pernah nak serius. Asyik buat lawak jerk. Tp takper kak, nko dah brjaya mengalahakn Sazli kan?


Hari Ahad tu, Kaklong sms aku pagi2 pasal Abg Long ajak main badminton malam nih. Since rumah aku dah dekat dengan Racket Club dekat Sport 7 Wangsa Maju, so aku terus direct pergi sana and bayar. The charge is RM20/hour *aku mintak RM30 kat Sazli, up lagi RM10 sebagai yuran perkhidmatan pasal aku yang bersusah payah cakap book court ngan Apek Cina yang berbau seperti apam basi tu.


So, malam tu dalam pukul 8.45pm kitorang sampai kat sana. Tgk dekat court Ayang tengah terkedek2 taik kucing tengah main badminton ngan mama dia dalam kegelapan pasal Apek Cina Masam tu tak pasang lampu. Dengki btol la. 15 menet pun berkira.

Dari awal, aku memang nak sangatttttttttttttt tengok mcm mana Sazli main badminton, pasal dia ni kalau cakap, mak ai berlagaknya... Aku dah bernanah telinga nak dengar. Ni antara ayat belagak dia yang buat aku muntah hijau kuning dan coklat cair.
  • I main tenis setaraf vadasco tau? Abg Long sure ker nak lawan ngan I ni?

  • Kalau main badminton ngan Abg Long I nak, kalau ngan Kak Long I taknak

  • Kak Long sure ker boleh main ni?
  • Suruh dorang training dulu baru ajak I lawan

Hahahaah... Sayang aku nih mmg kompiden habes. Tanya lah dia apa game yang dia tak reti. Semua dia Champion *dia ckp la, padahal main kad dengan Aiman yg umur 7 tahun tu pun dia kalah...

Kitorang sewa court 1 jam jerk. Tu pun cirit nak menghabiskan. Memula aku partner ngan Kak Long, pastu dengan Abg Long plak. Time main tu, macam2 la aksi keluar. Aku la yang paling banyak buat aksi akrobatik. Sazli plak termengah2 nak pukul bola, nak bawak perut dia lagik, tu yang dia kalah tu.

Last2 Sazli lawan dengan Abg Long. Ha.. Amek kau! Sampai terduduk2 dia. Abg Long plak tak agak2 nak smash kat ehem2 Sazli. Hahahahha... huish bahaya tu! Nak pakai lama... :p Aku lawan ngan Ayang. Mcm biasa la, aku yang menang *takat lawan ngan budak form 3 mmg la aku menang.

Pas game, kami lepak minum dekat air buah. Kaseh enjoy the moment very much. Dia asyik nak kiss lips aku jerk.. Pastu, tetiba dia ckp 'acik masham la, kaseh nak duduk kat mama' Ooooo dari awal2 tak ckp aku masam, dah nak balik baru ckp aku masam la kan?

Balik umah dalam pukul 11.45pm mcm tu. Aku puas main pasal berpeluh. Aku suka kalau bersukan and berpeluh pasal aku rasa sihat. Kitorang dah janji nak main once a week. Jadi weekly activity la kononnya. Cant wait for next session. Nak kalahkan Kak Long pulak! :p

3 comments:

pHat sUe said...

yup...leh kurang a few kilos ...

go choo ! demi july !

err july ker...ye lah.

Chooyaya! said...

july belah KL, my side on june.. aku da terasa lemak2 di pinggang mulai berkurangan... yeayyyyyyyyyy!!!! nak kurus cam nko jugak!

Anonymous said...

alaaaaaaa aku dah tak mcm dulu lagik choo huhu.

kalau abg yut ko tgk mesti die kutuk aku punyer sobs