Monday, April 20, 2009

Terpaksa Tengok Jangan Tegur

Hantu dalam cerita nih gatal tau? Dia nak jilat Ustaz yang jampi dia.. Hepp!!!


Ayang (anak kaklong) asyik sebut jerk nak tengok Jangan Tegur. Aku buat tak layan pasal paling malas nak tengok cerita hantu.

Baiklah.

Dia sudah cakap sebanyak lebih kurang 6 kali sahaja.

Uncle Saz naik kesian dan meng'offer' untuk bawak tengok movie tersebut.

OK

Sekarang terpaksa belagak berani depan kanak-kanak remaja umur 15 tahun dan Tingkatan 3. Baru dia respek. Jadi terpaksa jugak pergi. Ala... Leceh la... Nanti malam sure takot nak tido sorang2. Bensi bensi!

*Hanya mandi selepas pukul 1.30pm pasal nak habeskan tengok cerita BOYS OVER FLOWER. Kenapa la Junpyo itu sangat comel walaupun berambut kerinting?

Kuar dari rumah pukul 2.45pm dan berdoa supaya cerita itu sudah tidak ditayangkan. Tetapi terpaksa jugak tengok pasal ada plak pukul 3.55pm! Arrghhhh... Tetapi masih berlagak macho dengan Ayang pada masa ini. Sudah la dia lagi tinggi dari aku, (dia menang satu) takkan nak biarkan dia lagi berani dari aku? (nanti dia menang 2) Tidak tidak... Makcik mesti menang kali ini!

Masa beratur nak beli tiket terjumpa dengan Jaja & Gf dia (I ges). Dia sekarang masih sama walaupun sudah jadik guitarist kumpulan Hujan... *Sila masukkan efect lagu Bila Aku Sudah Tiada.... Lalalalala.. Dia cakap kenapa aku makin tinggi? Dulu seperti rendah sahaja? :)

Jalan2 di Flea market sementara tunggu cerita ni start.

OK

Sekarang sudah masa kena tengok cerita Jangan Tegur. Bensi la.. Sungguh cerita ini amat la meyeramkan. Sumpah aku tak tipu... Menyesal sungguh! Bersedia la untuk menjerit di minit pertama hingga ke 15. Asyik2 aku terkejut jerk dan jugak menang anugerah penjerit paling kuat pada hari itu.

Encik Tunang juga nampaknya sudah menutup muka dengan tangan. Aku marah. Pasal malu la kat Jaja, nanti dia cakap tunang aku penakut pulak. Haha. Tapi tangan Encik Tunang sudah sejuk dan dia cakap sumpah2 seperti setan la, vavi, budus punyer perempuan, kenapa ko pergi jugak tengok kat luar & marah-marah pasal cerita ini asyik malam sahaja. Hahaha. Sgt comel.

Bagi aku cerita ini bagus. Memang berjaya buat aku takot & nak nanges (tp mesti belagak macho dengan Ayang). Ni cerita ke 2 buduh selepas 4bhia. Bagi yang ada penyakit jantung, elok jangan tengok la... Memang seram la... Vavi sungguh la nenek yang sudah mati itu dibiarkan di tengah2 rumah & jugak tidak ditutp mukanya.

Tak logik. Kalau mati, muka bukan kena tutup dengan kain batik lepas ker? Yang biarkan terkedang terbukak macam itu sahaja kenapa? Kenapa orang baca Yassin tidak tunggu sampai pagi? Kenapa biar mayat itu seorang2 di tengah rumah? Tak logik tak logik... Tapi mana ada cerita hantu logik bukan? Argghhhh....!!!

Relevannya tajuk Jangan Tegur dengan jalan cerita ini nampaknya tiada. Kalau ada sesiapa tau boleh explen dan sila berbuat demikian. Tetapi doktor dalam cerita ini terlalu hot la. Ada ker doktor cantik oncall tiap2 hari. Tak logik lagi skali.

OK

Sila tengok dan rasai ketakutan untuk nak tidur malam seorang dibilik bersama2 dengan aku. Kalau anda bf yang gatal baik, boleh la bawak gf pasal sumpah nanti gf kowang kompem peluk nkowang punya la. Tak caya tanya Encik Tunang.

Owh btw, Encik Tunang ada ajak skali bebudak DD FC join. Tetapi semua lambat reply padahal mereka takot.

Go kononnya amik adik kat UIA. Jo & Zareff bizi layan gadis. Ajim pulak tidak diketahui sebabnya. Skt8ers & Fairuz -Fcuking Memalukan MIA. Farah takot tgk cerita hantu. Z & Acap join bila dah habes cerita.Ala.. Sengaja la tu... Padahal takot. Hadry & Kid memang sengaja kitorang tak ajak, pasal takot nanti kecik ati pulak pasal tak dapat join. Hehe..

Next movie apa?

What?

BOHSIA?

U sungguh2 ke GO? aka Gorilla

Haha.. Ok.. Jo & Zareff berminat. Sila ajak mereka.


AYANG. Dia umur 15 tahun yer Acap?

Aku up satu gambar DD FC

Semua2nya handsome2 berlaka. Terutamanya Hadry (yang pakai baju kaler hijau and tahan napas kat depan tu). Tapi dia sudah ada GF yang comel. Thank.




-END-

6 comments:

Asma said...

Hello cik suraya.
Go penakut juga.Tak rase selamat pun ajak dia tengok citer hantu.
Kitorang pernah nk try tengok citer hantu thailand 2 years ago. last2 after 15 minutes kitorang keluar dr movie theatre sebab dua2 takut (lagipun kitorang dua orang je dalam theatre yang besar tuh...kalau tetiba ade hantu konfem dua2 terkucil hehe)
anyway, i've been following your blog for the past few weeks. awalnye sebab nk tahu sikit2 macamane preparation nak kawen tapi lama2 raser best plak baca sebab mesti dok gelak2 sengih2 sensorang. you're just sooo funny. terima kasih sebab bagi something that i look forward to read selepas seharian menghadap orang2 sakit di hospital.i look forward to meeting you in person & congratulations on your engagement ye?
p/s-cantik sgt!mesti big day nnti lagi cantik...

Chooyaya! said...

Cik Asma, U mesti Gf GO kan? Go bgtau U dekat Melbourne skarang. Nanti my wedding U tak dapat datang kan? Takper takper... I tolong jaga Go kat sini. Kalau dia nakal2, I ckp I geng ngan U ok?

Oooo... Baru I tau yang dia takot tengok cerita hantu...! Ingatkan dia gurau2 jerk nak tengok Bohsia. tapi dia dah cakap lebih dari 2 kali. Nanti I bgtau budak2 DD FC yang lain. Ni boleh jadik bahan ni. Haha (Bebudak lain tu taktau kewujudan blog ni kot?)

Anyway, thanx for the compliment. Gambar tu sebenarnya yang cantik pasal teknik photography.. I biasa2jerk *malu and tutup muka sambil geleng2 kepala... Ngada jerk.

So, nanti bebila balik Malaysia, kiter arrange dating beramai2 dengan gf/tunang/wife masing2 yer? Bab arrange2 menda nih, Go memang suka la.. Tapi dia mcm bising sikit pasal kredit dia habes.

Kidd said...

cyba ajak tgk cite hindustan, tgk confirm ramai hero2 nangis.. kalau x caye, tanya Encik Tunang.. hehe

Chooyaya! said...

korang dah hensem2 pastu nanges tengok cerita hindustan sumpah buruk

go jantan berani said...

u jgn caye asma ckp tu...

masa tgk cite tuh die yg takot...i ckp "b, dont worry...i ada"

Chooyaya! said...

ala go.. apa salahnya jadi lelaki penakot.. kekadang nampak macam comel walaupun terasa macam nak lempang... sama la macam saz...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...