Setelah bukak katup, bukak katop blog untuk ke lapan puluh kali nah maka sekarang, saat yang dinanti-nantikan telah tiba.. Edisi bumper raya dari I. ceh, macam la dinanti-nantikan sangat pun.. hehe Tapi tengoklah gambar sekadarnya sahaja pasal gambar raya kat rumah suami dan keluarga bapak guna camera yang ada film lebih-lebih masa bertunang dulu.
Dia cakap, dia malu nak bawak keluar that time pasal takot kamera dia tu kecik hati.. Maklumlah, masa I bertunang semua pakat pakai kamera digital. So, kalau nak tengok gambar version yang senonoh sikit, kena la cuci gambar tu dulu.. Terasa macam dah lama tak guna perkataan 'cuci gambar' ni. Tetiba terasa macam klasik national jerk.
Raya Pertama
Raya di rumah mertua di Ampang, KL pun seronok jugak. Pagi-pagi dah bersiap nak pergi Solat Sunat Aidilfitri. Wah, tetiba excited sungguh! Pasal ni la ketama kali dalam seumur hidup pergi Solat Sunat ok? Dah la hampir-hampir I sorang jerk yang ruku' selepas takbir pertama. Pastu cover balik buat-buat batuk dengan pegang-pegang perut kunon sakit perut. Muahahahha. Mana I tau takbir dia ada banyak macam ni!
Balik dari solat, pergi raya rumah jiran-jiran and raya kat rumah Tok Che Amah. Pastu balik rumah, layan sarkis (tipu) sambil curi masa nak nap-nap ayam. Maka terhasil la gambar seperti dibawah.
Ok, ni jerk la gambar yang elok sikit dan nampak muka I ala-ala runcing. Yang lain semua gemuk macam apam. Yang penting muka I ok? Muka Sazli nampak gemuk sikit dan hidung macam 'M' pun takper. Lagipon masa ni dagu macam ada 2 setengah. So, konsider ok.
Malam raya pertama pasal protes Sazli dengan Bapak tengok bola, kunon nak tengok Man U kalah, skali hamek ko. Menang pulak Man U. So, hahahahahahhahaha, menyesal kan? I plak nak tengok cerita raya. Kalah dengan majoriti 2 berbalas 1, so lebih baik layan tido. Bukak aircond 16 darjah. Pukul 9.30pm I dah sampai London.
Raya Kedua
Raya kedua diharungi dengan perasaan macam geli-geli sikit buntot pasal terasa kampung di Pahang melambai-lambai sayu.. Dah la malam semalam De ngan Kaklong dok bakar-bakar I cakap raya kat kampung sangat meriah. Cis!
Malam tu kami buat barbeque. Tapi semua gambar ada dalam digicam BIL. So, tadek bukti. Nak bukti nanti kemudian-kemudian la I tarok eh? Kira macam surprise la.. Tapi memang seronok giler. I bawak keluar segala mercun yang I beli tu, pastu dengan anak-anak buah and kazen-kazen yang senteng2 buat rumah I macam nak meletop.
Lepas barbeque, dorang sambung main kad sampai pukul 4.00am. Main kad ni ada rule, bila dah kalah, terpaksa naik takhta jadik raja, maka hasilnya mestilah menarik dengan kostum rekaan seperti dibawah.
Tanggal baju, pakai rantai tasbih sebesar gajah dengan tie budak skolah darjah dua siap pakai songkok melintang dengan mercun thunderclap and mercun lebah. Pastu pakai anting-anting ala maharaja cina skali dengan labu sayong maka terhasil la maharaja paling hensem di abad ini. Abang Ngah husband kazen I.. Haha. Dia cakap, malu dia kalau tau anak murid dia nampak dia dalam keadaan ni. Kat skolah sikit punyer tegas, skali dekat rumah kena buli dengan kami terus jadik separa retard.
Notakaki : Dorang bukan main judi taw? Cuma main suka-suki jerk... Demi mmenuhi masa lapang and buat kecoh dari pukul 9.00 malam sampai 4.00am sampai kereta polis lalu buyikkan siren depan rumah. Pastu terus I naik hantu and cakap kuat-kuat 'Berenti la polis kalau berani, get a life..!!!' Ceh, nampak berani, tapi time tu cuak jugak kalau polis benar-benar berenti. Dorang nih la, main mercun tak hengat dunia ok?
Raya Ketiga
Pagi-pagi kami semua dah bersiap nak pergi beraya balik hari ke Kampung Kuala Paya, Segamat Johor and Felda Kemelah. Suppose bermalam kat sini, tapi Along (anak buah) taknak pulak. Nak tidur dekat rumah Atok Pahang jugak. Ok ok. Balik hari pun best jugak, nak pulak bila boleh tidur sepanjang perjalanan. LAGI LA TERPALING BEST!
Pemandangan kat tepi rumah Teh dekat kampung Kuala Paya. Damai jerk rasa. Kat tepi tu ada dusun durian, kat belakang rumah pulak ada dusun, rumah tak berpenghuni, kubur lama pun ada. Mungkin hantu juga banyak.
Owh.. Suasana damai yang amat terpaling rindu... Suka la kampung dengan tanah merah. Nampak cool giler.
Lepas makan tengahari dekat rumah teh dan gembira dapat duit raya yang banyak walaupun dah kawen, kami gerak pulak ke Felda Kemelah. Perjalanan mungkin memakan masa setengah jam, tapi I tidur. Tak sedar apa dah. Tau-tau dah sampai.
Kat sini kami disajikan dengan air botol yang giler klasik ni. Dah la macam botol kicap, pastu spelling error yang giler kompiden. Ais Kirim Soda. Hahahaha. Sazli mintak nak bawak balik 4 botol. Giler jakun.. I pun jakun jugak, pasal amek 3 biji buah koko kaler orange yang dah masak. Last skali makan buah koko ialah masa skola darjah 6.
Raya Keempat
Harini duduk dekat rumah jerk. Masak soto, pastu buat sambal kicap pedas-pedas. kalau boleh biar pedas sampai buasir. Baru puas hati. Malam ni, dorang semua sambung lagi main daun. Dalam family kami, kami menggelarkan permainan ni sebagai 'kocok'. Contoh ayat : Jom kocok? Atau, Tak ngocok ker malam ni??
Raya kelima kami pergi beraya dekat rumah saudara mara yang dekat-dekat. Pastu raya keenam balik KL. Fuuuh! Sumpah terasa sangat sunyi.. Rasa bengong kejap pasal dah 5 hari terasa kekurangan oksigen pasal rumah bising giler, tetiba sunyi macam ni... Kebetulan mak dengan bapak balik ke Kedah. Lagi la sunyi..... :(
Ok. Bila dah sunyi, tu yang jadik gedik try guna tong kasik rambut curly. Kali ni kurang sikit dah rupa macam Mek Saidah. Now, Sazli, kau puas hati dengan rambut ala-ala Mimie one Nation Emcee???
Notakaki : Skaters, siap U kalau I tau U pandai-pandai nak ajak Sazli beraya rumah Mimie eh? Haha.
-EnD-
3 comments:
kak sueee!
ta dpat gak jmpa yek rye ari tuh
haishh!
safia blik kl
kak sue lak blik phang
hee:)
sadis btul!
neway , safia ngah final exam neh
d0akn safia yek!
huhuhuh
tkut maaaa!
adesss:(
lamanyer tak tgk ko update blogg.. huhhhhuu... aku x dpt nak menjenguk2 blog org sgt..kene gi course plak sampai jmaat... menciiikkss... happeningnyer raya main kocok!!
safia : takpr la, tadekr ezeki..maybe next time eh? mcm mana exam? ok tak?
filla : ala, ko dah lama tak tgk pon, aku update ada la 2 3 entry jerk.. hehe. gi course selain dr mengantuk tahap cipan, tp ko dpt makan sedap2.. aku tiap2 hari tggu ko dgn entry baru. tp tak blh nak komen la 2 3 hari ni. net mengong sket. mcm nko. eh bukan, mcm aku.
Post a Comment