Friday, May 8, 2009

Dah Nak basi Baru Nak Cerita Pasal Langkawi Ke?


E... Momok! Player DBKL yang kalau korang langgar dorang, nkorang yang jatuh. Patut mereka main futsal la. Kurang pasti kenapa mereka boleh jadik muka yang terlalu kejam macam ni. Takot sampai termimpi2 muka GD dia. Sumpah ganas!

Selamat petang, selamat pagi, selamat tengah hari & selamat malam (kena sebut semua pasal taktau nkorang baca ni waktu mana

Patut la 2 3 hari ni emosi tunggang langgang dan terasa macam nak bom KLCC pasal terasa bangunan tu sgt annoying dan berlagak dari rumah aku, rupanya nak period (pempuan memang suka salahkan period kalau hangen satu badan, padahal memang jenis berangin 24 jam - macam aku. heh!

OK

Asyik cerita pasal bangunan KLCC dan wanita + period pain buat apa? (tapi period pain sangat sakit sampai nak muntah, sakit belakang, tak lalu makan, makan hati, benci + menyampah tengok semua menda kaler kuning dan nak terasa nak bakar pintu gate opis dengan curi-curi tanpa sebab)

Semua orang bukak buku text bahasa melayu jilid 18 sekarang. Masuk bab percutian sukan ke Langkawi dari 27 April - 2 Mei 2009. Saper yang tak bawak buku keluar sekarang, pinjam budak kelas sebelah.

Nkorang sedia maklum yang aku baru balik dari Langkawi untuk pergi Sukan Badan Berkanun Malaysia yang diadakan di LADA Langkawi. Rawai weh yang turut serta kali ni. Pemain + pegawai dari 59 kontijen Badan Berkanun seluruh Malaysia berjumlah 5000 orang semuanya berkumpul dan berkampung untuk bersukan dan menghabiskan duit shopping sampai lebam di Langkawi pada tahun 2009 kali ini. Ok, sekarang kenapa bunyi macam berita TV1?

Btw, sukan Badan Berkanun ini ailah sukan kedua terbesar di Malaysia selepas SUKMA - Sila Kagum & Jeles untuk mengambik hati aku

Pasal terlalu lama di Langkawi, naik hari ke 5 dah terlalu rindukan KL juga Encik Tunang dan Pavilion khususnya

Masa kat sana lebih dari nak bershopping dari bersukan pasal masuk pusingan ke dua dah kalah dengan MARA. Nasib tak kalah 60-20. Haha.. Masih melawan walaupun hanya tahap melawan2 ayam sahaja. Macam mana nak menang kalau yang masuk semua tinggi taraf 6 kaki?

Kiter yang bantut2 ni terkedek2 lari kunon nak tangkap bola, padahal yang tinggi cuma perlu angkat tangan dah dapat bola. Dah tu pulak ada yang jenis badan macam getah sekerap padat yang kalau nkorang langgar, korang yang jatuh padan muka Haha <-so obvious masih gembira walaupun kalah kerana bawak balik banyak pinggan mangkuk dan ceklat yum2!

Team aku seramai 12 orang dengan Pengurus & Joy yang tetiba jadik driver bidan terjun pasal dia eksiden dan kaki dia sakit, maka tak boleh main hanya layak jadik pemandu sahaja. Tapi Joy memang best, dan caring, dan tinggi, dan kelakar dan semua sifat2 pemimpin wanita sejati ada pada dia. Harus pangkah Joy untuk jadik ketua Wanita Umno Bahagian Pandan tahun 2011 nanti.

Kitorng main hanya 3 hari jerk. Rabu sampai Jumaat. Tu pun ada 3 game jerk. Memang banyak giler masa lapang yang boleh dibuat untuk makan-makan dan jugak shopping2. Yang paling banyak shopping semestilah Sarimah.. Eh tak, aku. Hehe. Terasa macam nak belikan satu kedai Idaman Suri & Hj. Ismail pasal semua barang murah2 wei.

Puas hati dapat hasut Sarimah beli set pinggan mangkuk melamin sampai 2 set kerana serasa malu kalau hanya aku sahaja yang shopping banyak nanti nampak pelik dan jakun.

53 pcs set pinggan melamin hanya 90 hengget dan jugak tea set 6 pcs, siap dulang bagai dan jugak penyangkut cawan bersorak english hanya RM59. Murah + Lawa + Giler sampai terpaksa beli troli besi pasal dah payah nak angkut barang naik feri. Haha. Ada lagi, Sudu sedozen yang kacak giler pula hanya RM4.50. Harus beli 6 dozen sampai beg terasa berat macam ada buah kelapa sawit matang.

Semua barang is belong to My mom, Mother In Law, Kakak-Kakak Kandung, Encik Tunang dan Kawan-Kawan sahaja. Believe it or not, barang untuk diri sendirik - None. Tapi tetap habiskan duit yang dalam wallet sebanyak RM200 masa sampai dr KL, cucuk lagi RM800, cucuk lagi RM500 dan akhirnya belen hanya RM30 sahaja bila dah sampai KL. Hebat bukan?

Coklat tak usah kira la... Kalau boleh, nak cairkan coklat semua tu dan buat mandi lulur coklat selang sehari pasal terlalu murah. Makan coklat Daim satu, satu lagi buang jerk (tipu) pasal dah terasa macam tadek nilai - Ini statement obvious berlagak dan menipu - Sila jangan percaya

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah:-

  • Pantai Chenang - Dinner & Jugak tengok dari luar dan masuk sipi2 ke Water World pasal semua orang tanak masuk sebab mereka cakap mahal + Aquaria KLCC lagi best padahal semua berebut nak tangkap gambar dengan Ikan Arowana yang sombong itew

  • Padang Mat Sirat - Beli kain batik sampai 40 helai kerana jakun kain batik disana murah hanya RM13 sehelai (kalau kat Kl up to RM19) Pastu muka pucat masa dekat Kastam pasal takot kena rampas. Ni bukan aku punyer, ada orang kirim. Aku tak reti pakai kain batik yer, harap maklum

  • Airport - Sempat belikan Encik Tunang perfume jenis Paco Rabanne (Dia dah ada banyak perfume tapi masih terasa nak belikan jugak)

  • Tengok tempat Beras Terbakar

  • Shopping dekat Hj. Ismail & Idaman Suri - Tempat wajib kalo nak soping pinggan mangkok


Nasib baik masa ni tak pakai bib lagik, kalau tak, korang tau la aku cuma pemain simpanan. Haha. Suka kantoikan diri sendirik
Dari kiri, aku, Kak Gie, Abang (Reff), Kak Karimah, Ummi, Kak Zah, Sarimah, Kak Rajmah, Kak Ida, Joy, Kak Darna. Yang duduk tu, Kak Sakdiah dengan anak Kak Zah. Kak Liza tadek gambar pasal dia yang jadik tukang tangkap gambar.

Mungkin patut bersara la buat kerja Pegang Papan Tanda ni. Tengok la dahi, taknak kalah dengan sinaran cahaya spotlight stadium. Cumil jerk adik berdiri macam tu sebelah Kaksu. Pastu esoknya terus panggil kiter Kakak Jual Tissue pasal pura-pura buta sebab pakai spek mata hitam dengan Ummi & Sarimah tengah-tengah padang netball

Dengan budak baik, Sarimah. Tak suka panggil dia kakak, pasal terasa geli. Padahal dia bukan la tua sangat

Sarimah, Ummi yang suka gelak dan aku sendirik di bawah pokok suka suka hati nak posing2 padahal kakak-kakak lain tengah ada game. Nampak sangat hanya pemain simpanan




Inilah tapak beras terbakar. Kecik jerk tempat dia. Dekat halaman rumah orang jerk. Ingatkan tengah padang yang sebesar padang bola sepak

Inilah ikan Arowana yang sombong. Pancing buat gulai tempoyak baru kau tahu!


Kalau dah nakal, dekat mana pun boleh terserlah kenakalan walaupun ditengah-tengah Airport. Lagi seronok dan mengada kalau ada yang nak layan. Jadi jakun dengan air Starbucks dan memegang erat perfume untuk Encik Tunang tersayang


Dah nak balik dekat Jeti. Joy ni tinggi sangat la. Patut jadik model tapi mungkin kena pakai braces baru tambah cun

Kedah memang banyak padi. Tu pasal orang kat sini suka makan beras dan tak berapa suka makan roti, sampaikan dekat Langwaki tadek Roti Gardenia, cuma ada Roti jenama Amisan yang keras macam papan lapis dan hanya menginap di dalam tong sampah akhirnya pasal tak berapa laku


Kakak-kakak ni semua pulak memang jenis baik-baik hati and memang bagi special treatment dekat aku pasal tak pernah sampai sini. Dorang semua dah tak kisah kat Langkawi ni pasal dah 7 8 kali sampai. Tq Tq - Ummi & Sarimah dah naik berbulu pasal sikit-sikit dorang cakap, 'Su, nak pergi sini tak? Bla bla bla nak rasa tak?'

Cuma kalau dapat naik kereta kabel dekat Gunung Macincang ngan naik bot keliling pulau lagi la best. Tapi masa tak mengizinkan. Takper la. Next time boleh pergi dan belagak tau semua tempat dekat orang lain yang tak pernah pergi Langkawi. Dah niat awal-awal dalam hati padahal orang lain yang pergi banyak kali pun tak tanam rasa berlagak macam aku. Cheh!

Hari Ahad pagi bertolak ke Jeti. Sampai Tanah Besar pukul 12.00pm, naik bas sekejap sampai ke R&R Juru sebelum berpindah naik kereta dengan Encik Tunang & Parents pasal dorang kebetulan balik Kedah ada wedding kawan dia nama John. Walaupun nama dia John tapi sebenarnya dia orang Melayu

Sampai KL dah pukul 9.00 malam. Jadik lambat pasal berenti R&R Tapah pasal MIL mengadu lapar. Dia sangat comel pasal selalu lapar dan masih makan keropok udang dan buah jambu padahal baru jerk makan nasik lemak sepinggan dan jugak paw mee rebus Encik Tunang. Kalau boleh mintak tukar Mee rebus tu, tapi mungkin dia segan,. Tak apa.

Sanggup berhujan masa tangkap gambar pasal nak nampak Signboard Langkawi dekat belakang tu

Kesimpulannya, banyak kenangan manis dekat sini. Macam-macam peristiwa kelakar. Dari aku tak perasan pakai baju terbalik, sampai la rasa sedikit pelik kerana ada orang nak ajak tangkap gambar walaupun bukan artis, terpaksa tunggu sampai pukul 2.30am untuk tidur pasal takot hari Jumaat my rumet dah balik KL, maka paksa Ummi & Sarimah teman tapi mereka suka bergayut sampai pukul 3.00am setiap hari dan tetiba suasana dalam padang jadik macam cerita Jejak Kasihan pasal jumpa kawan lama yang sama-sama kursus dekat Pan Pac dulu nama Nieza kerja dekat GMI. Dia semakin cantik! Dah la sharp shoter. Jeles jerk dia lagik pandai main netball.

Penat toksah cakap. Tapi enjoy yang penting. Ummi suka gelak tanpa sebab. Taktau kenapa. Cakap sikit gelak, apa yang kelakar entah.

Persoalannya sekarang, kenapa di Langkawi tadek Coffee Bean & Ice Blended Caramel di Starbucks rasa dabel sedap padahal kat KL ada melambak-lambak?

Untuk Intan, mungkin Intan kena berlatih dengan lebih giat lagi kalau nak ikut jalan-jalan sukan next time. Mungkin lagi 5 tahun. Haha

-EnD-

2 comments:

Anonymous said...

aMboi2 siaP mention kalaH ngan MARA yek..! niZa nie..nnTi akO emaiL gaMbO aritu yek..bZ sKit lateLy

Chooyaya! said...

niza : ok ok. email cepat sikit... aku dah tak sabar2 nak tgk muka 2 budak itam tu