4 April 2009, 12.30 tgh hari, Jengka 1, Pahang
Alhamdulillah... Selesai sudah majlis pertunangan aku. Terima kasih pada Mak dengan De yang banyak sangat2 korban masa dan tenaga untuk kemas rumah, cat rumah & all the small2 thing yang nampak kecik tapi memang memenatkan. Zillion thanx dear!
Thanx juga pada Intan, Miza & Nadia yang come all the way from KL to be with me on my BIG Day - Phase I ni. Hehe.. Terkejut jugak pasal Lukman ikut Nadia sekali. Risau both of them tak dapat nak adapt dengan cara hidup/majlis orang kampung but surprisingly Lukman did a good job when all the Pakcik seronok sangat borak2 dengan dia.. Ok.. Kenapa kalau cakap pasal Nadia dengan Lukman mesti cakap orang putih. OK.
Pheeww... Kalau recall balik, memang rasa membazir sangat2 air mata yang aku dah keluarkan. Equal to secawan mug kot. Macam2 menda yang berlaku. So, betul la orang2 tua cakap, nak membina masjid nih, memang besar dugaan dia. YUP! Aku sangat2 bersetuju dan terasa memang terkena dekat lubang batang idung ni.
Diantara episod air mata
Pasal cuti Intan - Ada la teknikal problem yang terjadik bila Intan end up tak dapat nak cuti on Friday. So, saper yang nak teman aku drive balik Pahang? Aku patut balik awal pagi. Yer la, takkan nak balik tengah hari pulak. Sian Mak dengan De nak buat final preparation. Kaklong plak plan nak balik Khamis malam. Tak syok la aku nak balik lewat. Selepas setengah baldi cawan air mata tumpah, boss dia kasik kelonggaran untuk balik awal, but after 11.00am. So, Al-hamdulillah. Warning to Intan, makesure tak jadik macam ni untuk my wedding. OK? Not nice
Kaklong - Hari Khamis, dia pergi jumpa doktor dekat Hospital Tawakkal. End up dia kena admit dekat ward pasal heavy bleeding and problem sikit la pasal hal2 sakit wanita nih. Tak paham? Aku pun tak paham. Senang cerita, period tanpa henti selama sebulan and melimpah2 plak tu. So, kalau dia kena admit dekat ward, harap maklum la, dia takkan ada sama masa aku bertunang. Dah. Yang ni la major case yang buat mata aku bengkak. KAKLONG ialah anak yang sulong. So, dia memang penting. Malas nak cerita pasal ayah yang dah tak ada, tapi kalau tak ada Kaklong majlis aku kurang serinya. Aku sangat tak suka pada cakap2 'mereka'. 'Su, ni majlis pertunangan jerk. Takper la kalau Kaklong nko takder, kalau kawin lain la'. Nice. Yerk la tu ok. Bertunang sekali sahaja ok? No such thing as tak apa kalau Kaklong aku tak ada. Cuba jadik kat nkowang, macam mana? Paham apa yang aku rasa? Paham? Paham bagus.
My Car - Masa Khamis malam, My Super Hero Mr Sazli dengan baik hati nak check la my car condition. Air & minyak hitam. Ntah kat mana silap, dia terlupa nak tutup water tank lepas check air. So, masa nak ambik Intan dekat opis pukul 11.00am tu, kereta aku berasap! Minyak hitam dah licking, engine panas giler and air kering! So.. Dapat tak bayangkan macam mana keadaan aku masa tu. Balik lambat - sedih, Kaklong kat ward lagi - sedih, kereta rosak last minute - sedih sedih sedih! Ya Allah, apa la dugaan yang macam ni aku dapat. Dengan aku dah lambat nak balik kampung, barang melambak giler dalam kereta and kereta pulak rosak!
So, this is 3 major problem yang terjadik dekat aku yang buat aku sedih sangat2. Memula rasa macam dah tak ada hati nak bertunang. Serious... Macam2 hal, tapi aku tak boleh buat macam tu. rasa tak berbaloi ulang alik Jengka tengok mak punya preparation, carik barang hantaran and penat2 semua sebelum ni. Lagipun tak adil untuk Sazli. Kesian dia... Sabar jer dengan aku yang moody sepanjang hari Khamis & Jumaat tu... Sorry sangat sayang. Kepala I serabut giler... Thanx for understanding. Ok. Sekarang kenapa cakap orang putih lagi walaupun bukan pasal Nadia & Lukman. Hehe
Kat bawah ni aku punyer itenerary on Jumahat (3/4/09) & Sabtu (4/4/09) ok?
Jumahat 3/4/2009
6.30am = Bangun pagi, ambik barang2 untuk buffet, door gift & kuih bakar dekat rumah Kaklong. Penuh sudah satu bonet dan tempat duduk belakang.
8.00am = Sambung tido. Hahaha. Tidur itu sangat penting supaya tak mengantuk masa drive nanti.
11.00am = Ambik Intan dekat opis. Intan ambik cupcakes sekali untuk door gift. Kereta rosak. Marah Sazli - Tunggu Sazli - Sazli datang tengok2 kereta - Angkut barang dalam kereta aku ke kereta Sazli - Ready to go to Pahang!
12.00pm - 2.30pm = Perjalanan dari KL ke Pahang. Dalam kereta masih merajuk. Menangis sikit2 lagi (pasal tahu Kaklong tak ok lagi and tak dapat balik malam ni). Intan dengan lawak bodoh & Miza tido tido dan tido
3.00pm - 4.00pm = Masakkan Sazli. Makan & Borak2 and Sazli bertolak balik ke KL. Sian dia kena jadik driver... Drive sorang pulak tu.
5.00pm - 6.30pm = Pergi Bandar Pusat. 15 menet dari rumah aku ke situ untuk buat simple inai. Intan pun nak buat jugak!!!! Turn out result, Intan punya lagi cantik dari aku. Pehal????? Tengok baju aku yang simple tu, rasa cam nak menitis air mata. Kenapa la simple sangat. Macam baju aku nak pergi kenduri jerk (Tak pakai lagi, memang nampak simple, dah pakai esoknya ok jerk).
7.00 pm - Malam = Sampai rumah, kemas 'Bilik Pengantin', susun2 barang hantaran, masukkan door gift dalam beg. Nak suruh Intan mandi pun ambik masa dalam 30 menet ok? Malam tu kemas2 umah sikit. Sapu rumah dekat atas. Bila tengok pelamin mini, bilik pengantin dengan canopy dekat luar tu, rasa macam tak sangka pulak yang aku nak bertunang dah esok. Rasa seronok pon ada. Masa ni aku dah taknak fikir pasal apapa dah. Pasal Kaklong yang tak dapat balik ker... Yang aku tau, kumpul mood untuk esok! Makcik2 jiran aku sebok dekat dapur. Malam ni dowang masak keladi masak tempoyak. Mak Itam pun dah siap masak daging masak hitam. So esok tinggal nak buat sambal goreng, goreng ayam berempah & Gulai nenas+ikan talang masin... Zzzzzz... Selesai untuk hari Jumaat.
Sabtu 4/4/2009
5.30am = Dah bangun! Memula terasa macam. WHYYYYY...???? Why I have to wake up so damn early??? Pastu muhasabah diri balik. Ooooo... Pasal aku kan bertunang hari ni. Takkan nak senang lenang tido mcm Tuan Puteri. Malam tadi gembira pasal dapat tido dengan Mak. Intan & Miza tido berdua dekat bilik atas.
8.00am = Kemas2 sikit apa yang patut. Pastu gaduh pasal saper yang kena mandi dulu. Good news! Kaklong dapat cuti sehari! Yeayyyyyyyy!!! Dia dapat join aku! Takper la walaupun baru dapat balik hari ni. Takper la kalau dia tak larat buat apapa. Aku just nak dia ada jerk. Call Yatie ucap Hepi Belated Birthday kat dia. Tak sempat nak call semalam. Bukan tak ingat, tapi tengah serabut. Yatie.. Kiter ingat kat dekat awak. Kalau tak, takda la kiter nak call awak pagi2 buta macam ni.
10.00am = Mandi! Hahaha.. Giler lambat aku mandi. Buat kerja sikit2 jerk. Ramai sangat makcik 2 datang tolong. Ada la 20 orang. Masa ni dah rasa macam kenduri bukan main! Kaklong bising pasal tak ada meja buffet yang ok. Kena ambik meja biasa jerk. Kenapa la aku boleh lupa? Ntah... Manyak menda dalam kepala.
11.00am = Tukang mekap sampai agak lambat. Aku dah risau giler... Tapi she did a very good job! Tanak la puji diri sendirik cantik. Tapi Intan cakap mekap is fine & Miza pulak sebok2 tanya kakak tu amek tak mekap untuk function. Aku puas hati. Tengah2 mekap dengar suara Nadia.. Thanx darling for coming! Hepi Hepi Hepi! Tak lama lepas tu, Adik & Dayah pulak sampai dari Kuantan. Mr. cameraman si Roland pun sampai jugak. Dapat call dari Farah and ucapan tahniah dari kawan2. Terima kasih pasal ingat eh?
12.30pm = Dup dap dup dap! Rombongan Sazli seramai 40 orang dan 10 bijik kereta sampai. Ketua rombongan semestilah bakal bapa mertua aku. Pakcik Ramzan. Mak cakap, siap ada baca doa & Selawat semua.. Yoyo pulak jadik cameraman. Siap ada interview semua. Haha. Aku tersipu2 malu dalam bilik dengan Nadia & Intan. Miza dah hilang kat mana ntah time ni.
1.00pm = Sarung cincin oleh bakal Ibu Mertuaku. Makcik Azizah. Amboi.. Sepasang dia dengan pakcik harini. Macam pengantin pon ada. Sesi tangkap gambar dengan 'pengantin lelaki' petuhui! Hahahahah.. Padahal bertunang jerk. Harinih aku memang berangan habes la. Si Roland la suruh buat macam2 gaya. Malu pon ada. Tapi bertunang sekali jerk kan? So, dulik aper!
3.00pm = Hujan turun right after dowang semua habis makan. Masa ni rasa terkilan pasal tak dapat nak layan Nadia, Adik & Dayah. Aku pun tengah bizi. Lucky semua pandai bawak diri... Intan & Miza hilang! Rupanya dok sedap tido dalam bilik. Sesuka hati jerk... Hahahahaha
4.00pm = Rombongan dari pihak lelaki balik selepas hujan berhenti. Alhamdulillah. Selesai untuk hari ni. Yang tak selesainya ialah pinggan mangkuk yang banyak untuk dibasuh dan rumah dah macam tongkang pecah. Masa ni la mak terfikir untuk panggil catering jerk masa aku kawen nanti. Suka hati mak la, duit mak yang keluar.. Hehe
Malam = Kemas sikit2 jerk. Mak cakap, tunggu la esok pagi kalau nak kemas bersih2 pulak. Semua orang dah penat. Abg Long muntah2 pasal gastrik & angin. Sian dia... Mak & Abg Halim (my BIL) bawak dia pergi Jengka 2. Kami layan AF dan aku layan AF sambil tido.. Malam ni tido dengan mak lagi & Ayang yang teman Intan tido dekat atas... Selesai....
--------------------------------------------------------
Ahad 5/4/2009
Pagi = Kemas rumah... Phewww!!! Rumah bersepah sangat2. Ni baru bertunang. Tak kawen lagik! Aku ngan Intan ikat kontrak sapu sampah dekat luar. Bahagian dapur diselesaikan oleh kakak-kakak aku yang tersayang (bodek)
Tengahari = Masak & terganggu dengan Drama Korea Boys Over Flower! Intan sedap2 dok lepak depan tv tak tolong masak. Kopek ikan bilis pon sikit jerk. Mana la nak cukup makan untuk 10 orang. Sazli sampai dari KL untuk jemput aku pulak. Sian dia. 3 hari berturut2 dari KL-Jengka-KL. Sikit pun tak merungut. Thanx sayang. Dah bertunang ni, rasa sayang lain macam pulak. Bila tengok dekat jari ada cincin ni, terasa macam tak sangka aku dah bergelar tunangan orang.
Petang = Sazli layan main gasing dengan Aiman. Hahaha. Pukul 5.00pm bertolak balik ke KL. 7.15pm sampai KL. Hantar barang2 dekat rumah Kaklong & balik rumah aku. Rasa sayu semacam jerk. Terasa cepat masa berlalu. Rasa mcm nak bertunang tiap2 minggu jerk. Hehe
Alhamdulillah... Selesai semua perkara. 2 3 perkara yang tak seronok dapat diatasi. Terima kasih banyak2 pada semua yang tolong aku untuk majlis ni. Terutamanya my family. Semua pun penat. Taktau nak balas macam mana. Untuk kawan2 yang sudi datang jugak. Terima kasih banyak2. Kalau aku banyak duhet, nak jer bagi sorang2 tiket melancong ke London. Hehe...
Gambar akan menyusl kemudian. Memang puas hati dengan gambar dari Roland. Ntah bila la dia nak bagi pon aku taktau. Now pon dia ada dekat Penang. Ada function apa ntah. Gambar dalam camera Miza & Kaklong tak upload lagi. So, harap bersabar yer? Ada la sekeping ni ha.. Kira ala2 gambar bonus la. Yang full version kena la tunggu sikit. OK?
La... Kenapa muka masam jerk ni? Pasal dah penat sangat. Peluh dah meleleh2 dalam kain. Eeeuwww!!!
-END-
7 comments:
this is my ist experience..sangat best dan tiba2 terasa nak kawin..
Kenangan bersama Kasih dan Shasha yang sangat comey tak dapat dilupakan...
Intan : Terima kasih banyak2 pasal banyak tolong Kaksu. Sayang Intan! Paling best masa intan buat tarian kipas depan Mak KakSu. Hahaha...
Next time kiter ronda2 kejar lembu algi ok? Tp Intan jangan la cakap kuat2 or marah2 bila takder orang pheewit kt kiter..
hahaha..first time naik moto jalan2kat kampung mcm tu..sonok sangat..
boleh tengok moto Cross.aritu ujan tak sempat nak tgk kan. Takot sangat kat lembu tu nanti dia kejar mcm mn? takot tak sempat nak break..
Tarian kipas tu special untuk makcik yg sangat kelakar dan happening..
Intan : takper, next time mesti boleh tengok motorcross tu. tido kt kampung sejuk kan? Intan rajin sgt kt kampung sampai jadik fav mak kak su. Asyik2 Intan yang ekna buat air, intan yang kena layan bai jual kain. Hahahahahhaha
pasal lembu tu, sebenarnya kaksu pun takot. tapi kena la tunjuk teror depan intan. hahahahha
selamat bertunang ... saya ni kawan yatie. dh lama baca blog su. best sgt. kelakar n sedih pun ada. suka baca cite2 su. kekdg gelak sorang2 !!
Mz-Rizaliza : TQ sebab sudi singgah.. Kekekee.. Ingatkan 10 orang jerk yang baca.. Ada gak yang sudi singgah eh? Anyway terima kasih banyak2. Nanti kiter tgk blog awak plak.
choo!!! banyak nye entries. aku ketinggalan banyak.
masam pulak pix bawah ni...
congratulations! 3 more months to go!!
Post a Comment