Thursday, August 20, 2009

Mango Tango Walls Eskrem

*Adoi, sakitnya la belakang... Ari ni berapa haribulan eh? Oooo... Ok ok..

Entry ni tadek apa-apa nak cerita pun, sajer merepek-repek jerk. Lagipun harini satu kerja pun tak ada buat. Board paper dah siap. Filing setel. So, masa yang terluang tu elok la digunakan dengan mengajar Intan update blog dia yang kesudahannya I yang buatkan. Dia buat semua pun tak jadik. Grrrrr...

Pagi tadi masa breakfast I makan mee hoon goreng pucat. Pasal lada potong + kicap tu dah habes, maka I berangan dapat makan kosong macam tu jerk la dengan telur goyang (telur goreng yang kuning dia cair).

Tetiba bila dah makan, terasa mee hoon tu macam tawar sangat. Tadek rasa apa. So, I cakap kat Intan, tolong cedokkan kuah sambal sikit bubuh dalam pinggan I. Pasal dia paling dekat dengan kaunter lauk tu. Selamba badak jerk, padahal tadi dah bayar. Bila makan terasa kurang perencah amek sesudu sambal letak dalam pinggan and terus duduk balik and sambung makan. Macam mana nak kira tu eh? kira halal ker apa?

Berdosa berdosa.. Kalau orang kentin opis tak halal macam mana? Ok... Esok I kasik tau kakak kentin semalam I kidnap sambal tumis sesudu. Ala, amek kuah jerk. Ikan bilis sekor pun tak ada. Haha

Masa sebelum lunch tu, tetiba tekak I macam teringin giler nak makan Kepsi. Mungkin dah rezeki, bila otw nak duduk kat meja, kakak opis panggil suruh amek Kepsi. Yeayyyyyyyy...!!! Dapat makan kepsi. Buyer belanja. Opis I nih memang meriah dengan makanan. So tengah hari karang tak payah dah la keluar makan. Pasal I malu-malu dan bersupan, I cuma amek 1 ketul jerk. Cis, patut I amek lapan tadi. Pasal makan satu sangat tidak kenyang.

Dalam pukul 1, I ajak Intan keluar beli eskrem dekat Mekdi. Intan malas nak jalan pulak. Tapi tekak I memang dah teringin giler nak makan eskrem Walls yang nama dia Mango Tango tu. Dah keluar dah awan-awan atas kepala I ni gambar eskrem tu melambai-lambai. Adoi, nak eskrem Mekdi lagik, eskrem Walls lagi. Macam mana ni???

So, atas alasan malas nak drive, I dengan Intan pun pergi la ke Wisma dekat depan opis I ni, kat kedai runcit dia ada jual eskrem. Skali sampai sana, nice ok? Kedai tutup. Pukul 3.00pm baru bukak. Huhu... Tadek rezeki. Takper, mungkin dekat motor Abang Jual Epol dengan Lemon dekat depan skolah tu kekadang ada motor eskrem Walls.

Kedek-kedek jalan kaki sampai depan Skolah Jalan Gurney. Tapi tu la eh? Pasal mencurik sambal pagi tadi, mungkin tak ada rezeki, Pak Cik Eskrem pun tak ada menjual harini. :( So takper la.. Sebak-sebak... Intan decide nak beli buah jerk. I pun beli betik. One thing kalau makan betik, bila berak juga bau betik. Haha.

The Conversation

Intan : Pakcik, nenas ni manis tak?

Pakcik Epol : Manis ni... Kompem manis.. Rasa nenas. Memang la wei rasa nenas, dah tu? Rasa apa? Haha. Pakcik ni buat lawak pulak.

Ok kawan-kawan. Intan yang berbadan mantap ni beli nenas sepotong dengan honeydew yang sampai skarang tak pelawa I walaupun tadi I dah cakap I nak rasa sikit. Takper Intan...Takper....

Pakcik Epol : Eh, awak ni... (Menunding jari pada I) Kenapa tak masuk Gadis Melayu?

Nak tersembur buah betik yang I makan sambil berdiri tadi, nasib baik tadek Pengawas, kalo tak I musti kena amek nama pasal makan berdiri.

Pakcik Epol : Masuk la dik, tengok macam ada package nak masuk Gadis Melayu. Tu kalau awak masuk tu, boleh belajar berenang tau? Awak pandai berenang tak? Macam pakcik ni orang kampung, memang dari kecik pandai berenang

Buat-buat sebok pilih buah, padahal tanak beli pun.

Pakcik Epol : Eh, betul dik... Saya tak tipu. Saya memang follow cerita tu... Cuba la.. Mana tau ada rezeki ker? Nanti saya boleh cakap macam ni ...'Ooo... Saya kenal budak tu, selalu beli buah kat saya..' Hahahahaha

Intan dah buat muka boring masa ni.

I : Pakcik, Intan kan.. Dia nak masuk Pilih Kasih Mufem Defan... (Intan tutup mulut I, tu yang tak terkeluar ayat dengan betul tu) Hahahaha.

Pakcik Epol : Masuk tau Gadis Melayu tu, nanti boleh belajar berenang. La.... Suruh I masuk pasal nak belajar berenang jerk ker? Haahahaha

I : Tarik tagan Intan ajak balik sambil berkata Pakcik, takper.. Intan pandai berenang.

Pakcik Epol : Muka blur sambil garuk-garuk kepala.

----------------------------------------------------------

Owh, btw. Ni la gambar eskrem Mango Tango Walls ni. Lebih kurang la. Pasal I gugel, gambar ni jerk yang keluar. Lekas balik kerja, serbu eskrem ni. Sumpah sedap. Tak tipu. Alip Lam Lam Ha!



Tapi korang, nama dia Mango Tango tau? Bukan Solero.


P/s I Love U : Nkorang... Kalau rajin follow blog I ni, musti nampak macam I buli Intan kan? :) Sebenarnya bukan macam tu.. I sajer suka sakat dia, pasal dia nih blurr jerk.. Jenis urrghh... Geramnyer..!!! Jenis muka tak bersalah kalau tanya antara dia dengan Liana Jasmay saper lagi cantik. Pastu tak senyum and buat meka serius sampai hari ni. Paham? Ha....

Owh lagi satu... Sajer nak kongsi cerita pasal Pakcik Epol tu. Tadek niat la nak perasan cantik ker apa. OK? Hehe *Malu
  • Mekdi = McD
  • Kepsi = KFC
  • Gugel = Google

-EnD-

3 comments:

Anna said...

Hahahaha....lawaks ar kaksu ni..
Ialah kita nak beli buah dia tapi dia dok compare muka intan n muka kaksu, for sure muka kaksu lagi cantik n putih dari intan.

taknak beli buak kat pakcik EPOL tu lagi..Geam Bechul....

Chooyaya! said...

Intan : Hahahahahahahahahhaahahhahahahahahaha. liyana jasmay lagi cantik!

redghost said...

makan lagi....makan makan makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...