Monday, April 6, 2009

Aku Yang Emos & Perkara Pasal Bertunang

Kenapa ntah arini aku rasa tension sangat2. Kiri kanan orang dok tanya pasal gambar bertunang. Entah eh? Aku rasa sedikit rimas. Sabarla.... Bukan aku tak kasik tengok. Tunggu la Mr. Cameraman bagi dulu, nanti dah dapat aku kasik la...

Sebenarnya tak elok aku rasa macam tu. Orang bertanya tu maknanya orang concern. Aku plak yang emos lebih-lebih. Istifar Suraya.. Istifar.... Aku menyalahkan aku punya hormon yang tak seimbang pasal period untuk semua rasa 'rimas' orang tanya pasal gambar.

Dari tadi, aku cuma rasa, dengan buat banyak2 entry nih, aku rasa lega sikit. Kadang2 kalau bercakap dengan orang, boleh salah tafsir lagi la payah. So, elok la aku menulis jerk....

Pagi tadi aku sanggup tak turun kentin pasal taknak orang tanya macam2 hal bertunang aku. Bila orang ucap tahniah pun, aku terperasan nak cepat2 end up of conversation. Soalan biasa, berapa hantaran, ok tak? mekap dengan saper, ramai ker rombongan lelaki and yang wajib ialah 'muka nampak berseri2 la lepas bertunang ni'. Wak lu!

Aku rasa macam nak rakam and play jerk tape tiap kali jumpa orang. Dah setel..! Tak payah aku nak jawab soalan yang sama setiap kali... Hahahahah... Giler angkuh terasa diri. Suraya, tak elok macam tu ok? Jaga sikit perasaan tu. Jangan nak melenting jerk.... Tarik napas.. Turun... Tarik... Turun....

Okok... Dah

Aku terasa cam nak kongsi apa yang aku dah buat sepanjang persiapan untuk Majlis aku ni... Tapi gambar bertunang tak dapat lagi dari Mr. Cameraman, so aku tulis jerk kat sini dulu.. Later ada gambar aku update k?

Aku tulis kat bawah nih, tadek niat nak menunjuk ker apa.. Cuma nak share. Mana la tau ada bakal2 pengantin yang singgah dekat blog aku nih. So, aku memang rasa besar hati nak share kot2 dapat buat perbandingan harga atau maybe dapat yang lagi murah ker? Apa yang aku tulis ni pon aku tak paham, nkowang pandai2 la fikir sendiri apa yang aku nak sampaikan.

Ni yang aku dah keluarkan so far

Bertunang Jengka Pahang
  • Package bertunang (Baju, make-up, mini pelamin) - Fitrah Pengantin = RM650
  • Canopy - Pak Haji jengka 17 = RM650
  • Gubahan Hantaran Aku - Alang - Satu dulang dia charge RM70 = RM600
  • Gubahan Hantaran Sazli - Kawan Mak cik Asmah - Below RM100
  • Cameraman - Rolandhashim (later aku tulis detail apa yang aku dapat dengan package dari dia ni = RM800
  • Cupcake - Kak Mai - 60x3 = RM180
  • Door Gift - Semua House (beg kertas, candy. bekas candy, jelly) = RM600

Yang lain2, macam makanan haritu semua orang kampung aku yang tolong & dengan bantuan dan idea dari Ketua Tukang Masak Felda D'Saji iaitu En. Rahim (BIL) yang banyak menjayakan majlis pertunangan aku dekat kampung secara teratur dan aku sangat2 berpuas hati.

Aku buat secara buffet. Aku memang nak sangat tunjuk semua dekat sini, tapi sabar eh? Once dapat gambar semua aku upload terus tanpa melengah2 kan masa.

Budget semua habes untuk Majlis Pertunangan ni untuk makan dan perkara2 yang aku sebutkan diatas lebih kurang dalam RM6500.00 (tidak termasuk yang mak aku cat rumah la, tar halaman rumah la dan juga barang2 hantaran yang aku kasik pada Encik Tunang... kekekekke) Semua ni untuk 150 orang. Ni la budget kalau buat kat kampung and masak sendirik. Aku rasa ni memang dah murah dan berpatutan. Kalau kat KL akan jadik double. OK.

Dan untuk makluman, ini semua duit mak aku. Aku? Aku tak mampu... Aku cuma bayar untuk cameraman & package bertunang sahaja. Kalau guna duit aku, alamatnya makan mee hoon goreng dan air sirap limau sahaja.

Apa yang aku dapat dari Rolandhashim dengan harga RM7,000

Setelah aku survey semua package2 photographer di tempat2 yang aku larat nak pergi dekat KL ni, so far yang aku boleh cakap, for professional work & murah and yang aku mampu ialah Roland Hashim. Dia nih memang easy to work with. Korang nampak angka RM7,000 tu memang banyak. Tapi tengok dulu apa yang aku dapat ok?

  • Unlimited snap untuk 5 majlis aku (bertunang, nikah, malam berinai, sanding Pahang & sanding KL)
  • 5 custom album yang smart giler
  • All copy - unlimited shot - semua dia kasik and no extra charge - dia kata tak kuasa nak edit2 gambar and nak berkira sangat
  • Rakaman video untuk 3 majlis (nikah, sanding Pahang & sanding KL)
  • Editing
  • Outdoor photography

And ada lagi menda2 kecik la. Macam dia ni, tadek la nak berkira sangat dengan outstation punyer charge, berapa harga tol dan harga minyak, tu jerk la yang dia kira. Bagus bukan? Bagus bagus.

Pastu, kalau tengok pada package2 kawen yang lain. Dowang nih very strict untuk waktu nak tangkap gambar. Macam dia nih, dia tak berkira sangat. Aku ngan Encik Tunang siap dapat discount lagik. Baik hati dia dan aku doakan dia murah rezeki.

Ni aku kasik idea jerk. Terpulang la pada penilaian nkowang. Aku ada gak go for some2 person ni ha. Giler berkira dan custom album kasik 2 untuk 5 event, charge dekat RM10k. Giler ah!

So, nak tengok hasil2 Roland go to http://rolandhashim.com/

So far, untuk Majlis Pertunangan aku, aku memang puas hati giler dengan hasil kerja dia. Kerja memang bagus, gambar pun elok dan yang penting dia friendly. Willing to share idea semua. Korang kena ingat, untuk dapatkan hasil gambar yang bagus, kena ada a very good communication dengan jurugambar. Korang kerek2 la dengan dia, nanti tengok la hasil gambar nkorang memang hampagas. Siyes ok? Ini ialah ingatan dan ugutan. Korang nak ker gambar kenang2an korang nanti tak elok?

So.. Setel hal bertunang. Macam yang aku cakap tadi, nanti gambar aku bubuh kemudian. Yang untuk baju nikah, mekap, baju kawen aku tulis dalam tajuk lain. Esok2 la pulak. Bizi ngadap menatang blog nih jerk dari tadi. Macam la ada sangat orang nak baca. Hahahahahaha

-EnD-

2 comments:

theblabber said...

relax2..jgn emo :)
byk juga ye perbelanjaan. heh

Chooyaya! said...

mmg banyak kena guna duhet. ko kena la simpan duhet awal2 kalo nak kawen. jgn buat peduliktaik jerk pasal kawen ni.