Friday, August 7, 2009

DanDan FC - Kalah Bermaruah

Okla.. Rasanya kali ni entah yang keberapa juta kali dan DanDan FC (Team bola my Hubby) kalah time friendly. Masalahnya sekarang bukan la berapa kali dah kalah, tapi tak pernah menang ok? Setakat 7-1 tu perkara biasa. Tapi kali nih, dorang kalah tipis. 4-3 ok? Wah... Sangat berbangga dengan dorang. Tu pasal arini terus update blog khas untuk adik-adik Kaklong dan DanDan FC.

Kali ni dorang bekerjasama dengan team Gafur yang satu lagi. Nama team Wak Lu. Manager dia nama Wana. Sian Wana kena siram dekat air sirap lepas game haritu.

Game kali ni dorang buat dekat Stadium Mini Shah Alam (Tempat main taknak kalah ok) Lawan dengan team otai dan owner stadium tu sendirik, Warisan. Majority player berumur dalam 30++ berdasarkan pada wajah mereka yang ada kedut2 sikit. Teori ni mungkin tak boleh pakai, tapi suka hati I la kan? Ceh, terus belagak. Mementang la ni blog I. Suka hati I la.

Game kali ni, mereka yang turun (If I'm not mistaken yer) ialah suami tercinta, Sazli, Acap, Skaters tembam, Gafur, Kale, Zack Galak, Zack Pet, Ajim Laguna Cosa (bukan nama sebenar), Ipin budak manja. Zareef datang tengok jerk dengan Joe and Fairuz sampai lewat sikit. Wakaupun dia sampai lewat, tapi lepas dia datang, terus dorang gol lagi banyak2. Tu la Fairuz, kalau U datang awal, mungkin kita boleh menang besar dah malam tu. Tu la ko...

Kawan-kawan dari team Wak Lu plak I tak sure la nama dorang apa.. Lagipun I kan sombong serta pemalu, mana nak beramah mesra dengan dorang. Lagipun I bizi main netball dengan Ajim & Ipin. Dah la Ipin tak puas hati ngan I banyak score dari dia. Pastu nak tuduh I main bomoh.

Kali ni I turun tepi padang, sokong giler-giler punya. Ada this one time, sorang Pakcik pantis kaki hubby I, terus I bangun, sepak balik kaki Pakcik tu ini tipu Sebak dada I tengok hubby jalan hencut-hencut. Rasa geramnya....!!! Kenapa sepak kaki laki aku woi. Tak reti main balik la...!!!! Orang cakap, dalam game memang la macam tu, tapi entah la. I taknak ada orang sakitkan my hubby... Awww... Kunon I romantik dan sangat menyanyangi beliau la tu. Tapi memang pun. Memang I sayang giler hubby I.

Ok. back to the DanDan FC. I rasa kan? (Ni I rasa jerk tau) Kali nih dorang semangat sikit nak main pasal ada tambah orang kot? Macam Zack Galak, Kale & Zack Pet. Tapi bila Go tak ada, I kurang kawan nak gelak-gelak lepas game.. Go... Meh la balik kerja KL... Nanti dorang nak buat makan-makan, tengok movie ramai-ramai, jalan-jalan kat Melaka. U tinggal ok?

Referee plak macam bias giler ok? Bila dorang nak score jerk musti dia cakap offside. Walaupun I tak paham offside tu apa sampai skarang, tapi suara I sama naik dengan bebudak lain marah Ref. Haha. Bodoh aku.

Kale paling tension dengan I, pasal selang 5 menet I akan tanya dia, 'Eh, dah berap gol?' Pasal I kan ada short term memory lost. Sian I. Dah la Kale tunjui teror nak baiki Ipod Fouziah Gous masa lepak-lepak minum lepas game dekat Rafi Bistro. Ececeh... Nak ngorat la tu... Pasal Zack Pet sangat jauh dari table I, dia terpaksa redha masa Kale jual minyak. Sabar Zack, sabar.

I sangat gembira menyaksikan kekalahan mereka yang bermaruah kali ni. Harap-harap game malam ni nkorang menang ok?

I bersama bakal artis. Nama dia skaters. Nama sebenar dirahsiakan pasal dia taknak orang carik dia sampai rumah. Dia paksa I bubuh gambar ni nombol 1, siap suruh bagitau dia bercita-cita nak jadik artis dari kecik lagi. Dia jugak bercita-cita nak kawen dengan Jue Aziz aka hantu tetek

Bila dah sebok nak tangkap gambar dari main, tu yang terpaksa tanya Kale berapa dah gol. Kalau anda perhatikan, gambar nih bermula dari kurus keding, sederhana temban dan meriah punyer tembam.


Ipin & skendel. Hehe.

Nampak tak Fairuz berdiri gagah ditepi padang sambil jerit-jerit bahasa bola yang sepatah haram I tak faham.

Dah la Acap, takat streching dari mula sampai tengah padang, tapi satu gol pon tak dapat, baik takyah la...

After game. Muka ketat pasal kalah.


Ni la Wana, Manager team Wak Lu. Lepas ni dia kena siram dengan air sirap. Nakal btol la anak-anak buah dia ni.

Ni half of Wak Lu punyer team except Skaters (bakal artis) dengan Ipin

Ajim, muka U tak boleh blah jek usha line Kale mengayat Fouziah Gous. Zack Pet menahan sabar dan Fairuz merenung manja pada I. Kenapa la gi botakkan kepala tu...

:)


Maskulin gak Acap nih dari tepi eh? Terus blok muka Zareef dengan Joe

Gambar minum-minum lagi banyak dari gambar masa main. Joe la tak apdet2 lagik FB dia. Pasal gambar memang banyak yang elok pada dia.. Paling mahal mestilah gambar pakcik team Warisan cantis kaki Saz. Grrrrr...


-EnD-


No comments: