Thursday, October 1, 2009

Separa Basi

Ok la. Mungkin cerita ni dah hampir separa basi. Tapi takper, pasal nak berkongsi pengalaman nampak macam perempuan retard pasal pakai sarung kaki kaler putih sampai pinggang, I suka rela masukkan juga cerita ni dalam blog I sendiri.

Hari Rabu sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lepas, I berangan jadik bujang sekejap, berbuka puasa dengan perempuan action Nadialyna yang cantik. Kami makan dekat Chakri Palace dekat KLCC. I memang sengaja jerk nak makan kat sini pasal teringin sangat nak makan salad daun kadok tu. Memang terbaik!

Nanti kat bawah-bawah I taruk gambar semua lauk yang kami order eh? Tapi sebelum dapat tengok gambar lauk-pauk yang hebat tu, marila saksikan dulu gambar-gambar kami dan bersedia untuk muntah.

Tetiba terasa macam sebahagian dari Mat-mat bangla dan Minah-minah Indon yang semua macam bersukaria ambik gambar sesama sendiri berlatar belakangkan rumah cartoon KLCC ni.



Taktau hasil siapa, tapi dari hasil pemerhatian serta pengalaman, I rasa ni karya kartunis terkenal, LAT. Cantik sangat tau rumah cartoon ni. I terpana seketika dan lebih menghargai hasil karya orang-orang seni. Kagum kagum.


Nadialyna Wan Hashim Nadialyna Wan Hashim. Ha ha. Sengaja bubuh caption ni supaya lepas ni kalau peminat-peminat nko gugul nama ko, keluar gambar ala-ala senteng ni.


See see, sopan kan? Sesuai digayakan bersama dress atau skirt kalau nak berbuka puasa diluar pada bulan Ramadhan. Kasik nampak kurang terdedah sikit. Ishk Ishk. Buruk benar rupa aku.

Ni la Cakri Palace KLCC. Makan secara buffet pun ada, tapi I prefer ala-carte pasal tanak tamak makan banyak-banyak pastu jadik macam badak air pasal perut kembung macam wanita mengandung 3 bulan.


Ni rupa garpu kalau ada sesaper yang tak kenal. Haha

Ok korang, ni la rupa salad daun kaduk yang buat I angau sepanjang masa.. Nama dia Mieang Kam. Memang sedap giler. Rasa tak setanding rupa yang hina.. Ada rasa macam kuah rojak buah yang kaler itam tu, dengan kelapa parut kasar digoreng, bubuh pulak kacang goreng, bawang besar, cili padi dan yang paling hebat, limau nipis. Dimakan bersama daun kaduk. Memang salute habis pada pencipta resepi ni pasal memang terrrrpaling sedap! Menu wajib setiap kali datang sini.

Makanan lain yang diorder ialah song tam, tom yam udang besar, sotong goreng tepung, ikan siakap stim pastu... haha... Giler banyak, nampak sangat lahap sampai malu giler nak nak taruk gambar. Tetiba malu padahal malas, tapi nak cakap malu pulak.. durrh... padahal sebelum ni tak malu pun. Ngada jerk.

Ni semua yang I tulis dalam bahasa, kalo dalam Thai, nama dia akan jadik seperti Yam Soam Roam, Gung Mae Nam, Ria Muk Chud Peng Tord! Ha, hamek kau! Bersepah air liur masa nak order. Last-last tunjuk gambar jerk. Muahahahahah.

Ok, untuk kemudahan semua, kalau nak tengok menu, sila la lawat ke sini eh? Hebat la website dia, ada menu siap boleh selak-selak macam buku dan I terus jakun macam baboon. (Sampai sekarang tak reti nak buat link. Haha)

www.chakri.com.my

So, kalo terasa macam nak tengok apa foods yang dia offer, check dulu website dia, order awal-awal, kasik kad kredit number as gurantee, pastu sampai-samapi terus makan, tak payah tunggu lama-lama dan paling hebat, bila orang sebelah meja dengki pasal dia datang dulu, tapi korang yang dapat makanan dulu. Cool kan?

-EnD-

6 comments:

Filla said...

comelnye pakai stokin putih sampai pinggang..kalo dress ko atas dari pinggang pakai ngn stokin tu lagi comel..auwwwwww...
oit caner nak makan daun kadok tu? buat ala2 makan sirih yek? x reti aku? kene gi ngn ko ni.. pastu ko tlg buatkan utk aku..aku tinggal nak ngap jer..buley?

nadialyna said...

order and makan cam gaban ok haritu..haha.

retard pejadahnya pakai stoking? ok adala cam anak patung size baby yg aku ada time dulu2..dress pun ada skit2..

usihh bila plak aku eksyen mehh?? alfinnatun asyadun minalkhat

*amik kau..ingat aku tatau bahasa arab? (salah eja pastilah kan)

Chooyaya! said...

filla : ha... buat yang ala2 mcm sirih tu la.. sedap giler babi la. wa cakap lu.. ok ok no prblem, ko dtg ampang bgtau aku.. hell bebeh! <- tetiba hell. mcm senteng jerk. huahuahua.. aauuuuuuuu

nadia : ha ah, tp malam tu ko makan cm sikit jerk.. kenapa ntah. mungkin ada wayar terganggu sikit. aku ckp ko action ker? ala, sajer2 jerk nak fitnah ko bulan2 raya ni. hobi.

shooter said...

sape penasihat fesyen ko ni weihhh???? sila pecat dia segeraaaaaaaaaaaaaaaa.......

ble nak tukar tajuk blog ni? tak seswai tak name choyaya...patut makan hingga pengsan.

Selamat hari raya

Anonymous said...

Bravo, me parece, es la frase brillante http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ comprar cialis Vi suggerisco di visitare il sito dove ci sono molti articoli sul tema che vi interessa. [url=http://nuevascarreras.com/category/cialis-generico/ ]comprar cialis sin receta [/url]

Chooyaya! said...

anon : apa da ko merepek. but, what ever it is, i take that as a compliment. anyway, english please!