Wednesday, September 16, 2009

Hantuk kepala kat dinding kalau boleh

Hei lumbu gemuk, pesal marah-marah di pagi hari ni?

Hantuk kepala dekat dinding, eh tak. Kat lif..

Awak orang semua tahu tak apa soalan yang paling annoying yang selalu ditanyakan kepada I? Kalau awak orang semua nak tau, mari lihat dibawah, I senaraikan. Kebetulan plak memang I tengah bengang sangat sekarang ni, tak paham kenapa ada manusia yang I dah ignore dia masa dia tanya I kat mana I raya tahun ni, tapi bila jumpa dalam lift, dia tanya lagi soalan annoying. Ok sudah. Mari kita seksikan, eh silap. Saksikan sekarang.

Jeng jeng jengggg……

Senarai soalan ni I buat mengikut turutan dari mula I setat kawen sampai sekarang okey? I marah sungguh sekarang ni. Tapi I cool jerk, pasal I tengah senyum sekarang. Tu yang nampak I macam marah-marah ayam, tapi biasanya kalau lepas soalan ni diajukan, memang I sepak pokok atau dinding atau apa-apa sahaja lepas hilang pandangan orang yang bertanya soalan.

1. BILA NAK KAWEN? – Ok, ni soalan yang I rasa ok la sikit. Pasal I kawen umur 28 tahun, so tak la nampak macam anak dara tua sangat. But if la I kawen lambat pon, suka ati I la… Orang-orang yang bertanya soalan nih agaknya kena fikir la kot, takyah nak jadik peramah tak tentu pasal. Carik soalan lain, contoh : Dah mandi ke belum. Ni lagi bagus dari tanya BILA NAK KAWEN???

2. Pup pap pup pap, I pon dah kawen, soalan yang annoying berikutnya ialah:- First day I datang kerja kat office, semua orang pandang I, senyum-senyum macam babi, pastu suruh I jalan dulu, tak cukup dengan tu, dengan muka macam babi jugak, pergi tanya I, ‘DAH EHEM-EHEM KER? BERAPA ROUND MALAM TADI?’ Dan disertakan dengan suruh I jalan kat depan nak tengok alignment dah lari ker tak. Why la on earth ada soalan super babi bangang macam ni. Sumpah aku benci tahap babi jugak!

3. Ok. Selepas 2 minggu I terpaksa tebalkan muka dan sampai kebulur tak turun kentin pasal malas nak berdepan dengan soalan number 2 diatas, Soalan berikutnya amatlah terpaling benci jugak. SEKARANG DOK MANA? HA?? DOK DENGAN MERTUA? SO KESIAN…. KENAPA TAK DUDUK SENDIRI, PAHAM JERK LA KALAU DOK SERUMAH NGAN MERTUA MACAM MANA… Sambil buat muka kesian macam nampak anak itik lemas dalam parit. Hei, ada la sebab kenapa I dok dengan mertua.. Giler annoying dowh soalan ni. Ni soalan sensitip terutamanya yang kena dok rumah mak mertua lepas kawen macam haku. Sepatutnya, lepas tanya tu, senyum jerk. Tak payah nak buat muka kesian. Bukan I mintak duit U doposen pun. Heh!

4. BILA NAK DAPAT BABY? DAH BERISI KER? Siap usap-usap perut I. Memang pentec. Kekadang siap tazkirah ok? Sue… Jangan la merancang sangat, jangan tunggu lama-lama sangat, nanti susah nak dapat. Blab la bla blababi kenapa tak makan ubat? Tak subur ker? Tak pandai main ker? Sambil gelak-gelak. Nkorang, tau tak soalan tu tidak kelakar sebenarnya dan tazkirah tu tidak hebat? Bukan la tak berterima kasih kerana ada orang yang ambil berat, sangat berterima kasih kerana concern, tapi apabila orang yang sama bertanya selang seminggu, and buat muka sedih cakap, ‘tak ada rezeki lagi ker?’ terus aku rasa macam nak datang kat dia, tonjol kepala. Hello??????? Tanya 3 kali tak cukup ker?????? Tension aku.

Ada sebab la I tak pretnen lagi. Mungkin I tak bersedia lagi, maybe I nak manja dan kongker laki I selama setahun dulu or maybe I ada plan lain or maybe I takut tak cukup duhet nak dapat bebi sekarang ker? Bila I jawab macam tu, ha pastu mula la ada tazkirah2 seperti yang dinyatakan di para atas. Giler sumpah aku meluat ok? Stop ask me ok… Aku mencik, mencik!

5. Ni soalan kalo orang tanya waktu-waktu sekarang, aku akan buat bodo sambil senyum jerk. Pasal buat bodo sambil senyum, I cool la. Salem cool planet. Eh, tetiba teringat iklan raya salem tahun 1995 yang Ziana Zain dengan Awie nyanyi tu. Haha. Bodoh aku. Ok, soalan annoying berikut ni adalah ok sebenarnya, yang tak ok ialah tazkirah di belakangnya. RAYA MANA TAHUN NI? WHAT?? FIRST TIME RAYA AS A WIFE KENA RAYA UMAH HUSBAND? SO KESIAN…. KITER NI DAH JADIK ISTERI MACAM TU LA.. KENA IKUT CAKAP SUAMI, TAK BOLEH DERHAKA. DAPAT PLAK MAK MERTUA YANG BLA BLA BLA pastu merepek-repek cakap mcm ni. BABISEEKOR-KALERPINK-MASAKKARI-JUGARASA-LAZATTAPI-KOJANGAN-MAKANKERANA-HARAM. Tanya setakat raya mana gua ok babe, tapi tazkirah kat belakang tu, sila simpan la… Dah tu siap gelak-gelak semput. Tau tak macam mana gelak semput tu? Yang jenis gelak macam nak perli n cakap ‘Padan muka kau Suraya’ Ok. Annoying super duper beras super five.

Tetiba terasa macam patut minum air jerk sekarang kerana mungkin pahala puasa tinggal suku pasal banyak menyumpah. So nkorang, kalo ada kawan-kawan yang tak kawen lagi or kawan-kawan yang baru kawen tu, kalau nak tanya soalan, berpada-pada lah yer? Jangan sampai orang rasa benci dan meluat dengan anda kerana over concern and teasing tapi tak kena tempat kerana itu semua amatlah ANNOYING.

-EnD-

4 comments:

shooter said...

aku 1st aku 1st....
aku rasa macam ade gak orang pernah tanye camtu masa aku baru pas kawen. siap call henpon nak confirmkan.tak ingat sape

Liyana said...

kak sue...besa ar..pakat nyibuk depa nih...liyana nih dah umur 24 kira "umur sesuai" kalo nak berlaki dah..org sebuk tanya bila nak kawin..sampai nak terkuar taik telinga nih dok dengar soklan sama jerk..like HELLO kalo aku tak kawin lagi nape?aku mintak blanje harian kat korang ke?tension dowh...

kesimpulannya kan kak sue..

bila bujang,tanya bila nak kawin...
dah kawin,tanya bila nak dpt anak..
dah dpt anak,tanya xmo tambah no 2?
dah dapat no 2 tanya no 3 biler?
dah ada no 3 tanya anak no 1 tadika mana...anak dah besar tanya anak masuk sekolah mana,universiti mana,kawan dgn sape...BILA NAK BERMENANTU...

ish....rimas ok?pehal nak busy body sgt???kan?kan?kan?

Chooyaya! said...

REDGHOST : ada eh? saper? meh aku lempang. haha

LYANA : ha.... paham pon apa yang kaksu rasa, tu pasal la kaksu ingatkan diri malas dah nak tanya kindda question dekat saper2 pun, pasal mana kiter tau yang dia tak suka nak dengar/jwab ker.. kan kan?

Chooyaya! said...

LYANA : lgpon, 24 tahun tu muda sangat sangat sangat sangat lagik ok? lyana ada 3 - 4 tahun lg untuk kahwen kaksu rasa.. tadek masalah pun.