Tuesday, January 19, 2010

Kesian Along...

Ishk, ngeri tengok gambar yang Along MMS pada I kelmarin... Kata Along, memula dia kena macam bisul. Pastu dia pergi hospistal, doktor cocok la nanah dia kasik keluar. Esoknya dia sakit lagi, kali ni doktor tahan dia dekat ward pastu buat operation.

Rupa-rupanya tangan dia kena infection. Yang magic giler bila doktor jumpa tulang ikan dalam tangan dia tu. Tu yang penyebab sampai bernanah teruk. Atok dia kat kampung risau sangat la... Memula kata Atok dia, 'Along ni la agaknya ada raba-raba makwe Along kot...., tu yang tangan sakit tu.' Haha. Sampai kesitu Atok fikir.

Tapi bila fikir balik, dengan kerja Along yang keluar masuk hutan, pastu pumping tengah-tengah jalan, mungkin jugak masa tu tulang tu masuk dalam tangan dia. Wallahuahlam... Taktau la apa, tapi mintak-mintak la di jauhkan dari perkara-perkara yang melibatkan sihir-sihir ni. Kalau orang-orang tua cakap, sakit ni sakit sumpit beras. Apa entah kena mengena dengan beras pun I taktau. Yang pasti, bahaya.

Oh, lupa pulak nak bagitau.. Along ni anak saudara I yang sulong. Anak Kaklong. I jarang cerita pasal dia pasal dia. Eh jarang ker tadek langsung eh? Hehe. Pasal jarang berjumpa dengan kami semua. Dulu dia masuk Maktab Tentera Darat dekat Johor. Lepas grad, dia kena transfer dekat Taiping. Sekarang dah dapat Leftenan. Leftenan Aliff Izzat bin Rahim. Cey!

I dah cakap kat dia, nanti dia kawen I tanak datang pasal masa I bertunang, nikah, kawen SEMUA dia tak datang pasal tak dapat cuti. Dah la masa Atok lelaki dia meninggal pun dia tak dapat balik. Kekadang I rasa macam tentera ni agak kejam jugak la. Strict tak kena tempat. So semenjak dari tu, I benci tentera!

Ngeri. Along kena pulp infection. Tapak tangan bernanah bila ada menda asing termasuk dalam daging tanpa disedari.

I dengan anak-anak buah. Bila anak buah sama tinggi dengan I, maka I terasa I tua. Along dengan kazen-kazen dia. Baju merah tu Ayiel & pakai tudung tu Wanie...

Sayang Along! Lekas sembuh eh Along? Ceh. I tau ini stok gambar buat gf Along jeles ker haper ntah. Hehe.

Sekarang Along dah di transfer ker Pusrawi Jalan Tun Razak. Senang Mama dengan Babah dia nak datang tengok-tengok. Dekat Perak sana bukan ada saper yang jaga. Along ni senteng sikit. Kalau bab makan, tadek pantang larang. Semalam Atok dia nyaris pengsan bila Along cakap sampai rumah Mama dia, dia nak makan 3 biji telur goreng. Haih!

-EnD-




3 comments:

:: Miss Naddy :: said...

kaksu: eii ngerinya tgk..ermm apakah sbb jadi mcm ni..bendasing apakah???

searchingforrainbow said...

my gosh kak sue...takut pulak farah tgk tangan dia...so pengajarannya jgn masuk hutan atau makan ikan.kan?hehehe..apa jadi dgn tangan dia sekarang kak sue?

Chooyaya! said...

diha : mmg ngeri, tgk live lg ngeri. tulang ikan halus masuk dalam tangan dia tanpa sedar. taktau mcm mana blh masuk

marimencarikpelangi : pengajarannya jangan suka raba-raba. tu ketulah tu, tu pasal jadik mcm tu... sekarang tgn dia baru pas operate, bila luka sembuh kena tampal daging peha kt situ. replace sel kulit yg dah mati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...