Monday, April 27, 2009

Tumpang Lalu....

Dah pukul 4.48pm, tak lama dah nak balik. Boss plak tak habis lagik meeting ngan Mr. Chairman. Dah tu, macam mana nak balik? Malam ni pukul 8.00pm dah kena ada kat Dewan Perdana FELDA untuk taklimat sebelum sakit-sakit belakang pasal dok lama sangat dalam bas nak pergi ke Langkawi.

Time nkorang baca ni pun, agak2nya aku dah selamat sampai ke Langkawi dengan jayanya.

Berapa jam eh kalo naik bas dari KL ke Langkawi..? Adoi.... Badan pun tak hilang lagik sakit2 pasal sukan kat Melaka. Ni dah nak kena jalan lagik. Atlit macam ni la, tak boleh merungut... atlit petuhui! Heh!

Okok. Malas cerita panjang. Arini aku productive giler buat kerja dari pagi sampai siap. Pasal malas la boss kacau2 aku time aku nak berjimba bersukan kat Langkawi nanti.

Untuk Intan, padan muka. Ko dah tadek kawan nak lunch esok. Time bf Intan ajak lunch sama, bukan main eksyen lagik eh? Main tinggal Kaksu macam tu jek.

Anyway, gambar masa sukan kat Melaka later aku apdet eh? Tak sempat nak buat arini.

Tapi aku kasik hint2 la.

Netball kalah - YES!!! Tak larat nak main 15-5-15 tengah2 panas rembang tu. Sipi2 lagik aku nak pengsan pasal panas. (Alasan tak rasmi selain dari kalah pun takper, yang penting semangat kesukanan)

Badminton - Juga kalah. Intan la punyer pasal. Semua bola out dia nak tadah. Macam orang tadah air hujan ngan tangan kan? Ha... Macam tu la Intan tadah masa main badminton. Kot kalau dia pukul bola tangkis tu takper la jugak

Marathon - Satu2nya acara yang aku menang. Dapat number 4 out of 50 people. Kira ok la kan? Sila kagum. Intan? number 20. Kodi jerk

Owh btw, Last week ada buat makan2 dekat opis untuk Birthday bulan 4. Ni ha ada sikit gambar makanan. Asal pasal makanan, rasa rugi plak kalau tak share. Mana tak gemuk?

Ni la rupa kotak dia. Nasik ayam penyet Wong Solo. Memang sedap sehingga menjilat kuku kaki la. Senang cerita. Masak ayam nih ngan spender haper?

Ni gambar close up. Ada nasik +sambal+sayur yang sikit nak mampos and macam tak ikhlas nak bagi +ayam goreng+tempe+tahu goreng+sambal kicap. Fuh!


Sila2 jemput makan....

Pasal gambar tudung tak nampak penuh, maka upload lagik satu gambar
Senyum ala2 ayu pasal dalam mulut dah ada cebisan ayam. Tak sabar2 nak makan weh!


Ooooo.. Korang nak tau tak, masa kat Melaka. Aku ngan Intan kena kacau dengan hantu. Benar! Tak tipu siot.... Nanti balik dari Langkawi aku cerita eh?


Hantu tu muka macam ni (tipu)

Sekadar gambar hiasan
Takot tak, takot tak? - Sah2 masa ni Go dah cepat2 klik butang pangkah kat atas pasal takot nak tengok gambar hantu. Haha. Kantoi



-End-

1 comment:

Asma said...

hahahahhahahhaahhahaha tak mampu nak kate ape2...hanya mampu gelak berguling2...goodluck bersukan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...