Monday, January 25, 2010

Sayang Sangat Dekat Buah Ini Tau..???

I tipu. Ni bukan limau mandarin, tapi ni limau orange. Tapi pasal cuma gambar ni jerk yang senang nak download dari internet, jadik I bubuh jerk la gambar buah ni. Tapi sebenarnya I nak cakap pasal limau mandarin. Tapi macam mana rupa limau mandarin tu, pandai-pandai la korang bayangkan sendirik eh? Berapa banyak tapi da....

Korang pernah tak makan limau mandarin sampai cirit yang dah tak keluar apa kecuali air dan sisa-siasa limau itu sendirik? Pastu sekali makan sampai lapan kalau boleh, lepas tu seharian makan limau jerk... Tak makan menda lain.

Hikhik. I pernah..!! Errk... Bukan pernah. TETAPI setiap kali musim raya cina, macam tu la habit I. I rasa Raya Cina kali nih I taknak dah buat macam tu. Pasal sakit giler kot kalau berak? Sampai pedih jubur siot. Tapi haku nih jenis tak reti bahasa, selagi buah tu ada depan mata, selagi tu la menghadap menatang tu. Sampai habes!

Pastu nak tau macam mana cara makan dia? Kupas, pastu sumbat bulat-bulat geget macam tu terus. Tadek maknanya I nak makan seulas-seulas. Dasar rakus dan penrogol limau mandarin. Hakhak. Sengaja gelak hakhak pasal biar nampak poyo macam orang mabok oren. Tapi peringatan, I suka limau mandarin sahaja bukan limau-limau jenis lain. Cey! Memilih tu!

Dulu Yatie selalu marah dekat I pasal kompem sakit perut yang sampai tak boleh nak bangun pergi kerja pasal habit memakan buah oren yang sumpah memang payah nak bendung ni. Hari Jumahat haritu office dah start bagi buah oren ni pasal dapat dari buyer company. Dalam kereta jugak I taram 6 bijik dengan bergayanya.

Bila semalam keluar dengan Linda+Hadry dengan Sazli dekat The Curve, tetiba I rasa panas perut and tak selesa. Tetiba hari ni baru I ingat, I dah belasah limau banyak giler masa hari Jumaat. Nampaknya perut I dah imune sket dah ni. Dah makan 3 hari tapi relex jerk. Bagus.

Karang dalam kereta boleh makan lagi lapan. Ok. Bye.


-EnD-

6 comments:

ktini said...

smlm g the curve??? sama aar... naperrlaa kita x terserempk kt sana.

said...

buah utk diet ek kak su?

hehhehehe

Teja Evalea said...

ade jugak org habit yg serupa dgn aku huhu,,, tahukah anda, limau kaya dgn vitamin C n boleh mgelakkn jgkitan skurvi??huahua

Filla said...

masa peknan Acih dulu raya cina aku mmg gasak gak limau nieh..hahah... nasib anak aku tak kuar kaler oren!! peknan kali ni raya cina gak..tatau ler aku suker ke tak..tp peknan elok mkn oren.. eh tak peknan pon elok..cuci prot sket...

Liyana said...

kalo makan oren banyak...leh lawas tau kak sue sbb bila sakit perut kompem masuk jamban!wakakakaka...

Chooyaya! said...

ktini : La... Kaktini ada jugak kat sana ker? kebetulan eh? Rugi tak call... Kalo tak boleh jumpa kejap.

Yanie : Tadek maknanya diet. Tu suka pasal dapat free

SlapMe : Ada eh? haha. Hi Five!

Filla : Patut Acih ada muka amoi2 sikit. Ko suka makan oren rupanya. Kalau aku makan oren awal2 tp pretnen lg 2 tahun kira aci tak?

Liyana : Lawas pon kalo sampai pedih jubur tak guna jugak. hehe