Wednesday, July 22, 2009

Pssst... Pssst....

Eeii... Memang meluat aku ngan pasangan pengantin baru yang tak berapa baru tu... Kecoh jerk. Takat Roland guna gambar dia untuk buat contoh kat Pameran Pengantin, poyo and belagak cam tak hengat! Macam la cantik sangat artis popular sangat pun!

Eh... Sorry....

Assalamualaikum.. He he. Pagi-pagi dah emos... Patut kasik salam dulu tadi... :D :D

Nkorang, jap lagi eh I update gambar yang dapat malam tadi dari Roland. Gambar yang belah Sazli. Ada la dalam 8 juta keping. Terjojol bijik mata I nak pilih. Kejap lagi tu mungkin jugak petang karang, esok atau minggu depan. Hehe.

Kisahnya macam ni... Malam tadi, I ngan Sazli pergi la nak ambik copy DVD yang side KL. Tak sempat nak ambik since lepas kawen pasal banyak menda nak setel. Sampai kat studio Roland, ada la this one couple yang tengah belek-belek gambar pengantin.

Sambil belek-belek tu, yang bini dia pot pet pot pet membebel dan mengada-ngada ok? Mengada yang tahap nak suruh dia senyap jerk. Dok merengek-rengek cakap macam ni...
  • Roland, U patut kasik I duit tau pasal U guna gambar I ni....

  • Eh, I macam tak percaya jerk U guna gambar I buat contoh, padahal ramai lagi pengantin lain yang U ambik kan?

  • Roland.... U ambik tak gambar dari atas bukit rumah I yang kasik nampak 11 kemah kenduri I tu?

  • Eh Roland, I nak la album macam ni.... Ala..... Kenapa U tak cakap ngan I ada yang album besar macam ni... U tak aci tau?

  • U ni Roland, pengantin lain punyer U buat dulu, padahal I lagi awal kawen dari dorang, tak aci tau? (Haha. Padan muker ko) - Statement macam nak perli aku tu.

  • U ni Roland, I dah jumpa U 4 kali dah, tapi album I tak siap-siap jugak (padan muka). Pastu Roland cakap la yang I ngan Saz lagi la banyak kali jumpa dia, tapi dia potong ok? Dia cakap yang dia jumpa Roland tu semua terserempak. Kat Airport, kat KLCC. Elleh, takat KLCC, kalo kat London ker baru la boleh nak kecoh. Poyo poyo poyo macam babi

  • Eh, hantaran I mahal-mahal tau? I nak U bubuh semuaaaaa.. Jangan 1 pun tinggal

Kecoh dia macam la ambik package story book 5 set, siap video ngan slide show semua macam kitorang Padahal amek story book 2 set yang kecik jerk. Video pon tak ambik, Slide show semua pun tadek. Tapi gediks nak mampos ok? Sumpah aku tak larat nak tengok kegedikkan dia malam tadi tros kasik sms macam ni kat Saz.

'Gedik perempuan ni, menyampah I. Naseb baik I tak mengandung, kalau tak, tak pepasal ngenan. Muka dah la buruk. I tunggu kat kereta la sayang. I meluat nak dok lama-lama kat sini'


Lepas tu aku tak tunggu lama, angkat kaki terus blah pergi kat kereta... Nyampah sial! boleh muntak oren aku dok kat situ lama-lama.

Sazli cakap, lepas I blah, dia tak habes-habes lagi belagak ok? Dia cerita la dia honeymoon kat Bali. La.... Bali jerk? Ingat hebat sangat... Pastu dok cerita macam bangga sangat and tau banyak tempat kat Australia. Pernah pergi sana sekali. La.... Sekali? Haha... Hubby I yang belajar kat sana 3 tahun tu, senyap jerk.... Tak cakap apa and sekadar senyum jerk.. See? tak pasal-pasal I pun sound macam belagak jugak sekarang.

Yerk la korang, sah-sah la dia pandang hina kat kami that time pasal I ngan Saz pakai baju stok-stok baju tidur jerk masa jumpa Roland siap muka selebet. Tapi kami mandi. Dari dia tu pakai baju kerja. Pukul 11.00pm dok pakai baju kerja lagi. Sah-sah la tak mandi. Uweeek..!!

Gaya cakap, macam la kaya sangat. Kalau dah kaya, ko buat kat Istana Hotel ker, or paling cikai buat dekat Dewan Perdana ker, boleh la telinga I nih menerima kebelagakkan dan kemenunjukkan dia tu, tapi yang ADO? Buat kat rumah jerk u olss... Tak la I cakap buat kat rumah tu miskin, tapi the way she carry herself that time macam la dia tu kaya nak mampos, cantik nak mampos and hebat pasal pergi Bali & Australia. Daaa?????

Sah-sah masa tu dia pandang I dengan ekor mata jerk. Pasal jijik kot? Tak setanding dengan dia. Ada aku kisah??? Adoi... Ni la manusia yang kurang cantik, tapi bila diberi peluang (padahal cuma Majlis Kawen dia Roland guna buat sample jerk) Terus naik minyak.. Terus rasa diri hebat... Astaghfirullah....

Dah la, berkepok-kepok dah dosa I pagi nih dok ngumpat orang. Dosa sendiri pon tak tertanggung. Ni semua pasal perempuan giler malam tadi, bikin jiwa I kacau jerk. Sumpah I memang menzampah kalau jumpa orang-orang yang velagak vavi ni tao? Cuba la jadik manusia yang merendah diri sikit. Tak yang nak mendongak langit sangat, ingat bumi yang dipijak ni...

Sekian tazkirah hari Rabu. Amek ni, sekeping dua gambar kawen I. Yang lain-lain kemudian. Dah korang. Bye.




Alololo munsyuk-musyuk sayang I nih.. Kenapa dagu ada 2? :p



Tengok Sazli dok menggila dekat belakang I waktu I tengah bersiap. Tu la mekap artis I. Ayang Kamell... Dia super nice!

Pelamin terpaksa buat kecik jerk pasal limited space dekat Dewan Cempaka kat KDE ni. Yang positifnya, pasal pelamin kecik, jadi harga pelamin pun mengecut. Hehe

-EnD-

1 comment:

intan said...

As usual, Intan yg first akan comment..

cepat lah kaksu letak pic baru tu, intan nak tgk..tak sabar ni, ada terselit sikit pic intan pun takper...oooppsss..hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...