Monday, April 13, 2009

Gambar Bertunang Yang Dah Diperangat

Ni la pemandangan rumah kat kampung aku dari depan. redup dan damai jerk. tapi kejap jerk la. Pas semua siap makan, hujan terun mencurah-curah sampai semua orang strended tak dapat balik. Siannnn... Turut kelihatan ialah canopy juga yang bewarna peach + putih

Eh sayang, U punyer rantai tu jenama tiada kan? Yang tipu kan?


Salam semua... Haritu kan aku cakap nak share gambar tunang kalo dah siap kan? So nilah semua... Aku pilih2 jerk.. Pasal total ada 480 juta keping... Tema ialah kaler peach, hantaran perempuan 9 berbalas 7. Makan secara buffet. Rombongan lelaki sampai dalam pukul doblas setengah. Tengok jerk la gambar eh? Macam malas nak merepek2 sangat arini. Tadek mood pasal berus gigi aku hilang pagi ni. Saper ntah kidnap.



Hantaran Dari Pihak Perempuan

1. Sirih junjung
Semuanya ialah bunga tipu termasuklah sirih2 nya sekali.

2. Buah-buahan

Buah-buahan yang dibeli last menet kat Cold Storage KLCC. Terlupa sungguh! Pheww! Dalam dia ada buah dada apple, oren, stoberi dan anggur merah jambu batu

3. Kek

Blooming cake punyer hasil. Sedap dan cantik sehingga terasa macam nak mintak balik. Tapi mak cakap tak boleh. Tak pernah dibuat orang

4. Sejadah + Quran

Yang disponsor sepenuhnya dari mak. Harganya mak cakap ialah rahsia. Eleh...!!

5. Kasut
Beli dekat Primevera sahaja kerana Raoul tiada size Encik Tunang. Kaki dia nih memang agak besar la.. Tu baru kaki... Menda lain tak tau la besar mana
6. Kemeja + Cuff-link
RAOUL kedua2nya. Encik tunang berkeras nak warna putih. Suka hati dia la...

7. Songket + Baju Melayu
Juga mendapat tajaan sepenuhnya dari Mak. Bagus. Sila sponsor banyak2 lagi. Terima Kasih

8. Perfume

Patut beli sejenis jerk. D&G. Tapi pasal Perfume Dunhill tu kenangan masa keluar date dulu, aku kasik jugak ler..


9. Belt + Wallet
Juga dari RAOUL. Senang, setempat jerk carik barang. (Tapi sebenarnya 2 branch. KLCC & Pavilion)



Hantaran Dari Pihak Lelaki
1. Sirih Junjung
Malu jerk, pasal Encik Tunang kasik bunga hidup yang cantik2. Tapi tak lama umur dia, Intan kidnap bunga dia selepas tamat acara menangkap gambar
2. Cek + Cincin + Potpouri
Ingat tak cerita pasal cincin aritu.. Ha... Inilah dia... Simbolik dari jumlah hantaran ialah 12 - Birthday aku, 20 - Birthday Encik Tunang & 09 -Tahun nikah. Tssk.. pesal la tarikh lahir aku tak 31 ker... Baru meriah. Hahahaha

Nak jugak ada Potpouri. Dah jadik penuh dulang hantaran ni ha

3. Kek
Kek ni, ditaja oleh Auntie Encik Tunang. Kecik jerk... Tapi comel... Beli kat mana, aku taktau.. Orang kasik, kiter rembat ajek!
4. Telekong + Sejadah
Future MIL kata, dia beli masa kat Bandung. Memang cantik!
5. Kain pasang + Tudung
Ni pon sama, beli kat Bandung. harga kat sana kan cantik2. Dah macam baju bertunang pon ada aku tengok
6. Perfume + Make-up
Perfume D&G - Tanak kalah ngan Encik Tunang serta Make-up MAC. Nyesal jerk beli waterproof mascara. Susah nak tanggal la kalau cuci

7. Handbag + Kasut
Handbag jurulatih - No description. Hehe

Kasut Guess kaler ceklat yang kunonnya match ngan handbag la... Beli kat Pavilion & ada plak sale 30%. Bagus. Penjimatan extra.


Gambar-Gambar Lain

Gambar bunga tangan diatas lantai sahaja


Sebahagian dari hantaran aku kepada Encik Tunang yang dihias didalam sangkar. Sebenarnya bubu. Bukan sangkar pon.

Ini la dia cincin yang kiter sebok2 ngumpat dulu. Kalau bertunang agak over kalau buat ukiran inai. Tapi aku tidak peduli.


Kunon simbolik la gambar ni. Hehe. Bak meh sini U I nak cincin tu. Tu I punyer!



Gambar Encik Tunang

Mana orang yang nak meminang I ni. Lambatnya sampai...

Wet a menet, ada ker perempuan masuk minang lelaki. Ada kesilapan teknikal disini

Hnsss..Hnsss... Agak segak jugak Encik Tunang disini. (Harap2 dia tidak membaca blog ini)



Gambar Aku Yang Manjang Berangan

Malu la nak bubuh gambar berangan ni semua. Tapi takper la, untuk korang semua, aku taruk jugak la.. *tutup muka malu

Tiada ulasan


Juga tiada ulasan

Tiada komen

Biar la korang nak cakap apa. Tapi ni la my most favorite pix. Suka tengok muka aku yang kunon ayu pokok kelapa kat belakang tu


Menjeling cicak di ceiling



Pelamin Mini
Simple jerk kan pelamin ni. Kira ok la kot untuk Majlis Pertunangan. Kaler peach+cream sahaja.



Gambar Sepanjang Majlis
1. Ayang, ni yang ko cakap diet. Tahik kuceng ok??? Penuh pinggan ko tu ngan nasik
2. Makan secara buffet jerk, pasal semua malas nak hidang2

Future MIL & FIL. Tak supan sungguh biar orang-orang tua dok kat lantai and kami senang lenang diatas kerusi. Jangan tiru aksi ini.


Balqis tengah interview & tetiba aku pose ngada2 plak. Haha


Intan bekerja keras menjadik tukang tangkap gambar


Miza otomatik jadik ketua nasyid pasal dia sorang yang pakai baju biru. Nadia & Intan ala2 gadis ayu yang menunggu orang datang meminang

Mr. Doctor (Lukman) & His beloved girlfriend, Miss Nadialyna- My Darling. Well, as u can see here, the bla bla bla - Sajer nak cakap omputih tanpa tujuan. (Ingat kan entry lepas pasal Nadia & Lukman)

Ni ialah mak, kakak-kakak, anak buah dan sepupu sepapat yang ditaja bajunya oleh Insan Misteri nusantara

Peace! I amek gambar dengan gadis-gadis jelita. U jangan jeles. Iya.. Gadis yang buat mulut 'O' itu sangat2 comel dan dia baru 19 tahun dan solo dan baik dan kakaknya yang berbaju biru mempunyai BIG HEART dan cantik jugak! Urusan ngorat mengorat sila uruskan sendiri. Harap maklum


NOTE


1. Entry ini disiapkan dalam masa 3 jam. Giler leceh, nak buat text la, nak masukkan gambar la... Hampir2 aku fire jerk komputer ala2 resaksa gorgon tadi pasal lembap nak mampos. Kalau macam ni punyer leceh, gambar kawen malas dah nak update

2. Hantaran cantik kan? Murah sangat ok? Semuanya upah kurang dari RM80 satu dulang... Berminat? Hubungi tuan tanah

3. Aku lapar. Bye


-END-

11 comments:

Anna Dayana said...

Mmg cantik ok make up, baju, pelamin dan hantaran..ni baru bertunang tapi nampak mcm pic kawin...

Mmg intan yg banyak bertungkus lumus dari dapur hingga lah kena melayan bai yg jual kawin, buat air untuk org canopy, hangkat brg hantaran, juru camera untuk camera lain, kopek ikan bilis, layan shasha n kaseh..but enjoy ok

Chooyaya! said...

amboi... statement macam lebih kepada nak bgtau intan juga memainkan peranan yang penting disini ya? kredit untuk intan, ada gambar intan jugak kat sini. hahahahaha

anyway, terima kasih banya2 yer cik intan... patut intan kena makan sirih tu aritu.. baru cepat dapat jodoh....

Anna Dayana said...

serius ker makan sirih tu nanti dapat jodoh?
ler nape tak bg tau...intan rela makan walaupun pahit asalkan dapat jodoh yg baik2 dan bagus...

Tapi intan ikhlas tolong kaksu

Chooyaya! said...

dari awal orang dah cakap... taknak dengar... yg intan tau, majlis tengah jalan, intan ngan miza tido dlm bilik... hahahahha

Anna Dayana said...

PENATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...sebab tu tertido...hehehehe

pHat sUe said...

oitss!! saz posing tak hengat. hehehe.

ape nye yg gemok?... slim je aku tgk.

sek tipu aku je lah.

eeii

Chooyaya! said...

intan : penat buat kerja apa intan?

choo : tu la.. pandai plak dia berposing.. gelik bulu ketiak aku tgk. hahahahahaha

wei, aku gemuk la.. ko jgn percaya pada ilusi optik gmbr2 tu ok?

Unknown said...

wow!!!!

sgt cantik. semua cantik
pelamin, hantaran, baju, mekap

dan yg penting, u and fiance adalah sgt cantik, sama padan
sgt cantik!!!!

nanti kawin mesti lagi meletop

Chooyaya! said...

dayu : terima kasih cik dayu.. tapi awak punyer preparation untuk wedding buat kiter tertekan.. semua lengkap & sempurna... arrghhh...!!!

Ieja RizaLiza said...

chooyaya ... byknyer hantaran ??
masa kawin dpt lagik ker ?? bestnya !! tapi memang cantik sume hantaran tuh !! envy dgn u pasal dapat handbag jurulatih ... i pon br igt nak smbr satu ... hehehe ...

Chooyaya! said...

mz rizaliza : hantaran 7 balas 9. terima kasih atas pujian... hehe... upah jer semua tu.. murah plak tu... handbag jurulatih memang idaman dari dulu...dapat gak satu