Tuesday, August 11, 2009

BURITO

Nengok pada tajuk musti ada yang nak tuduh I mencarut kan? No no no. Ini adalah sejenis makanan Mexico yang I sendiri telah sesuka hati jerk nak ubah ikut selere tekak I pasal I punyer suka la kan? I yang masak. Awak orang semua jangan la nak marah2 I. Nanti I merajuk, tanak blog lagi. Ceh, padahal macam la orang heran sangat. Haha.

Ok la awak orang semua, sekarang mari kiter mengecek bahan-bahan untuk membuat BURITO ini. Jangan la cakap-cakap belakang kata I kenapa sangat bersemangat amek gambar satu-satu and tepek kat sini. Padahal boleh jerk nak amek sekali semua. Bukan apa, sajer nak kasik nampak macam masak sungguh2, padahal kacang giler nak buat menatang ni.

Bahan-Bahannya ialah :-

Capsicum Hijau & Kuning. Dah la I menyampah giler kaler nih, tapi pasal masa nak beli nih tadek yang kaler merah, tak pasal-pasal kena beli yang kaler kuning. Bapak plak comel jerk bila dia tanya, ni terung ke menda, pastu I cakap la capsicum. Dia cakap dia taktau capsicum tu apa. Pastu I cakap la tu sejenis cili. Pastu dia buat muka macam budak darjah dua yang seronok dapat kira 5+5 berapa guna lidi terus cakap mcm ni...'Oooo... Cabai ka? La... Awat tak bagitau cabai? Kalau cabai bapak tau la. Bapak ingat tu terung pesen baru'. Ok bapak. Sangat kelakar.

Yang wajib ada. Kalau tak ada, tak rasa la harum2 dia semestilah daun ketumbar. Elok la jangan suruh suami yang beli, pasal bagi hubby I, asal bentuk macam ni dikira daun sup, walaupun bau berbeza tapi dia nak jugak cakap menda nih sama jerk rasa.


Bawang besar yang jenis bombay kaler hijau tu. I lagi suka yang ni dari yang kaler purple. Dengan bawang putih. Suka hati la nak banyak mana. Kalau suka lebih, bubuh lebih. OK?

Ni plak cendawan. I suruh hubby beli cendawan butang, tapi dia beli cendawan shitake. Actually sama jerk, tapi shitake ni mahal sikit. Dah la call I sampai 5 kali untuk tanya cendawan yang I nak tu macam mana. Pasal petang semalam I balik lewat dari opis. Susahnya I nak explen kat dia. Pasal dia cakap, banyak sangat cendawan depan dia. Nasib dia tak beli yang cendawan batang dia panjang, pastu ada topi. Haha.. I dah sampai nanges pasal gelak cara dia explen coz nampak macam 18SX jerk.


Ni plak roti tortilla. Sepeket ada 5 helai jerk tau? Kalau yang bahan-bahan I prepare ni, cukup untuk 10 BURITO. Jangan la guna selain dari roti ni, Nanti tak jadik terus nak black mail I cakap I penipu ker apa.



Ni plak jintan manis + jintan putih + ketumbar yang digoreng tanpa minyak. Yang ada dalam gambar ni macam hanget-hanget sikit, pasal lepas taruk dalam periuk nih, I pergi gomol-gomol hubby yang tengah layan TV. Sedar-sedar bau hanget. Jadik, kalau nak sangai menatang nih, kena bagi kosenstrasi 100% yer? Jangan ngada-ngada nak bercengkerama ker apa. Nanti hanget semua, padan muka ko. Okok. Padan muka aku.


Ni plak buah dada ayam. I amek 3 keping. Rebus dengan air,yer la, takkan la nak rebus dengan minyak kan? Dah namanya rebus, pastu bila dah sejuk, carik-carikkan dia. Kalau nak terasa ayam, carik la besar-besar, kalau malu-malu plak, carik kecik-kecik. I buat besar-besar pasal I nak rasa ayam tu seketul-seketul dan jugak I malas. Hehe



Pasal tadi jintan I semua macam hanget sikit, nak kaver line, I tumbuk la sikit, kasik hitam-hitam dia tu tak nampak. Sopannya jerk I kan duduk bertimpuh macam ni. Petuhui! Padahal masa nih, I paksa hubby amek gambar I. Pastu dia marah-marah I pasal gerak-gerak. Balik kerja, I terus buat. Nanti malam, tinggal gulung and ngap jerk.



Pastu U all, sila goreng semua bahan tadi. Jangan la goreng sampai garing, Semua goreng-goreng manja-manja jerk. Macam nak taknak jerk goreng. Biar ada rasa rangup-rangup. Musti half cook tau? Jangan sampai layu seperti teratai layu di tasik madu.


Lagi elok kalau hubby yang tolong kacau, Habes hancur semua sayur I pasal dia kalau tolong kacau, musti buat dengan sungguh-sungguh.


Ok. Dah rasakan dengan garam, sos tiram sikit, cube ayam dan seasoning maggie, last skali lepas tutup api, masukkan la daun ketumbar tadi tu. Musti tutup api tau? Pasal kalau daun ketumbar overcook, dah tak ada rasa lagi. Kalau dah tak ada rasa, BURITO jadik tak sedap.



Pastu eloklah naik mandi dan solat maghrib dulu. Takot nanti BURITO akan rasa masam-masam ketiak hanget pasal tak mandi. Sila la abaikan getah belacan yang I guna untuk ikat remos I tu. Pasal mana ntah sepit rambut I banyak-banyak tu. Ni mesti Intan yang kidnap ni. Memang tak ada orang lain. Ok Suraya, senyap! Kosentret pasal masakan. Okok. Pastu amek inti tadi, letak la dekat roti tortilla tu. Ala, macam gulung popia tu. Ha, macam tu la. Ngerti?



Ni la rupa setelah digolong. I buat 6 jerk. Inti ada banyak lebih. So esok, hubby boleh bawak bekal gi kerja. Dia cakap dia taknak lunch dah. Musti dia tipu punyer la. Kalau I tanya dia, tak pernah dia cakap dia makan nasik. Selalunya dia cakap dia makan rojak buah or dia tak makan. Tapi I rasa dia tipu. Haha



Pastu, gorengla dalam minyak yang sedikit. Ikut suka la sebenarnya nak goreng atau nak bakar. Kalau malas, mungkin goreng jerk la kot. Tapi kalau tanak terlalu berminyak, goreng la dulu kulit tortilla tu macam goreng roti canai. Takut muak. Tapi pasal kami satu keluarga bukan jenis mementingkan kesihatan, so tadek masalah nak goreng-goreng macam ni.

Rajinnya sayang tolong I kat dapur cuci pinggan semua. Tapi memang bancah la sinki tu dia kerjakan.


Taraaa...!!! Tortilla dah siap. Sedap dimakan bersama sos cili. Tapi pasal I hantu pedas, I makan dengan tabasco sos. Nyum nyum. Bapak dah pesan, nanti bulan puasa dia nak makan menatang ni lagi. Owh, kalau nkorang suka bakar dalam ketuhar, boleh la bubuh cheese bedebah kau! dalam dia masa nak balut tu.


Ok, sekian sahaja resepi I pada kali ini dengan kata-kata 'MEMANG I PAKSA AWAK ORANG SEMUA CUBA BURITO NI, KALAU TAK, I BAKAR KAMBING U SERTA REBAN AYAM KETUA KAMPUNG U'


-EnD-

7 comments:

Anna Dayana said...

Sedapnya....must try...

shooter said...

panjang sangat cerita...

ko mencarut ke?

aku tros skrool bawah taip komen je nih. hahahahaa

Chooyaya! said...

anna : nanti kalau try, kasik kaksu rasa
hantumerah: ko jahat

said...

fuh!

caya lah puan chooyaya masak....simpuh ala2 tunggu orang sarung cincin kawin....hehehehe

Chooyaya! said...

yanie : ala, masak simple jerk.. i nih dah bini org, tadek maknanya bersimpuh tunggu org sarung cincin. hahahahah

Filla said...

haiiii... dah tgk..makkkk aihh??? panjang gegiler? pastu siap ada kene sangai2 aper tu jintan? huhu..mana mak nak carik.. pastu dah balut bukan terus ngap ke?huahahhaahhaha... kalo mcm ni kata pemalas..aku aper lahhh agaknyer yer...hihii..thanks for sharing.. akan try biler tul2 tahap RAJIN..

Chooyaya! said...

filla - jintan tu kan yang rempah orang buat tempeyek ker menda ntah. tanak bubuh pun takper... jintan tu banyak terdapat di kedai2 beskal.. muaahahahah. kedai india, pasaraya, kedai yg hina pun ada gak menatang tu. ala, kalau malas, pas gulung tu, ngap jerk la. laki aku la ngengada nak rangup la menda, tu yang goreng.