Friday, July 17, 2009

Honeymoon - Nexus Karambunai


Baru harini macam ada masa sikit nak update blog. Tu pun gambar masa Resepsi belah Sazli di KDE akak tak sempat-sempat jugak nak update... Tunggu la eh? Nanti next week boss ada kursus, plak tu dia pi Batam Indonesia seterusnya bercuti selama 2 hari, maka that time akak agak free. Seminggu akak buat entry baru barang 8-9 ker? Kasik puas awak orang semua baca. OK? Haha.. Ada reader yang tetiba angguk-angguk kepala kenapa? :p


Sepertimana yang anda semua ketahui, saya telah pergi ke Nexus Karambunai Sabah dari hari Hahad 12 July sehingga hari Rabu 15 July untuk berbulan madu. Cheh! Tetiba keluar ayat karangan bebudak skola darjah 4. Pasal ni semua terlalu banyak buat surat rasmi semenjak masuk kerja ni. Otak pon agak mereng-mereng ayam sikit.

Dah la, malas akak nak membebel panjang-panjang. Nkorang tengok jerk la gambar-gambar kat bawah ni. And macam biasa akak akan bercerita la sambil-sambil tu. Konon-konon macam ala-ala percutian yang menyeronokkan la.... Sambil-sambil keluar gambar, pastu ada info skalik. Fuh! Memang kretip la akak ni. Cheh! Padahal semua orang pun memang macam tu. Haha.


Day 1

KL - KK


Naik Air Asia jerk. Pasal tempah 4 hari sebelum nak pergi, maka teket jugak menjadik mahal sebanyak RM1200. Pas dah buat payment, Bapak bagitau nak sponsor teket. Cheh! Kalo tau baik book MAS punyer. Siap amek bisnes class. Haha. Dasar perempuan wanita tak sedar diuntung :p. Ala, Air Asia ok aper? Walaupun steward ngan stewardess dia macam slang nak mampos and garang-garang dan ada gegar-gegar sikit, takpe... Akak redha jerk... Selalu jerk sakat2 hubby cakap kat dia mcm mana kalau kapalterbang terhempas ker? Ada insurance ker kiter bla bla bla, pastu terus kena tampar-tampar manja. Haha...


Sayup jerk nampak kat bawah kan? Agak-agak kalau terhempas, ada rupa lagi tak? Mulut ko memang tadek insurance Suraya. Dan2 tanya kat hubby 'Sayang, yang terhempas dulu kat Sabah tahun 90-an dulu, kapalterbang macam ni la kan?' Pastu kena jeling sampai rasa cam sangat takot, terus tido sampai la kat KK. Haha


Sampai jerk kat Terminal 2 KK, terus carik kedai makan. Akak makan nasik ayam and hubby makan nasik goreng yang ditapau kemudiannya pasal tak habes and telah di habeskan oleh diri ini pasal sejuk dalam bilik. Bila sejuk memang terasa lapar dan :) :) Tak dinafikan.


Sementara tunggu nak dapat bilik, kami lepak dulu kat lounge and minum air free (welcome drink) Bagitau kat Bonda KL itu air peach. Padahal air nenas. Pasal dia skarang sangat bising la kalau akak makan nenas... Owh btw, kami memang rezeki murah, pasal masa datang ni, Nexus buat promotion. Harga bilik paling murah RM650++ and kami dapat cuma RM345++ untuk satu bilik with 2 breakfast. Dah la tu, dapat plak villa yang worth RM1400/nite buta-buta jerk. Dorang memang baik hati la...


Baik hati giler sampai bagi foot massage dekat Spa dia yang cantik giler tu worth RM188++/person and kasik pulak kek ni ha and kad and buah and duit kocek untuk belanja RM5,000/person. Baik kan dorang?


Pas dah mandi, dah sejuk, dah makan dah semua.. Teehehe :D :D :D.. Pastu siap-siap plak nak jalan tepi pantai, dinner and tengok sunset and beromentik romentik dan berangan-rangan ditepi pantai yang indah... ku duduk seorang diri.... suasana... sepi


Eh?

Punyerla eksaited nak tunjuk fringe, tak sedar ?diri?terbubuh gambar cas ni sampai 3 keping.. Jangan marah eh? Ye ye! Akak tau muka akak buruk kalo buat rambut macam ni...

Takper, rambut depan nih akan panjang jugak nanti... Bila jumpa jerk klip rambut sesat dekat spa ntah minah arab mana punyer, akak rembat jerk... Jangan la dia ada panau ker apa. Tak pasal-pasal jangkit. Akak memang boleh ilang mood tengok fringe ni tau? Tapi hubby suka giler, dia cakap muka ala2 nyonya jual sayur. Tu yang akak marah tu. Kalo muka amoi chantek takper la jugak.


Hubby menayang perut di depan villa tempat kami stay. Sila perhatikan tuala yang sidai senget tu... Bukan akak yang buat eh? Tu hubby punyer kerja. Dia memang aci taram jerk.. Senget ker apa, tak kisah.. Janji sidai. Haha


Tempat ni memang besar, Pantai dia jerk 6km persegi. Private beach yang sangat menjaminkan kebersihan. Sepanjang kami berada disini, cuma kami 2 orang jerk melayu. Yang lain Mat saleh, Cina, Korea, Jepun ngan Habibi Ya Arab.



OMG. Sunset sangat cantik dan sangat indah ciptaan Allah ni.


Pasal nak tangkap gambar and tanak mata silau, so memakai glasses adalah dibolehkan. Kalau tak, nampak poyo la, tengah2 malam pakai menatang tu, dah macam orang pendek akal jerk...


Eleh, nak kata orang pendek akal.. Padahal dia pun sama. Diam ah!



Pizza dia memang sedap la. Makanan pun sedap-sedap. Harga not bad. Cuma makanan kering dan barang-barang yang beli kat kedai dia jerk yang agak mahal. Sun Block Banana Boat yang hina tu pun jual sampai RM70. Cekik darah la!


Owh, mempersembahkan sup kulat liar ataupun wild mushroom soup yang sangat sedap. Tak pernah makan sup kulat yang sehebat ini. Terasa macam nak pergi sana lagi la, pasal nak makan sup kulat. Logik tak alasan? Haha. Kami dapat tengok sunset ni dekat Sunset Bar yang menghadap ke laut... Sangat romantik... Pulak tu bersama orang yang tercinta... Syahdu.... Uweerkkk! Muntah hijau!


Menatang chess ni berada di tepi swimming pool. Ringan jerk sebenarnya... Tapi sajer berlakon macam berat. Angkat 2 ok la.. Masuk yang ke 6, mungkin akan buasir kot?


Sayang, u menang kan? Pasal kuda U naik haji. Ceh! Kompiden jerk akak cakap cam tu. Main chess ada kuda naik haji ker?


Day 2 - Nexus Karambunai


Pagi-pagi lagi lepas breakfast buffet dekat King fisher Restaurant yang makanan dia semua sedap-sedap tu, kami terus ke Borneo Spa untuk buat foot massage. Yer la, pasni macam banyak lagi aktiviti nak buat, so kena la urut-urut kaki.

Ni dalam changing room. Menang cantik sangat. Dan bersih. Dan Indah.

Jazuki, silap. Jakuzi yang tak sempat dicuba cuma hulur kaki jerk sikit-sikit pasal tak sabar-sabar nak naik parasailing pulak pasni.



Nampak macam best jerk... Kalau ada masa terlebih, mungkin boleh try menda ni. Tapi pasal kurang masa dan tadek geng plak tu, terpaksa lupakan niat jerk pasal jakuzi ni ada dalam changing room yang seperate laki and pempuan.



Foot massage ni amatlah mensedapkan, terasa macam nak tidur terus jerk....



Hubby pura-pura buat muka 'indah'. Padahal dia dapat tukang massage yang gumuk dan sepek serta suka picit kaki dia kuat-kuat. Mungkin dia geram.



Lepas buat foot massage, bley plak layan table tennis. Yang menang semestilah yours truely :)

Padahal hubby dah kena ugut mcm ni, 'sayang, kalau u menang, I tanak kawan dengan U ok?' So, lepas tu terus dia pura-pura kalah. Ceh!



Gambar kami bermandi-manda terpaksa disensored kan. Hehe. Kolam ni pun agak best la, walaupun di WangsaMas lagi besar. Tapi takper. Dari kat kampung, langsung tadek. So, yang ada ni kena la bersyukur.


Pas main table tennis, terus menuju ke Lagoon Park untuk cuba naik Parasailing. Harga RM190++ untuk couple.


Wah... Bestnyer!!!! Akak nak jerk naik lagi sekali, tapi hubby dah sejuk-sejuk kaki tangan dia. Dia memang la tak boleh jadik pilot. Tu pasal dia cuma jadik arkitek pasal dia jenis gayat.



Ketinggian dia terlupa nak ukur, tapi mungkin setinggi bangunan yang tinggi la.. Haha. Bangunan 10 tingkat maybe. Akak takot jerk kalau terlanggar kapalterbang ngan burung.


Kekadang bila dah tinggi, dia turunkan kiter sampai mencecah laut sampai akak terminum sikit ler air laut ni. Masa tu hubby memang panik giler... Tapi akak berjaya calm kan dia... Akak cakap, 'takper sayang, kiter tak lemas punyer, kan dah pakai life jacket ni?'


Masa memula nak naik menda nih, akak macam risau jugak, naik ker menatang ni? Kan ker akak ngan hubby macam comel dan sihat membesar sebagai johan? Tapi nasib baik dia mau naik.. Hahahaha


Tak puas hati lagi dengan foot massage. Lepas Parasailing, kami sambung Borneo Massage. Harga? RM288++/person. Hurm... Macam mahal jerk, tapi takper la sekali skala manjakan diri... :)


Masa ni hubby tengah bersiap. Kami dinner di Penyu Restaurant. Hubby makan fish & chips and akak makan burger giant. Makan for charity. Setiap RM1 akan didermakan kepada anak-anak yatim :) Makan sambil menderma (Padahal nak pujuk hati pasal sah2 la burger tu dah la gemuk, ada cheese meleleh2 siap ada kentang goreng & coleslaw lagik- kira jerk la berapa banyak kalori yang ada dalam tu)


Day 3 -Nexus Karambunai - Promenade KK


Bangun jerk pagi, kami pergi breakfast dulu, juga dekat Penyu Restaurant. Makan secara buffet. Salute dengan orang yang kerja kat situ pasal masa malam sebelum kami balik, mereka disitu dan pagi mas akami nak breakfast, mereka masih disitu... :)


Ni semua villa-villa lain yang berdekatan dengan villa kami. Jenis berkembar.




Amboi, gediknya posing?


Pas breakfast, kami jalan di tepi pantai... Hirup udara segar and mengucapkan selamat tinggal kepada semua-semua peminat. Heh. Berangan lagi. Haha


Ko naper Suraya? Suka sangat menggeliat macam ni. Mungkin nampak kurus kot? Haha



Owh, di tepi pantai jugak ada tempat massage. Phew. Memang akak tak berani. Masa nak buat Borneo Massage tu, semata-mata pakai pyjama jerk. Orang kat situ memang tak kasik pakai apapa tau? So cover ngan tuala jerk. Bayangkan lah kalau aktiviti urut mengurut tu berlaku di tempat yang terbuka macam ni?

Kami cuba pulak mewarna batik lepas tu.. memang fun la aktiviti ni....


Akak yang tengah asyik mewarna. Selang 5 minit paksa hubby suruh puji painting akak paling lawa antara semua yang ada kat sini. Hahah.


Ni bunga raya kaler purple ialah spesis baru. Korang pernah jumpa?



Ni plak hasil kerja hubby. Dia sengaja nak kaler bunga jerk, pasal dia cakap nak kosentret pada 1 menda. Akak plak pilih yang ada 3 kotak, pasal suka play with the colour.




Ni yang dah siap diwarna. Lepas pukul 1 boleh collect dekat Sport Centre... Dia nak rebus dulu kot?


By 1.00pm, kami check out... Sob Sob... Sedihnya nak tinggalkan tempat yang indah ini....



Taraaa.....!!! *Sangat obvious dah tadek idea nak tulis caption apa


Nama Villa ni Merawan, bukan merawat ataupun jerawat ataupun ikan jelawat atau ikan keli atau... Dah dah... Jangan banyak merepek lagi




Dah siap check out dan terbeliak mata tengok bill pasal semua menda di billkan pada bilik, kami menenangkan diri dengan mengambil gambar di tepi air pancut ini


Terus menuju ke Promenade hotel KK. Bila dah tengok dan stay ditempat yang cantik giler macam Nexus, semacam ada perasaan yang sedih bila sampai promenade ni. Dah la ada renovation kat depan tu, masa booking bukan mereka nak bagitau pun. Walaupun dapat dok kat Junior Suite, tetap rasa cam tak best. paling tak best, semestilah pasal jauh dari Filipino Market. Patut dok kat Le Meridean jerk. Keluar2 pintu, terus Filipino Market tu. Tak pasal-pasal kena jalan kaki jauh-jauh. Mencik!



While waiting Reza & Ling-Ling datang jemput untuk dinner. Kami berangan dulu depan cermin ni. Hehe


Reza yang baik hati bawak kami makan seafood dekat Taman Tun... Taman Tun apa ntah.. Lupa... Kami makan seafood... The food is nice... Tapi, terasa macam dekat LaLa Chong Subang lagi sedap jerk?



Ling-Ling gf Reza. Dorang ni melayu yang muka memang dah tadek macam melayu dah. Cam Cina habes. Ling, nanti datang KL bagitau tau? Kiter shopping sama-sama. :)



Owh, kesayangan kakak semestilah Sabah Vegi masak goreng pedas+belacan. Sedap sedap!


So, next day, sebelum balik Semenanjung, wajib pergi Pasar and beli sayur ni barang 5 ikat nak kasik Bonda & Bapak rasa...Pastu paksa-paksa abnag tu suruh jual seikat singgit. Haha. Harga asal RM2.00. Akak argue la, dulu naper masa akak beli kat Lahad Datu cuma RM1 seikat? Pastu dia cakap, sayur nih datang dari kampung. Ok la ok la... Amek la seikat RM2.00. Kedu!


Dah siap packing semua, kami pun menuju ke Airport. Masa kat hotel dah order nasik goreng sebelum balik, breakfast pizza. Sampai kat Airport makan ciken chop. Dalam flight plak order nasik lemak, ciken lasagne ngan nasik goreng lagi. Haha. Makan tak ingat ok masa kat sini. Balik Semenanjung, kiter diet balik okeh? tapi tak janji



OK. Sekian laporan akak untuk honeymoon kami di Nexus Karambunai Sabah yang sangat mengujakan dan sangat mengbestkan. Terubat kekecewaan tak dapat pergi Bali. Yerla, suppose kami pergi sana untuk honeymoon tapi pasal H1N1, kami tamao la amek risiko. Sabah pun best apa? Eh, bukan Sabah, tapi Nexus Karambunai yang best. Haha. Sah-sah pasni akak kena palang dengan Sabahan. Hurm, banyak sangat la communication breakdown masa kat sana. Nak-nak plak masa nak order makan. Berasap jerk kepala gua.


So, kepada sesiapa perantin baru yang masih tercari-cari tempat nak honeymoon, akak neshatkan pergi la kat sini. Dijamin puas hati. Semua fakta adalah benar kecuali yang dapat duit poket RM5,000 seorang tu. Yang tu akak tipu. Ok, Bye. Sekian laporan. kiter kembali ke Studio Satu.


-EnD-

5 comments:

LeEsA™ said...

wallaweyhh !

besh giler akak g h0neym0on. huhuhu:( ni yg nk kawen cpat2 neh. wakakaka :D

safia pun da g sbah ari tuh. besh uhh. pegi jugak pasar filipino ! sh0pping sakan lew. jgn jlez akak ! hik2:)

Chooyaya! said...

safia kena belajar dulu br fikir pasal kawen :p

ala, kaksu pi jugak kat situ... panas la... tambah tadek mood pasal jauh dari hotel and lengoh kaki nak jalan...

tp kt situ memang best jugak tgk barang2... :)

LeEsA™ said...

hahaha
ye2 tau2 mmg nk blaja dlu pun
skang ngah mdterm uhh
cuak gak ah
huk3:(

ouh ouh pegi gak upenye
igtkn ta pegi
a'ah mmg pnas pun
tyme safia pegi pun same gak
ad0ih !
:)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

kak chooyaya....

nak ole2...


ehehhehe

aina_amirah said...

best kan nexus?da lama da aina aim tuu sebab mcm best giler..nnti nak pegi..
nape tak duk Le Meridian..best ooo..katil best bangat..n depan pasar filipino :D len kali pegi k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...