Friday, May 29, 2009

Pedas Makanan Laut Sup Sayang di Carlos

Pedas Makanan Laut Sup Sayang ataupun lebih dikenali sebagai Spicy Seafood Soup di Carlos memang hebat la, sehingga TERPAKSA pergi sana 2 kali (Kalau boleh 3 kali) dalam seminggu pasal siang terbayang malam merindu kan dirimu ...

Dah la garlic bread dia yang sangat lazat tu ada 2 keping jerk. Pastu dengan hati separuh rela bagi Encik Tunang seketul sambil jawab, 'ambik la sayang....' dengan suara yang hampir tidak kedengaran dan muka menunduk kebawah tanda protes. Tapi sayang amek jugak siap cicah kat sup kiter banyak2 sampai tenggelam roti dia. Pastu dia selamba jerk amek sudu, pastu amek sup kiter curah kat ayam dia.. Pasal dia cakap ayam tasteless. Rugi sup I! Haha

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan menda alah ni ialah Nadia... Last week on Thursday kitorang pergi dinner dekat sana berempat dengan Encik Tunang, Nadia & Encik Dokter nama Huzairi. Sian dia, first time sampai Pavilion sampai tak sure kat mana dia parking. Suka suka jerk dia ok?


Kenapa eh tangan mesti macam tu? Kunon-kunonnya kenapa? Kalau buat cam tu nampak kurus atau apakah?

Sayang, kenapa senyum cam tahan kuntut?

Dokter Huzairi - Nampak sangat tadek idea nak kutuk menda. Owh dia ini sudah ada anak sorang. Tidak available lagik. TQ

Kadang-kadang kalau Nadia makan, dia tetiba akan jadik entiti pasal terlalu eksaited


Owh Nadia, 2 susu jerk u kasik I rasa sup U ni tau? Harus makan sendirik hari Ahad satu mangkuk sorang-sorang

Ni Huzairi punyer order. Chicken grill with lemon, guacamole & rice ker menda ntah. Nampak cam kurang lazat, tapi tuan punyer badan cam makan bersungguh-sungguh jerk. Dia lapar kot? Atau pun maybe dia suka makan ayam atau pun dia suka makan kambing. Kurang pasti



Encik Tunang wajib order menda ni. Chicken Fajitas. Pastu bebelbebel cakap Chili's punyer lagi sedap which is I sokong 800%. Waiter kat sini sauted mushroom pun taktau, camner?


Mempersembahkan Pedas Makanan Laut Sup Sayang! (Suka-suka hati tambah sayang pasal memang saya sayang sup ini sangat) Mungkin nampak cam kaler yang kurang selera atau busuk tapi percayalah yang rasanya sangat lazat. Dalam dia ada ketam, kutun, kepah, kudang dengan kikan. Ada rasa masam2 sikit. Lagi lazat kalau bubuh tabasco sos banyak-banyak, kasik lagi pedas pastu ada daun ketumbar yang tambah lazat. I nak makan nih tiap2 hari kalau boleh. Pastu kalau mengandun nanti, akan pura-pura pengsan kalau hubby tanak bawak makan kat sini. Dah nekad awal2 dah ni



Ini osyter kalau orang lelaki makan akan kerja overtime lepas dinner. Harus Encik Tunang order banyak-banyak kalau makan kat Carlos lagi. Haha. Menda ni, aku ngan Nadia jerk yang makan. Pasal Encik Tunang akan buat muka ala2 loya. Eleh, perah la limau banyak2 pastu bubuh tabasco sos dalam 4 5 sudu. Hilang la rasa hanyir. Jangan la makan macam tu jerk

Makan malam ini ialah bersempena dengan kebetulan Huzairi ada kat KL ada kursus, dia pun dah nak transfer dekat HUSM Kelantan pasal further study and sebelum diri ini bergelar isteri. Tak cukup dengan makanan yang dah menggemukkan itew, masih gigih jugak nak beli Jco donut yang akhirnya kecewa dan merana pasal banyak donut dah habes. Ceklat, strawberry ngan white nut dah habes.

Padan Muka Kau Suraya


Tengok? Semua donut yang tinggal dah tak menarik. Terus baik hati suruh Encik Tunang bawak balik rumah. Kalau tak, jangan harap!

Bagus jugak habes, kalau tak, harus makan sampai 3. So, jangan komplen diri ini gemuk kalau makan masih banyak dan tak sedar diri. Persoalannya sekarang adakah dalam sup itu ada dadah kerana selain dari ketagih, aku perasan yang aku sekarang kuat tido la.

Siap meleleh2 air liur masa terlelap kejap kat rumah Encik Tunang pas tolong Bunda potong2 paper untuk door gift dia. Haha, kunon nak surprise, skali aku dah tau.Siap ugut kat bunda nak tiru idea dia... Sajer nyakat. Bunda suruh carik permainan lain untuk aku dan Encik Tunang main selain dari 'Sayang, jom kiter main game macam ni nak? I cium ketiak U, pastu U cium ketiak I...' Memang jijik! Apetah lagi sama-sama masam pasal baru balik kerja.

-EnD-

2 comments:

Didi Nadhirah said...

sedapnye oyster tu huhuhuh

Chooyaya! said...

didi : memang sedap, kalau boleh nak makan 10 terus. tp bahaya. pasal makan oyster boleh menjadikkan kiter nafsu naik. haha