Thursday, September 17, 2009

Sambal Air Mata, Lempeng & Sambal Tumis Ikan Bilis

Ok, kiter bertemu lagi dalam rancangan masak memasak bersama Cik Puan Muda Suraya. Ceh tetiba jerk Cik Puan Muda, dasar perempuan kaki berangan! Hari ini Cik Puan Muda akan menunjukkan awak orang semua untuk memasak masakan yang sangat mudah, bisa meluluhkan jiwa dan menitiskan air mata serta sedap yang amat.

Tu pasal nama masakan ni bertajuk Sambal Air Mata. Uniknya resepi ini, kiter boleh mempraktikkan pada pelbagai jenis bahan untuk menjadikkannya lebih kretif, hebat, mantap dan kental. Tetiba kental. Bodo.

Sambal yang Cik Puan Muda akan tunjukkan sebentar lagi boleh dipelbagaikan resepinya. Kita boleh menggunakan telur ayam, tapi telur dinasour tak dibenarkan yer? Ayam, Udang, Ketam, Sotong, Ikan,Ikan bilis mahupun sayur sayuran.

Sekarang sila sediakan pen dan kertas. Ada lagi ker wei zaman sekarang ni orang nak salin resepi macam ni? Padahal boleh tengok kat internet jerk. Haha. Dah la, malas nak merepek panjang-panjang, karang Pawie perli-perli I dalam blog dia cakap blog I ni stereotype la, intro 100 patah perkataan la, banyak perkataan makan dengan makanan la.. Malas..

Tapi dalam malas-malas tu, tetiba termerepek panjang jugak. Haih. Haha.

Ni bahan-bahan utama. Bawang kecik, bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, air asam jawa, gula, garam dan sedikit penambah perisa serta setitis dua kicap. Yang dalam gambar ada 2 bijik jerk lada tu pasal masa ni I dah tumbuk cili, baru nak amek gambar. Lada tu pulak terpaksa dikeluarkan pasal bapak tuduh I nak bunuh dia masak pedas-pedas. Haha


Ok, mudah sahaja. Semudah ABC. Tumbuk cili padi sampai separa lumat, pastu masukkan la segala bawang mawang semua tu. Kalo suka, bley bubuh halia sikit. Kalo tanak pun tak per. Ada aku kesah? Eh. tetiba macam Azwan Ali plak. Kalo nak lada tu cepat lumat, masukkan la garam, or kalo nak rasa hebat, boleh masukkan belacan sikit. Tapi I kekadang suka belacan, kekadang tak. Macam lalang. Tak ada pendirian. Ntah hapa hapa jerk.


Pastu tumis la... Kalau taknak terasa pedas sangat, tumis lama-lama sikit. I tak suka tumis lama sangat, cukup sekadar masak jerk, pasal nanti tak pedas, dah tak jadik sambal air mata lagik, mungkin jadik sambal air mata di Jakarta atau hapuslah air matamu wahai sambal. Kalo nak rasa mengada, bubuh la sos tiram barang sesudu kecik.

Pastu, three.. Hehe. Tak la, gurau jerk. Pastu dalam kuali yang lain, goreng la dulu menda-menda yang nak masak dengan sambal tadi. Ketam ker, ikan ker, telur ker, sotong ker, udang ker, zirafah ker, beruang koala ker, ikan jos ker. Ikut suka hati. Janji semua tu potong ikut suka hati lalalallala, pastu masukkan garam dan sedikit kunyit untuk warna oren. Bukan kuning.

Ok, ni la rupa lepas goreng. Takyah la garing sangat. Sekadar manja-manja jerk goreng. Nyampah! (Buat gaya macam si sudin eh?)

Taraaa.... Ni la hasilnya selepas kiter tumis sambal tadi, pastu masukkan la segala tok nenet garam, gula, kicap setitik dua (jgn banyak sgt kicap tu), air asam jawa dan serai yang dititik. Pastu sebelum angkat, masukkan la bawang besar yang dihiris.

But

But

Kenapa tadi goreng ketam tapi ni tetiba jadik udang pulak? Haha. Paasaaalll...... Yang ketam tu, tak sempat nak snap gambar, tukang masak dah pengsan pasal balik-balik dari kerja dah berperang kat dapur nak masak sambal tumis la, lempeng la... Ni udang masak keesokan harinya.

Bila Sazli tanya, 'sayang, harini menu apa?' I cakap sambal udang air mata. Pastu dia cakap, wah.. Dah 3 hari makan sambal air mata, jangan jadik Selamat Kasim dah. Eh silap, Kasim Selamat dah. Haha. Tu la nkorang, tekak I ni, nak makan yang pedas2 jerk, kalo tak tak selera nak makan... Kalo pedas-pedas macam ni laju jerk makan.


Sedap dimakan dengan nasik ulam jugak. Resepi cuma berjaya separuh jerk, takat bumbu-bumbu jerk pasal bila tanya mak mertua, daun apa nak isi dia cakap dia taktau apa nama, tapi dia tau rupa jerk. Haha.


Okey, seterusnya resepi sambal tumis ikan bilis. Haha. Ngada jerk nak kasik resepi sambal tumis, padahal semesta alam reti nak buat sambal tumis ni ha. Cuma, I prefer kalo sambal tumis I tu kalo kaler dia merah hati sikit pasal kasik nampak selera. Nak kasik dia merah macam tu, kena masukkan gula awal-awal.

Bawang kecik, bawang putih, cili kering, belacan bakar diblender. Tumis sampai naik minyak macam lembu metador. Pastu masukkan la gula, garam, serbuk ikan bilis atau serbuk perisa, jangan masukkan serbuk dadah ker hapa . Last skalik masukkan ikan bilis yang direndam, asam keping and bawang besar hiris. Siap!
Enak dimakan bersama lempeng mengada yang tak sedar diri nama lempeng tapi ada hati nak bubuh bahan moden lain dalam dia seperti butter, telur dan jugak serbuk lada putih. Haha
Pastu blender. Blender tu bukan apa, nak kasik dia halus.. Jangan panic kalau bancuhan cair pasal tu trik jerk tu, nanti bila dah goreng, molek jerk.
Ok, dah siap. Tak yah la hangus-hangus sangat, nanti rasa pahit
Taraaaa..... Sambal tumis ikan bilis dan lempeng! Padahal sambal I punyer la menyelerakan. Tapi pasal guna handphone hina ni, terus gambar buruk.

Kesudahannya haritu, lepas berbuka, I dah tergolek macam badak sumbu pasal makan lempeng 2 keping, siap makan nasik pulak pasal tak tahan tengok sambal air mata ketam. Muahahahahhahaha.

-EnD-

4 comments:

SexyHippo said...

Tanak beli henfon baru? WAHAHAHAH.. Serious weh, gambar bawang-bawangan u tu sangat la di awang-awangan. Eh, rhyme.

wanchoc said...

Hahaha..yg sambal ikan bilis tu mmg menu wajib kteorg.Smggu 3 4 kali.Sian btol.Muka pun dh cam ikan bilis.Cisss.Tp pasni bleh try sambal mencurah air mata tu pulak.Tp slalu xsempat mkn dh meleleh air mata.Sbb cili msk mata ms tumbuk.Huhu..

Filla said...

ko mmg suker bg haku pening..mual..skt kepala sumerlah..aku dok pikir masak ketam tetiba result kuar udang...baru nak tanye.. ko dah xplain..menci tau!! pastu sambal tumis ikan bilis aku suker..tp laki aku spesis aper tah..ikan bilis kalo lembik dia tak leh..kang bila telan dia rasa geli2 kat tekak..ko leh terima tak lelaki cam ni?? huaauua..sbb dia bagi aku present.. so aku tetiba jek boleh terima..hahahah.. nak ajak aku dtg umah? boleh.. email aku..auwwww...

Chooyaya! said...

nadiah : tanak. i mmg pencinta barang olskul... hehe. mana lagi best, henpon baru atau raya kat kl eh? :p

wan : eh, sama la! ko biar betul wan, kerja-kera menumbuk sambal dilakukan oleh orang perempuan tau? tapi kalau u tumbuk sambal jugak, i nak kawenkan u dengan adik i. mau?

filla : laki ko ni nampaknya cerewet bab makan. laki aku senang. tala la apa kat dia, semua telannnnn. tadek hal. filla, ko nih, aku soh ko email aku, ko plak soh aku email nko. dah lama aku email dulu tanya pasal frame, ko bukan nak layan. haha. ok ok aku email. dtg raya umah aku tau?