Friday, April 24, 2009

Cencalok & Pantai

Kena mengena tajuk ialah, aku akan pergi ke Melaka sekejap jerk lagi untuk Sukan FRISB 2009 dan LADA Langkawi untuk Sukan Badan berkanun 2009

Melaka - 24-26 April 2009
LADA - 27 April - 2 Mei 2009

So, sepanjang2 waktu ni, aku dah tak bley nak update blog. Lagipon Abg Yut komplen, kenapa ko asyik update blog ko dik, ko dah kurang kerja sangat ker? Jawapan aku : Yerk la bang, aku nih secretary boss jerk, bukan company punyer secretary. Lagipon ko dengki kan? Pasal ko tak dapat nak buat kotak time kerja. Kan Kan?

Nanti kat Melaka aku akan main netball. Ye. Netball. Netball sangat fun kerana boleh terbang-terbang Jackie Chan dan membuat aksi akrobatik silat pulut 180 darjah. Cuma harapan agar kaki tidak terseliuh dan sakit2 atau buat hal.

Position yang sudah biasa main dari darjah 4 ialah
C untuk cicak Center


Ganas tak ganas tak? Sila Gerun

Pesanan untuk Intan : Jangan la main gelak2. Serius ok? And plz plz plz.. No more drama dalam padang.


Malam ni plak main badminton. Training pun tak pernah, ada hati nak main. Yerk la, dah orang lain tanak, aku terpaksa la jugak main. Partner semestilah Intan (Dah la Intan main badminton macam tangkap ayam, sumpah kena gelak dengan orang)





Pasal tak biasa main badminton maka tak ada gambar dan terpaksa gugel carton sahaja. Itupun lelaki jerk yang ada, yang pempuan tadek

Kalau kalah netball dan badminton, semestilah nak masuk marathon pasal sebagai seorang yg tinggi semangat kesukanannya maka berasa sedih kalau balik dengan tangan kosong. Dapat towel pun jadikla!

Kat LADA pulak nanti selain dari main netball, seperti biasa kena jadik gadis pemegang sepanduk untuk team FELDA. Pasal mereka tak bagi duhet untuk kerja ni, maka bercadang untuk memakai baju sukan sahaja (memang kena materialistik dan berkira pasal panas ooo nak berdiri terpacak tengah2 padang tu)


Bersama rakan se' kontijen' di Bangi. Hidup KL! Untuk acara memegang sepanduk ini, terpaksa bangun pukul 4.30 pagi bertolak dari Bangi ke KL untuk mekap dan buat rambut. sangat melecehkan!


Yer, Aku membuat kerja memegang sepanduk ini secara profesional. Sila la buat tempahan. Selain dari itu, aku juga ada bakat jadik tukang pegang dulang masa penyampaian cenderamata dan juga penolak troli diatas pentas masa perhimpunan. Owh, lupa nak kasik tau, ini ialah Kaklong. Patut dia pergi sama ke Langkawi, tapi pasal dia tak sihat, maka dia kensel pergi

So.. Doakan keselamatan & kemenangan dinda selama kepergian dinda disana. Dinda pergi tak lama. Untuk menuntut bela atas kehilangan saudara mara kita sahaja... - Tetiba jadik filem2 zaman dolu2.

OK!

Ada rezeki, ada umur kiter jumpa lagik...

Untuk Encik Tunang tersayang - behave. Ini arahan dan ugutan.
-END-

2 comments:

intan said...

Kali ni intan main netball serius ok...no more ketawa or drama..tapi nanti dah agak2 kalah intan buat drama lah kot..buat pengsan ker..kaki terseliuh ker

badminton ni yg intan takot sebab kita tak pernah training kan..tiba2 kena main ni yg nanti jadi macam kejar ayam ala2 keja ayam kat kampung....

Chooyaya! said...

ok.. tp kalau nak pengsan jugak, sumpah kaksu pijak perut intan, sumpah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...