Thursday, January 21, 2010

TAG Gay Or Less dari Diha

Ni Diha tag I minggu lepas. Akibat dari diri I bizi, I hampir terlupa. Tapi pasal harini I kurang bizi dan I tak terlupa, maka I buat.

Andakah anda rasa anda HOT?
Taknak Hot. Pasal neraka tu Hot. Jadik, I nak cool macam eskrem mat cool.

Upload gambar kegemaran anda.. Cerita pasal gambar


Terasa disayangi oleh anak-anak buah walaupun ketiak bau epal masam dan hanget sikit-sikit la, tapi Kaseh dan Sasha redha jerk cium I. Padahal gambar ni I yang paksa dorang cium. ‘Lekas cium Makcik kalau nak eskrem sedap’. Pastu mereka cium tapi tak berani buat muka pasal nak eskrem sedap. Yang biasanya I punyer eskrem Walls, mereka punyer hanya eskrem kelapa beli seposen sebatang dekat jiran depan rumah kat kampong. Nama dia Maklong. Dia orang Kedah. Lepas tu dia anak lelaki nama Mat Rapi. Ko kenal? Diam ah Suraya!

*Sila tengok muka Sasha yang macam biatch bajet hot tapi pakai baju tidur kaler biru gambar itik retard.

Bila kali terakhir anda makan pizza?

Last skali masa dengan Kaklong, Intan & Kak Tonah. Lepas tu takder dah. Mungkin takder dah atau mungkin lupa. Pilih la nak jawapan yang mana satu. Tak kisah.


Lagu terakhir anda dengar..


The Show – Lenka. Yang bila keluar iklan Ugly Betty dekat Astro boleh nyanyi kuat-kuat kalau boleh kasik jiran sebelah rumah dengar pastu poyo-poyo dekat Saz I pandai nyanyi lagu ni. Yang buat muka poyo habes sambil cebik-cebik bibir pastu Saz buat muka tadek perasaan dan enggan melayan. Dengki la tu. Dia tak pandai nyanyi lagu ni.


Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?


Dengar lagu raya dari Sanisah Huri yang sedia ada dalam folder lagu. Pastu Intan perli-perli tulis status dalam FB dia, cakap terasa macam raya pasal colleague pasang lagu raya. Sambil tu pandang cermin pink dekat depan ni dan berlatih senyum paling manis untuk dihadiahkan pada suami balik karang. Balik karang nak try senyum sambil kedip-kedip mata banyak sikit. Bajet cute. Mana tau dia kasik duhet lebih nak buat rambut esok? Amin….

Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?


Biasa dulu orang panggil I Siti Nurhaliza. Haha. Tak. I tipu. Tapi bila orang tanya nama I saper, I musti cakap nama I Siti Nurhaliza. Tiada alasan. Sengaja jerk. I suka tengok reaksi muka orang bila I cakap macam tu. Kat kampong orang panggil Dik Cik. Pastu ada sorang Makcik ni nama dia Mak Wek, dia panggil I Bedot. Ok. Sedap sangat nama tu. Tapi bila mood dia riang gembira seperti hari raya, dia panggil I Jabedot. Ok. Kretif sangat dah tu.


Tag lagi 8 orang. Kena eh? Ok Ok. nak tag la ni


1. Yatie
2. Pawie
3. Intan
4. Kak Tini
5. Filla
6. Wan Nadiah
7. Nadia Bayu
8. Liyana

Siapakah orang no.1 kepada anda?

Posmen. Eh tak. Dia kawan baik yang selalu suka kongsi duit claim sama-sama. Gigi dia besar.

Kata sesuatu mengenai orang no. 5

Tak elok mengata orang tengah mengandun. Berdosa.

No. 3 ada hubungan ngan siapa

Hubungan terlarang ker apa ni? Saya memilih untuk tidak mahu menjawab soalan ini bagi mengelakkan sebarang kontroversi. Cey! Macam jawapan dalam newspaper pasal rasuah sex curi pasir.

Bagaimana pula dengan no. 4

Owh, ni pemilik telur dadar hensem ni. Otai masak. I selalu cakap dengan dia dalam telefon lama-lama sampai dia kena charge handphone 4 kali.

Pesanan kepada orang no. 6

Sila carik kerja tetap dan kuruskan badan. Haha.

Kata-kata cinta untuk no. 2

Pehal pulak nak kasik kata-kata cinta dekat laki orang? Haha

Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?

2 2 makan nasik.

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda


1. Kawan baik Bunga
2. Seorang pensyarah
3. Bf dia tinggi
4. Down to earth
5. Semua diatas. Haha.


Persamaan antara kambing ngan lembu?

2 2 tak boleh kawen dengan ayam

Perasaan anda buat tag ini

Gembira tak terkata

Adakah anda tahu si Razman itu sengal?

Sengal-sengal badan ker apa? Kenapa tak pergi urut?

GAY or LESS??

Pondan

Ok. Dah siap! -EnD-

11 comments:

Naddy said...

yesshhh akhirnya berjaya jugak kaksu buat..ahakssss...muahx....sy pun kene tag jadi sy nk smua org pun kene tag..ahahahaha

Mimy Hamid said...

wakakak..jawapan tak leh blah la ko ni..adoii ada jekk

SexyHippo said...

Kuruskan badan yeah! I nak kawen dah babehhhhhhhh!!! YEAY!!!

Chooyaya! said...

diha : dah haritu tadek ekrja sgt, kaksu buat ler.. yg kaksu tag tu, mmg haram la dorang nak buat. hihi

mimy : tu jawapan ikhlas tu.. hihi

nadia : yer la tu nak kawen. pesal reunion tak join? jahat ok?

Anonymous said...

hai kak su..

i m ur silent reader..
suke ah tgk kaksu..
happy jer..
btw,kaksu ad sket2 mcm ayu raudah..
tak bodek tw..seriyes ckp nie..=)

Chooyaya! said...

anon : ayu raudhah? *malu

SexyHippo said...

Siyes. I tunang sabtu ni. Hari tak datang pasal kuar ngan bakal suami la. Ade wedding kat seremban.

SexyHippo said...

Siyes. I tunang sabtu ni. Hari tak datang pasal kuar ngan bakal suami la. Ade wedding kat seremban.

Anonymous said...

ye kaksu..
cun cam ayu raudhah..=)

Anonymous said...

ye kaksu..
cun cam ayu raudhah..=)

Chooyaya! said...

Nadia : serius ke nad? kenapa i antara percaya dengan tidak jerk ni

anon : yer la yerla.. haha