Wednesday, January 20, 2010

Telur Dadar Campur Taugeh Yang Sedih Lagi Hina

Kehadapan Kak Tini,

Sekarang boleh bagitau Su kenapa Kak Tini punyer telur dadar campur taugeh sangat hensem memikat jiwa dan bewarna keemasan sedangkan Su punyer nampak sedih dan seperti apa sahaja?

Yang Kak Tini buat


Yang Su buat. Haha. Bodonya rupa dia ni.. Alololo shian....
Adakah kerana Su goreng tak cukup garing atau pasal Su memandai-mandai bubuh bahan-bahan lain seperti daun sup dan cili padi dan juga bawang atau kerana kuali Su leper? Yang mungkin jugak kuali itu sesuai dibuat pancake, bukan telur dadar gemuk hensem macam Kak Tini buat?

Atau mungkin faktor pinggan jugak menampakkan lagi kehinaan telur dadar Su? Mungkin selepas ini kena tukar pinggan hijau kepada pinggan biru supaya warna nampak lebih menarik.

Takper. Su takkan putus asa. Pasal bila Sazli makan, dia cakap sedap dan request suruh buat lagi. Su bangga jerk walau hasil tidak seberapa sangat sangat. Haha. Bladihel.

-EnD-

7 comments:

Filla said...

ko ni giler taugeh ke? aku tak suke taugeh! tp kalau ada aku ngap jer...

Didi Nadhirah said...

taugeh banyak khasiatnye

Naddy said...

ye kene tukar pinggan itu kerana telur dadar itu tenggelam dek pinggan itu brwarna ijau...padahal ianya juga kehijauan ala2 kehinaan alam semulajadi..ahaksss takpe kak,,cik abg da kata sedap..ok la tu..yang penting rasa...heeheheh

sila pakai pinggan pink selepas ini..apakah???

fendytini said...

itu teknik gmbr jerkk sue.. sama mcm kita kalo bgmbr camner nk ks nmpk kurus hahahaaaa... kalo nk nmpk telur dada gemukk mungkin blh guna kuali biasa kot & ktini lipat dua telur tuh (cheating :p )hahahaaa.. sue comel!!!

Chooyaya! said...

filla : aku suka-suka ayam jerk la.. tengok pada mood, tp bila makan dengan telur dadar macam ni best pulak

didi : khasiat taugeh kurang pasti pulak... ada khasiat ker?

diha : pinggan kaler pink tunggu diha kasik kt kaksu sebagai belated wedding prezen jerk la.. boleh ker? :p Apakah???

kak tini : kaktini sajer nak pujuk hati su jerk kan? Haha.

Didi Nadhirah said...

ni kak su khasiat taugeh yg saya pernah baca
http://eriy-apapaje.blogspot.com/2008/02/khasiat-taugeh.html
kawan saya lepas kawen ari tu asyik update cakap nk makan taugeh bebanyak..pastu brlah saya faham hehehe

Chooyaya! said...

sungguh2 didi kasik kaksu khasiat taugeh. okeh. jp lagi kaksu chek