Tuesday, May 12, 2009

Orang Mengandun Menang Comel

Jumaat lepas, selepas berbulan-bulan tak jumpa Farah, akhirnya dapat jugak jumpa dia. Lepak-lepak dan mabok-mabok minum sirap ice-lemon tea dekat Island - Pavilion. Disertai jugak dengan Encik Tunang, Khairi hubby Farah, Suraya & Farok si gagak hitam. Klasik la nama Farok, macam citer Faizal Hussien tahun 80-an dulu. Giler kacak nama Farok! I heart Farok.. :D

Terkejut jumpa Farah masa ni. Dia tengah pretnen 3++ bulan. Dia macam dah kurus sangat, ada la tempat-tempat lain yang nampak berisi tapi tak manis didedahkan disini. Hehe.. Pretnen memang macam tu. Get ready jerk la nak mengembangkan part-part kat badan.

Kulit masih flawless macam biasa. Kekadang terasa macam nak cubit-cubit pipi dia, kalau boleh nak geget, tapi pasal macam kurang supan, maka terpaksa menangguhkan hasrat itu tetapi berazam kalau boleh nak jugak geget kalau ada kesempatan.

Kalau tak dapat geget pipi farah, mungkin kalau dapat cubit pipi Go dan Hadry pun bagus jugak. Pasal pipi mereka macam donut gemuk. Bertuah gf mereka. Sangat jeles ok?

Dari cerita Farah, dia cakap dia kena morning sickness yang sangat teruk sampai dia hampir give up jerk. Minum air kosong pun boleh muntah. Sian Farah... Patut la badan dia susut. But happy sangat dia now dah ok. U go girl..!!

One more thing. Dia nampak sexy la... Jalan pun sexy and muka pun nampak sexy. Dont know how to describe, tapi serius tak sabar nak tunggu dia pakai maternity gown yang sexy-sexy. This Saturday perhaps!

Ini la kelebihan orang mengandun kot? Nampak tenang hati melihat mereka dan semua orang pun sayang dan ambik berat. Tak sabar nak jadi macam tu except for, kalau boleh tanak gemuk. Hehe

Masa kat sini, kami makan yang ringan-ringan jerk. Encik Tunang makan nasik goreng (ringan ker?), aku makan salad soohon yang tak sedap. Farah makan meehoon Singapore (kot?) and Suraya order clud sandwich dengan ciken wings.

Tengah-tengah makan, aku bukak cerita pasal satay Indon yang sangat lazat dekat Pinggiran Ukay Perdana. Terus Farah teringin (sebenarnya Suraya Farok yang nampak lagi teringin) dan kami decide nak pergi kejap lagi.

Pukul 10.45pm bergerak dari Pavilion ke Ukay Perdana. Enjoy makan satay Indon walaupun satay ayam dah habes hanya tinggal satay kambing dan daging... Walaupun ada bau longkang sikit-sikit dan tidak mandi dari pagi tetapi masih berselera nak makan.

Weekend ni kami plan nak makan seafood pulak. Makan lagi! Macam mana nak kurus? Arghhhh!!!
Island - Pavilion

Amboi.. Apa yang sampai mencebik bibir tu Su? Busan dengar aku merepek la agaknya tu..

Farok, Su & Hot mama - Farah yang tak sabar2 nak makan satay Indon. Tu pasal sorang-sorang muka busan jerk. Tapi kalau cerita pasal Twilight, semua tetiba jadi ceria

Farok & Suraya..

Satay Indon -Ukay Perdana

Satay ni sangat lazat. Lain dengan satay Malaysia. Yang special ialah kuah dia.. Kuah dia ada campur dengan kicap+cili padi kisar+bawang goreng+bawang+limau kasturi. Ayam dia pulak, simple. Ayam yang dibakar dengan kicap+minyak semata2.

Farah dah dapat makan satay, tak ingat Khairi dekat sebelah

Siapakah jejaka yang berjambang dan bermisai itu?

Note : Suraya sempat balik rumah mandi, tapi Farok hanya salin baju. Jangan tertipu walaupun dia dah tak pakai baju opis, tak bermakna dia mandi. Hehe

-End-

P/s : Nak rasa kuah rojak Suraya yang sedap dan teringin nak rasa mee hoon Farah yang merah dan menggoda sanubari

2 comments:

Asma said...

uuuuh bestnyer satay...
bagitau directions kat go nnti ek?
bler i balik nanti nak suruh dia bawak hehe
pipi go comel kan?
dahla lesung pipit dalam, siap bley takung air hujan rasenye (itu perlu dieksperimenkan bler dh kawen nanti)
kadang2 kalau berdiri sebelah go tetiba rase diri sendiri kurang comel :p
by the way, rindu nk gelak2 bler u takde seminggu hari tuh.
rase hidup sunyi sepi....
harinih bonus, dapat baca dua entry terus. yay! housemate pun pelik asallah si asma' dok terkekek2 sensorang ;)
tak sabar nak tunggu entry suraya kawen nanti...

Chooyaya! said...

ok.. boleh... tak payah bg direction, tapi kiter boleh pergi sama2 ok?
memang go tu budak comel.. (mungkin kiter tak patut puji dia kat sini, kang dia dapat baca dan mungkin akan perasan plak nanti. haha)

p/s: mungkinkan entry2 i ni buat asma makin rindu nak balik dan makan makanan malaysia? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...