Wednesday, April 8, 2009

Lagi-Lagi Bowling Dengan Cik Intan

Watak Utama : Intan
Watak Pembantu : Intan jugak
Watak Tambahan : Lagi-Lagi Intan
Watak Sampingan : Intan dan dirinya jugak lagik
Pak Mak Pacak : Chooyaya, Najwa & Ros


Nkorang sedia maklum kan yang Intan paksa aku tulis entry nih? Sangat obvious bukan?

OK

Tapi pasal Intan baik hati tolong aku sapu sampah keliling rumah masa aku bertunang haritu, aku pun tulis jugak pasal bowling malam tadi ni. Suka betul Intan tangkap gambar sekarang dengan Henpon 7610 yang sangat berkualiti sekali gambarnya itew.

Pelik

Handphone aku banyak gambar Intan
Hampir setiap entry aku ada nama Intan
Aku terpaksa beli sandwich dekat ESSO berharga RM2.20 2 set pasal Intan nak jugak
Pastu dia punyer dah habes, nak pow jugak sandwich aku
Intan tak kenyang ker?

Kenapa suka pow makanan Kaksu?

Kenapa Intan? Kenapa????

*Sambil lari, masuk bilik, hempas pintu dan menangis disisi katil, pastu lap air mata guna hujung lengan ala2 Wan Maimunah dalam drama swasta.

Terlalu banyak merepek
Mana cerita bowlingnya?

Sila tengok dibawah. Keterangan bergambar supaya anda mudah paham.
Sekian,

Yang Tak Ikhlas,
Kaksu


Pecah paca pecah gelas

Sudah baca harap puas!!!


Mengambil gambar semasa game adalah perkara biasa

Sedia maklum, ini ialah Intan yang berangan angkat bola seberat 11kg. Dia cuma pegang untuk tangkap gambar sahaja kerana hanya bola kaler pink seberat 6kg ialah setendet Intan. Angkat bola 11 kg tujuan untuk poyo konon larat la... Harap maklum dan jangan tertipu dengan trik Intan ini

Balingan pertama Intan sangat stret ok? Tapi malangnya tak strike. Bunyi jatuhan pin bukan Pranggg!!! tetapi kedepek kedepek petuhui! Masa ini, walaupun tidak strike, tapi bola stret kan? Intan bangga giler! Eleh, poyo jerk... Tu nasib jerk ok? Jangan nak berangan lebih-lebih.


Haha.. Malas nak cerita panjang. Nampak kan object pink dalam longkang yang tak sampai separuh balingan tetapi seperti redha berada disitu? Ya.... Masuk longkang! Dan kawan2, begitulah seterusnya sehingga habis game. Cerita banyak tak guna


No no no! I cant believe it!!! Macam mana boleh masuk longkang nih? Ni mesti sabotaj dari saper2 nih yang dengki nak tengok aku strike. Arggh!!!!

Lane Intan punyer team yang paling banyak bola sampai terkeluar2 rail. Banyaknya bola tak beerti Intan akan strike. Yer... Tidak sama sekali.


Intan berkongsi idea dan cara bagaimana untuk membuat balingan terus ke dalam longkang tetapi penuh rasa kompiden dan bergaya dengan Najwa (gadis pemotong limau yang senget, anda masih ingat?)


Dialog


Intan : Najwa, macam ni tau, ko kena dengar elok2 apa yang aku nak kasik tau ni. Tapi ingat! Ini tips jangan sampai bocor kat orang lain. Kalau bocor tips ni, memang aku rogoi upah orang bunuh ko la. Sumpah!

Najwa : Yerla, cerita jerk la. Kecoh jerk... Dah la tak mandi. Bau kuda!

So, begitulah kesudahan bowling pada hari tersebut. Team Intan kalah. Padan muka. Punca kekalahan jangan tanya la. Saper lagi kalau bukan Intan. 3 frame semua below 60. Korang bayangkan la... Kunon pi training haritu dapat 100 la 1 frame. Petuhui!

Intan, 3 tahun lagi pun belum tentu Intan boleh kalahkan Kaksu yer? Harap maklum. (Boleh tahan berlagak jugak statement aku ni)


-END-

Dengar sini orang kampung... Intan kan, dia tak mandi tadi masa nak pergi main bowling... Tu pasal la bola dia banyak masuk longkang...


Takper.... Intan ok jerk... Kaksu tengok la, bulan depan Intan yakin dapat kalahkan kaksu... Jaga la Kaksu...

Note

1. Semua gambar yang ada gambar Intan terpaksa di cerahkan sebanyak 20% Anda tahu kenapa bukan?

2. Intan terpaksa teman aku tido malam tadi pasal aku takot nak balik rumah sorang2 lepas hantar dia balik. Asyik2 jadik driver Intan! Busannn!!!!!

4 comments:

Anna Dayana said...

Arggghhhhh terukkk...teruk....
intan mandi ok...suke2 ckp bau kuda..
Tapi kebanyakkan pic dlm tu comey(intan).hehehehe..
BEst citer kaksu..kalau intan ketawa mesti kaksu akan pndg intan.
intan sajer buat kalah sebab nk bg peluang kat kaksu n kawan2 lain untuk menang...

Chooyaya! said...

Intan... Intan memang tak pandai main, tak mandi dan juga hitam tak kira la apa cara sekalipun. take note

Anna Dayana said...

FINE..kaksu tak suka org itam kan, nanti kaksu dapat baby itam...nak ker? Selalunya yg tak suka tu akan dapat kat kita...ayo...tak tahu...

Anna Dayana said...

FINE..kaksu tak suka org itam kan, nanti kaksu dapat baby itam...nak ker? Selalunya yg tak suka tu akan dapat kat kita...ayo...tak tahu...