Uish.... Terasa minggu ni punyer Monday la yang I paling bizi's skali. Masuk-masuk kerja, terus menggelupur bukak Outlook, pastu bukak blog. Pastu macam haper jerk dok klik-klik link yang ada new entry. Tak menyempat-nyempat ok? Rasa menggeletar buah pinggang takot tertinggal sangat update baru dari kawan-kawan. Haha
Pastu dalam kepala dok fikir, macam mana la kebun-kebun dan restoran dekat FB. Tapi oleh kerana tak sabar nak update berita baru dekat blog yang dah bersawang ni, meh I cerita serba sedikit pasal apa yang berlaku pada I lately...
2 minggu lepas, I diserang sakit kepala yang amat sangat yang kalau rasa sakit tu terasa macam nak membunuh binatang bewarna kuning atau hantuk kepala kat dinding. Pastu ditambah pulak dengan sakit belakang yang rasa sakit dia macam nak datang bulan. Tau tak macam mana? Tapi yang ni double punyer.
Sakit kepala tu sampai kalau perati betul-betul kat kepala, boleh nampak kepala berdenyut-denyut. Mood tunggang langgang, yang menjadi mangsa semestilah suami tersayang yang kalau I pegang talak tu, dia mungkin dah duda 40 kali. Hehe. Terima kasih kerana jadik suami yang sangat penyabar. I love U sayang :)
I biasa jugak sakit kepala, tapi biasanya kalau terlalu panas. Rambut I jenis tebal, so kalau panas, lagi la terasa bahang dalam kepala. Maklumlah, I kan orang kampung yang tak sedar ke diri. Dulu kat kampung selamba jerk jalan kaki pergi sekolah tengah hari rembang, tapi sekarang asal panas sikit, mula la pening kepala.
Oleh kerana dah tak tahan, I ajak Kak Tonah teman I pergi buat check up kat Pusrawi. I yang berangan kunonnya mengandun ni pasal pening kepala, tiba-tiba terasa macam sedih bila doktor cakap, I ada sintom sakit otak or sakit saraf..
So, I pun buat la appointment dengan Dr. Neorologi di Pusrawi bernama *lupa, Abu menda ntah, yang seorang lelaki, kelakar nak mampos (nasib baik kau agak tua, kalau U seorang yang muda dan kacak, sumpah I buat-buat pengsan depan U supaya U boleh dokong I, haha). Dia check la blood pressure semua, telek sana telek sini pastu dia decide untuk buat EEG Scan and tengok result macam mana, kalau tak ok kena buat CT Scan pulak.
So, I pon Mc la on Thursday untuk buat test ni...
Macam ni la lebih kurang gambaran untuk buat EEG Scan. Tapi nurse dia takla hot macam ni. Nurse yang buat test kat kepala I tu dia pakai tudung kaler biru macam pengawas skolah. Perasaan? Ok, sekarang I terasa macam salah satu watak dalam Hollowman. Tak rasa apapa pun masa ni, rasa sejuk jerk pasal dorang letak gel dekat wayar tu. Tapi sebenarnya sedih jugak, manalah tau turn out result macam gampang?
Ni ntah EEG result saper-saper ntah yang I mandai-mandai tarok. Mine is not like that, ada la gigi-gigi di awal tu, tapi dihujung wave macam tonggang langgang. So result EEG : Not ok. Next kena buat CT Scan. Allah... Takotnya masa ni... Terus Sms Nadia & Yatie untuk buat wasiat awal-awal. Haha
Doktor yang buatkan I untuk CT Scan ialah kacak. Tapi pasal cuak, tak jadik nak berlakon pengsan. Haha. Dia kepit kepala I dengan span menda ntah. Pastu masuk dalam terowong ni. Tapi bahagian kepala jerk. Seram seh! Mula la kepala hotak mereng ni fikir, macam mana kalau tetiba menda kaca tu pecah pastu I mati macam dalam cerita Final Destination?
Ni la rupa CT Csan punyer machine. Machine ker? Ntah. Tapi macam ni la lebih kurang bentuk dia. Tapi yang I buat tu, terowong dia panjang. Yang ni macam kontot sikit. Doktor tanya, I mengandun tak, pasal kalau mengandun tak boleh buat CT Scan ni.
Nak tunggu result makan masa sejam. Lepas tu I paksa Pawie datang Pusrawi teman I lunch sambil gossip-gossip pasal manusia yang sering dengki pada dia. Skali I dapat call dari Nurse, suruh I naik ambik result.
Macam ni la lebih kurang result dia. I got a very healthy brain. Cuma ada pressure jerk sikit bahagian depan kepala kerana rupa-rupanya mak ada migrain nyah! Bila cuaca hujan panas, ada masalah kecik yang suka besar-besarkan, tu yang jadik pening kepala dan dapat sakit ni.
So, sekarang I still under medication. Alhamdulillah takde apapa. Stakat migrain jerk. Syukur sangat... Balik tu, terus Saz buat solat syukur pasal isteri emo dia ni takder apa-apa. I pulak suka-suki ajak anak buah tengok wayang pasal malas nak balik rumah pasal takder orang kat rumah. Hehe.
Kata Intan, I nih dah la sakit, tapi belagak pulak tu. I jenis manusia yang tak suka orang kesian dekat I. Pastu I tak suka orang tanya-tanya I. Ok ker? Sakit tak? Rimas. Kalau I nak share, I akan carik orang untuk share. Biasanya Yatie & Nadia jerk la.
P/s: Ni nasihat nak kasik sikit. Kepada sesiapa yang ada sakit-sakit kepala tu, pastu tangan kebas, mata kabur, cepat-cepat la buat check-up. If ada apapa dapat la kesan awal kan? Berubat awal, InsyaAllah akan jadik sihat dan dapat hidup lama dan boleh memberi kebahagian kepada orang lain :)
-EnD-
11 comments:
Alhamdulillah akak xde sakit yang teruk....migrain masih boleh diubati kak...jgn lupa makan ubat okeh?get well soon kak sue!!!
ish ko ni..sib baik ler migrain biasa jer... patut ler mengidam ko nak makan KFC kan?? tp kfc alamanda jek!! huahahah..... wat saspen kol aku maghrib2 aku tgh syok layan the biggest loser!!
liyana : haritu nampak kaksu sihat jerk kan? so maknanya tidak sakit lagik... :D
Filla : tu la, mmg saspender jugak la... aku pon ingatkan aku nak mati tau? aku dok fikir, saper la yg dok putrajaya. pasal aku ngan saz and mak aku dah tawaf satu alamanda nak carik kfc ok? aku ngidam. tp ngidam yg jenis tak ngandun.
kaksu: eii agak mgerunkan bila baca serta tgk mesin2 itu sume...sian kaksu..mesti sakit sgt kan...
hmm..sy pn slalu sakit hati..eh silap sakit kepala...hmm..tapi tak suka sgt pi klinik...mmg tak mahu...tgu org bawakan...hahahaah
ape2 pn akak jaga kesihatan...hehehe lap u...muahxxx
alhamdulillah.. seb baik takder menda.. tapi horror jugak kan kalau dah dr suh wat test macam2...
but then agree.. kalau sakit pape.. baik cepat2 pegi spital check kan..
diha : musti la sakit, tp kaksu setendet la, sakit macam mana pon nampak serupa mcm tak sakit jerk... bila kaksu dah sakit sgt,kaksu rela dibawa ke hospital. tu maknanya sakit dah tak main2 la tu.. diha pon jgn selalu sakit2 hati jugak, nanti migrain mcm kaksu :(
lenny : ha ah, kalau sakit apapa, lekas2 pergi check. jgn dibiarkan melarat... tp kalau tak horror rgk mesin2 tu, sumpah otak mmg kompem sakit la
oh sudah lame tidak berkuman kumin bsama kak sue. ;
semoga cepat sembuh.
amin
NADIA : yerla, nadia bizi menjadik isteri.. kaksu faham.. dulu2 pon kaksu mcm tu jugak :p
suraya kita pernah jugak kene scan otak ni...masa tuh suspek ada tumor kat kepala hotak kita...seram mak nok!!!!!!!!!seb baik clear....kita lebih truk kene dari awak...mata kita ni double vision tau tgk semua benda nmpk dua...takut tau!!seb baik lpas sbulan dia baik..tuh pun gi jumpa bomoh sbb dr tak dapat pastikan sakit apa?
uhuh. yeke. tp sedey. suami jauh di mate. hari2 duk meroyan :(
keary : ishk, lagi teruk eh? mcm ni pon daht erasa seksa.... kiter tadek la smpi double vision, tp kabur jerk la.. mcm mimpi dalam mimpi vision dia tu.
nadia : aik, rizal dok mana sekarang?
Post a Comment