Tuesday, April 7, 2009

Menipu Kepada Diari Sendiri. Dulik ah!

Nkorang tulis tak aktiviti harian nkorang dekat diari? Kalau yer, kiter sama la! Aku pun jenis tulis menda2 yang aku buat tiap2 hari tetapi secara tidak jujur. Nak tau kenapa ianya tidak jujur? Pasal... Aku biasa tulis 2 minggu sekali. Hahahahahha.. Kompem la aku dah lupa apa yang aku tulis pasal menda 2 minggu yang lepas, mana la aku nak ingat dah...

So, biasanya aku akan tulis cam ni... Isnin 1 April 2009 - Harini first day kerja, boring jerk.. Monday Blues. Tengahari aku lunch dengan Intan. Kat mana, aku dah lupa. Malam pukul 11pm aku dah tido... Haha. Aku tulis secara tipu disini iaitu hari Isnin memang biasanya aku akan boring nak kerja and lunch tiap2 hari mesti dengan Intan dan pukul 11.00pm ialah memang waktu biasa tidur aku. So, memang betul la aku tulis tu, tapi aku terasa menipu tidak bercakap benar pasal sebenarnya aku tak ingat pun apa yang aku buat, tp taknak kalah dengan diri sendirik, so aku tulis jugak by date. Giler tamak!

Kekadang terasa cam nak mengutuk si polan si polan, tapi aku tak tulis pasal aku takut nanti kalau diari ni orang lain jumpa ker? Jadinya dalam diari aku tulis yang manis2 jerk... Tadek kutuk orang, tadek sakit hati.. Malahan semuanya yang indah2 belaka. Kekadang siap puji si polan tu melambung2 oke? Apa tujuan ntah.. Tapi sebenarnya aku tau tujuan, supaya kalau orang yg aku puji tu jumpa diari aku, makanya dia akan jatuh sayang n terharu dengan aku yg konon2nya giler meyanjungi dia lah.. Wakakakaka... Sungguh tidak mulia sifat hipokrit aku nih.

Tu pasal sekarang aku dah malas nak tulis diari. Buat apa kalau diari aku pun kena tipu dengan aku. Ada sekali tu, aku siap tulis mcm ni..'sebenarnya aku tak ingat pun apa yang aku buat harini, tapi aku tulis jugak diari nih supaya nampak penuh... Sambil gelakkan diri sendiri pasal menipu diari sendirik'. Tak patut sungguh la aku nih. Jadik, ada eloknya berhenti menulis diari kalau sekadar nak jadik hipokrit dan penipu. Tak gitu?

2 comments:

Anna Dayana said...

ingat tak buku yg dpt kat lovely lace..bukti intan kuar ngn kaksu dan aktiviti2 lain tapi yg ada ngn kaksu jer intan tulis malangnya sekejap jer tulis pastu dah malas..Tapi kaksu ada sekali sekala refer kat intan bukan?

Chooyaya! said...

tadek pulak. tak ingat. bye