Tuesday, April 21, 2009

Sekali Sekala Dating Bawak Budak Kecik Juga Seronok

Hari Ahad aritu, aku bawak Ayang skali masa deting ngan Encik Tunang dekat The Curve Damansara. Aku rasa, ni la setelah berabad berkurun lamanya *nampak sangat statement menipu, aku dengan Encik Tunang baru pergi The Curve. Giler lama la. Dari zaman anak2 dara dulu. (Macam la dah kawen pun skarang)

Maklumlah, semenjak adanya Pavilion yang tempat makan dia semuanya sedap2 belaka itew, The Curve bukan lagi pilihan utama. Paling last pergi sini pun masa bawak Bonda Encik Tunang makan dekat Marche.

(mesti nkowang ingat aku sengaja guna perkataan ni kan? Padahal memang Kadang2 Encik Tunang panggil mak dia Bonda.. Pastu kekadang parents dia panggil dia mcm ni.. ' Ooo Li... Mai makan anak...' Tak pun ayah dia cakap mcm ni 'Anak... Tolong beli bla bla bla rokok Dunhill 20' ) - Tetiba rasa syok panggil macam ni. Kekadang plak, 'Son.. I'm going to sleep first & Yes, my son, what do you like to eat?' Serunut serunut!

OK

Terlalu banyak iklan kekadang penonton rasa marah

Baiklah, mari baca cerita yang berikutnya

Pas jerk tengok cerita hantu !@#$%^&*sumpah Jangan Tegur, aku lepak pulak dengan Zariff & Gadis yang aku dah lupa namanya, Joe & GF yang juga lupa namanya, disertai dengan Acap yang terasa kereta Satria dia sama macam dalam Fast & Furious & juga bakal pengantin baru, Effa.. eh silap, tu tunang dia, nama dia sendiri ialah Zack. Kami mabok-mabok minum teh tarik di Teh Tarik - The Curve serta aku sempat mengepow nasik lemak Acap sebanyak sesudu sahaja.... Ok ok fine... Aku tipu, 3 sudu! Sedap siak! <- mengelak sebut sial pasal terasa kasar sangat.

Dalam kepala dah terbayang2 salmon pizza (sakae san) dekat SOULed OUT. Kepala gagal memikirkan perkara lain, jadik terus mengajak Encik Tunang ke Hartamas - Lagipun mereka2 itu kalau sudah berjumpa, pasti susah untuk balik. Jo berlagak depan 2 gadis tunjuk skill amek gambar guna camera dia yang berjenama kurang pasti dan berat itu. Asyik2 amek gambar aku yang buruk2 sahaja. Nanti sure nak tag dalam Facebook. Lekas2 un-tag selepas tengok gambar tidak cantik. Haha

Vrrrommmmmmmmmmmm... Terus ke Hartamas


Menu ini dikira warna hijau apple. Bukan tema kawen aku



Wah, agak ramai jugak orang pada malam ini yer? Walaupun esok ialah hari bekerja.


Gadis2 tidak ikut serta, serta Joe juga hantar Gf dia balik ke Bangi (Kenapa dia dok jauh sgt eh?)

Atas nafsu serakah serta ketamakkan aku yg so obvious tak dapat nak dibendung, maka aku telah order 2 keping (pizza panggil keping ker hapa huh?) Sakae San 11'. Nak tau pasal apa order 2? Pasal takot tak puas makan. Haha. Yang kesudahannya pizza tu tak habes pasal Zack tak makan ikan, Zareff mmg payah la nak tengok dia makan. Pesal ntah. Tu pasal dia ramping kot?

Acap : Aku dah tak sabar dah nak balik nih Saz, nak saksikan kemenangan Man U

Saz : Besar- cita-cita ko ni Acap...

Note : Kenapa mesti tangkap gambar tangan di dagu? Nampak macho kah?

Zareff - Menda la dowang borak ni. Ko pasang telinga sikit Zack

Zack : Ntah... Jap jap.. Mengikut yang aku baca melalui mulut Acap, dia ramal Man U menang malam ni...

Note : Lazatnya Salmon Pizza itu!

Zareff : Huh? Man U menang? Hahahahahaha (ternganga mulut Zareff)

Zack : Aku relex jerk, tak kisah.. Janji team Selangor menang aritu

Yang makan dengan bersungguh-sungguh hanya aku, Encik Tunang dan errr... Aku dan Encik Tunang sahaja. Acap makan sikit jerk pasal dia kan dah kenyang makan nasik lemak tadi?

Kitorang kena gerak balik awal. Maklumlah kena menghantar budak skola tu balik. Lagipun Acap sudah tidak senang duduk mengenangkan team dia sekejap lagi nak main Tapi padan muka sian Acap, team dia - Man United kalah....)

Hahahahahahha.. Kalah...

OK

Jangan kutuk lebih-lebih, nanti Acap marah dan tidak lagi bagi roti free dari kedai roti dia tu (Memang dia tak pernah bagi pun sebenarnya)

Sampai rumah dalam pukul 10.00pm.

Naik atas rumah paksa Encik Tunang teman

Arrrghhhhhhh...!! Hosmet semua tak balik lagi

Terbayang-bayang makcik yang tadi mati dan muka dia tak tutup

Terbayang-bayang kalau macam mana masuk bilik sahaja, ada mayat di atas lantai

Yer, kuasa imaginasi aku memang tersangat hebat

Berasa takut untuk sidai kain yang aku basuh sebelum keluar tadi. Maka terpaksa biar sahaja dalam mesin basuh. Lain-lain kali jerk la sidai

Tak salin baju, dan terus duduk di hall sambil layan The Biggest Loser. Amek tips kot2 bolek kurus ker....

Kepala sering teringat cerita takot tadi

Damn Damn!

Tu la! Aku dah tak nak tengok, nkowang paksa jugak. Bensi!
Akhirnya dapat jugak tido. Itupun selepas hosmet aku balik. Yeayyy!!!


P/s : Encik Tunang tadi cerita yang dia tengok bola sekejap sahaja pasal dia takot dan teringat ingat makcik yang mati tadi. Haha. Aku ingat aku sorang jerk yang pathetic. Rupanya Encik Tunang pun sama. Heh!


-END-

1 comment:

Anonymous said...

haha lawak sial blog kak long..kutuk manu smua cukup mantap..spelling nama aku je salah..uhhh