Tuesday, May 12, 2009

Aktiviti Balik Kampung

Hari Sabtu lepas, kena jugak balik kampung pasal nak hantar barang-barang mak yang aku beli berkotak-kotak masa pergi Langkawi airitu + nak hantar langsir mak yang dah disiap ditempah disini (KL)

Walaupun badan penat pasal memang full dengan activiti sepanjang 3 minggu lepas. Since bertunang, ni lah baru nak balik kampung. How I miss my mom and anak buah semua dengan kampung yang damai tu... Air kolah yang sejuk... Ayam dan itik dan rindu nak tidur ngan mak. Kena amik kesempatan yang ada nih, nanti lepas kawen dah tak dapat tidur ngan mak lagi *Sebak sebak..

Pasal Encik Tunang ada activity friendly bola yang akhirnya dibatalkan (hahaha) on Saturday, jadi dia tak dapat teman balik. Maka, terpaksa drive balik kampung sorang-sorang. Mak kompem susah hati, maklumlah aku kalau bawak kereta tak lelap barang sesaat dua tak sah..

Malam sebelum balik kampung, Kaklong bagitau nak balik jugak. So, lega la sikit. Esok tak perlu nak drive sorang-sorang. Dah la radio kereta tak berbunyi dah maka perjalanan sudah tentu membosankan. Nasib baik ada kaset konsert Siti Nurhaliza Vol 1-3. *Kaset? Zaman sekarang kaset masih wujud? OMG!

Jadik terpaksa layan la jugak. Menyanyi dan joget2 dalam kereta dengan Ayang. Check2 dalam dashboard, cuma ada kaset Siti dengan A.Ramli (Arwah ayah punyer - tetiba sedih masa jumpa kaset tu) dengan kaset surah Yassin jerk. So, tadek pilihan, dengan mood yang nak bergembira ni, maka kaset Surah Yassin bukanlah pilihan dan terpaksa la dengar lagu Cindai sahaja sebanyak lebih kurang 5 kali sahaja.

Kami naik 2 bijik kereta. Kaklong dengan family dia, Ayang naik dengan aku. Dah warning awal-awal. 'Kalau Ayang tido, Makcik tido jugak, nanti Ayang sedar2 jer, orang tengah kapankan Ayang' Agak kasar la bunyik ugutan tu tapi ternyata berhasil.

Singgah Temerloh untuk lunch - Makan ikan patin masak tempoyak (Yatie dan Encik Tunang sila terliur sekarang) tepi Sungai Temerloh. Kedai yang sedap tu, ramai orang jadi terpaksa makan kat kedai sebelah. Layan minum air jagung yang lazat tu memang hebat la.

Ayang memandang ikan patin dengan pandangan geram pasal terpaksa share dengan makcik and Aiman. Dia kalau boleh, kepala tu nak makan sorang-sorang jerk

Aiman macam kurang selera makan, pasal teringat Atok kat rumah yang tak ikut. Dah warning Aiman siap2, malam nih, Aiman tidur dengan Ibu, makcik nak tidur dengan Atuk. Suka jerk dia ni nak rebut-rebut ngan aku kalau nak tidur ngan mak


Tak sempat nak snap gambar dah hilang isi dia semua. Ayang la ni kuat makan

Sampai Pahang pukul 2.30++. Petang tu melayan anak-anak buah mandi dalam kolam yang kena pam dengan pam beskal. Selagi bibir tak biru, selagi tu berendam. Gasak nkorang la.


Kasih dari dulu sampai sekarang tak pandai buat tanda peace. Sian Sasha cam tersepit dekat tengah2 pasal ada budak lelaki hitam darjah satu yang malu nak pakai short sebok nak jugak mandi dalam kolam yang tetiba kempis ni

Dari kiri, kuning langsat masak, kuning langsat muda dan kuning langsat buruk


Tengok rambut dia, tak payah nak perm-perm pun dah jelita


Cumil tak, cumil tak? Jangan tertipu dengan wajah dia, pasal dia ni ni giler Drama Queen yang boleh nanges selama 4 jam walaupun hanya luka calar sepanjang setengah inci. Harap maklum.


Malam tu pasal semua rajin nak masak, jadik kami makan nasik lemak bungkus jerk... Nasik lemak ni harga dia RM1.00, simple. Cuma ada nasik+sambal+timun+telur. Memang kena dengan selera aku. Simple+sedap. Kurang gemar dengan nasik lemak yang ada lauk macam-macam. Rimas.

Tengah makan megi cup, pastu terpaksa kongsi dengan 2 budak kecik ni. Kalau tak bagi nanti dorang main tipu, kasik tau ngan mak. Tanak kawan!

Nasik lemak daun pisang bersama ayam goreng berempah yang Kaklong masak. Sedap!

Esoknya, Abg Long, Abg Halim, Ayang and Aiman layan memancing dekat sungai pinggir kampung aku. Dapat ikan yang dalam gambar besar, tapi life sangat kecik sampai terasa kejam untuk menggoreng.

Kalau sungai nampak boring


Hasilnya tentu jugak boring

Pukul 6.30 petang bertolak balik. Tu pun Kaklong ngan Abg Long macam malas jerk nak gerak. Aku kena jugak la gerak. Tak suka la drive malam-malam ni. Pasal takot ada menda terbang dekat atas kereta karang. Takot!

Abg Halim nak check air,tapi aku tak kasik. Jadik hasilnya ialah air karat yang keluar dari water pump. Hebat kan? Kagum kagum.. Kereta perempuan memang macam ni...

Didepan rumah berlatar belakangkan rumah jiran menunggu kereta siap di check oleh Abg Halim sambil mak menjadik penunggu setia..


Bila notice ada yang menangkap gambar, yang lain mahu turut serta juga. Jeles dengan De yang berat masih tak sampai 55 kg walaupun anak sudah 2. Sasha bising lepas tu, dia ckp, tanak la dukung dengan Ibu, Ibu berat. Suka jerk kasik statement keliru, padahal dia yang kena dukung

Sampai Kl dalam pukul 9.00pm. Bawak slow-slow jerk. Abg Long gerak setengah jam lewat dari aku, tapi dia yang sampai dulu. Takperla.. Malas nak bawak kereta laju-laju. Bertunang ni darah manis.. Takot tak sempat nak kawen jerk nanti. Putih mata *Mulut nko Suraya!

-EnD-

4 comments:

intan said...

untuk pengetahuan semua org, kaksu ni msk jer dalam keta mmg kejap jer dia terlelap...

Tepon berbunyi pun dia buat tak tahu jer....kaksu...kaksu..
Comey cara dia tido...

Chooyaya! said...

intan tak pernah ckp kaksu comel secara live pun? Intan apa kurangnya kentut busuk...

yatiyahya said...

tuh rambut betul shasha eh?
naper rambut dia byk? beralun-alun...damn cute! tlg 'lempangkan' shasha utk kiter..eiii geram!!

Chooyaya! said...

rambut betul yatie... buat la macam mana, tetap cantik,
sanggul ker, ikat ker, lepas ker, semua cantik dan tak payah sikat
keperang-perangan plak tu
sumpah kiter jeles!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...