Tuesday, May 5, 2009

Pernah Rasa Sambal Belacan Campur Cencalok Tak?

Bila nampak jerk aku start menaip untuk blog ni.. Intan cakap. 'Ala.... Habislah Intan...' Hahaha. Macam tau2 jerk yang kejap lagik aku nak reveal pasal game masa dekat Melaka haritu.. Intan, jaga-jaga eh?

Aku pergi Melaka aritu dari Jumaat 24 April sampai Ahad 26 April. 3 days. Naik kereta kongsi2 pasal bos cakap, nak mengeratkan silaturrahim. Tapi kalau sebijik kereta hanya dapat RM80 sahaja, maka berbaloi tak bawak kereta? Situ la duhet minyak, tol belaka. Jadik untuk penjimatan extra yang tidak berbelah bagi serta memberi sedikit sumbangan kepada negara Malaysia tercinta untuk mengurangkan penipisan lapisan ozon kerana kesan perlepasan karbon dioksida kerana bawak kereta banyak2 ke Melaka, so aku tumpang opismet jerk.

Pasal tunggu Intan, last2 kami paling last sampai kat Resort.

Masa otw ke Melaka, last aku nampak ialah Tol Sungai Besi, sedar2 dah dekat Resort. Hebat kuasa tidur aku. Heh!

Day 1

Sampai jerk kat Resort (Century Paradise Resort, Air Keroh Melaka), angkut2 beg terus masuk chalet. Chalet aku ada 2 pintu. Tapi tengah2 dia boleh bukak. Walaupun Ros kecik, tapi pasal dia sampai dulu, maka dia cop katil size king dengan ada tv & peti ais segala. Tido sorang plak tu. Aku ngan Intan cuma dapat katil single yg hina dan nipis. Tapi ada almari. Bagus.

Pastu terus menuju ke UteM Melaka untuk tengok orang hias rumah sukan & menyibuk2 kan diri dekat sana walaupun so obvious tadek kerja sementara tunggu training netball petang nanti. Kat sini banyak lalat dan busuk pasal kata orang, sebelah bukit sana ada kandang vavish. Ada yang cakap kandang ayam. Mana satu ntah betul. Tak peduli tapi tak suka. Tak suka sudah, nama ko Bedah, tetek kopek ko sebelah.


Aksi Intan yang kurang teruja bila tengok nasik goreng pucat dan tiada ayam hanya ikan bilis yang tidak dibuang kepala



Adalah mengada bila memakai payung di grand stand yang sudah ada atap. Secara sengaja bubuh gambar buruk diri sendiri pasal takkan nak bubuh gambar cun jerk kan?

Malam tu ada badminton match. Satu team ada 5 orang. Single lelaki, double lelaki & double perempuan. Single lelaki dah kalah. Pasal apa dia kalah, mungkin pasal nama dia Tan. Saper yang nama macam ada bunyik2 macam tan tan sikit ni (intan, tani atau tanmalitan - sekadar menyebut beberapa nama) mungkin ada satu persamaan - punca kekalahan pasukan. Double lelaki main 3 set. Sungguh2 mereka mengalahkan pasukan lawan dan ternyata menang. Masa ni Intan dah doa2 dah supaya 2 orang tu kalah, maka kami tak payah main. Skali menang la pulak.

Aku partner ngan Intan. FYI Intan baru first time nak cuba2 main badminton dengan serius ok? Memang kelakar. Aku tak menaruh harapan yang tinggi. Dah set dalam kepala, kalau kalah pon takper, tapi pasal kerana Intan banyak kali kasik wrong court, serve bola out yang tak agak2 punyer out dan menadah bola out yang so obvious keluar sejauh 2 kaki dari court, maka terasa bengang la jugak.

Kerana function Intan hanyalah duduk didepan sahaja dan amek first serve kalau belah dia. Pastu marah2 kalau aku amek bola dia, padahal dia pukul kompem out atau tak lepas net dan juga akan pandang aku dengan pandangan tak puas hati pasal tak amek bola yang serve belakang dari pihak lawan tapi tak out padahal memang dia wajib ambik pasal tu first serve..... Arrghhhhhhhhhhhh!!! (suka ati la nak upkan diri sendiri - ni kan blog aku, hahahaha)

Sian Intan (Sian sikit-sikit jerk la). Undang-undang main pun dia taktau. Jadi, tak boleh nak salahkan dia. Tabik toing toing toing kat Intan pasal semangat bersukan tu ada walaupun memang Intan takder kurang berbakat dalam apa jua acara. Haha. Statement kejam yang ikhlas. I have to be cruel to be nice. Shut up!CEO, GM semua sokong pasal kami la yang akan menentukan team akan ke next round pasal main kalah mati.


Masa set pertama kalah, maka atur rancangan, kasik kakak yg pendek sahaja, maka set ke 2 menang besar 21-8, set ketiga mereka sudah tau Intan tak berapa nak boleh main, maka hanya bagi pada Intan dan Intan pulak taknak kalah, suka ambik bola out, jadinya kalah tipis 21-19. Kecewa sikit... Tak.... Kecewa banyak... Tssk.. Tssk...Tapi pasal dia secretary CEO maka semua tak berani nak cakap apa walaupun semua kecewa. Tak adil tak adil! Saya bantah yang arif! Dah! Awak diam! ini mahkamah, sila hormat!




Masa isi borang mestilah senyum, apatah lagik apabila abang cameraman hensem maka bertambah aksi mengada

Bang, saya tak kira, saya nak jugak tukar bola walaupun belum main. Mana la tau, kakak2 ni mandrem saya, kang saya kalah, jatuh la reputasi saya


Ingat Intan, biar kalah, janji kuda-kuda dan gaya mesti mantap

Tapi sekadar mantap dan mengambil pula bola out maka kurang kacak


Kalau tengok cara kangkang, macham boleh menang

Balik bilik saiko Intan sikit-sikit. Aku tak bercakap. Masa keluar dari toilet, Intan tanya, kenapa Kak Su diam jerk dari tadi? My answer : Intan pun tau kan kenapa Kaksu diam. Hahahahahha. terkoyak mental Intan selama 5 jam.

Tapi keesokan paginya sudah ok. Ready nak kalah untuk netball pulak.


Day 2


Pagi ni ada perbarisan. Panas + malas nak berdiri dan beratur dan jeles dekat kawan2 lain pasal mereka boleh duduk dan borak2 sambil bergurau senda dan bergelak ketawa di belakang sedangkan aku kena pegang papan tanda. WTF.


Aksi gedik memang wajib untuk semua wanita berbaju hijau sponsor jenama Lotto - Ini bukan hijau theme kawen aku

Najwa (Gadis pemotong limau senget) hanya nampak kepala, Mas, Intan, Aku & Ros mengintai dari belakang sebelum masuk perbarisan

Argh.. tensen, tak boleh join mereka di belakang untuk gosip2. Eh, korang agak la, kenapa Intan paling depan? Pasal..!!!!!! Dia pendek! Hahaha


Game netball start pukul 10.30am dan cuaca sangat2 panas nak giler. Ada ker makcik-makcik kakak-kakak dari anak syarikat nak ajak main 15-5-15. Giler apa? Buat bantahan dan kurangkan kepada 10-3-10 sahaja.

Fisrt half sebijik pon Intan tak gol kan bola (walaupun dah training 2 bulan) So, second half sila out. Tapi kalah jugak. Takper la.. Lagi pun panas sangat. Nak kawen nanti kalau hitam sangat kulit, tak elok. Haha. Alasan.

Pasal malas dah nak tengok acara lain, ajak Intan lepak kat chalet sahaja. Suka ria berbaring dengan badan berpeluh di katil Ros sambil baca majalah Mangga (Intan punyer) dan kutuk2, kenapa selalu bubuh perempuan cantik tepi kolam renang pastu caption cover line - berenang untuk kesihatan. Berenang menda kalau dah mekap 18 inci tebal.



Berehat sebentar dibilik sambil baca Mangga. terus IQ rendah satu mata


Layan Doraemon kejap, pastu Intan ngamuk2 pasal kenapa Nobita selalu kena buli dan marah2 depan tv cakap Doraemon ni tak wujud dan kaki penipu. Malas aku nak layan. Pastu Intan tukar tengok SpongeBob pulak. Juga malas layan.

Pas Isyak kami tengok final badminton dan juaranya ialah team yang kami kalah kurang menang aritu. Giler kacang. Sesenang jerk nak jadik johan team kami. Tapi Intan punya pasal....

Malam pas tengok game, aku, Intan, Ros, Mas, Syira & Najwa semua kumpul dalam bilik pastu main mekap2 (perkara wajib kalau outstation) Mangsa malam ni untuk di make over kan oleh aku ialah Syira tapi pasal Syira tak kasik bubuh gambar dia kat sini selepas kena mekap, jadik tak ada bukti. Tapi sumpah aku tak tipu... Memang ada main mekap2 malam tu.. Percaya la wei...

Pastu kena paksa dengan Intan untuk tengok tarian kipas dia. Pastu dia drag Syira sekali. Menari duo. Macam retard jerk. Music tak ada, maka music secara manual iaitu ne ne ne nene dari mulut Intan sendiri. Sumpah macam retard stage 8.

Haha



Maaf. Gambar kurang tajam kerana Intan terlalu aktif. Lawa suar pink? Beli kat Carrefour yang RM5 sehelai kan?

Si seluar pink yang makin mengganas

Penonton yang tidak berdosa


Ok. Masa untuk tidur. Jam menunjukkan pukul 1.30am.... *Sila masukkan sendiri effect pokok kena tiup dengan angin diwaktu malam & kalau nak tambah seram, kasik la seekor dua pocong loncat2 kejar korang dalam hutan yang gelap sambil suara pontianak gelak2 pasal nkorang takot hantu, tapi tak takot Allah - giler kejam statement

Pukul 2.30am, aku dah terdengar2 orang garuk2 dinding dengan ketuk cermin tingkap, tapi malas nak layan. Rupa-rupanya Intan dengar jugak. Intan tanya aku, dengar tak, aku cakap abaikan ajer pasal bunyi tikus.


Pukul 3.30am bunyik lagi. OK. Kenapa kurang hajar sampai kacau 2 kali selang sejam sahaja. Dalam masa yang sama, aku mimpi ada seorang mamat kerja kilang Shinetsu Seh dekat Balakong (nama dan tempat kilang adalah rekaan) bawak motor pukul 4.00am lalu dekat tepi hutan yang gelap gelita, sekali nampak perempuan cantik rambut panjang pakai baju putih tepi jalan. Tetiba korang... Argghhh seram sey, bulu roma gua sumpah berdiri sekarang ok?

Perempuan cantik itu tetiba berada diantara katil aku dan Intan dan memandang kami sedang tidur. Babi la. Masa nih mulut aku terkunci tak ingat, nak sebut nama Intan pun tak terkeluar. Setelah usaha berterusan akhirnya sebut juga Intan, tapi Intan buat taktau.

Sudah! Yang sampai masuk dalam alam realti aku buat apa? Sial la - tetiba emos pasal tak suka la hantu ni kacau2 aku tidur. Tak suka dan takot.. Eeee... Momok! Takot!

Pukul 4.30am nampaknya masih ada bunyik dan begitulah seterusnya sampai pukul 5.30am dan yang paling best, masa Ros masuk ke bilik kami, kami cerita dengan dia and lepas ajer Ros keluar, last kopek punyer kacau, dia garuk lagi dinding. Tapi masa ni aku gelak jerk ngan Intan, pasal respek la kat usaha hantu tu kacau kami sampai sanggup tak tido malam semata2 nak garuk dinding chalet orang. Giler kurang kerja. Tak ngantuk plak dia.

Day 3

Bangun pagi dengan semangat nak menang tanam dalam hati, aku kena menang marathon harini. Tapi lupa pulak nak bawak soken. Pinjam Aznee punyer. Aku lari dan dapat number 4 out of 50 people. Sila kagum.

Hiyarkh!! Bergaya menuju ke garisan penamat



Intan dapat number 20. Ros, Syira & Najwa tak dapat number. Pasal hadiah sampai number 20 jerk dan Mas kecundang di awal pabila pura-pura jatuh dan tak dapat nak meneruskan perlumbaan.



Intan lari sambil senyum pasal dapat number dan hadiah pastu nak paksa2 tukar hadiah dengan dia. Tanak aku!



Pas ambik hadiah semua, balik chalet dan packing barang. Pukul 2.00pm gerak balik ke KL.



La.. Balut dengan kertas minyak jerk hadiah number 4 ni? (Secara sengaja banyak kali nak bagitau dapat number 4)

Enjoy walaupun penat + kecewa pasal kalah badminton. Saper yang tak kecewa kalau kalah? Cakap?????? Owh, yang pasal sambal belacan campur cincalok tu memang benar. Sedap giler. Makan dengan ulam pucuk gajus dan muka menjadik berseri-seri dan awet muda macam saya


Sambal belacan, tapi yang ni tak campur cencalok. Ataukan sebenarnya bukan belacan tetapi belacannya banyak udang? Kurang pasti. Yang penting ianya enak. - Wajib ada topik makan walaupun pasal sokan - comel jerk orang tua-tua kalau sebut suka tu, sokan.


Ni la daun gajus/jagus kalau korang nak tau. Sedap buat ulam (semua sedap kalau menda tu boleh makan bagi aku)

-END-

1 comment:

Anna Dayana said...

Kalah menang adat pertandingan..
intan akan berlatih bersungguh untuk badminton n bola jaring..
Ni intan tak puas hati diantaranya:
1. kenapa pic intan amik hadiah tak ada dlm blog kaksu
2. Mangga tu bukan intan punya..org lain yg beli org lain yg dapat nama...tapi sebab kaksu dah kata intan punya buka mangga tu so esk intan nak buku mangga tu..
3. Tarian kipas tu mmg faveret tarian intan, mak kaksu pun intan dah tunjukkan tarian tu..who's next?may b abg saz, kak nadia? hehehe siap ar dorang..kena gak tengok...
p/s: sape2 terigin nak tgk tarian kipas tu pls contact suraya ok..tq
4. Mana citer/adegan suap menyuap kek.kekeke"arghhh menyampah+meluat aku" kata kaksu..tiba2 bong anta magazine Malaysian business, terkezut aku.
5. Kenapa semua org tak percaya citer hantu kita tu kaksu...semua kata tikus..what the heck?

Finally this is my first time join hari sokan ni..tapi ennnjjjoy sangat ennnnjjjjoy sangat (kaksu tahu kan mcm mn cara nak ckp tu)i knowww you...