Tuesday, January 19, 2010

Ciken Cop + Air = RM5.00++

Hari Jemahat lepas, waktu rehat panjang, I dengan Intan makan dekat Jaya Jusco Wangsa Maju. I suka tempat ini kerana semua kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC juga suka akan tempat ini. Masa sampai, I tak set dalam kepala nak makan apa, tapi bila lalu dekat The Egg House, terus rasa menarik pasal Ciken Cop + Drinks only for RM5.00++

So, terus la I order. Walaupun Ciken Cop ala-ala kadar jerk dengan fries yang malu-malu kambeng dan jugak tomato yang kurus tu, tapi I redha jerk makan. Ala, kenyang jugak per? Saper nak jual set makanan yang murah giles macam ni?

Tak silap I, ada 3 4 pilihan la jugak. Ada nasik goreng pattaya dengan don buri ker menda hentah. I dah lupa. I pilih ciken cop dengan black papper gravy, Intan pilih mushroom. Lepas tu sebok-sebok nak mengecek I punyer pasal dia punyer kurang sedap.

Kejam kan coleslaw dia? Ciput jerk. Dah la fries nampak macam pemalu. Size seperti tidak sekata sahaja

Tapi ok la kan? Dengan harga yang murah ni, I rasa ianya worth it. So, jangan lupa ramai-ramai datang makan dekat The Egg House. Apa kaitan Egg dengan Ciken Cop pon I tak tau.

Akibat terlebih makan leher ayam terus jadik senget

Motif pose sopan?

Lepas makan dekat sana, I pun mencarik desert. Apa lagi? Semestilah Choco Top McD. Tapi I rasa McD tidak bersifat adil dengan I bila dia kasik I eskrem yang ketot dan pendek, pastu Intan punyer besar. Memang tak aci!

Beza kan? Intan pandai tau? Bila nampak eskrem yang budak tu hulur pendek macam dia terus dia hulur dekat I.

Sampai sekarang haku tak puas hati..!!

Sekarang ni I terasa macam waktu terlalu pantas meninggalkan kiter. Cey! Tetiba bunyik macam sastera tingkatan lima. Jumaat ni I nak ambik cuti. I nak membuat sesuatu pada rambut I. Tapi sampai sekarang taktau nak buat pesen apa. Kalau suami baik hati dan nak sponsor, maybe I nak perm.


-EnD-

3 comments:

Didi Nadhirah said...

tghari2 buta ni nampak chicken rm5 lapornyee

ilya&fahmy said...

i slalu gak gi jusco tu..tapi i igtkan restoran tuh jual makanan yg berasaskan telur sahaja..haha..nama restoran adalah mengelirukan pelanggan T__T

Chooyaya! said...

didi : memang sengaja post time lunch supaya semua orang jadik lapar

yaya : memang, dulu pun i keliru jugak. tp bila dah masuk, nampak menarik. apatah lg pasal makanan kan? tambah menarik.